Thursday, 5 May 2011
ZOOM INDIA 2011: Agra
Bertemu lagi kita pada hari keempat di India. So kita dah ke Mumbai dan Jaipur kali ni saya nak bawak anda semua ke Agra pulak, satu tempat yang sangat dinanti-nantikan...:-
18 April 2011 (Isnin)
Perjalanan bermula seawal jam 8.30 pagi kerana pada pagi ni kami perlu check out dan bergerak menuju ke Agra yang jauhnya adalah hampir 230km dengan perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 5-6 jam melalui jalan yang bukan highway ye...so lepas sarapan di bilik dan check out, kami bertemu untuk last time dengan Mr Khan sebab yang akan bawa kami sepanjang di sana dan sehingga ke Delhi adalah driver lain yang bernama Mukesh. So bertolak dari Jaipur jam 8.30 pagi dan sepanjang jalan kami melihat truly India keadaan jalan yang sesak, berdebu dan tidak tersusun. Perjalanan kami melalui lebuhraya yang macam bukan di Malaysia sebab tiba-tiba boleh cross dan bagai...hehehe..sempat singgah untuk minum teh di sebuah Rawat dan Rehat. Yang jaga toilet kat situ pun mintak tips!huhu...kami meneruskan perjalanan dengan cuaca yang amatlah panas. Seterusnya dah dekat dengan Agra kami berhenti di FATEHPUR SIKRI sebuah binaan yang dibina oleh Jodhaaa Akbar. Bangunan ini atau monumen ini dilengkapi dengan Masjid dan sebuah makam ahli sufi yang mendoakan Akbar ini untuk mendapat anak bernama Jahanghir. So, untuk tu adalah kena beli bunga dan kain untuk disedekahkan kepada anak-anak yang belajar tahfiz di situ (tapi kami tak belilah). Kami di sini selama lebih kurang 1 jam setengah dan dibantu oleh guide. Monumen sangat kuat dengan ciri-ciri Empayar Mughal.Kami dibawa menaiki motor oleh tour guide tu sendiri. So, lepas habis kami dibawa pula di kedai cenderamat kepunyaan anak sedaranya. Banyaklah cenderamata yang dibuat dari batu yang kalau kena air boleh berubah warna. Jadi belilah juga satu bekas lilin yang agak cantik. Then, kami dibawa turun semula dan tips yang kami bagi hanyalah sebanyak INR50 saja. Die mengamuklah jugak kat driver tu sebab bagi sket sangat tapi kami bo layan jelah...hahaha...
Seterusnya, kami bergerak ke Agra sebab dah tak jauh tinggal 1 setengah jam je perjalanan..sampai di Agra kami minta driver untuk cari restoran halal untuk lunch sebab perut pun dah lapar. Dia bawak ke Indiana Restaurant, sangat cozy restorannya dan bersih. Macam biasa, order briyani dan dessert nasi tambah santan (macam bubur jek)..sedap juga tapi sebab kuantiti banyak aku pun tak habis..hehehe... lepas makan jumpa kami punya guide untuk esok. Nampak cam tak best sebab macam garang dan dah tua dan kelam kabut. Kami minta die bawak untuk cari souvenir dan DVD dan die bawaklah ke merata kedai yang tak best dan harga agak mahal. Sudahnya kami tak jadi beli dan driver terus bawak ke hotel namanya Hotel Crystal Inn. Hotel agak baru dan bersih. Yang menariknye hotel ni adalah dari atas bumbung boleh nampak Taj Mahal ye, teruja sekejap. Lepas check in kami turun balik sebab mintak driver bawak kami ke shopping mall yang berdekatan. Pastu tengok-tengok shopping mall ni sebelah je dengan hotel. Shopping mall agak besar tapi takda kedai yang menarik ye...just jalan-jalan cuci mata dan sempat pergi supermarket die beli air mineral dan air oren sebab lama tak minum air sejuk because hotel ni ada peti ais..hehehe...dalam jam 7 lebih kami pun berjalan balik tapi sempat singgah kat kedai souvenir ada jual lampu yang kak maz nak tu tapi ingat nak beli tempat yang lagi murah. Sampai hotel terus berehat dan tak sabar menanti hari esok sebab taj mahal!!...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment