Friday 29 August 2014

ZOOM INDONESIA 2014: Jakarta & Bandung (Day 2)

Assalamualaikum,

Haa...rajin tak aku sekarang asyik update entri-entri tertunggak tentang travel ni. Hehe.Semangat kali ini adalah satu hari satu post, harap-harap dapat tercapailah impian ni. Okay, aku nak sambung hari ke-2 (25 Jun 2014) aku di Indonesia khususnya di Jakarta dan Bandung. Kalau sebelum ni tahun 2008 melancong di sini aku gunakan agen jadi memang agak mewah lah sebab semuanya diuruskan menggunakan van dan ke Bandung juga melalui lebuh raya. Tapi untuk kali ni, aku bercadang menggunakan mode keretapi sebab dari review katanya not bad jugak train kat Indonesia ni tapi takdalah sampai Europe punya train. Tapi kena ambillah kelas yang sesuai tapi terpulang juga sebab ada orang yang nak rasa adventure dengan bercampur dengan local.

Untuk ke Bandung, perjalanan menaiki keretapi mengambil masa selama 3 jam. Tiket aku beli secara dalam talian di tiket.com. Memang sangat mudah. Kalau nak ke Bandung anda perlu membeli tiket dari Stasiun Gambir (Jakarta) ke Stasiun Bandung (Bandung). Ada dua kelas utama dalam train ni iaitu Business dan Eksekutif. Tapi jangan tertipu ya dengan kelas business sebab ianya bukan taraf Business Class dalam flight, ia adalah kelas terendah lah dengan seat yang agak keras. Jadi kalau nak selesa belilah tiket eksekutif. Bukan mahal sangat pun, aku dapat satu tiket dengan harga Rp110,000 (RM30.00) untuk satu hala. Nama keretapi yang aku naik ialah Argo Parahyangan. Tiket yang anda beli dalam talian ni perlu ditukar kepada tiket yang betul ketika di stasiun, ada mesin dan tak susah pun. Keretapi ke Bandung pada jam 8.30 pagi jadi lepas sarapan di hotel jam 7.15 pagi terus check out dan ke Stasiun Gambir sebab takut pulak terlewat dan tertinggal. Tapi jarak dari hotel ke stasiun pun tak jauh sebenarnya. Dalam 15-20 minit dah sampai. Sampai je, tukar dahulu tiket di mesin yang disediakan dan kemudian ambil kesempatan untuk jalan-jalan di sekitar. Sebagai makluman, stasiun Gambir ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Tugu Monas, iaitu tanda utama kalau anda ke Jakarta ni.

Stasiun Gambir

Tiket yang ditukar
Batas Pengantar




MONAS dari kejauhan
Keretapi bergerak jam 8.30 pagi, yang uniknya dalam keretapi ni siap ada pramugari ya. Jadi jangan risau sebab perjalanan tiga jam tu akan disediakan makanan on board tapi bukan free lah konsep macam air asia. Tapi untuk pergi ni aku tak beli apa-apa sebab pagi tadi pun dah sarapan kat hotel. Sepanjang perjalanan kita akan dilatari dengan pemandangan indah sekitar Jakarta dengan sawah padi, rumah-rumah masyarakat dan paling menarik kita akan melalui pelbagai jambatan lama yang sangat tinggi. memang rasa agak cuak jugaklah mula-mula tu..heheh. Alhamdulillah, sampai di Stasiun Bandung lebih kurang jam 11.30 pagi.

Movie dalam train
Pramugari
Sawah padi
Jambatan Merah
Stasiun Bandung

Pintu masuk stasiun
Sampai je, terus keluar dari stasiun dan mencari hotel. Konsep kali ni memang jalan kaki mengikut peta ja sebab kami dua orang ni jenis yang susah sikit nak tawar menawar teksi dan takut kalau tak guna meter. Nasib beg troli dah tinggal kat hotel di Jakarta sebab kami akan check in semula nanti lusa. Jalan berdasarkan map, alhamdulilllah sampai di Hotel Ibis Styles, Braga. Aku suka konsep Ibis styles ni sebab lebih fun dan menarik. Lagipun ada promosi dengan harga Rp580,000 (RM160) beserta sarapan untuk 2 orang. Memang sangat menarik dengan konsep bilik kat Ibis ni dan ianya terletak berhampiran je dengan Pasar Baru. Bila dah check in, solat sebentar dan terus keluar semula. Plannya pada hari ini adalah untuk ke semua factory outlet sebab esok baru nak ke Pasar Baru. Kami ke BRAGA CITY WALK, beli roti untuk alas perut dulu dan kemudiannya nak cari taksi ke Jalan Dago tapi memang sangat susah nak dapatkan taksi terutamanya kalau kita fokus kepada Blue Bird sebab di Bandung ni pelbagai warna taksi ada. Kalau di Jakarta memang senang tapi di Bandung ni boleh nampak sesekali je. Ditambah pula hujan sangat lebat turun masa tu lagilah susah nak cari taksi. Nasib aku baik, di Bandung ni kita boleh dapatkan kemudahan wi-fi di tepi jalan pun (kagum pulak), aku try buat research dan ada satu lagi taksi yang boleh dipercayai di Bandung iaitu Taksi Cipaganti (berwarna merah) dan taksi ini menggunakan meter tanpa perlu kita tawar menawar. 

Ibis Styles Bandung Braga
Lobi Hotel



Ruang Dalam
Toilet
Aku sampai ke JALAN DAGO dan factory outlet yang pertama dikunjungi ialah JetSet. Tapi perasaan seperti mula-mula pergi tu rasa lain. Kalau dulu sangat teruja dan rambang mata tapi sekarang just tengok je dari satu barang ke barang. Kemudian, terus ke factory outlet yang bersebelahan dan seterusnya. Untuk makluman Jalan Dago ni antara jalan yang terkenal menempatkan pelbagai factory outlet seperti Grande, Blossom dan sebagainya. Akhirnya aku singgah pulak ke kedai brownies AMANDA BROWNIES yang mana kalau di Bandung memang tak sah kalau tak beli Brownies kan. Selain Kartika Sari yang terkenal, Amanda ini juga sangat terkenal di Bandung. Kemudian, kami buat keputusan untuk ke RUMAH MODE, Jalan Setiabudi iaitu factory outlet yang sangat terkenal terutamanya kepada orang Malaysia. Terima kasih atas kemudahan wi-fi yang sangat luas di Bandung ni, google map dan seterusnya berjalan kaki. Agak jauh sebenarnya dari Dago ke Setiabudi ni, sebab perut pun dah lapar tu yang buat makin jauh. Sampai di Rumah Mode, memang aku takda mood sangat nak beli apa-apa sebab dah tak bermaya sebab tak makan tengah hari lagi walaupun ketika tu dah jam 6.30 malam. Hanya menikmati keunikan Rumah Mode dan cuci-cuci mata dengan barangan yang ada.
Grande
Jetset
Amanda Brownies
Rumah Mode
Rumah Mode
Keluar semula dari Rumah Mode dan cari taksi untuk PARIS VAN JAVA MALL. Matlamat utama nak cari lunch+dinner dan CD. Pais Van Java ni antara mall yang terkenal di Bandung dan agak besar. Kami jalan-jalan dulu sempat beli CD dan last makan di sebuah restoran iaitu Sagoo. Restoran ni terletak di bahagian tengah tingkat bawah mall. RESTORAN SAGOO ni sangat unik dngan pelbagai hiasan barangan antik di dalamnya dan jangan risau ada tanda halal. Order Nasi Goreng Babat, teh kosong dan es buah. Sangat sedap dan pedas.Habis makan, kemudian keluar semula untuk cari taksi. Punyalah payah sebenarnya nak cari taksi di Bandung atau di Indonesia ni sebab takda stesen khusus yang disediakan. Maknanya, kami perlu ke luar tahan sendiri dan paling susah sebab nak pilih teksi yang guna meter. Tu part yang paling sadis sekali sebab bukan selalu teksi Blue Bird ada dan kalau ada pun dah penuh. Sampai di hotel dah penat terus kemaskan diri dan beradu.

The Menu
Suasana Restoran
Jus Oren
Es Buah
Nasi Goreng Babat
Deko Dalaman
Sagoo Restoran

ZOOM INDONESIA 2014: Jakarta & Bandung (Day 1)

Assalamualaikum,

Wah, makin rajin nampaknya update blog baru ni. Actually bukanlah baru sangat pun cuma ditambah baik dengan nama baru Prasasti Seni II. Sebab?Blog yang dulu dah kena spam dengan post-post yang mengarut so aku decide untuk delete dan hasilkan yang ni. Harap yang ni okaylah. Eh, nak cerita pasal blog ke nak cerita pasal Indonesia kan.

Dimulakan cerita, aku decide nak ke Jakarta ni lepas dipengaruhi oleh Tariq. Konon-kononnya nak mencuba penerbangan selain MAS iaitu Garuda Airlines. Lagipun, Garuda pernah dapat Best Economy Cabin kan. Penerbangan pada 24 Jun 2014 (Selasa), ni kira percutian lepas bertungkus lumus habis exam lah...dan nak shopping untuk raya katanya. Dipendekkan cerita berlaku insiden yang sangat menyayat hati dan pertama kali berlaku sepanjang aku menglibatkan diri dalam bidang jalan-jalan ni. Flight pada jam 8.10 pagi dan aku hanya bangun dari tidur jam 6.45 pagi. Kau rasa?hahaha..memang drama sungguh. Dengan mandi ala kadar terus pecut ke KLIA sampai jam 7.30 pagi. Mintak lee turun dulu dan tanya boleh check in lagi atau tidak manakala aku park kereta. memang nekad bayar mahal parking pun takpalah janji dapat naik. Akhirnya seperti dijangka memang Garuda tak terima lah so kami ke tingkat 4 untuk tengok kalau boleh forward ke next flight pada jam 12.00 tengah hari. Sampai pulak, ofis tak bukak lagi then bila bukak kerani tu bagitau mungkin boleh tapi dengan kadar bayaran yang dikenakan tapi dia tak boleh confirm lagi. Boleh pulak dia pergi sarapan dulu. Memang masa tu tawakal dan doa jelah sambil bagitau nak balik rumah je. Sambil tu, aku cek je website untuk tengok alternatif. KLM, Airasia, Malindo dan MAS. Jam 9.30 pagi kerani tu dah balik sarapan dan dengan jalan lenggang dia siap bagitau. "Minta maaflah dik, kena bayar harga penuh iaitu RM800"! Kau rasa?? Memang tertekan sangatlah bila dia bagitau tu sampai satu tahap aku rasa fed up dan nekad nak cancel semua. Then kami naik ke atas sambil semak timbul idea untuk tukar enrich point dengan naik MAS. Bila semak dapatlah point 17000 untuk dua orang dengan harga tiket RM240 seorang. Apalagi terus beli, check in dan hantar semula kereta kat Putrajaya.

Penuh dengan drama betul pagi tu, tapi alhamdulillah dapat lah naik flight jam 2.00 petang dari KLIA. Sempat makan kat lounge jugak nasib lah baik sebab MAS memang dah jatuh sikit bab-bab makanan dalam flight ni. Sampai kat Jakarta jam 3.00 petang (local time). Lepas habis pemeriksaan imigresen, ambil beg dan kemudian cari teksi Blue Bird menuju ke Ibis Menteng. Aku kalau ke Indonesia memang akan cari Ibis sebab selesa. Sampai kat hotel, solat dan terus keluar semula sambil nak cari makan. Untuk makluman, Ibis Menteng ni terletak agak berdekatan dengan pusat utama Jakarta iaitu kompleks membeli belah Plaza Indonesia dan sekitar. Kalau jadi macam aku yang tak kisah berjalan ni, Ibis Menteng ni agak baguslah sebab bilik pun besar, murah, ada brekfast, berhadapan dengan mall jugak. Kalau pada tahun 2008 pertama kali aku ke Jakarta memang aku tak sempat pun sampai kat sini sebab masa tu semua diuruskan oleh tour agent kan. jadi memang kali ni aku just nak pergi tempat yang belum pergi.

Walaupun Bajet tetap Besar
Ibis Budget Menteng
Bawah tu ada Starbucks
Taman Menteng
Macam biasalah, masuk shopping mall, Plaza Indonesia, Grand Indonesia Shopping Mall memang sangat besar lah sebab ini adalah mall yang utama di Jakarta ni. Tapi just cuci-cuci mata dan paling penting cari kedai CD sebab tupun antara benda yang aku akan shopping kalau ke Indonesia. Lepas dah puas berjalan, kami menuju pulak ke Thamrin City. Thamrin City ni lebih tradisional dan bersifat Indonesia sikit sebab banyak menjual kain, pakaian dan konsepnya seperti Mangga Dua. Agak jauh jugak lah berjalan. mula-mula nak makan di Esteller tapi tengok kedai pun dah nak tutup bertukar pulak cari makan di Plaza Indonesia. Aku sangat tertarik dengan konsep food court nya. Bersih dan unik dan macam-macam makanan ada. Aku pilih untuk makan makanan biasalah nasi ayam penyet di Java Kitchen. Jangan risau sebab ada tanda halal dan alhamdulillah rasa sedap hehe...Habis makan terus sambung balik jalan tapi decide untuk balik hotel sebab risau macam dah gelap dan kami pun hanya jalan kaki je. Lupa nak maklum, hotel ni betul-betul bersebelahan Taman Menteng dan di bawah hotel ni ada Starbucks!hehe...Jadi, lepas sampai terus refresh dan nak tidur awal sebab esok kena bangun pagi untuk kejar keretapi nak ke Bandung. Kami taknaklah jadi macam pagi tadi. Harapan agar hari lebih baik untuk esoknya.

Selamat Datang Monumen
Jakarta terkenal dengan Macetnya
Plaza Indonesia
Grand Indonesia Mall
Thamrin City
Java Kitchen
Plaza Indonesia



Wednesday 27 August 2014

ZOOM THAILAND 2014: Bangkok (Day 4)

Assalamualaikum,

Jumpa lagi di hari terakhir di Bangkok. So hari ni plannya sangat panjang lepas hari ni juga terpaksa check out dan lepas tu terus ke lapangan terbang. Jadi memang harini keluar dari hotel agak lewat sebab ada satu je tempat nak dituju. Sarapan pagi dan menghabiskan makanan roti yang dibeli, packing pun dah selesai semalam. Jam 10.30 pagi siap dah semuanya, terus keluar untuk check out hotel dan menuju ke Chatuchak Weekend Market. Pasar ni memang sangat terkenal di Bangkok dan kalau anda ke Bangkok memang tak sah kalau tak ke sana dan untuk makluman pasar ini hanya dibuka pada Sabtu dan Ahad sahaja ya. Untuk ke CHATUCAK WEEKEND MARKET ni, sangat mudah kerana ianya boleh dicapai menggunakan MRT/BTS. Oleh kerana aku duduk berdekatan dengan MRT Phetchaburi jadi jalan yang mudah menaiki MRT dari Phetchaburi-Kamphaeng Phat. Atau kalau anda menaiki BTS berhenti di Mo Chit (Sukhumvit Line).

Stesen MRT Kamphaeng Phat ni memang betul-betul berhenti di pasar Chatuchak ni. Keluar je dari MRT anda belok kiri terus dah masuk dalam market. Masuk je pasar ni, rasa sangat teruja sebab terasa panjang dan sangat besar ya. Pertamanya, aku masuk ke seksyen menjual pakaian/clothing line dari brand local iaitu dari designer-designer Thailand. Sangat menarik seksyen ni sebab banyak baju/tshirt yang mempunyai design yang unik, menarik dan trendy. Mula-mula je dah shopping baju dua helai dan harga juga berpatutan bermula dengan 150 baht (RM15). Kemudian, terus meneroka pasar  ini yang terlalu besar dan meriah. Seksyen terbahagi kepada beberapa bahagian seperti local designer, pakaian, jeans/rock, lukisan, cenderamata, kedai makanan dan banyak lagi. Tumpuan aku tentunya di bahagian local designer dan cenderahati. Anda juga boleh dapatkan map Pasar ini jika anda masuk di pintu masuk utama pasar atau boleh dimuat turun di sini.

Sesyen Local Designer

Seksyen Souvenir

Kucing/Puppy pun ada dijual

Cuaca mula membahang
Show Cute dari budak Comel ni

Aku tak target pun nak cari cenderahati yang banyak cuma biasalah nak cari fridge magnet yang merupakan benda wajib kalau setiap kali ke luar negara. harga biasa fridge magnet kat sini ialah 45baht (RM4.50) untuk satu. Tapi ada juga yang mencapai 95baht. Punyalah mahal. Last-last aku dapat juga beli dengan harga 27baht untuk satu lepas tawar menawar. Itupun sebab malas dah nak survey lagi dengan cuaca yang makin panas terus je beli sebab kebanyakan harganya sama. Badan dah penat, perut dah lapar terus nak cari makan. Aku memang dah target nak makan kat satu restoran halal kat sini iaitu Kak Jak Restaurant hasil kajian dari blog yang sangat berguna ni iaitu Lynn. Sebab ada beberapa restoran halal kat Chatuchak ni tapi mengikut review harga kat sini agak murah berbanding dengan lain. Sampai je, terjumpa pulak dengan Montel yang aku twit sebelum datang ke sini. Rezeki pulak nak jumpa dia so makan sekali lah. Aku order Nasi Goreng Kari Hijau dengan Pad Thai Shrimp dan Teh Ais Thailand yang terkenal. Rasa memang terbaik walaupun agak lambat servisnya sebab mungkin ramai orang. Kemudian berkenalan pulak dengan husband and wife dari Malaysia yang datang beli barang berniaga so memang borak sakanlah sebab dia pun peramah. Memang agak kagum dengan dia orang sebab dah  lama rupanya dia orang travel dan macam-macam pengalaman.

Menu Kak Jak
Montel
Nasi Goreng Kari Hijau
Pad Thai Shrimp
Habis je makan, pergi solat jamak di kawasan pasar. Pendek kata memang tak susah kalau Muslim di sini dengan kemudahan yang disediakan. Oh ya, untuk musalla ni betul-betul berhampiran Gate 1 dan jika anda ternampak TMB Bank lalu lorong sebelahnya dan akan jumpa dengan surau tersebut. Habis je solat, then terus sambung berjalan dan last sampai 7 tshirt aku beli sebab rambang mata sangat. Sampaikan bila dah turun MRT naik balik kedai sebab rasa cam rugi tak beli...hehe. Penangan sungguh pasar ni.

Orange Blended
Gerai Halal
Then lepas ke pasar ada banyak masa lagi ni sebab target untuk ke airport pada jam 9.00 malam. Aku terus menuju ke satu lagi mall yang terkenal iaitu TERMINAL 21. Untuk ke sini, hanya perlu naik semula MRT dan berhenti di stesen Sukhumvit. Mall ini betul-betul bersambung dengan stesen jadi sangat mudah diakses. Kenapa Terminal 21? Sebab dari review memang mall ni sangat unik kerana di setiap tingkat mempunyai tema yang berbeza. Masuk je memang sangat unik sebab konsep yang dibawa seperti lapangan terbang dengan ada area arrival dan departure. Kemudian di setiap tingkat ada tema berbeza seperti London, Istanbul, Tokyo, Rome, San Fransisco, Carribean dan pelbagai. Memang terasa seperti di negara tersebut. Contohnya, kalau kat London siap ada underground dan kalau di San Fransisco siap ada Golden Gate. Kat sini pun aku tershopping jugak membeli dua tracksuit...huhu.

Terminal 21
Istanbul
Paris
San Fransisco

London
Tokyo
Rome
Balik semula ke hotel, kemas barang dan refresh kan diri sebelum naik Airport Link dari Makassan-Suvarnabhumi. Sampai je, terus ke kaunter M untuk check in tapi diberitahu kaunter hanya dibuka pada jam 3.00 pagi. Turun semula ke Level 1 ke Food court untuk mencari makanan halal. Alhamdulillah, ada satu kedai makanan halal. Konsep food court ni anda kena beli kupon dahulu sebelum membuat pembelian tapi jangan risau sebab boleh refund semula kalau tak habis. Aku makan nasi with chicken curry tapi rasa biasa jelah tapi nak buat camna memang takda pilihan dan perut pun memang lapar nak tunggu beberapa jam lagi. Habis je makan terus ke Level 3 untuk ke Muslim Prayer Room untuk solat Jamak Isyak dan Alhamdulillah tandas berhampiran dengan Musalla ni mesra Muslim. Kenapa mesra muslim? sebab dalam tandasnya ada biget. Habis solat, tunggu kat dalam musalla sementara tunggu waktu check in. Nasib ada wi-fi free kat Suvarnabhumi ni.

Halal at Level 1 Suvarnabhumi
Jam 3.00 pagi terus ke kaunter check in dan alhamdulillah masih tak ramai orang lai. Lepas habis urusan check in terus je masuk dalam boarding area sebab malas nak beratur panjang di imigresen dan pemeriksaan beg. Memang sangat kosong airport masa ni, kedai pun tak bukak lagi. Pandangan aku, airport ni sangat besar dari Pintu A sampailah E. So, aku jalan dari hujung ke hujung sambil jamu mata dengan masuk ke kedai yang mula bukak. Untuk makluman dalam area ni pun ada makanan halal dan muslim prayer room. Sempat solat subuh sebelum ke boarding area. Alhamdulillah flight pun tak penuh dan tak delay. Jam 6.00pagi (local time), bertolak dari Bangkok dan sampai di KLIA pada jam 9.10 pagi. Berakhir ZOOM 2014 di Bangkok. Pandangan aku, aku akan datang lagi ke sini sebab kemudahan pengangkutan yang mudah dan paling penting antara best place untuk shopping baju-baju yang unik dan trendy.

Kaunter Check In
Boarding Area

Muslim Prayer Room Level 3
Insyaallah bersedia dengan next trip pada Oktober ini...ke mana?Nantikan....