Tuesday 21 July 2009

Yazid Kahwin






Pada 27 Jun 2009 (Sabtu), seorang lagik sepupu aku telah selamat melangsungkan perkahwinan. Aku yang sebelum ni jarang mahu mengikut wedding ni, tetiba rasa nak pergi menemankan mak.Bertolak dengan kak long, aku, mak ngan kak long jek..then terus ke Kota Tinggi,lupa Felda apa..bertunda dengan Paman Ambiah, Cik Tam then berhenti dulu dekat Masjid atas bukit sebab jangkanya nikah jam 11.00 tapi kitaorang sampai pukul 9.30. Then jam 10.30 bergerak ke rumah pengantin perempuan sebab Majlis Akad nye di rumah.Akad dilafaz dua kali sebab yazid gabra kot..tak sabar-sabar, imam tak habis sebut dier dah lafaz. Then after nikah jam 1.00 majlis sanding. Punyalah banyak tol, tak pernah ada tol sampai 5 tempat sebelum pelamin. Tol pulak tu dengan budak-budak sekali...majlis habis jam 4.00 petang then terus balik rumah...

Monday 20 July 2009

ZOOM MALAYSIA: Sabah - Pulau Sipadan






Lama tak update..alasan cliche, sibuk walaupun..so 1-3 Julai haritu aku berpeluang ke Tawau, Sabah untuk Mesyuarat Ketua Sektor, first meeting yang aku pergi setelah menjawat jawatan Ketua Sektor ni..heheh so kalini JPN Sabah jadik tuan rumah dan Tawau dipilih dan tempat penginapan di Hotel Marco Polo, Tawau. Tapi aku tulis ni bukan nak cerita pasal keputusan Mesyuarat tapi aktiviti yang dibuat sepanjang meeting berlangsung.So hari terakhir aku berpeluang untuk melawat Pulau Mabul dan Pulau Sipadan, Sabah walaupun aktiviti ni takda dalam jadual. So kami bertolak jam 7.00pagi 3Julai 2009 naik bas sekolah ke jeti di Tawau untuk naik Bot TLDM!Ada dua bot, satu bot dipenuhi ke'tua' sektor dan satu lagi golongan-golongan muda..heheh. Memang best naik bot TLDM ni, terasa macam nak berperang pulak..tetiba tengah jalan hujan, terpaksa masuk dalam kabin dia. Perjalanan ke Pulau Mabul ambil masa 1 setengah jam, sampai di Mabul lebih kurang jam 10.00. Terus turun dan aku kagum melihat keindahan Pulau ni, dengan airnya yang jernih, boleh nampak tapak sulaiman dalam tu. Actually ke Pulau Mabul ni sebab nak melihat sendiri projek solar hybrid di SK Mabul. Sempat melawat kawasan sekitar, memang cantik sangat. Ada beberapa chalet atas air di situ, rupa-rupanya kat sinilah penggambaran cerita Duyung tu..SK Mabul ni agak kecil, hanya ada beberapa kelas. Masa aku sampai ntah tak tau cikgu takda, budak-budak pun tak belajar..tak tau kenapa tapi agak sedih bila tengok classroom dia..After that naik balik bot sebab nak menuju ke Pulau Sipadan, perjalanan ambil masa dalam 30 minit. Bot tek boleh berhenti dekat pulau tu so kami naik bot yang lebih kecil barulah berhenti kat Pulau Sipadan. Apa yang aku nak cakap, Sipadan memang syurga untuk diver..memang cantik, airnya hijau..jernih dan boleh nampak hidupan laut walaupun dekat jeti je...sempatlah bergambar di papan tanda Pulau Sipadan tu...supaya bolehlah kata kat orang 'aku dah pernah pergi sipadan' heheh...so kat sipadan hanya 30 minit je sebab masing-masing nak catch flight jam 2.40pm...so tu jelah serba sedikit tentang Mabul dan Sipadan...korang kena pergi sendiri untuk menghayati keistimewaan anugerah Tuhan ni, orang kata janji jejak kan...

Friday 3 July 2009

Kisah di Labuan

Lebih kurang sebulan sudah aku tak update blog ni..bukan sebab sudah tak minat menulis , bukan jugak sebab merajuk (perlu ke?) tapi sebab kesibukan yang amat sangat (walaupun biasa-biasa ja) bertugas di tempat baru. Untuk pengetahuan kawan-kawan yang masih belum tahu lagi aku kini telah ditempatkan di Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Labuan sebagai Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan menggantikan Puan Wan Nor Syamsida yang telah bertukar ke Bahagian Kewangan dengan gred M48.Pada mulanya aku dapat posting ni memang rasa TERKILAN, MARAH, BENCI, TAK SUKA..sebab:-
1) aku masih baru di BPSM, Kementerian Pelajaran (tak sampai setahun).
2) banyak benda lagi yang aku baru nak belajar
3) aku telah dijanjikan kalau pindah pun di JPN Selangor
4) dan why di LABUAN!!
Namun, arahan tetap aku uat walaupun dengan tak rela hati dan terpaksa yang amat sangat. Aku bukan apa, it just aku dah selesa berada di Putrajaya, keluarga ada, kawan-kawan, suasana dan semuanya lah tetiba dapat transfer di tempat yang paling asing sekali dan inilah satu-satunya tempat yang aku tak pernah pergi. So, aku lapor diri pada 18 Mei 2009 dan dah dekat sebulan lebih jugak aku di Labuan ni. Masa mula-mula sampai, thanks to Ichwan Fiska, my batchmate kerana sudi menolong aku dari segi rumah, transport dan sebagainya walaupun di saat-saat kau sibuk menguruskan bencana kebakaran di Kampung Muslim. Namun, sekarang aku dah menetap di rumah sewa lain, di kawasan yang sama jugak dengan kadar sewa RM500 (agak mahal ya!). Kalau nak diperhatikan kos hidup di Labuan ni memang agak mahal walaupun rata-rata kawan aku bertanya apa ada di Labuan kan. Makan soto je dah RM5.00, sewa rumah di bandar minimum RM1000, bayangkanlah..dan yang menarik dan murah di Labuan ialah:-
a) Coklat
b) Arak
3) Rokok
4) KERETA
semua orang tanya glah beli kereta sebab Accord 2.4 je pun baru RM100,000!Honda CIty pun bayar bulan-bulan RM500 jek..tapi takpalah aku lebih selesa memandu Wira JeJaRi ku yang mereka anggap hanya layak untuk tukang kebun di sini je...Bagi aku Labuan tak macam Langkawi, tempat menariknya pun tak banyak sebab dalam satu jam je aku dah boleh keliling Pulau ni, cuma mungkinlah murah untuk ke Sabah dan Brunei. Cukuplah versi pertama di Labuan ni..nanti aku sambung balik....