Monday, 20 July 2009

ZOOM MALAYSIA: Sabah - Pulau Sipadan






Lama tak update..alasan cliche, sibuk walaupun..so 1-3 Julai haritu aku berpeluang ke Tawau, Sabah untuk Mesyuarat Ketua Sektor, first meeting yang aku pergi setelah menjawat jawatan Ketua Sektor ni..heheh so kalini JPN Sabah jadik tuan rumah dan Tawau dipilih dan tempat penginapan di Hotel Marco Polo, Tawau. Tapi aku tulis ni bukan nak cerita pasal keputusan Mesyuarat tapi aktiviti yang dibuat sepanjang meeting berlangsung.So hari terakhir aku berpeluang untuk melawat Pulau Mabul dan Pulau Sipadan, Sabah walaupun aktiviti ni takda dalam jadual. So kami bertolak jam 7.00pagi 3Julai 2009 naik bas sekolah ke jeti di Tawau untuk naik Bot TLDM!Ada dua bot, satu bot dipenuhi ke'tua' sektor dan satu lagi golongan-golongan muda..heheh. Memang best naik bot TLDM ni, terasa macam nak berperang pulak..tetiba tengah jalan hujan, terpaksa masuk dalam kabin dia. Perjalanan ke Pulau Mabul ambil masa 1 setengah jam, sampai di Mabul lebih kurang jam 10.00. Terus turun dan aku kagum melihat keindahan Pulau ni, dengan airnya yang jernih, boleh nampak tapak sulaiman dalam tu. Actually ke Pulau Mabul ni sebab nak melihat sendiri projek solar hybrid di SK Mabul. Sempat melawat kawasan sekitar, memang cantik sangat. Ada beberapa chalet atas air di situ, rupa-rupanya kat sinilah penggambaran cerita Duyung tu..SK Mabul ni agak kecil, hanya ada beberapa kelas. Masa aku sampai ntah tak tau cikgu takda, budak-budak pun tak belajar..tak tau kenapa tapi agak sedih bila tengok classroom dia..After that naik balik bot sebab nak menuju ke Pulau Sipadan, perjalanan ambil masa dalam 30 minit. Bot tek boleh berhenti dekat pulau tu so kami naik bot yang lebih kecil barulah berhenti kat Pulau Sipadan. Apa yang aku nak cakap, Sipadan memang syurga untuk diver..memang cantik, airnya hijau..jernih dan boleh nampak hidupan laut walaupun dekat jeti je...sempatlah bergambar di papan tanda Pulau Sipadan tu...supaya bolehlah kata kat orang 'aku dah pernah pergi sipadan' heheh...so kat sipadan hanya 30 minit je sebab masing-masing nak catch flight jam 2.40pm...so tu jelah serba sedikit tentang Mabul dan Sipadan...korang kena pergi sendiri untuk menghayati keistimewaan anugerah Tuhan ni, orang kata janji jejak kan...

No comments:

Post a Comment