Sunday 30 January 2011

Pagi Ahad

"Sunday morning rain is falling"

Haa..memang sesuai lagu Maroon 5 ni..pagi ahad di Uda, dua hari dah hujan non-stop tapi alhamdulillah kawasan memang tak pernah banjir kan...so just nak share hari ni teman my mom and kak na ke Pasar Tani Bandar Baru Uda. Saja je nak ikut jadi tukang pegang payung ngan bawak troli..sambil-sambil usha apa makanan yang menarik (matilah asyik fikir makan jek!)huhu...makin besar pulak Pasar Tani dia..maklumlah lama tak balik..hehe..so yang aku jumpa:-




-ubi rebus panas + sambal tumis-




-twister fries butter cheese-

macam-macam makanan menarik rupanya..ada apam balik,kuih muih segala jenis,pizza...kalau ikutkan nak beli semua kan!hahaha...so beli belah pun dalam kadar yang segera jek sebab hujan tetiba lebat pulak dan inilah hasilnya...




-menarik kan twister fries die!haha...pizza tu untuk anak sedara ye..-




-ubi rebus ngan sambal tumis makan time ujan!-

- Posted using BlogPress from my iPad









Location:Jalan Padi Malinja 11,Johor Bahru,Malaysia

Thursday 27 January 2011

Gotong Royong 5S SKPP

5S?mesti ramai tertanya-tanya apa tu 5S kan?Konsep yang diperkenalkan dari Jepun ni memang sebenarnya baru lagi nak diterapkan di negara kita. Penerangan sikit tentang 5S:-

SEIRI – SISIH – SORT
Sisih barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan buangkannya secara sistematik.

SEITON – SUSUN – SET IN ORDER
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

SEISO – SAPU – SHINE
Bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan.

SEIKETSU – SERAGAM – STANDARDISE
Pastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan.

SHITSUKE – SENTIASA AMAL – SUSTAIN
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya organisasi.

Begitulah serba sedikit konsep 5S ni.Walaupun jabatan lain dah banyak buat 5S ni tapi aku rasa masih tak ketinggalan aku nak implement kat Jabatan. Antara sebab yang utama sebab aku sendiri memang orang pengemas (gila puji diri sendiri!haha) dan especially bila tengok sektor aku tu kadang-kadang rasa cam rimas bile tgk bersepah barang ke fail ke dahlah tempat kecik!So, bermula tahun 2011 ni perancangan aku untuk mengaplikasikan konsep 5S ni di Jabatan tapi secara rintisnya di SKPP dulu.Yelar nak tengok keberkesanan dan hasilnya dulu baru sebarluaskan.En. Laidin dari unit pembangunan kami lantik jadi ketua sebab kepercayaan aku tengok decoration rumah die melayakkan die dipilih jadi ketua..haha..kami dah jugak buat lawatan ke AG dan memang sangat kemas hasilnya dan memang excited untuk mulakan 5S.

First thing to do adalah dengan menyusun semula kedudukan mengikut unit, sebab selama ni unit-unit ni cam terpecah so bila dah satukan senanglah sikit proses kerja tu. Kami bahagikan ikut zon ada hijau,merah,oren ngan kuning. So first aktiviti ialah gotong royong yang kami buat pada 22 Januari 2011 (Sabtu) dan alhamdulillah semua semangat nak mulakan konsep ni sebab dah janji kat diaorang setiap bulan akan ada pertandingan ikut zon, mana yang menang akan dapat piala pusingan dan hadiah-hadiah lain seperti baucar makanan di Terumbu Warisan!hehehe...adalah hadiah-hadiah lain yang akan disponsor oleh Ketua Sektor!hahaha..insyaallah...so pelannya pindah dah buat sekarang ialah proses pelabelan ikut warna zon lah.Then 14 Februari 2011 baru bermula penilaian untuk semua kawasan.













-komitmen seorang ibu-hehe












-zon hijau-












-sibuk berkemas-

Aku sangat teruja nak tengok hasilnya ni sebab selain dapat mencantikkan sektor ianya juga salah satu matlamat dalam PS Jabatan 2011-2015 dan dengan semangat dan kerjasama semua Insyaallah projek ni boleh berjaya!



- Posted using BlogPress from my iPad



Location:Lebuh Perdana Timur,Putrajaya,Malaysia

Monday 24 January 2011

Mari Membeli Jaket

Wah...kalau tengok tajuk entry ni memang korang ingat aku kaki shopping or berangan kan (memang betul pun)!hehe...berangan sebab nak beli jaket macamlah nak posting obersea..hehehe..dah lah keja kat labuan je, pulau plak tu..panas lagi..gila apa nak pakai jaket ni!hehe..

Sebenarnya last sunday, aku pergi orang putih kata memburu jaket untuk dibawa ke Korea yang jangkannya musim sejuk..so as a first timer nak merasa winter ni so kononnya buat persiapan sakanlah..hehe..maklumlah bak kata orang putih jakun sangat..hehe..so first stop kat Great Eastern Mall, sebab ada Zara Warehouse Clearance Sale..tapi sebab dah last day kan, so tak banyak sangat choice...so mula-mula aku nak tangkap jeasn warna ungu (gila meriah!!) hehe..tapi tak jadi just tangkap satu seluar linen perang, konsep baggy..hehe..

Pastu kami ke Lot 10, ke debenhams ke Zara pastu ke Uniqlo pastu ke Pavillion..Masuk Zara, Masimmo Duti, TopMan, Armani, Timberland, dan kedai-kedai seadanya tapi satu pun tak mencengkam hati (ke sebab mahal sangat!)hehe..aku sebenarnya cari jaket yang berwarna merah..ntah, memang rasa teruja bila nak pakai..so contohnya seperti di bawah:-










so kalau ada sapa-sapa yang ternampak jaket ni tolonglah bagitau aku, actually aku ada nampak jaket merah kat Timberland and satu butik kat Pavi tapi harganya gila tak ingat!huhu..so batalkan hasrat, then nampak satu lagi jaket seperti ini di Timberland:-









cantik kan..kalau pakai ni mesti menyerlah!gila glamer betul!hehe..pastu terus ke KLCC, so seperti biasalah meredah dulu Zara, Topman, Gap, MarknSpencer, Banana Republic, Empoio Armani, Espirit dan lain-lain tapi takda satu berkenandi hati. Lastly aku amek je trench coat Zara dengan harga yang berpautan, nanti padailah aku sesuaikan dengan mafla dan jaket dalam..giler kan baru nak g obersea 5 hari jek, kalau 5 tahun konpemlah semua aku borong..hehe so inilah jaket yang aku dah beli...:-








tak sabarnya nak pakai!muahahah....

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan 7/1,Bandar Baru Bangi,Malaysia

Tuesday 11 January 2011

11.1.11:Pengakhiran Suatu Dekad;Permulaan Suatu Tekad

11.1.11









Dengan izin Tuhan, masih diketemukan, ulangtahun kehidupan, 2 dekad pengakhiran, tekad baru dimulakan, pelbagai impian, himpunan cabaran, penuh pengalaman, sekalung penghargaan kepada rakan taulan, di Kementerian mahupun Labuan, atas ucapan serta ingatan, doa kalian jadi pedoman agar dimakbulkan....

So, sedar tak sedar dah 29 tahun...tahun terakhir sebelum melangkah ke dekad yang baru...rasa takut jugak sebab umur meningkat ni tapi itulah kehidupan..:-). 29 tahun banyak perkara aku dapat capai, Alhamdulillah, syukur pada Tuhan kerana kurniakan kesihatan, pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik dari semalam.

Soalan kontroversi bila ulangtahun ni of courselah kan..hehe tapi biarlah rahsia..hehe..anyway aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada family, kawan-kawan SKPR, SDAR, UTM, BHEUU, BPSM dan of course JPWP Labuan yang wish dan doakan aku...aku try untuk ucap terima kasih kepada setiap sorang dari kalian..nasib baik ada iPad ni (boleh lagi nak berlagak!)..hehehe...










Terima kasih juga kepada surprise (walaupun aku dah agak!)hehe..kepada staf SKPP especially Unit Pembangunan, Unit Aset, Laidin, Faizal, Roslan, Rayner, Rahmat, Miedy, Erwin, Cikgu Din dan penampilan istimewa Jepp ngan Ramli dari SPS yang telah buat special birthday treat di Terumbu Warisan, thanx for the cake ye...terharu sangat2...thanx jugak kepada Unit Kewangan sebab celebrate sekali ngan Sharimah (besday hari ni jugak + orang Kota Tinggi ye)..thanx for KFC dan Kek jugak...

Bila umur meningkat, apalagi azam or impian yang aku nak tanam..hmm..rasanya impian material sumer dah tercapai cuma ada beberapa wish list aku kalau lah dapat kan sapa2 nak bagi..heheh..xper aku beli sendiri sebagai hadiah hari jadi nanti..so apa wish list aku:-

1) Playbook by Blackberry (haha..berangan tul aku ni!hehe)







2) London-Paris-Rome senang citer Europe lah!







- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Bebuloh,Labuan,Malaysia

Saturday 8 January 2011

Tolong Kuatkan Aku.....





tuhan...Tolong Kuatkan Aku..menghadapi semua cabaran, mengharungi segala halangan, apa yang berlaku, ujian buatku, menjadi kuat, semakin dekat, terus bersemangat, namun...kadang-kadang hati dilema, bukan mahu terkemuka, hanya kelumit rasa yang membara, agar tidak tercerca, oleh suara yang berbisa, andai mereka bisa tahu...Tolong Kuatkan Aku....


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Bebuloh,Labuan,Malaysia

Friday 7 January 2011

IXORA 2011

Just nak share sikit tentang rumah yang aku baru beli tahun lepas. Alhamdulillah akhirnya pada umur 28 tahun aku dapat memilikki harta yang berharga iaitu rumah dan memang aku target di peringkat umur ni, dapat aku duduk rumah sendiri...so rumah aku ni bertempat di Kajang..walaupun ianya sangat berhampiran dengan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi..nama Apartment Sri Ixora, 1082sq, 3 bilik. So, setakat ni aku dah habis lebbih kurang RM20,000 jugak untuk apartment ni, dengan renovate, perabot semua tapi takpalah harta sendiri kan...lagipun kepuasan tu penting..heheh..setakat ni, aku dah buat ceiling, perabot pun dah ada sikit, toilet, cat dan lain-lain lah...so target aku lepas ni rumah landed pulak..hehe










-dining-








-kitchen-








-living hall-








-master bedroom-
- Posted using BlogPress from my iPad


Location:Jalan Bebuloh,Labuan,Malaysia

Saturday 1 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011





Happy New Year 2011 everyone....mengimbas semula 2010:-

- genap setahun di W.P Labuan
- my Ixora dah boleh duduk..alhamdulillah
- ke 5 buah negara:- Bali, Brunei, Hong Kong, Macau and Vietnam

Perjalanan penuh warna warni, terima kasih Tuhan atas segala kurnia dan kesihatan sepanjang tahun berlangsung...semoga Tahun baru terus diberi keberkatan di muka bumiNya..semoga hajat terus dicapai, semoga impian dapat digapai...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Bebuloh,Labuan,Malaysia