Wednesday 13 April 2011

Kursus Pengurusan Kewangan dan Perakauanan 1/2011




Menghadiri Kursus Pengurusan Kewangan yang disertai oleh AKS Jabatan dan sekolah..last kursus untuk aku rasmikan..dianjurkan diKinabalu Daya Hotel bermula 11-14 april 2011..semoga kursus dianjurkan akan membawa lebih kefahaman kepada semua...

-Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Pantai,Kota Kinabalu,Malaysia

Thursday 7 April 2011

Majlis Perasmian MSSWPL 2011






Pada 6 April 2011 berlangsunya Perasmian Pembukaan majlis Sukan Sekolah W.P Labuan di Kolej Matrikulasi W.P Labuan. Perasmian dibuat oleh Encik Ismail Abdullah, Timbalan Pengarah (Dasar) dan dihadiri oleh Ketua Sektor dan Pengetua/Guru Besar. Melihat perasmian ni, teringat zaman-zaman sekolah dulu. Walaupun aku bukanlah atlit tapi kemeriahan sukan, perbarisan, khemah dan semuanyalah. Disertai oleh 26 buah sekolah dan akan tamat pada 9 April 2011 ni. So good luck kepada semua sekolah yang bertanding. Sama-sama kita realisasikan 1 Murid 1 Sukan!!

Entah..

Hmm...tak tau nak mula dari mana...just nak kongsikan sedikit cerita. 1 April 2011 aku dipanggil untuk Taklimat PTD M48 di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya. So kalau dah namanya taklimat M48 maknanya naik pangkatlah kann..huhu. Alhamdulillah aku dapat naik pangkat M48 (memangku)..taklimat diadakan sehari dan antara inti pati taklimat ialah ceramah oleh TKPPA, Pengarah Mampu, Pengarah Servis, SUK Perak, mantan KSU Kementerian Kesihatan dan diakhiri ngan amanat KPPA. Seramai lebih kurang 180 orang yang dapat naik pangkat ni. So, di akhirnya ada majlis penyerahan surat penempatan. Aku sangat berdebar sebab awal-awal Dini a.k.a Diva Meletopss dah bagitau yang aku akan jadi PPK kat UDPA Intan, sebab aku konfiden stay MOE. And at last, betullah surat aku yang aku kena lapor diri pada 18 April 2011 di UDPA INTAN!Aku tak tau nak rasa apa, dalam masa sama syukur dapat naik tapi dalam masa sama aku tak suka dengan UDPA!bukan apa, satu jauh dari rumah dan aku tau mesti aktiviti penuh hujung minggu...rasa sedihlah jugak sebab tak tercapai impian. Tapi aku dah mintak tolong Puan Misjijah dari BPSM KPM untuk aku dapat retain kat KPM..sekarang tengah menunggu jawapan je...aku harap sangat dapat stay di KPM sebab entahlah aku rasa aku suka bekerja dalam bidang pengurusan pendidikan ni..Please pray for me also ye...Aminn..