Thursday, 7 April 2011
Entah..
Hmm...tak tau nak mula dari mana...just nak kongsikan sedikit cerita. 1 April 2011 aku dipanggil untuk Taklimat PTD M48 di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya. So kalau dah namanya taklimat M48 maknanya naik pangkatlah kann..huhu. Alhamdulillah aku dapat naik pangkat M48 (memangku)..taklimat diadakan sehari dan antara inti pati taklimat ialah ceramah oleh TKPPA, Pengarah Mampu, Pengarah Servis, SUK Perak, mantan KSU Kementerian Kesihatan dan diakhiri ngan amanat KPPA. Seramai lebih kurang 180 orang yang dapat naik pangkat ni. So, di akhirnya ada majlis penyerahan surat penempatan. Aku sangat berdebar sebab awal-awal Dini a.k.a Diva Meletopss dah bagitau yang aku akan jadi PPK kat UDPA Intan, sebab aku konfiden stay MOE. And at last, betullah surat aku yang aku kena lapor diri pada 18 April 2011 di UDPA INTAN!Aku tak tau nak rasa apa, dalam masa sama syukur dapat naik tapi dalam masa sama aku tak suka dengan UDPA!bukan apa, satu jauh dari rumah dan aku tau mesti aktiviti penuh hujung minggu...rasa sedihlah jugak sebab tak tercapai impian. Tapi aku dah mintak tolong Puan Misjijah dari BPSM KPM untuk aku dapat retain kat KPM..sekarang tengah menunggu jawapan je...aku harap sangat dapat stay di KPM sebab entahlah aku rasa aku suka bekerja dalam bidang pengurusan pendidikan ni..Please pray for me also ye...Aminn..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment