Friday 24 December 2010

ZOOM VIETNAM 2010:Ho Chi Minh City

So, after Hong Kong trip sebulan lepas tu kami ke Bandar Saigon, Vietnam atau lebih dikenali sebagai Ho Chi Minh City. Trip kali ni sebenarnya untuk menggunakan point Enrich yang Akan expired tahun ni so yang kire okay is Vietnam. So our trip to Vietnam ialah dari 4th - 7th December 2010, 4 hari 3 malam so this is the story:-

4th December 2010 (Sabtu)











Kami bertolak ke bandar Ho Chi Minh City Vietnam dengan menggunakan penerbangan MAS untuk kali terakhirnya..huhu so flight jam 5.20 petang tapi seawal jam 2petang kami dah sampai di airport sebab nak lunch di lounge Dan macam biasalah menapau apa yang patut..hehe...walaupun flight kami di pintu H tapi tetap gigih ke pintu C semata- mata..hehe..lepas makan apa yang patut then kami gerak ke pintu H Dan baru tau rupanya di situ pun Ada Loungenya..apalagi masuklah sekali lagi...hehe Dan tiba-tiba Ada kejutan pulak aku dapat upgrade ke business class..haha..selama ni x pernah termimpi pun nak naik guna business class..so setelah merasa sekali lagi makan di lounge terus kami masuk dalam flight Dan teruja sebab naik business..hehe sorry lee..hehe..so perjalanan amble masa selama lebih kurang 2 jam..tapi sebab waktu di Vietnam lambat sejam dari Malaysia, kami sampai jam 6 lebih...lepas imigresen then keluar saja dari airport kami dijemput oleh teksi hotel berkongsi bersama sorang nenek mat salleh dari German yang travel selama 6 bulan kalau aku tak silap. Hotel yang kami duduk ialah Vy Khanh Guest House, yang telah di suggest oleh Samsuddin Dan Cikgu Chris...sampai je kami dikejutkan dengan keadaan jalan di Vietnam yang sangat sibuk...takut gile nak lintas jalan..huhu...so lepas check in Dan settle everything kami terus keluar balik...first stop adalah night market di sebelah Ben Thanh Market..memang banyak barangan yang dijual..dan yang paling penting punyalah ramai orang Malaysia siap penjual tu boleh cakap Melayu lagi...hehe..so kami just survey je tengok price...then kami terus berjalan ke bangunan City Hall.. Ambil gambar Dan jalan je...cuma keadaan jalan tu yang agak mencabar sebab nak melintas jalan tu dengan dipenuhi motor yang sangat banyak...so after that kami balik semula ke hotel sebab hari nak hujan...tapi sempatlah singgah di kedai painting yang harganya memang murah..

5th December 2010 (Ahad)






Hari kedua di HCM dimulakan seawal jam 8am sebab kami nak bertolak ke Chu Chi Tunnel iaitu one of the place yang kena visit kat sini...so kami ke sana menaiki bas bersama tourist yang lain...ramai mat salleh je..so dalam perjalanan kami sempat singgah di Handicapped Handicraft iaitu tempat jual Dan buat handicraft Dan istimewanya dibuat oleh Orang Kelainan Upaya yang effected by Vietnam-America war...cantik tapi aku tak beli apa-apalah... Then terus kami ke Chu Chi Tunnel..sampai je memang banyak pelancong, after pay the tickets kami terus dibawa mengelilingi kawasan ni dengan tourist guide yang memang best gile iaitu Po namanya...memang kelakar..heheh...so di kawasan ni kami dibawa melawat kawasan tinggalan masa perang Vietnam-America... Ada tunnel yang memang kecik giler...demo jerangkap samar yang memang horror..Dan paling best kami juga disajikan dengan ubi kayu Dan teh..heheh...merasalah jugak...kira kagum jugak dengan diaorang yang boleh hidup macam tu di hutan...dengan keadaan yang very sistematik...kemudiannya lepas habis melawat kami di'paksa' oleh PO untuk balik guna bot...mulanya kami taknak tapi lepas bargain takpelah..Cuba jelah...scenery very breathtaking cuma terasa lama yang amat sangat untuk sampai sampai bolehlah tertido dalam bot tu...huhu...kemudian lepas sampai terus ke hotel untuk solat then kami terus keluar balik untuk makan..jumpa kedai makanan halal tapi indian food..so makan jelah nasi goreng telur..sambung jalan, kami menyelusuri sekitar bandar HCM banyak jumpa kedai lukisan yang sangat cantik Dan murah tapi just survey jelah dulu... Kami kemudian terus mencari Hard Rock Cafe HCM tapi dalam perjalanan sempatlah bergambar di bangunan yang menarik seperti city hall, Ben Thanh Market Dan lain- lain. sempat juga bergambar di Jab Pelajaran Vietnam..hehe..then sampai di HRC apalagi aktiviti shopping pun bermula..sempat tangkap T shirt, bear Dan fedora Dan gelas...pastu kami berjalan balik, sempat singgah di Shopping Complex Dan juga yang paling penting sebelum sampai di Hotel, sempat singgah kedai tailor untuk buat suit, so kami dapat harga RM 150 je..apalaagi terus sambar, 2 hari siap...heheh pastu sempat lagi shoppipng painting sebelum balik hotel...

6th December 2010 (Isnin)











Hari ketiga di HCM kami mulakan dengan awal pagi iaitu jam 715 pagi kerana kami perlu gerak untuk menyelusuri Sungai Mekong...atau ke My Tho, perjalanan dengan bas Dan mengambil masa selama 3 jam..memang lama dan asyik tertidur je masa dalam bas..heheh so sampai dalam jam 10am kami terus dibawa menaiki cruise menyusuri Sungai Mekong Dan first stop adalah Floating Market, di mana di sini perniagaan borong especially barang pertanian seperti buahan Dan sayuran dijual...lepas tu kami singgah di satu pusat kraftangan Dan pembuatan makanan berasasakan kelapa, ada demo nak buat candy Dan sebagainya..then kami menyusuri lagi sungai Dan Kali ni dengan sampan yang lebih kecik sambil pakai topi Vietnam lagi..hehe..kami terus berjalan ke tempat lunch tapi memang take makan, just makan buah je...pastu solat di situ then lepas lunch dalam jam 2 kami dah nak bergerak balik tapi yang bestnya naik basikal...hehe...sampai je kami naik bot semula ke jeti...perjalanan balik ambil masa 3 jam juga sempat singgah di Hentian Rehat Dan Rawat yang memang breathtaking pemandangannya....sampai je di HCM kami terus ke salah sebuah restoran halal di sini...sangat penuh dengan rakyat Malaysia ye..huhu kami order nasi putih Dan beberapa lauk Vietnam, memang sedap Dan no wonderlah ramai orang...sempat Cuba kopi Vietnam Dan sempat beli lagi..hehe..pas makan kami terus memulakan penjelajahan semula, kali ni misi mencari souvenir di Night Market, sempat beli fridge magnet, key chain Dan Lee sempat juga beli dia punya kapal..huhu...pastu kami terus ke tempat tailor untuk fitting semula suit Dan memang impress sebab dalam 24 jam kami tengok jahitannya memang kemas...lepas je tu kami terus ke kedai painting Dan sempat juga aku shopping tiga lukisan denguan harga RM160 jek...memang murah Dan tak sabar nak gantung di Ixora...hehe..lepas tu jam dah kul 11..kami terus pulang semula ke hotel..

7th December 2010 (Selasa)











So, tak sedar dah last day kat HCM. Kami mulakan harini dengan lawatan City Tour je, Dan kami terpaksa ambil half day sebab flight jam 6 takut tak sempat. Aktiviti start jam 8 am dengan menaiki van dikongsi dengan 2 adik beradik Aussie yang memang peramah Dan satu family dari Malaysia yang agak berlagak ye..huhu..so first place yang kami pergi ialah War Museum HCM yang menempatkan pelbagai info especially tentang perang Vietnam-Amerika, banyak model kapal pejuang, kereta kebal, model penjara Dan sebagainya. Yang paling menyentuh sebab dapat tengok sendiri betapa kejamnya peperangan tu mengakibatkan banyak yang cacat akibat penggunaan bomb phosphorus Dan chemical weapon yang lain...cuma tak sempat menikmati sangat info dalam tu sebab kami ikut pakej kan...lepas tu kami diajak minum kopi di sebuah restoran..dah minum baru tau tu kopi tahi musang...hehe..lepas tu kami ke sebum Chinese Temple yang paling famous di Vietnam..sebenarnya kalau nak tau kat Vietnam ni memang tiada agama rasmi sebab kebanyakannya ialah free religion..lepas bergambar sekejap kami terus dibawa ke China Town dan singgah di market yang memang murah sangat kainnya..Lee sempat sambar kain linen untuk baju raya Dan aku sempat beli dua kain Vietnam Silk untuk mak..lepas tu kami terus dibawa ke hotel semula..kami pergi ambil suit yang dah siap, pastu terus check out dari hotel, tinggal dulu barang Dan kami makan di V.N Halal restaurant, kami cuba popia die Dan specialty Vietnamese iaitu Pho' memang sedap..hehe..pastu terus berkejar ke Ben Thanh Market untuk last minute shopping iaitu nak beli tshirt Vietnam..pastu terus berkejar balik ke hotel untuk ambil barang Dan teksi ke airport...flight HCM-KLIA kitaorang jam 655 so sempatlah lagi shopping poskad Dan topi Vietnam,..hehe Dan paling best bila seat kitaorang upgrade jadi business class!yeah!hehe...

So..trip to HCM boleh dikatakan best cuma mungkin kami boleh ambil masa lama sikit sebab boleh ke Phnom Penh, Cambodia sebab naik bas dalam 6 jam je..tapi apapun excited untuk next trip Korea...sebab kami pergi masa winter so bleh main salji!yeah..hehe..

- Posted using BlogPress from my iPad


Location:Jalan 9/4,Bandar Baru Bangi,Malaysia

Wednesday 22 December 2010

ZOOM HONG KONG 2010

Dah lama rasanya x update blog yang dah bersarang ni..so kali ni aku nak kongsi pengalaman,gambar semasa aku trip ke Hong Kong. Aku dan lee ke Hong Kong pada 3-7 November 2010. Fly with Malaysian Hospitality so semangat sikit sebab bukan saja nak ke Hong Kong tapi yang paling excited sebab nak masuk international golden lounge..hehe so flight kami jam 9.15 am..sampai di KLIA jam 6.40am, lepas check in bag and everything terus ke terminal antarabangsa dan terus ke golden lounge. memang besar yang amat dan banyak sangat makanannya.So, apalagi aku dan Lee memulakan sesi sarapan dan menapau roti+susu+biskut dan lain-lain..hehe..so after that terus ke boarding area dan memulakan perjalanan kami..perjalanan ke Hong Kong ambil masa lebih kurang 3 jam lebih..so aku akan story by harilah kan...:-

3 Nov 2010 (Rabu)




Sampai di Hong Kong jam 1.00pm, lepas pemeriksaan imigresen dan ambil bagasi kami terus ke HK Tourism Board di luar airport. Memang superb Information Counter HK ni sebab layan dengan penuh baik dan informative. Then kami terus beli ticket MTR dan keluar terus beli ticket disneyland sebab cadangannya nak pergi Disneylandhari Sabtu takut ticket habis sebab tu beli awal. Lepas settle everything kami terus naik MTR untuk ke Hotel, dari Airport kami naik MTR ke Central dan terus ke Chai Wan. Kami check in di Hotel Y-Loft. Memang best gila hotel ni dan superb!Dengan harga RM725 untuk 4 hari kami dapat hotel 4 bintang!Memang selesa, kemudahan yang complete memang sangat-sangat puas hati. Lepas freshen up kami terus keluar semula dan destinasi pertama kami adalah Kowloon so naik MTR ke Tsim Sha Shui, kami sempat ke Space Museum dan seterusnya ke Avenue Of Star bagi menonton Symphony Of Light..di Avenue Of Star tu kami jalan sampai hujung dan ambil gambar dengan setiap famous star kat situ..heheh..then jam 8pm bermulalah Symphony Of Light..walaupun sekejap tapi memang cantik sangat!Pastu kami terus ke area Kowloon nak cari halal food tap tersilap tempat sebab yang kami pergi bukanlan islamic centre die, so memang takda kantin rupanya kat situ. Then kami dibawa ke tempat makanan Arab+Pakistan dan India tapi macam take selesa terus keluar. Last-last makan jugak di sau restoran kat area tu, makan nasi beriyani ayam.Lepas makan kami terus naik MTR nak ke Ladies Market yang macam Chow Kit rupanya, sempatlah beli beberapa souvenir seperti keychain dll.Lepas habis kami terus naik MTR balik dan terus balik ke Hotel..

4 Nov 2010 (Khamis)





Hari Kedua di Hong Kong kami mulakan dengan target utk bersiar di bandar Hong Kong Dan seterusnya mencari Hard Rock Cafe Hong Kong. So kami mulakan dengan menaiki MRT menuju ke Central Dan terus menuju ke Hong Kong Convention Centre utk melawat convention centre dan architecture yang menarik iaitu Bauhinia Square, ada bunga Lotus nye monumen kat situ, sempatlah singgah di kawasan pelabuhan di sebelah utk bergambar.Kemudiannya kami sebanarnya dah lost sket sebab tertinggal Map di toilet..hehe sebab rancangnya nak jalan sebagaimana dalam plan map tu tapi dah tertinggal terpaksa guna maklumat apa yang ada je..so kami terus berjalan ke Hong Kong Park,sebuah taman di tengah-tengah bandar Hong Kong..kami jalan keliling,tak berapa menarik sangat compare dengan Botanical Garden Singapura. Kemudiannya, kami bergerak ke Waterfront di Causeway Bay utk melawat Noon Day Gun..Ada monumen meriam yang Akan didaskan pada jam 12 tghari tapi kami tak tunggulah sebab Ada banyak lagi tempat nak pergi...then kami berjalan menuju ke Times Square tapi sempatlah singgah di cross harbor tunnel iaitu terowong yang menghubungkan Hong Kong dan Mainland China...pastu perjalanan diteruskan, mula2 kami singgah di Sogo di causeway bay..mencuci mata kalau ada yang menarik then terus ke Times Square rancangnya Mahu membeli iPad tapi sold out, kecewalah jugak..sempatlah singgah di Zara Dan M&S tapi takda yang menarik sangat.Then perut dah Lapar kami terus mencari tempat makanan halal kat Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre...memang alhamdulillah dapat makan makanan halal..yang dah lama kitaorang nk makan..hehe..so apalagi melantaklah nasi goreng Chinese style dgn dim sum yang halal..memang best!Pas solat kami terus berjalan Dan Kali ni nak try Tram yang memang kena Cuba kalau ke Hong Kong ni...kami berhenti di bandar Dan berjalan di sekitar bangunan pencakar langit di Hong Kong seperti HSBC..Bank of China Dan lain-lain yang memang cantik pemandangannya..kami terus jalan kaki utk ke The Peak Dan Maddam Tussaud..utk ke atas kami ken a naik tram yang memang 45 degrees punya kecondongan..agak seram tapi memang breathtaking pemandangannya...sampai di atas kami masuk dulu ke Maddam Tussaud Dan memang ambil masa yang lama kat situ sebab banyak sangat patung lilin yang Ada Dan satu patung jek sekurang-kurangnya 4 keping sorang.. maklumlah jakun kan..hehe..banyak sangat patungnya...then kami terus ke Hard Rock Cafe Shop utk biasalah shopping tapi tak ban yak sangat pilihan yang Ada so beli baju jelah...pastu kami terus nak naik ke The Peak tapi hujan memang agak lebat Dan katanya pemandangannya dari atas tu kabur so kami tunggulah kejap..mula2 macam tak nak naik tapi akhirnya naik jugalah...memang amat cantik Dan sejuk sangat...cuma malam taklah nampak apa sangat tapi still boleh tengok bandar Hong Kong dari atas...pas tu kami terus turun balik Dan sempat ambil gambar di depan Bank Of China sebelum terus ke Mongkok untuk jalan-jalan kalau Ada yang mau di beli...then jam 11 kami terus naik MRT semula balik ke Hotel..

5 Nov 2010 (Jumaat)




Third day di Hong Kong dimulakan dengan hari yang tidak baik sebab kami terlewat bangun..huhu jam 10.00 baru tersedar sedangkan pelan asalnya mau ke Macau harini..so terpaksa tukar plan...bangun..sarap Dan terus solat kami terus gerak ke Disneyland..perjalanan menaiki MRT yang memang convenience Dan very Disney...sampai di Disneyland jam 2pm..dah lewat sangat sebenarnya tu dengan cuaca yang memang take mengizinkan..hujan selebat-lebatnya..lupa nak cakap kami sempat beli payung kat Maning a.k.a Guardian...rancangan nak cari baju hujan yang vogue tapi x jumpa..so sampai di Disneyland memang tertawan sangat-sangat...terus bergambar walaupun hujan..hehe..sampai je memang nasib baik jump a Mickey Dan Minnie Dan lain-lain karakter..so apalagi bergambarlah..kami mula dgn Main Street U.S.A.then terus ke Tomorrow Land..buzz light year nye tempat...Pastu kami terus ke Fantasy land dimulakan dengan Small World...memang sangat cantik castle die Dan kami dibawa naik macam sampan Dan mengelilingi dunia kecil dengan diiringi lagu small world...sampai Sekarang terngiang-ngiang lagi..hehe..pastu kami menaiki Flying Dumbo Dan Cinderella Carousel tu...rasa cam budak-budak je..hehe..then kami bergegas ke nak tgk show Mickey and friends 3D!memang superb!pastu kami g naik train keliling seluruh Disneyland...sebab nak kejar masa sebab kami baru tau yang Disneyland ni tutup kul 7 then kami pergi sekejap ke Sleeping Beauty castle Dan terus ke AdventureLand..first thing yang kami try adalah Jungle Cruise River macam boat utk rentas sungai cabaran...memang adventure and banyak effects...pas naik tu kami terus tengok satu lagi teater lion king musical...so colorful....habis je tu kami tgk Sumer dah gelap apalagi laju je jalan ke main street untuk shopping...sambil shopping jam 7 Ada show fireworks kat castle macam selalu Ada dalam tu...sambung shopping memang banyak aku beli..thsirt...patung Mickey...souvenirs..kira habis gaklah juke RM500 kat situ...huhu....then sebelum balik memang kitaorang sakan bergambar kat main street tu sampaikan jadi last person yang keluar dari Disneyland tu...hehe kat luar pun bergambar jugak...hehe...memang seronok sangat2..selama ni nampak kat tv je skaranag experience sendiri....pastu kami terus ke mongkok untuk cari my iPad...alhamdulillah kedai Sumer masih bukak lagi..Dan hajat memilikki iPad..hehe aku beli kat New Vision apple store dengan harga RM2600 utk 3G 32 GB...pas tangkap tu...kami Gegas balik ke hotel takut terlepas train...tapi sempat jugak tu survey perfume yang memang murah gile....

6 Nov 2010 (Sabtu)






Harini kami berjaga-jaga sebab takut terbangun lewat lagi...hehe sebab plannya harini nak ke Macau Dan kami kena catch boat jam 9.00...lepas rushing alhamdulillah kami dapat catch boat jam 9 walaupun terpaksa berAmazing Race..hehe..suasana boat memang selesa Dan bersih Dan besar...tak rasa sangat sebab perjalanan very smooth walaupun hujan yang lebatnya....sampai di Macau lebih kurang jam 11..kami terus ambil shuttle bus ke City Of Dreams...sebab first thing kami kena shopping kat HRC dulu...so sampai je...lepas tgk City Of Dreams kami pun shoppinglah di Hard Rock Hotel Macau..banyak barang cuma takda saiz je baju dia...hujan memang lebat sangat so perjalanan agar perlahanlah...then kami ke bangunan depannya...nama die Vientiane...rupa-rupanya casino..tapi banana dia memang sangat cantik...pastu kami terus nak cari shuttle bus ke Bandar Macau..tapi terpaksa merentasi casino nye...hehe punyalah ramai umat yang gambling ni..huhu...then kami naik bus sampai ke Macau pastu naik shuttle ke Grand Lisboa Hotel utk Senado Square yang mana menempatkan Macau World Heritage...so kami sempat singgah di Cathedral Square..Mount Fortress Dan kawasan sekitarnya...tapi semuanya kena rushing sebab kami kena balik dengan ferry jam 5pm..cuaca pulak asyik hujan so agak melambatkan perjalanan.. Then kami terus berjalan nak terminal ferry Dan sambil tu bergambar lagi di bangunan pencakar langit di Macau ni Dan mereka juga Ada lotus square..Dan pelbagai casino...feri yang kami naiki jam 5pm Dan sampai semula di Hong Kong jam 7, kami terus mencari makan di Islamic Centre Mencuba nasi goreng Dan kuey teow..lepas makan kami terus menaiki feri menuju ke Kowloon sambil menonton symphony of light dalam feri...then kami terus ke shopping complex di situ untuk Lee cari Zaranya...so at last dapatlah jugak beli fedora kat situ..hehe..pastu jalan lag di sekitar bandar Kowloon sebelum balik Hotel sebab nak packing coz esok dah nak balik....

7 Nov 2010 (Ahad)





Last Day di Hong Kong...malasnya nak balik tapi terpaksa jugak..huhu so seawal jam 8 kami dah checkout sebelum terus ke Central utk check in...alhamdulillah boleh check in dulu kat situ...pas check in kami terus lari ke western market yang x sempat nak singgah lagi, bangunan memang kolonial tapi dalam tu takda benda sangat pun...hehe..pas jalan sekitar kul 11.30 pagi kami naik semula MRT ke airport sebab flight jam 2pm..sempat lagi singgah Disneyland store utk shopping lagi..huhu..flight jam 2 naik MAS sampai je kami ke Golden Lounge untuk melantak sampailah jam 9 lebih..hehe...

So conclusion trip Kali ni memang best cuma banyak tempat kami tak explore lagi sebab time yang sangat limited...hope to visit again Hong Kong ni...:-)

Tuesday 14 September 2010

Jalan-Jalan Lebaran

5 Syawal 1431H-hari ni sesi jalan-jalan lebaran diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya..kami anak beranak ke rumah kak Long, cik meloq,paman ambiah dan paman kadis..memang meriah dengan keluarga hj othman ngan rahimah ni..aku pun terpaksalah membatalkan diet aku dengan melantak habis-habisan..ada laksa Penang,kuey teow,mee sup dan macam-macam lagi..sekali sekala kan...:-)



-mee sup Paman Kadis-


-kuey teow Paman Ambiah-


-laksa Penang Cik Meloq-

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Padi Malinja 11,Johor Bahru,Malaysia

Sunday 12 September 2010

JJCM:Restoran Osman

4 syawal 1431H- bersarapan pagi dgn Roti Sardin Dan Nescafe Ais..restoran lain semua belum buka lagi..:-)







- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Padi Emas 4/5,Johor Bahru,Malaysia

Friday 10 September 2010

Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa W.P Labuan 2010


Pada 22 Julai 2010 berlangsung Majlis Perasmian Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa di UMSKAL Labuan dan yang paling istimewanya Majlis Perasmian ini disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia..dan yang paling istimewanya sekali sudah tentu Pengumuman Pengembalian Status Jabatan Pelajaran W.P Labuan..Alhamdulillah kerja keras dari semua pihak berbaloi dengan apa yang diumumkan..terima kasih Y.A.B Tan Sri kerana memahami isi hati seluruh masyarakat Labuan..

ZOOM BRUNEI 2010





Sebenarnya Lawatan ke Brunei ni dah lama dah iaitu 6-8 Julai 2010 yang lalu namun aku tak berkesempatan nak berkongsikan cerita dan gambar-gambar sepanjang lawatan.Lawatan Pengantarabangsaan ke Brunei turut disertai oleh Pengarah, Pengetua, Guru Besar dan rakan-rakan Jabatan yang lain. Terlanjur lawatan tu, aku buatlah sekali konsep Zoom Brunei ni..So pada pandangan aku, Brunei memang negara yang kecil dan tak banyak sangat tempat-tempat menarik tapi mungkin aku just mengikut lawatan jadi mungkin banyak tempat lain yang tak berkesempatan nak pergi. Cuma aku sempat melawat masjid utama Brunei atau known as Masjid Kubah Emas, Istana Nur Iman, Pasar and shopping complex dan selebihnya hanya mengikut aturcara lawatan. Aku perhatikan tak banyak sangat bangunan tinggi di Brunei sebab dengarnya sultan Brunei dulu kata bangunan tak boleh tinggi dari Menara Masjid Kubah Emas tu..lagi satu masjid kat sini memang besar walaupun di kawasan perumahan.Aku jgak sempat menikmati makanan yang popular di Brunei iaitu Nasi Katok (nasi yang hanya berlaukkan ayam + sambal yang memang khas) dengan harga BD1.00, memang murah dan sedap!

Salam Lebaran 2010


Bertemu lagi Syawal 1431 Hijrah..Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog ini, rakan-rakan taulan yang mengenali diri ini. 3 tahun beraya tanpa insan bergelar bapak kemeriahannya memang sudah tidak dirasai namun hati perlu tabah dalam menghadapinya. Mohon maaf zahir dan batin sekiranya terdapat kekasaran dan kesilapan sepanjang perkenalan...Salam Eid-Ul-Fitri..

Wednesday 2 June 2010

Tuesday 1 June 2010

Review Filem 2/2010

Balik ke KL berkesempatan untuk menonton wayang..aku pulun 4 cerita minggu lepas.Maklumlah summer movoes ni memang tak boleh nak lepas..hehe so nak review sket cerita yang aku tengokj last week:-

1) SHREK FOREVER AFTER



Movie ni adalah franchise keempat Shrek dan katanya the last movie.Overall aku memang enjoy everytime aku tengok Shrek tak terkecuali cerita ni. Basically cerita dia about Shrek yang nak rasa jadi Ogre balik+ jumpa Rumpelstikin yang boleh tukarkan dia dan sepanjanvg tu adalah kisah menarik..yang paling best tentulah watak PUSS yang membulat sekarang tapi tetap nak maintain zorro dia..hahah dengan part dioa buat mata tu memang enjoy..watak-watak lain cam biasa je, donkey macam biasa very annoying..fiona dengan sisi lain watak dia but yang paling best jugak adalah rumplestikin itself yang memang funny!overall 4 dari lima bintang for this movie..

2) A NIGHTMARE ON ELM STREET



Movie ni adalah remake dari filem yang sama tajuknya tahun 1984 dan memang masterpiece Wes Craven sebab aku ingat lagi masa kecik bila tengok citer ni sampai takut nak tidur malam takut mimpi Freddy Krueger datang!hehehe..overall cerita ni sama dengan yang dulu cuma mungkin dalam cita ni diceritakan sejarah camna Freddy Krueger jadi macamtu tapi tak boleh cerita lanjut sebab nanti jadi spoiler pulak kepada yang belum tengok..heheh..sebab cerita dia akan tunjuk kenapa Freddy Krueger tu muncul dalam mimpi diaorang dan nak bunuh diaorang tu..pembunuhan memang kejam!Overall 4 dari lima bintang..cuma ada kisah menarik sebelum tengok movie ni, adake aku boleh salah panggung..nasib baik tanya mamat cinema tu kalau tak kena tengok cerita lain je...hehehe..

2 movie ni aku tengok hari Ahad (23.5.2010) kat Midvalley

3) PRINCE OF PERSIA:THE SANDS OF TIME



Aku memang puas hati bila tengok cerita ni, action + jalan cerita memang lengkap bukan sekadar filem yang diadaptasi dari permainan video je cam resident evil dan lain-lain tu.Cerita berkisar tentang dastan yang telah dijadikan anak angkat ketika kecil, membesar sebagai putera dan dua abang tirinya dan tercetus konflik keluarga..kenapa Sands Of Time?Sebab pedang yang dicari oleh Nizar yang boleh mengubah masa..haa..suspen kan..siapa nizar?kenalah tengok movie ni.Aku suka dengan lakonan Jake Gylenhaal..aku rasa dia antara pelakon yang berbakat kat Hollywood cuma orang tak nampak, maybe sebab movie dia yang lebih kepada drama type..overall 5 bintang dari 5 bintang!!

4) IRON MAN 2



Aku nak sangat tengok cerita ni sebab aku terlepas tengok Iron Man 1 kat wayang sebab diaorang review kata Iron Man 1 tu best gila walaupun aku tengok cam biasa ja..sebab bagi aku tak boleh lawan lagi dengan The Dark Night punya Batman..hmm..so bagi aku Iron Man 2 ni buat aku terlelap je (ke sebab aku btengok midnight!) huhu..sebab cerita Iron Man dan aku expect banyak action tapi malangnya hanya banyak cakap dan action pun masa dah nak habis cerita dan itupun cam sekejap je action tu..rasa cam tak berbaloi tunggu sampai jam 1.30pagi untuk cerita ni dan kemunculan Scarlett Johansson pun cam xder impak sangat dalam citer ni..overall 2 dari lima bintang

2 movie ni aku maraton di TGV One Utama (seat dia yang tak best!)

So looking forward to see Toy Story 3, Twilight, Harry Potter, Salt and etc...

Monday 31 May 2010

ZOOM MALAYSIA 2010: Pahang - Cameron Highlands






On 29th May 2010 aku berkesempatan untuk ke Cameron Higlands, Pahang. Actually ini adalah plan last minute, tetiba tergerak hati nak ke tempat pelancongan yang famous kat Malaysia ni especially aku memang tak pernah menjejakkan kaki kat sini lagi. Plan asal sebenarnya nak Jalan-Jalan Cari Makan kat Kluang+Melaka+Negeri Sembilan tapi next time lah...so bergerak dari KL pada asalnya jam 6.30 pagi tapi biasalah sebab last night pergi tengok midnight terus terlajak. Bergerak dari KL jam 9.30pagi. Alhamdulillah jalan tak berapa sesak sangat, so kami lalu di Simpang Pulai sebab katanya jalan tu lebih besar dan tak bengkang bengkok sangat. Sampai di Simpang Pulai jam 12.00tgh terus naik ke puncak.Cuaca agak panas dan sampai di puncak memang jalan jam+ sesak..agak frust jugak sampai dah plan nak duduk Equatorial..hehe..,rupa-rupanya jam sebab ada pasar minggu di Cameron.So sampai di tanah rata lebih kurang jam 2.00petang. terus solat dan lunch di KFC.Cuaca pulak memang tak menyebelahi sebab hujan lebat yang teramat sangat + memang langsung tak bawak payung tapi redah jelah.Sempat singgah di pasar minggu di tanah rata, tak banyak beli pun just beli apam balik buat alas perut and fridge magnet untuk souvenir. Pastu terus ke ladang strawberi, kalau tak silap KHM strawberry park namanya. Sekali lagi frustrated sebab niat asal nak beli strawberry tapi habis, so just makan aiskrim homemade + beli jem dan syrup dia..memang best aiskrim dia..redah lagi kat ladang sekitar tapi still strawberry habis jugak...then terus ke Bharat ladang teh, jalan ke Ringlet.Memang ramai orang sempat berposing kat ladang bawah tu..pemandangan memang terasa macam kat Puncak and Kintamani Bali..then terus balik semula ke Simpang Pulai nak jalan balik...sempat singgah kat pasar dia lagi nak beli strawberry ngan jagung..jam 7.30malam bergerak turun, nasib cuaca walau hujan tapi tak lebat sangat. Singgah kejap makan nasi lemak kat RnR Simpang pulai dan terus ke KL..sehari kat Cameron memang tak cukup sebab rasanya banyak lagi tempat nak explore but biasalah cuti-cuti yang tak dirancang ni kan..dan satu lagi ingat sejuk sangat Cameron ni tapi hmm..cam sama jek cuacanya ngan kat bawah...

Tuesday 16 March 2010

welcome back JeJaRi..

Lega rasanya bila JeJaRi dah 'sembuh' balik..orang kata tak patah kaki lagi, tak menyusahkan orang lain lagi, dan yang penting dapat berjalan semula dengan senang hati.Mintak-mintak lepas ni takda masalah lagi. Janji kat JeJaRi takkan sebut untuk cari yang baru, takut dia merajuk lagi...:-)


~sebelum~


~selepas~

Friday 26 February 2010

ZOOM INDONESIA 2010: Bali

Pada 20 Februari 2010 - 24 Februari 2010 aku an Lee berkesempatan untuk melaksanakan trip seterusnya dan kali ni Bali menjadi destinasi pilihan sebab:-

1) tiket murah = RM120 returns

2) dari gambaran mereka yang telah ke Bali, orang kata 'masih belum ke Indonesia kalau ngak ke Bali'

walaupun trip kali ni hanya naik Air Asia je, tapi tetap excited sebab nak melihat sendiri keadaan Bali ni...

20/2/2010 (Sabtu)



Flight kami yang pada asalnya jam 7.00pm diawalkan menjadi 5.00pm,aku memang malas sebenarnya nak ke LCCT ni sebab keadaan airport dan sebagainya tapi bila dah sampai rasa okay pulak sebab international terminalnya agak besar dan lebih luasa daripada first time pergi dulu..flight berlepas ikut jadual, kami dah siap-siap order makan sebab lagi murah kalau book airline...sebanarnya Air Asia ni ok jugak berbanding dulu agak sempit..kami sampai di Ngurah Rai Airport jam 8.00malam, waktu di Bali ni mengikut waktu Kuala Lumpur juga so takda masalah, terus ambil teksi ke Hotel. Dengan kos 48000 Rupiah = RM15.00 perjalanan ke hotel Bakung Beach Cottages, Tuban sebenarnya hanya ambil masa 5 minit je..keadaan di Hotel okay, taklah hebat sangat sebab dapat hotel ni pun guna voucher jek.Tapi persekitaran memang menarik, penuh dengan konsep balinese, dan satu lagi areanya dekat dengan Kuta dan Legian. So sampai je, kami terus jalan kaki ke Sentro, Pusat membeli Belah terbesar di Bali, saja cuci-cuci mata dan sempat beli roti bagi alas perut malam...

21/2/2010 (Ahad)





Bangun seawal jam 7.00am sebab nak bergerak jam 8.30am, sempat sarapan di hotel tapi kami just makan roti jek sebab takut kalau pesan nais goreng kang tetiba tercampur dengan 'babi guling'..huhuhu...so after breakfast dengan tour guide Pak Bambang dan supir kami dibawa ke Taman Ayun, sebuah pura (temple) yang memang cantik pemandangannya, pura ni pak Bambang tu kata still digunakan lagi kalau ada keramaian especially dari kasta2 tertinggi kat Bali ni, then kami bertolak ke Candi Kuning Market, sempat membeli buah strawberi..kawasannya lebih kurang macam Puncak dan jalannya pun macam lebih kurang Kundasang so pastu terus ke Bedugul melihat Botanical Gardennya dan terus ke Ulun Danu Temple, Pura yang terletak di Danau, memang breathtaking pemandangannya. Terus makan siang di Ayam Bakar Taliwang, Restoran As Siddiq...Alhamdulillah kami dapat supir ngan tour guide yang Muslim so memang makan tiada masalah. Kami cuba Ayam Bakar Taliwangnya dengan Ayam Paracik (Percik dalam BM) memang pedas+best...kemudian solat zohor+asar di Masjid Al Hidayah di kawasan Bedugul tu jugak...Lepas itu, kami bertolak ke Alas Kedaton (Monkey Forest), penuh dengan monyet dan juga ada templenya. Aku memang tak suka sangat tempat ni sebab bila-bila masa monyet tu boleh naik atas badan mintak makanan, kami sekejap ja dekat sini sambil tu borong jugak souvenir sebab kesian dengan guide yang bawak kitaorang kat kawasan ni, katanya belum laku lagi jualan, kitaorang niat bukan nak beli sangat pun last-last beli jugak lima t shirt...hmmm..then kami terus ke Tanah Lot Temple yang memang tempat rasmi pelancong kalau ke Bali ni. Ramainya manusia di kawasan ni sebab masing-masing nak tengok sunset. Memang cantik sangat pemandangan especially bila duduk atas bukit dan tengok susnset yang dekat sangat.Puas jugak bergambar sampailah waktu Maghrib...Then kami bertolak ke Jimbaran untuk makan Seafood, kawasan tepi pantai memang tenang je menikmati dinner kat situ sambil bayar harga RM220 untuk dua orang makan.terkejut jugak dengan harga sebab kami hanya pilih sotong, udang ngan ikan siakap merah je...huhuhu...nak buat camna, bayar jugaklah...lepas makan terus dihantar ke hotel..rehat untuk hari kedua...

22/2/2010 (Isnin)





hari ketiga dimulakan macam biasa, jam 8.30am kami dah bertolak untuk melihat tarian Barong or Barong Dance salah satu antara 3 tarian yang terkenal kat Bali, kalau datang Bali tak sah untuk tonton Barong ni, tarian ni ada story board dia dan ada beberapa segmen dan watak-watak dia kalau dilihat memang kuat pengaruh hindu, ada monyet macam Hanuman tu dan sebagainya. Satu jam jugak menyaksikan tarian ni dan memang agak menghiburkan. Seterusnya kami ke desa Celuk (pusat kerajinan emas
dan perak), desa Batuan (pusat lukisan tradisional Bali), Mas (pusat kerajinan ukiran kayu). Mula-mula ke kedai Batik tapi macam tak cantik sangat batik dia berbanding kat Danor Hadi Bandung so kami lihat jelah proses pembuatan dan sempat window shopping je. Pastu terus ke pusat kerajinan barang-barang perak, tengok jugak cara pembuatan tapi tak beli apa-apalah..just tengok jek. Kemudian kami terus bertolak ke Kintamani, salah satu tempat jugak yang wajib pergi. Sambil makan tengahari dengan hidangan buffet yang memang best sambil menikmati pemandangan volcano mountain di sebelahnya. memang sangat-sangat menakjubkan pemandangan, Subhanallah...lepas makan kami solat zohor+asar di kawasan tu jugak sebelum ke Tampak Siring, tempat ni kawasan yang ada air suci yang mana masyarakat Bali percaya air kat kawasan tu kalau mandi boleh buang sial dan sebagainyalah. Kawasan ni pun penuh dengan Pura jugak dan sempat membeli souvenir lagi dengan harga yang memang patut...seterusnya kami ke Goa Gajah, kawasan ni pun ada temple jugak dan juga kawasan tempat Masyarakat Bali dulu-dulu bermeditate..tapi dengan cuaca yang panas, kami kat situ sekejap ja janji dapat bergambar...Dari Goa Gajah tu kami bergerak ke Pantai Kuta, walaupun hari dah nak Maghrib tapi masih ramai lagi pelancong yang ada dan memang meriah pantai ni, aktiviti yang paling banyak orang buat ialah surfing siap masing-masing ada board sendiri lagi..sempat bergambar di kawasan sekitar dan lepas tu terus ke Hard Rock Hotel dan Hard Rock Cafe untuk beli merchandise yang memang best!Terus dihantar balik ke Hotel, kami keluar lagi dengan berjalan kaki sebab dah tau kawasan, dinner KFC (ada spagheti yang best) dan meninjau kawasan sekitar kalau-kalau ada yang boleh shopping lagi ;-). Aku perhati banyak kedai Quicksilver, Roxy, Surfer Girl, Billabong, Rip Curl dan macam-macam kedai untuk para surfer ni...pas dinner kami terus balik untuk rest....

23/2/2010 (Selasa)





Hari keempat ni agak relaks sket sebab kebanyakan tempat dah dilawat cuma hari ni kami just dibawa ke tempat souvenir di Ole-Ole Bali dan sempat aku borong beberapa cenderamata, walaupun harganya agak mahal tapi dah diorang bawak ke situ, beli jelah...lepas tu terus berjalan di sekitar Kuta ke kawasan Factory Outlet Billabong, Quick silver dan lain-lain, di Legian kami berhenti dulu untuk tengok kawasan yang pernah kena bom sampai 202 orang mati pada 2002, sempat tangkap baju Quicksilver di Butiknya di Legian, terus dibawa makan siang di area Kuta dan sempat makan ikan gurame ngan es kelapa jagung yang memang nyaman...:-) Then lepas solat zohor+asar kami bertolak ke Uluwatu untuk menonton tarian Kechak yang memang famous di Bali ni, dalam perjalanan sempat singgah di area pantai berhampiran Uluwatu yang memang menarik scenerynya...sampai di Uluwatu dah memang ramai sangat manusia, sambil berjalan aku kena bukak specs sebab takut monyet2 yang berkeliaran kat situ rampas sebab monyet kat kawasan ni agak ganas sikit. Kami dapat spot menarik untuk tonton Kechak Dance + sunset..walaupun keadaan memang panas tapi tahan jelah..jalan cerita dia cam lebih kurang Barong Dance cuma konsep tarian ni acapella sket dengan tiada alatan muzik dan tak banyak dialog tapi memang best sambil tengok sunset yang betul-betul depan mata..lepas nonton Kechak Dance kami terus ke Kuta Square untuk beli makanan sebab cuaca hujan dan takut pulak kalau terus ke hotel nda dapat berjalan..akhirnya sekali lagi beli KFC jugak..paling jimat dan telah ditanggung halal..sampai hotel start packing untuk balik esok...

24/2/2010 (Rabu)





Hari terakhir di Bali...keluar dari hotel jam 8.30am dah siap check out semuanya, so aktiviti hari ni memang leisure, just kami dibawa ke kawasan Denpasar, bandar lama Bali ni dan kat sini borong lagi souvenir, tapi memang lagi murah compare yang semalam so apalagi beli jelah kan...pastu kami ke Nusa Dua melihat pantai yang memang heaven...kalau datang skali lagi terasa nak tidor je kat Hyatt Nusa Dua ni..heheh...then kami ke Kuta Square, Seminyak Square untuk cari barang Kak Intan yang pesan roxy tapi semua dah jelajah semua takda...last-last shopping lagi dan kali ni beli baju kat Hard Rock Cafe plak..huhuhu...smpai jam 5,30 kami diantar ke airport sebab flight jam 8.40pm..memang ample time..sempat solat, round semua dan flight memang sharp dan sampai ke LCCT ahead 30 minutes....

keseluruhannya, travel kali ni walaupun tak seexcited seperti kali pertama tapi tetap teruja dan memorable..Bali memang satu destinasi yang wajib pergi..so ke mana seterusnya?hmm..teringin nak ke Jogja, Mesir, Dubai dan kemuncaknya teringin nak ke London..mintak-mintak murah rezeki kan....