Friday, 24 December 2010

ZOOM VIETNAM 2010:Ho Chi Minh City

So, after Hong Kong trip sebulan lepas tu kami ke Bandar Saigon, Vietnam atau lebih dikenali sebagai Ho Chi Minh City. Trip kali ni sebenarnya untuk menggunakan point Enrich yang Akan expired tahun ni so yang kire okay is Vietnam. So our trip to Vietnam ialah dari 4th - 7th December 2010, 4 hari 3 malam so this is the story:-

4th December 2010 (Sabtu)











Kami bertolak ke bandar Ho Chi Minh City Vietnam dengan menggunakan penerbangan MAS untuk kali terakhirnya..huhu so flight jam 5.20 petang tapi seawal jam 2petang kami dah sampai di airport sebab nak lunch di lounge Dan macam biasalah menapau apa yang patut..hehe...walaupun flight kami di pintu H tapi tetap gigih ke pintu C semata- mata..hehe..lepas makan apa yang patut then kami gerak ke pintu H Dan baru tau rupanya di situ pun Ada Loungenya..apalagi masuklah sekali lagi...hehe Dan tiba-tiba Ada kejutan pulak aku dapat upgrade ke business class..haha..selama ni x pernah termimpi pun nak naik guna business class..so setelah merasa sekali lagi makan di lounge terus kami masuk dalam flight Dan teruja sebab naik business..hehe sorry lee..hehe..so perjalanan amble masa selama lebih kurang 2 jam..tapi sebab waktu di Vietnam lambat sejam dari Malaysia, kami sampai jam 6 lebih...lepas imigresen then keluar saja dari airport kami dijemput oleh teksi hotel berkongsi bersama sorang nenek mat salleh dari German yang travel selama 6 bulan kalau aku tak silap. Hotel yang kami duduk ialah Vy Khanh Guest House, yang telah di suggest oleh Samsuddin Dan Cikgu Chris...sampai je kami dikejutkan dengan keadaan jalan di Vietnam yang sangat sibuk...takut gile nak lintas jalan..huhu...so lepas check in Dan settle everything kami terus keluar balik...first stop adalah night market di sebelah Ben Thanh Market..memang banyak barangan yang dijual..dan yang paling penting punyalah ramai orang Malaysia siap penjual tu boleh cakap Melayu lagi...hehe..so kami just survey je tengok price...then kami terus berjalan ke bangunan City Hall.. Ambil gambar Dan jalan je...cuma keadaan jalan tu yang agak mencabar sebab nak melintas jalan tu dengan dipenuhi motor yang sangat banyak...so after that kami balik semula ke hotel sebab hari nak hujan...tapi sempatlah singgah di kedai painting yang harganya memang murah..

5th December 2010 (Ahad)






Hari kedua di HCM dimulakan seawal jam 8am sebab kami nak bertolak ke Chu Chi Tunnel iaitu one of the place yang kena visit kat sini...so kami ke sana menaiki bas bersama tourist yang lain...ramai mat salleh je..so dalam perjalanan kami sempat singgah di Handicapped Handicraft iaitu tempat jual Dan buat handicraft Dan istimewanya dibuat oleh Orang Kelainan Upaya yang effected by Vietnam-America war...cantik tapi aku tak beli apa-apalah... Then terus kami ke Chu Chi Tunnel..sampai je memang banyak pelancong, after pay the tickets kami terus dibawa mengelilingi kawasan ni dengan tourist guide yang memang best gile iaitu Po namanya...memang kelakar..heheh...so di kawasan ni kami dibawa melawat kawasan tinggalan masa perang Vietnam-America... Ada tunnel yang memang kecik giler...demo jerangkap samar yang memang horror..Dan paling best kami juga disajikan dengan ubi kayu Dan teh..heheh...merasalah jugak...kira kagum jugak dengan diaorang yang boleh hidup macam tu di hutan...dengan keadaan yang very sistematik...kemudiannya lepas habis melawat kami di'paksa' oleh PO untuk balik guna bot...mulanya kami taknak tapi lepas bargain takpelah..Cuba jelah...scenery very breathtaking cuma terasa lama yang amat sangat untuk sampai sampai bolehlah tertido dalam bot tu...huhu...kemudian lepas sampai terus ke hotel untuk solat then kami terus keluar balik untuk makan..jumpa kedai makanan halal tapi indian food..so makan jelah nasi goreng telur..sambung jalan, kami menyelusuri sekitar bandar HCM banyak jumpa kedai lukisan yang sangat cantik Dan murah tapi just survey jelah dulu... Kami kemudian terus mencari Hard Rock Cafe HCM tapi dalam perjalanan sempatlah bergambar di bangunan yang menarik seperti city hall, Ben Thanh Market Dan lain- lain. sempat juga bergambar di Jab Pelajaran Vietnam..hehe..then sampai di HRC apalagi aktiviti shopping pun bermula..sempat tangkap T shirt, bear Dan fedora Dan gelas...pastu kami berjalan balik, sempat singgah di Shopping Complex Dan juga yang paling penting sebelum sampai di Hotel, sempat singgah kedai tailor untuk buat suit, so kami dapat harga RM 150 je..apalaagi terus sambar, 2 hari siap...heheh pastu sempat lagi shoppipng painting sebelum balik hotel...

6th December 2010 (Isnin)











Hari ketiga di HCM kami mulakan dengan awal pagi iaitu jam 715 pagi kerana kami perlu gerak untuk menyelusuri Sungai Mekong...atau ke My Tho, perjalanan dengan bas Dan mengambil masa selama 3 jam..memang lama dan asyik tertidur je masa dalam bas..heheh so sampai dalam jam 10am kami terus dibawa menaiki cruise menyusuri Sungai Mekong Dan first stop adalah Floating Market, di mana di sini perniagaan borong especially barang pertanian seperti buahan Dan sayuran dijual...lepas tu kami singgah di satu pusat kraftangan Dan pembuatan makanan berasasakan kelapa, ada demo nak buat candy Dan sebagainya..then kami menyusuri lagi sungai Dan Kali ni dengan sampan yang lebih kecik sambil pakai topi Vietnam lagi..hehe..kami terus berjalan ke tempat lunch tapi memang take makan, just makan buah je...pastu solat di situ then lepas lunch dalam jam 2 kami dah nak bergerak balik tapi yang bestnya naik basikal...hehe...sampai je kami naik bot semula ke jeti...perjalanan balik ambil masa 3 jam juga sempat singgah di Hentian Rehat Dan Rawat yang memang breathtaking pemandangannya....sampai je di HCM kami terus ke salah sebuah restoran halal di sini...sangat penuh dengan rakyat Malaysia ye..huhu kami order nasi putih Dan beberapa lauk Vietnam, memang sedap Dan no wonderlah ramai orang...sempat Cuba kopi Vietnam Dan sempat beli lagi..hehe..pas makan kami terus memulakan penjelajahan semula, kali ni misi mencari souvenir di Night Market, sempat beli fridge magnet, key chain Dan Lee sempat juga beli dia punya kapal..huhu...pastu kami terus ke tempat tailor untuk fitting semula suit Dan memang impress sebab dalam 24 jam kami tengok jahitannya memang kemas...lepas je tu kami terus ke kedai painting Dan sempat juga aku shopping tiga lukisan denguan harga RM160 jek...memang murah Dan tak sabar nak gantung di Ixora...hehe..lepas tu jam dah kul 11..kami terus pulang semula ke hotel..

7th December 2010 (Selasa)











So, tak sedar dah last day kat HCM. Kami mulakan harini dengan lawatan City Tour je, Dan kami terpaksa ambil half day sebab flight jam 6 takut tak sempat. Aktiviti start jam 8 am dengan menaiki van dikongsi dengan 2 adik beradik Aussie yang memang peramah Dan satu family dari Malaysia yang agak berlagak ye..huhu..so first place yang kami pergi ialah War Museum HCM yang menempatkan pelbagai info especially tentang perang Vietnam-Amerika, banyak model kapal pejuang, kereta kebal, model penjara Dan sebagainya. Yang paling menyentuh sebab dapat tengok sendiri betapa kejamnya peperangan tu mengakibatkan banyak yang cacat akibat penggunaan bomb phosphorus Dan chemical weapon yang lain...cuma tak sempat menikmati sangat info dalam tu sebab kami ikut pakej kan...lepas tu kami diajak minum kopi di sebuah restoran..dah minum baru tau tu kopi tahi musang...hehe..lepas tu kami ke sebum Chinese Temple yang paling famous di Vietnam..sebenarnya kalau nak tau kat Vietnam ni memang tiada agama rasmi sebab kebanyakannya ialah free religion..lepas bergambar sekejap kami terus dibawa ke China Town dan singgah di market yang memang murah sangat kainnya..Lee sempat sambar kain linen untuk baju raya Dan aku sempat beli dua kain Vietnam Silk untuk mak..lepas tu kami terus dibawa ke hotel semula..kami pergi ambil suit yang dah siap, pastu terus check out dari hotel, tinggal dulu barang Dan kami makan di V.N Halal restaurant, kami cuba popia die Dan specialty Vietnamese iaitu Pho' memang sedap..hehe..pastu terus berkejar ke Ben Thanh Market untuk last minute shopping iaitu nak beli tshirt Vietnam..pastu terus berkejar balik ke hotel untuk ambil barang Dan teksi ke airport...flight HCM-KLIA kitaorang jam 655 so sempatlah lagi shopping poskad Dan topi Vietnam,..hehe Dan paling best bila seat kitaorang upgrade jadi business class!yeah!hehe...

So..trip to HCM boleh dikatakan best cuma mungkin kami boleh ambil masa lama sikit sebab boleh ke Phnom Penh, Cambodia sebab naik bas dalam 6 jam je..tapi apapun excited untuk next trip Korea...sebab kami pergi masa winter so bleh main salji!yeah..hehe..

- Posted using BlogPress from my iPad


Location:Jalan 9/4,Bandar Baru Bangi,Malaysia

1 comment:

  1. haiiii tuan umah..

    jenjalan kat blog tuan hamba pd hari ni..

    bestnye pegi negara org...

    ReplyDelete