Tuesday 13 September 2011

Review Filem 8/2011

Okay...lepas raya ni masa untuk aku meneruskan aktiviti yang tak terbuat masa bulan puasa iaitu Menonton Wayang...orang kata tengok wayang bulan puasa kurang pahalnya..hehehe walaupun banyak cerita best tapi aku tahanlah memang kalau bulan puasa cam tak biasa sangat pergi tengok wayang. So, aku tengok 3 cerita actually gila memang lepas gian sungguh...hahaha so cerita pertama:-


Movie 1:HANTU BONCENG


ha..inilah movie yang ditunggu-tunggu katanya...hehehe. Actually tengok trailer memang nampak menarik + kelakar + zizan, so aku sebagai pakcik yang baik bawaklah 8 orang anak sedara ke TGV Tebrau lepas pergi raya. Barulah rasa betapa payahnya kalau anak ada 8 ni..hehehe..okay kata nak review movie kan, melalut pulak.
Ringkasnya, sinopsis cerita ni pasal zizan ni mat rempit pastu pas dia menang dia dapat satu awek nama dia Ayu lakonan by Juliana Evans. Tak sempat nak me'rasa' dia eksiden dan awek ni mati so awek tu jadi hantu yang mengganggu dia konon ada benda tak selesai...camtulah lebih kurang. Bagi aku, cerita dia kelakar so kalau nak pergi wayang and then nak gelak pastu balik, cerita ni boleh ditonton. Cuma apa yang aku tak puas hati tu part yang kelakar tu separuh je sebab separuh kedua tu dah macam bosan sikit. Nama tajuk pun hantu bonceng tapi hantu tunjuk sekerat jalan je. Tu yang aku tak puas hati tu. dari segi lawak, bagi aku lawak Zizan bagus tambah dengan dia punya sidekick 'Kunyit' tu. Juliana Evans biasa-biasa saja tapi sangat cantik. So, bagi aku standard sama je cam ngangkung, adnan sempit dan filem-filem Ahmad Idham yang lain....aku bagi 3/5 bintang

Movie 2: FINAL DESTINATION 5

Okay, francais movie ni memang aku tunggu dan tak pernah ketinggalan untuk tonton. Ingatkan yang no. 4 haritu dah penghabisan rupanya ada lagi. Sejak Devon sawa berlakon untuk Final Destination yang no. 1 yang diaorang mati dalam Kapal Terbang memang bagi impak besar kat aku, sampai sekarang bile naik kapal je aku terbayang cerita ni. Walaupun kematian yang ditunjukkan tu sangat mengerikan tapi still masih nak juga aku tengok. So, untuk movie ni kisah yang sama iaitu mati yang datang mencari mereka yang terselamat masa kejadian yang pertama. Hero dapat bayangan masa dalam bas atas jambatan nak ke kem bina semangat, jambatan yang dalam construction tu runtuh dan sorang demi sorang mati. Kematian dia sangat -sangat mengerikan ya. Lepas terselamat cam biasalah, sorang-sorang akan mati. Ada mati dalam spa, mati kat hospital mata masa buat laser.Tapi yang paling tragis mati masa berlatih gimnastik. Punyalah gila!kena tengok sendiri lah kan...heheh...yang bestnya masa part last tu yang hero and heroin ni nak keParis naik kapal terbang yang sama dengan Devon Sawa yang crash tu. Bagi aku cerita ni agak biasa saja, sebab jalan cerita kita pun dah tau cuma cara kematian je macam mana. Cuma kematian dalam cerita ni tak dijangka tapi masih kurang menandingi filem yang pertama. So rating aku bagi 4/5...

Movie 3: THE SMURFS

Aku nak sangat tengok cerita ni sebab nak imbau kembali zaman kanak-kanak..hehehe konon lah kan. Kan best kalau Carebears, thundercat, Jam boleh buat movie jugak. Cerita movie ni simple je. Kawasan perumahan Smurfs telah dirosakkan oleh ahli sihir Gargamel masa Festival Blue Moon. Masa nak lari dari Gargamel ni diorang telah ke salah jalan yang dibawa oleh Clumsy, iaitu ke sebuah air terjun yang terbuka masa blue moon ni. So end up smurfs ni terpergi ke New York dan Gargamel juga so kat New Yor tu dia jumpa Neil Patrick Harris dan Emma (dalam Glee) jadi penjaga. bermulalah kehidupan mereka di New York dan untuk mencari jalan semula balik ke rumah asal.Cerita smurfs ni memang best walaupun biasa sebab the characters sangat comel dan menghiburkan..papa smurfs, smurfettes, clumsy, brainy dan paling penting aku sangat suka dengan character Gargamel!sangat funny dan jahat!anyway aku bagi 4/5 bintang!yeah!!

Friday 2 September 2011

Kemeriahan Aidilfitri 2011

Walaupun lepas arwah bapak dah takda sejak 5 tahun lalu, Hari Raya disambut dengan sederhana je. Namun kemeriahan masih ada dan tradisi masih sama. Pagi, keluarga berkumpul kat rumah mak di Uda dan kemudian lepas zohor barulah bergerak ke kampung. Saja, nak kongsikan kemriahan Aidilfitri 2011.....


-keluarga kak long-



-keluarga kak ros-


-keluarga Kak Ha-


-keluarga kak wah-


-keluarga abang-


-keluarga kak na-


-nenek dan cucu-cucunya-


-family posing bebas-


-mak bersama anak bongsu-


-SpyMaker Reunion-


-Acara memberi duit raya-


-hidangan di rumah pak ngah-


-pose-


-hiasan rumah di malam raya-


-raid bersama pak su-
-Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Padi Ria 1,Johor Bahru,Malaysia

Review Filem 8/2011





Berkesempatan membawa anak-anak saudara seramai 7 orang menonon filem terbaru Ahmad Idham, Hantu Bonceng di TGV Tebrau, JB. Actually, kalau ikutkan memang taknak tengok pun tapi sekali sekala nak belanja anak sedara kan...tengok citer lain tak sesuai so ini jelah cerita yang ada. Sinopsis filem ni sangat mudah, mengisahkan Ucop seorang mat rempit, pada satu malam lepas menang race, dia diberi dengan satu awek sebagai hadiah, tak sempat 'malam pertama' accident dan bermula pada haritu, dia diganggu dengan hantu perempuan ni sehinggalah dia berjumpa dengan Au iaitu kakak kepada Maya (perempuan yang mati ni).cerita selanjutnya kenalah tengok sendiri sebab nanti jadi spoiler pulak kan...haha...Pandangan aku tentang filem ni?hmmm...bagi aku the first half jek yang kelakar dan ada hantu seperi dalam tajuk. The second half tu raa macam bosan sebenarnya walaupun tak agak ada twist di part last tu.Cerita dia ringan sangat dan berbaloi jek kalau nak tengok kat Astro First atau tunggu di Astro Citra 6 bulan lagi...Dari segi lakonan, Zizan macam biasalah dengan lawak -lawak yang biasa kita tengok dalam Jozan...Juliana Evans agak sedikit kaku. Kunyit rakan kepada Zizan agak menyerlah biarpun rasanya ni penampilan pertama dia sebagai pembantu. Yang lain macam biasa je....so rating aku bagi 2.5/5. masih tak boleh menandingi keburukan filem No Problem..hahah agak menhiburkan tapi kalau tak tengok wayang pun takpe...
- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Padi Ria 1,Johor Bahru,Malaysia

Salam Aidilfitri 2011




Sedar tak sedar dah masuk 5 Syawal harini, cepatnye masa berlalu.Masih tak berkesempatan nak mengucapkan Salam Aidilfitri kepada pembaca blog ini *matilah berangan ada readers katanya!huhuhu...anyway, just want to wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada kawan-kawan, sahabat handai jika ada kesalahan dan kesilapan selama ni. Now ni raya dah tak rasa sangat pun, excited nye Malam Raya sebab nak kemas rumah dan Pagi Raya sebab nak pakai Baju Melayu Baru dan pergi solat, pastu terus rasa cam biasa jek....so again, Selamat Hari Raya!


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Padi Ria 1,Johor Bahru,Malaysia