Tuesday 14 June 2011

The Blade Runner

Hari jumaat (10.6.2011), ada DPA Global Talk anjuran DPA 2/2010 dan mereka jemput Encik Shariff Abdullah dari Singapura ataupun lebih terkenal dengan jolokan The Blade Runner. Aku tak sempat dengar dari awal ceramah die tapi di akhir tu dapatlah dengar sikit-sikit. Sebenarnya dia ni kudung sebelah kaki tapi mampu berlari sampai 100km!memang sangat kagum.Di akhir acara berpeluang untuk lari sama dengan en shariff ni,punyalah penat sebab lama tak berlari walaupun jarak taklah jauh sangat!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

23:59 World Tour!

Minggu lepas berlangsung Konsert 23:59 World Tour anjuran DPA 2/2010 di Dewan Serba Guna.Sebenarnye tujuan konsert ini untuk memilih penyanyi terbaik bagi malam KSN tapi diselang selikan dengan nyanyian oleh band ni. Guest of Honour adalah PI sendiri, Dr.Amin. Observation aku, konsert ni ada jugak macam syok sendiri sebab nampak cam band ni je yang selalu nyanyi dan pemilihan lagu tak sesuai dengan lagu-lagu radiohead bagai!pastu banyak pulak lagu-lagu ciptaan sendiri yang kurang sedap!apapun tahniah kepada urus setia,yang penting juri mantap!fazley zainal, Imran Ajmain and Azian Mazwan Safuan..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Review Filem 5/2011



Seterusnya, movie yang aku tonton minggu lepas ialah Pirates Of The Carribean: The Stranger Tides. Tonton di TGV Mines, actually memang tak suka sangat tengok di sini sebab seat die yang tak best tapi sebab murah beli jelah. Aku tengok jam 11.30 pagi. Overall movie ni dah takda dah kiera knightley dan orlando bloom tapi bak orang cakap hidupnye pirates ni sebab Captain Jack Sparrow nye so tak terasa pun kehilangan tu. Ditambah dengan watak Penelope Cruz yang misteri membuatkan movie ni tak bosan. Cerita die mengisahkan Jack yang ditahan untuk sama-sama dalam kapal Blackbeard mencari telaga awet muda dengan pesaing dari London dan Sepanyol. So sepanjang perjalanan tu banyaklah yang diorang jumpa especially duyung yang mengganas. Sebabnye untuk kekal selamanya kena ambil air di telaga tu dalam cawan perak dan setitis air mata duyung. Complicated sungguh!Barbosa yang mengetuai kapal England pun sama gak mengejar telaga tu. Overall 4.5 dari 5 bintang!Best dan paling best of course Jack yang kelakar dan bijak tu!

Review Filem 4/2011


Berkesempatan menonton wayang dengan movie Kungfu Panda 2 pada 11/6/2011 (Sabtu) yang lepas. Jam 12.30 am ye tayangan di Alamanda Putrajaya. Walaupun tengah malam tapi pawagam still penuh. So jalan ceritanya mengisahkan Po the dragon warrior dalam misi untuk menyelamatkan China dari dikuasai oleh Peacock Shen. So dengan bantuan tigress dan the five fabs yang lain, mereka pun bersama-sama untuk menggagalkan misi Shen itu.So, dalam perjalanan tulah kisah menarik dan aksi yang banyak. Lagi satu jugak movie ni mungkin sebagai penunjuk arah ke Kung Fu Panda 3 sebab dalam ni mempaparkan pencarian Po dengan keluarganya yang asal. So sangat kelakar dan aksi yang best.Better than Kung Fu Panda 1. Overall 4 dari 5 bintang!

Wednesday 8 June 2011

Review Filem 3/2011




Semalam (Rabu) sempat menonton wayang filem Karak bersama Lee dan Nizam di GSC Alamanda. Dah lama sebenarnya nak tengok tapi takda masa so semalam terus beli tiket online tapi punyalah kelam kabut sebab balik dari Intan jam 8malam then KL pulak jam teruk, sampai kat Alamanda jam 9.20 malam. Terlepas lah jugak preview filem baru. So, bukan tu yang aku nak cerita, aku nak review sikit filem Karak ni. Okay, filem ini adalah arahan Yusry KRU dan ini adalah filem pertama dari KRU yang bergenrekan seram sebab selama ni KRU produce filem aksi dan musical. So, ekspetasi aku memang sangat tinggi terhadapa filem ni sebab dari trailernya yang sangat menarik dan scary. Filem ni dibintangi oleh pelakon baru, ada Shahir AF 8, Sheera Ayob, Kilafairy dan Azfendy. Storyline dia mudah, empat sekawan ni nak pulang ke kolej kat Kuantan lalu highway Karak then bile dah jam mereka tukar ikut jalan lama yang perlu lalu kat pekan Karak dan ceritanya bermula kat situlah. Bagi aku, 30 minit awal filem ni memang mendebarkan dengan kejadian hantu ataupun cerita yang memang dekat dengan kita dan kita pernah dengar benda tu. Contohnya, hantu perempuan yang nak tumpang diorang balik, hantu budak yang cari mak dia dan masa kejadian kat tepi jalan bila husband nak cari pertolongan baiki kenderaan pastu rupa-rupanya dah kena bunuh. Masa volkswagen kuning yang memotong dua kali tu juga sangat mendebarkan. Tapi lepas mereka jatuh gaung momentum cerita ni dah makin jauh daripada tajuk asal 'Karak'. Sebab fokus selepas itu adalah kat rumah Tok Malam dan hantu belaan bekas isterinya. Tapi aku taknaklah cerita habis sebab nanti akan bagi spoiler pulak sebab cerita ni banyak twist di akhirnya.

Menarik:
1) Hantu CGI yang lain (takdalah rambut panjang cam Ju-On)
2) Part 30 minit tu memang seriau takut..."cik boleh tumpang cik"...huh!
3) Lain lah dari filem seram Ahmad Idham..hahaha
4) Twist yang menarik walaupun dijangka

Tak Menarik:
1) Lakonan yang biasa-biasa je
2) Lepas jatuh gaung dah macam tak seram sangat sebab terlalu 'hollywood' pulak
3) Muzik yang tak berapa mendebarkan jantung

Bagi pandangan aku, filem ni okay dan different cuma mungkin Yusry boleh fokuskan kat Highway tu sendiri dan mungkin sepanjang jalan tu diaorang jumpa macam-macam..maybe kliche tapi rasanya tulah penonton nak, cerita-cerita yang biasa mereka dengar dan nak terjemah dalam bentuk movie. Apapun 4 dari 5 bintang untuk Karak!!