Thursday 4 May 2006

The Amazing Race n Supernatural

Hari Khamis semalam aku tengok dua rancangan di saluran 17 Astro or AXN. First ialah The Amazing Race 9. Bestnya kat AXN, Amazing Race ditayangkan hari yang sama ngan US so kita pun tak bolehlah predict sapa yang akan dieliminate (walaupun boleh tahu kat website). So sekarang ni dah final four, Eric & Jeremy, Monica & Joseph (MoJo), BJ & Tyler (The Hippies) dan Ray & Yolanda. Semalam diorang race kat Australia dan memang time nie semua orang dah main kotor. Boleh cancelkan taxi member, yieldkan MoJo haa memang mendebarkan and in the end The Hippies sampai last kat Pit Stop even dioerang sampai dulu for the DeTour tapi kali ni non elimination so next week still lagik final four dan sekarang memang dah tak boleh predict siapa yang menang. Sekarang semua final four ni pernah dapat first kat Pit Stop!!

Then after that show aku tengok satu rancangan baru.AXN memang best. Rancangan tu ialah SUPERNATURAL. Kat US dah season finale dah tapi takpalah. Supernatural basically about two brothers yang jadi pemburu hantu, ala-ala ghostbusterler tapi lebih creepy, seram dan misterinya mereka cuba cari pembunuh mak dieorang yang digambarkan dibunuh oleh hantulah. Pelakon utama ialah Jared Padalecki as Sammy (Dean dalam Gilmore Girls) dan Jensen Ackles as Dean (Jason Teague dalam Smallville). So kepada aku yang selalu rasa bosan hari Khamis sebab takder ceriter, malam Khamis sekarang sudah tidak bosan lagik.HaHa!!Jangan lupa saksikan The Amazing Race 9 (9pm) dan Supernatural (10pm) pada setiap hari Khamis hanya di AXN!!

TRANSKRIP Untuk TRANSKRIPSI

Img_2043

Aku baru saja membeli album ke-11 Siti Nurhaliza berjudul Transkripsi (aku beli kaset jek dulu sebab aku tanya kedai tu kalau beli CD dapat poster tak die jawab poster belum sampai lagik so aku cakap balik takpalah kalau poster dah sampai nanti baru aku beli CD so bukan taknak beli CD ya).So, aku pun dah dengar berpuluh kali 13 lagu dalam album tu dan aku pun nak tengok sejauh mana kebolehan aku menilai lagu-lagu dalam album ini. Aku pernah dapat kerja sebagai wartawan tapi tak tak terima so ni konon-kononlah jadi wartawan yang ulas album :)

1.Siti Situ Sana Sini

Senilagu: Damian VE (Psykik Publishing (M) Sdn.Bhd.)& Lah VE ( Innate Publishing)
Senikata: Cham VE (Innate Publishing)

-lagu yang catchy, dengar first time terus melekat. Ciptaan pertama ahli kumpulan VE kepada Siti, Bagi aku lagu ni lagu rancak yang typical tapi menyegarkan. Siti pandai mencari kelainan. Setelah 2 album terdahulu bersama-sama komposer Zuriani (Debaran Cinta, Ku Milikmu, Pendirianku), pemilihan Damian VE kali ni benar-benar menyegarkan. (4.5/5)

2. Biarlah Rahsia

Senilagu: Melly Goeslaw (PT Aquarius Pustaka Musik)
Senikata: Siti Nurhaliza (SN Music Publishing Sdn.Bhd)

-Single pertama dari Siti bagi album Transkripsi , Lagu pertama ciptaan Melly Goeslaw untuk Siti dan pertama kali dinyanyikan di Anugerah Planet Muzik 2006. Tapi masa kali pertama dengar tu macam tak best jek tapi bila radio dah putar dan bila aku dengar banyak kali jadi best pulak. Bagi aku lagu ni tak typical Melly Goeslow. Selalunya kita boleh agak lagu Melly Goeslow macam mana. The lyrics pulak antara karya terbaik Siti (mungkin disebabkan lirik lagu menceritakan kisah cintanya). (4.5/5)

3. Destinasi Cinta

Senilagu: Lin Li Zhen (OP:Warner Chappell Music Taiwan Ltd / SP:Warner Music (M) Sdn.Bhd.)
Senikata: PSNN (SN Music Publishing Sdn. Bhd.)

-Komposer yang mencipta lagu Awan Yang Terpilu ni juga pertama kali menyerahkan lagunya kepada Siti. Berlainan dengan Awan Yang Terpilu, Destinasi Cinta merupakan sebuah lagu yang rancak. Lagu ni agak menarik terutama pada part korusnya walaupun lagu ni adalah typical lagu rancak Siti. (3.5/5)

4. Cuba Untuk Mengerti

Senilagu: Tengku Shafick (PT Aquarius Pustaka Music)
Senikata: Tengku Shafick (PT Aquarius Pustaka Music)

-Sebuah lagi lagu balada untuk Siti. Cubaan Tengku Shafick seorang lagi komposer dari Indonesia menghasilkan satu karya yang agak baik. (3.5/5)

5. Hidup Penuh Bicara

Senilagu: Yasin (Hush Entertainment)
Senikata: Eena Houzyama & Yasin (Hush Entertainment)

-Selepas kejayaan Lagu Rindu dalam album Prasasti Seni, sekali lagi Siti berkolaborasi dengan Yasin dalam Hidup Penuh Bicara. Lagu ni berlainan dengan Lagu Rindu tapi tak lari dari elemen world musicnya. Lagu yang agak catchy tapi bagi aku masih lagi tak dapat menandingi Lagu Rindu. (3/5)

6. Bila Harus Memilih

Senilagu: Glenn Fredly (Sony Music Publishing Sdn.Bhd.)
Senikata: Glenn Fredly (Sony Music Publishing Sdn.Bhd.)

-Ciptaan sepenuhnya oleh Glenn, tak tau mengapa untuk album ini Siti memilih sehingga empat komposer dari Indonesia. Glenn juga pertama kali menyerahkan lagunya untuk album Siti. Bagi aku Bila Harus Memilih terlalu kuat nuansa Indonesianya. Dari alunan muzik kita sudah tahu ianya ciptaan dari negara seberang. Aku mengharap sesuatu yang tinggi dengan lagu ini tapi ianya hanya biasa, lagu-lagu balada Siti yang tipikal. (3.5/5)

7. Pastikan

Senilagu: Melly Goeslaw
Senikata: Melly Goeslaw

-Ciptaan kedua daripada Melly. Dari awal lagu ini berputar aku sudah dapat mengagak inya ciptaan Melly. Sama seperti Bila Harus Memilih, lagu ini juga kuat bau Indonesianya. Lebih-lebih lagi dengan gaya nyanyian Siti dan pilihan kata untuk lirik lagu ini. Walaupun begitu antara karya yang harus didengar dalam album ini. (4/5)

8. Hati Berbisik

Senilagu:
Siti Nurhaliza (SN Music Publishing Sdn.Bhd)

Aubrey Suwito (Warner Chappell Music (M) Sdn.Bhd.)
Senikata: Siti Nurhaliza (SN Music Publishing Sdn.Bhd)

- Akhirnya!!!Siti akhirnya berjaya mencipta lagu untuk album ke-11nya kali ni. Dah puas kita mendengar liriknya sekarang ni Siti melangkah satu tapak lagi dengan mencipta lagu. Hati Berbisik merupakan lagu balada yang biasa. Jangan terlalu mengharap sesuatu yang tinggi daripada ciptaan pertama Siti kerana yang pertama tu banyak kekurangannya. Biarpun begitu Hati Berbisik tak jemu didengar dan sebagai orang baru dalam penciptaan lagu hasilnya agak baik. Selamat datang Siti!! (4/5)

9. Rupanya Kita Serupa

Senilagu: Cat Farish (Luncai Emas Sdn.Bhd.)
Senikata: Cat Farish (Luncai Emas Sdn.Bhd.)

-Aku macam tak percaya bila tengok inlay yang Rupanya Kita Serupa dicipta oleh Cat Farish. Selalunya kita dengar lagu-lagu Cat (Milikmu-Zahid,Bingung-Amy Mastura), mesti ada rapping tapi untuk Siti Cat mencipta sesuatu yang agak lain. Elemen jazz dimasukkan dan seronok mendengar Siti menyanyi Jazz, dengan tona suara yang agak manja Rupanya Kita Serupa merupakan antara lagu yang harus diberi perhatian. (4.5/5)

10. Tanpa Dendam Di Hati

Senilagu: Erwin Gutawa (PT Elan Gitanerta)
Senikata: Habsah Hassan (Warner Chappell Music (M) Sdn.Bhd.)

-Selama ini kita hanya mendengar Erwin menjadi pemuzik ketika Siti mengadakan konsert di Indonesia. Juga di Royal Albert Hall, Erwin lah yang menjadi konduktor bagi orkestra di sana. Kali ini Erwin menghadiahkan Siti dengan sebuah lagu balada yang biasa saja. Namun ia banyak diselamatkan dengan lirik yang begitu indah oleh Habsah Hassan, seorang penulis lirik yang benar-benar aku kagumi. (3/5)

11. Intrig Cinta

Senilagu: Siti Nurhaliza (SN Music Publishing Sdn.Bhd)
Senikata: Loloq (Luncai Emas Sdn.Bhd)

-Lagu kedua ciptaan Siti untuk album Transkripsi. Kalau Hati Berbisik tadi berentak balada, Intrig Cinta pula merupakan sebuah lagu berentak moderate. Pada pertengahan lagu ni terdapat elemen world music sikit dan percussion. Antara lagu yang memuaskan dalam album ini. Intrig atau maknanya “if something intrigues you, you are very interested by it, especially because it seems strange or mysterious” dan aku mula memahami maksud lirik ini. (4/5)

12. Impiankan Nyata

Senilagu:
Abdul Rahim Bachik (SN Music Publishing Sdn.Bhd.)
Rauf (SN Music Publishing Sdn.Bhd.)
Firdaus Mahmud (Arietta Publishing)
Senikata: Rauf (SN Music Publishing Sdn.Bhd.)

-Aku rasa mungkin lagu ini menjadi pilihan terakhir untuk aku dengar dalam album ini. Sebuah lagu yang biasa dan aku pun tak faham kenapa Siti memilih lagu ini untuk albumnya yang ke-11. Mungkin untuk memberi peluang kepada komposer baru berkarya. Sebuah lagi lagu balada yang yang biasa. (3/5)

13. Bisakah

Senilagu: Aubrey Suwito (Warner Chappell Music (M) Sdn.Bhd).
Senikata: Tessh R S (Ada Exist Sdn.Bhd.)

- Antara lagu yang menepati citarasa aku. Lagu dan lirik yang baik. Setelah berjaya dengan Gemilang, Aubrey seharusnya meluangkan masa beliau untuk lebih banyak mencipta lagu bukan hanya menjadi orang di belakang tabir sahaja. Bisakah merupakan pilihan terbaik selepas Biarkanlah Rahsia. Aku suka dengn lirik lagu ni. (5/5)

- Secara keseluruhannya aku meletakkan album ini dalam kategori BAIK. Pembaharuan yang dilakukan Siti dengan mengambil 5 lagu daripada komposer Indonesia dan 2 lagu ciptaannya membuahkan hasil yang agak memuaskan. Pilihan utama aku dalam album ini ialah Bisakah. Aku harap ianya dijadikan single kedua selepas Biarlah Rahsia. Aku juga kecewa dengan inlay dalam kulit album ini. Bagi aku ianya semacam dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa. Sama seperti Safa, kulit album ini adalah antara yang terlalu simple (walaupun covernya cantik). Mungkin Siti boleh menerusakan usahanya untuk menghasilkan cover yang lebih cantik seperti yang dilakukannya untuk album EMAS dan PRASASTI SENI. So kepada sesiapa yang belum mendapatkan TRANSKRIPSI bolehlah dapatkan ia di pasaran sekarang. pastikan yang ORI!!

Wednesday 3 May 2006

Taklimat Kepada Sultan Pahang

Tanggal 1 Mei haritu ketika orang sibuk meraikan Hari Pekerja, aku dan boss aku kena pergi Kuantan Pahang sebab pada 2 Mei tu ada Taklimat Projek Pembangunan Mahkamah oleh pihak Mahkamah kepada Sultan Pahang. Aku yang buat sllide presentation nyer so akulah yang terpaksa pergi. Dengan hati yang meronta-ronta untuk bercuti aku tetap gagahkan juga (heheh) tapi it was going very very well. Kami stay di M.S Garden Hotel tengah2 bandar. Sampai jer aku dan boss dijemput menghadiri lunch di rumah Dato Halim, Pesuruhjaya Tinggi Kehakiman Mahkamah Kuantan. Rumahnya di Perkampungan Tok Sira. Makan memang tip top!!Udang, Ayam,Ikan semua adalah. Kiranya lebih banyak makan lauk daripada nasi. Then after that pergi pulak reherasel for tomorrow. Aku taklah banyak kerja sangat sebab pihak IT POJ pun ader sana. Diorang yang sibuk setkan komputer, projector. Masa rehearsel tupun Dato' Mahadi our Ketua Pengarah datang. Dato' yang rehearsel. Kesian my boss Encik Syed penat berlatih. Then malam tu sepatutnya ada dinner dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz di Shahzan Inn tapi my boss nak keluar dengan member dia.So sebagai anak buah yang baik aku pun ikut alah lagipun makan with protocol ni tak kenyanglah. Then pukul 9pm kitaorang keluar naik BMW no plat CBP2. First tengok aku ingat kereta kerabat!!Nama tuan punya kereta Encik Aznim, Sultan Pahang punya kontraktor. Dia bawak makan kat Tanjung Lumpur. Walaupun decoration restoran tak lawa sangat tapi makan memang best. Ketam, Udang, Sotong yang semuanya besar-besar belaka. memang puas makan!!After that kitaorang pergi pulak another restoran for a cup of coffee. Nama restorannya Coffee Street. Aku order Roti Bakar ngan Ice Blended Mocca. Memang Best!!walaupun masih lagi kekenyangan tapi rezeki tak boleh ditolak!!Habis jugak aku makan. The next day kitaorang pergi awal ke mahkamah because majlis start jam 10.00. kena pergi awal sebab nak get ready slide. Akhirnya konfem Dato' KP yang buat pembentangan. Sultan datang tepat masa pukul 10.00am. Nampakler jelas Baginda dan Tengku Mahkota. Nasib baik aku yang tukang tekan slidenyer kalau tak memang aku tak boleh masuk dalam sebab yang ada kat dalam tu semuanya Dato', Datin' Kerabat diRaja. habis presentation lunch bersama-sama Sultan kat padang depan mahkamah. Makan best jugak. penuhlah meja tapi aku melantak udang jer sebab suasana panas giler +pakai blazer+songkok so makan pun cam tak selera sangat. Then habis majlis pukul 1.00pm. Encik Aznim yang pakai BMW tu yang tumpangkan kitaorang ke airport tapi sebelum tu bawak kitaorang ke Kemaman Kopitiam. Aku melantak lagi!!kali ni aku pilih Roti Bakar Pisang,Tuna Sandwich and Ice Blended Cocoa!!Memang best sangat!!Rupa-rupanya kedai tu dah ramai dah dari Tengku Mahkota Pahang, Dato Seri Najib semua pernah datang. Masuk Jalan-Jalan Cari Makan lagi!!Then sampai airport pukul 4pm coz flight jam 5.00pm. dah check in tetiba ada seorang polis tanya boss aku "Awak orang Mahkamah ke?" Boss aku pun jawab, "Kami dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang tapi memang Mahkamahler". Polis tu jawab balik, "Emm.. Datuk M Kayveas nak jumpa di VVIP holding room." Ha..then aku pun boss aku pun pergilah masuk Bilik tu. Then kami pun berbuallah dengan Datuk, kalau korang nak tau Datuk M Kayveas adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Datuk ni pun ada masa taklimat. So dia pun tanyalah pasal projek mahkamah..pastu flight dah nak bertolak barulah kitaorang masuk. Kira ala-ala VIP jugaklah. Masa dalam flight tu aku terfikir alangkah bertuahnya aku dapat berada di majlis-majlis seperti ni. melihat sendiri seseorang yang bergelar 'Datuk' tu macamana. Semoga tuah akan selalu bersama-sama aku. Insyaallah.