Img_2043
Aku baru saja membeli album ke-11 Siti Nurhaliza berjudul Transkripsi (aku beli kaset jek dulu sebab aku tanya kedai tu kalau beli CD dapat poster tak die jawab poster belum sampai lagik so aku cakap balik takpalah kalau poster dah sampai nanti baru aku beli CD so bukan taknak beli CD ya).So, aku pun dah dengar berpuluh kali 13 lagu dalam album tu dan aku pun nak tengok sejauh mana kebolehan aku menilai lagu-lagu dalam album ini. Aku pernah dapat kerja sebagai wartawan tapi tak tak terima so ni konon-kononlah jadi wartawan yang ulas album :)
1.Siti Situ Sana Sini
Senilagu: Damian VE (Psykik Publishing (M) Sdn.Bhd.)& Lah VE ( Innate Publishing)
Senikata: Cham VE (Innate Publishing)
-lagu yang catchy, dengar first time terus melekat. Ciptaan pertama ahli kumpulan VE kepada Siti, Bagi aku lagu ni lagu rancak yang typical tapi menyegarkan. Siti pandai mencari kelainan. Setelah 2 album terdahulu bersama-sama komposer Zuriani (Debaran Cinta, Ku Milikmu, Pendirianku), pemilihan Damian VE kali ni benar-benar menyegarkan. (4.5/5)
2. Biarlah Rahsia
Senilagu: Melly Goeslaw (PT Aquarius Pustaka Musik)
Senikata: Siti Nurhaliza (SN Music Publishing Sdn.Bhd)
-Single pertama dari Siti bagi album Transkripsi , Lagu pertama ciptaan Melly Goeslaw untuk Siti dan pertama kali dinyanyikan di Anugerah Planet Muzik 2006. Tapi masa kali pertama dengar tu macam tak best jek tapi bila radio dah putar dan bila aku dengar banyak kali jadi best pulak. Bagi aku lagu ni tak typical Melly Goeslow. Selalunya kita boleh agak lagu Melly Goeslow macam mana. The lyrics pulak antara karya terbaik Siti (mungkin disebabkan lirik lagu menceritakan kisah cintanya). (4.5/5)
3. Destinasi Cinta
Senilagu: Lin Li Zhen (OP:Warner Chappell Music Taiwan Ltd / SP:Warner Music (M) Sdn.Bhd.)
Senikata: PSNN (SN Music Publishing Sdn. Bhd.)
-Komposer yang mencipta lagu Awan Yang Terpilu ni juga pertama kali menyerahkan lagunya kepada Siti. Berlainan dengan Awan Yang Terpilu, Destinasi Cinta merupakan sebuah lagu yang rancak. Lagu ni agak menarik terutama pada part korusnya walaupun lagu ni adalah typical lagu rancak Siti. (3.5/5)
4. Cuba Untuk Mengerti
Senilagu: Tengku Shafick (PT Aquarius Pustaka Music)
Senikata: Tengku Shafick (PT Aquarius Pustaka Music)
-Sebuah lagi lagu balada untuk Siti. Cubaan Tengku Shafick seorang lagi komposer dari Indonesia menghasilkan satu karya yang agak baik. (3.5/5)
5. Hidup Penuh Bicara
Senilagu: Yasin (Hush Entertainment)
Senikata: Eena Houzyama & Yasin (Hush Entertainment)
-Selepas kejayaan Lagu Rindu dalam album Prasasti Seni, sekali lagi Siti berkolaborasi dengan Yasin dalam Hidup Penuh Bicara. Lagu ni berlainan dengan Lagu Rindu tapi tak lari dari elemen world musicnya. Lagu yang agak catchy tapi bagi aku masih lagi tak dapat menandingi Lagu Rindu. (3/5)
6. Bila Harus Memilih
Senilagu: Glenn Fredly (Sony Music Publishing Sdn.Bhd.)
Senikata: Glenn Fredly (Sony Music Publishing Sdn.Bhd.)
-Ciptaan sepenuhnya oleh Glenn, tak tau mengapa untuk album ini Siti memilih sehingga empat komposer dari Indonesia. Glenn juga pertama kali menyerahkan lagunya untuk album Siti. Bagi aku Bila Harus Memilih terlalu kuat nuansa Indonesianya. Dari alunan muzik kita sudah tahu ianya ciptaan dari negara seberang. Aku mengharap sesuatu yang tinggi dengan lagu ini tapi ianya hanya biasa, lagu-lagu balada Siti yang tipikal. (3.5/5)
7. Pastikan
Senilagu: Melly Goeslaw
Senikata: Melly Goeslaw
-Ciptaan kedua daripada Melly. Dari awal lagu ini berputar aku sudah dapat mengagak inya ciptaan Melly. Sama seperti Bila Harus Memilih, lagu ini juga kuat bau Indonesianya. Lebih-lebih lagi dengan gaya nyanyian Siti dan pilihan kata untuk lirik lagu ini. Walaupun begitu antara karya yang harus didengar dalam album ini. (4/5)
8. Hati Berbisik
Senilagu:
Siti Nurhaliza (SN Music Publishing Sdn.Bhd)
Aubrey Suwito (Warner Chappell Music (M) Sdn.Bhd.)
Senikata: Siti Nurhaliza (SN Music Publishing Sdn.Bhd)
- Akhirnya!!!Siti akhirnya berjaya mencipta lagu untuk album ke-11nya kali ni. Dah puas kita mendengar liriknya sekarang ni Siti melangkah satu tapak lagi dengan mencipta lagu. Hati Berbisik merupakan lagu balada yang biasa. Jangan terlalu mengharap sesuatu yang tinggi daripada ciptaan pertama Siti kerana yang pertama tu banyak kekurangannya. Biarpun begitu Hati Berbisik tak jemu didengar dan sebagai orang baru dalam penciptaan lagu hasilnya agak baik. Selamat datang Siti!! (4/5)
9. Rupanya Kita Serupa
Senilagu: Cat Farish (Luncai Emas Sdn.Bhd.)
Senikata: Cat Farish (Luncai Emas Sdn.Bhd.)
-Aku macam tak percaya bila tengok inlay yang Rupanya Kita Serupa dicipta oleh Cat Farish. Selalunya kita dengar lagu-lagu Cat (Milikmu-Zahid,Bingung-Amy Mastura), mesti ada rapping tapi untuk Siti Cat mencipta sesuatu yang agak lain. Elemen jazz dimasukkan dan seronok mendengar Siti menyanyi Jazz, dengan tona suara yang agak manja Rupanya Kita Serupa merupakan antara lagu yang harus diberi perhatian. (4.5/5)
10. Tanpa Dendam Di Hati
Senilagu: Erwin Gutawa (PT Elan Gitanerta)
Senikata: Habsah Hassan (Warner Chappell Music (M) Sdn.Bhd.)
-Selama ini kita hanya mendengar Erwin menjadi pemuzik ketika Siti mengadakan konsert di Indonesia. Juga di Royal Albert Hall, Erwin lah yang menjadi konduktor bagi orkestra di sana. Kali ini Erwin menghadiahkan Siti dengan sebuah lagu balada yang biasa saja. Namun ia banyak diselamatkan dengan lirik yang begitu indah oleh Habsah Hassan, seorang penulis lirik yang benar-benar aku kagumi. (3/5)
11. Intrig Cinta
Senilagu: Siti Nurhaliza (SN Music Publishing Sdn.Bhd)
Senikata: Loloq (Luncai Emas Sdn.Bhd)
-Lagu kedua ciptaan Siti untuk album Transkripsi. Kalau Hati Berbisik tadi berentak balada, Intrig Cinta pula merupakan sebuah lagu berentak moderate. Pada pertengahan lagu ni terdapat elemen world music sikit dan percussion. Antara lagu yang memuaskan dalam album ini. Intrig atau maknanya “if something intrigues you, you are very interested by it, especially because it seems strange or mysterious” dan aku mula memahami maksud lirik ini. (4/5)
12. Impiankan Nyata
Senilagu:
Abdul Rahim Bachik (SN Music Publishing Sdn.Bhd.)
Rauf (SN Music Publishing Sdn.Bhd.)
Firdaus Mahmud (Arietta Publishing)
Senikata: Rauf (SN Music Publishing Sdn.Bhd.)
-Aku rasa mungkin lagu ini menjadi pilihan terakhir untuk aku dengar dalam album ini. Sebuah lagu yang biasa dan aku pun tak faham kenapa Siti memilih lagu ini untuk albumnya yang ke-11. Mungkin untuk memberi peluang kepada komposer baru berkarya. Sebuah lagi lagu balada yang yang biasa. (3/5)
13. Bisakah
Senilagu: Aubrey Suwito (Warner Chappell Music (M) Sdn.Bhd).
Senikata: Tessh R S (Ada Exist Sdn.Bhd.)
- Antara lagu yang menepati citarasa aku. Lagu dan lirik yang baik. Setelah berjaya dengan Gemilang, Aubrey seharusnya meluangkan masa beliau untuk lebih banyak mencipta lagu bukan hanya menjadi orang di belakang tabir sahaja. Bisakah merupakan pilihan terbaik selepas Biarkanlah Rahsia. Aku suka dengn lirik lagu ni. (5/5)
- Secara keseluruhannya aku meletakkan album ini dalam kategori BAIK. Pembaharuan yang dilakukan Siti dengan mengambil 5 lagu daripada komposer Indonesia dan 2 lagu ciptaannya membuahkan hasil yang agak memuaskan. Pilihan utama aku dalam album ini ialah Bisakah. Aku harap ianya dijadikan single kedua selepas Biarlah Rahsia. Aku juga kecewa dengan inlay dalam kulit album ini. Bagi aku ianya semacam dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa. Sama seperti Safa, kulit album ini adalah antara yang terlalu simple (walaupun covernya cantik). Mungkin Siti boleh menerusakan usahanya untuk menghasilkan cover yang lebih cantik seperti yang dilakukannya untuk album EMAS dan PRASASTI SENI. So kepada sesiapa yang belum mendapatkan TRANSKRIPSI bolehlah dapatkan ia di pasaran sekarang. pastikan yang ORI!!
No comments:
Post a Comment