Saturday 28 February 2009

PGL musim 3






Finally, akhirnya aku berkesempatan jugak nonton the most anticipated teater kat Malaysia ni.Untuk musim ke-3, the last show, the last performance from Datin Seri Tiara a.k.a Gusti Putri. Aku, Lee ngan Kam beli tiket yang RM83, kira dapatlah dok depan jugak. Puas sket nontonnya. memang ramai sangat orang and aku rasa full house haritu!So pada pendapat aku teaternya..hmmm menarik memang menarik, aku kagum dengan set gunungnya, air terjun, kapal (guna dua kali jek!), istana melaka, performance adlin masa dier menari tu , magic, performance Bayan...yang kureng, Hang Tuahnya yang bagi aku lakonanya masih keras, aku tak tau apsal tapi jiwa Hang Tuah macam tak sampai compare to M Nasir dalam filem..hehe perbandingan tak adil kan..cuma bagi aku aku lebih rasa puas nonton P Ramlee The Musical 1st season!So skarang macam nak tengok Sirah Junjungan pulak!

Mengenal Sejarah

Hari Sabtu yang lepas ( aku dan lee ke muzium negara, saja jalan-jalan sebab plan asal nak tengok Am crew vs Jawa Rangers kat Taman Tasik Titiwangsa tapi terbantut sebab kitaorang tak pakai pakaian yang sepatutnya..hehe pastu terus pergi Kampung Baru, makan nasi lemak antarabangsa yang aku rasa kurang dah rasa keantarabangsaannye, then aku ngan lee pergi Istana Budaya nak amek tiket PGL for tomorrow.


nasi lemak + ayam + sambal + telur mata kerbau

Pastu barulah pergi ke Muzium Negara, Masuk kena RM2.00..hmmm dah lama rasanya tak berjalan kat tempat-tempat berilmu ni, so dengan semangat zoom malaysia..hehe pergilah terjah Muzium negara. Banyak gak artifak menarik, ada 4 tempat utama iaitu zaman awal, zaman kesultanan, zaman penjajah dan malaysia kini. Tapi sekejap jek dah abis jelajah..tapi aku suka kat seksyen 3 masa tengok tempat zaman penjajah, siap ada A Famosa lagik!Anyway it is a good thing melawat tempat-tempat macam ni..tiba-tiba teringin nak pergi tengok muzium kat france!huhu...


replika a famosa


istana sultan


J.W.W birch


Selamat datang

Friday 6 February 2009

Aktiviti Hujung Minggu:31 Jan-1 Feb 09

Sorilah sebab update aktiviti last week kan tapi nak jugak update.Lantaklah..hehehe aku just nak bercerita aktiviti hujung minggu aku yang lepas.Aku mulakan dengan aktiviti:-

31 Jan 2009




Aku sekarang dah takder weekend sebab selalu masuk opis untuk settlekan kerja-kerja yang tertunggak. So hari sabtu yang lepas, aku masuklah jugak opis untuk settlekan kerja-kerja ABM 2010-2011. Kadang -kadang bingung gak sebab banyak sangat kerja sampai tak terlarat nak buat. Aku balik jam 5petang then terus pergi alamanda sebab aku mengidam nak rasa Big Apple, so aku dengan muka yang lapar terus beli 6 biji. Sampai rumah terus makan. tu jelah aktiviti aku hari ni.

1 Feb 2009






Aktiviti aku start awal pagi, kul 9.00 dah bergerak ke SOGO dengan Lee. Bestnya jalan tak jam KL ni. Pergi SOGO nak cari trousers tapi walaupun diskaun banyak tapi takder satu yang berkenan. terus cabut ke Midvalley untuk ker Isetan, takda jugak then akhirnya beli kat metrojaya sebab ada sale. Satu seluar G2000 RM49.00 so lee ambil 2, aku ambil 1 seluar ngan baju G2000 RM19.00.Murah kan!then ambil satu lagik seluar kat Jusco Padini harga RM59.00. Biasalah saiz pinggang sekarang dah besar terpaksa ambil saiz 34.Huh!Then malamnya kitaorang (Aku, Lee, Gme ngan Chaer) ke Auditorium perdana Angkasapuri untuk tengok Zoom In Nitrus. Bagi sokongan kat Eddie(Vokalis) sebab satu batch kan.Untuk pengetahuan korang Eddie satu watch ngan aku masa OBS, ingat lagik masa naik whaler, dialah yang bagi semangat. Dengan suara yang best terus semangat nak kayuh dalam panas terik tu. Satu lagik dialah konduktor koir Sidang D yang champion tu!Show memang best!Baru aku perasan, lagu-lagu Nitrus ni banyak yang sedap. Kena cari album ni. Eddie pun best!siap before show jumpa kitaorang dulu, macam best friend pulak.Hehe. Pesawat ngan One Buck Short pun happening. Pas show terus pergi Old Town White Coffee kat Bangi. Boy's Nite Out!

2 Feb 2009





Aku ngan Budu pergi SDAR, Jalan Gadut nak bincang ngan sekolah pasal gathering. Jumpa Cikgu Mat, Kaunseling then jumpa cikgu Zainah, sempat snap gambar ngan kita orang. Jumpa cikgu Sahak, so far takder problem untuk gathering tu. Jumpa abang razi jugak (dier ingat lagik aku nyanyi sangkar emas masa tahun 1995) aku suka abang razi ni sebab dier baik gla. Senang ambil surat masa zaman sekolah dulu. Then aku pergi Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) nak jumpa pengetua dia untuk gathering tu jugak. so far takda problem jugak. Thanx cikgu. Jumpa miss hasni, antara favourite cikgu aku dulu. Dia ajar aku English tapi asyik tengok video jek, tapi memang dia baik. Suka!Then aku singgah lah bandar seremban untuk cari hotel for our dinner, pergi the royale bintang ngan Klana Resort

So far tu jelah aktiviti hujung minggu aku sebelum masuk opis balik...Bosan....