Thursday 23 January 2014

CIPTARASA LEAN 2014: Puding Roti Bakar bersos Kastard Pandan

Cuti Semester 2014 dah bermula jadi cuti 5 minggu ni dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah selain dari mengkhatamkan novel The Wedding Breaker dan episod Ariana Rose yang lepas..ehh dah terjebak lah pulak dengan slot akasia ni huhu..tapi harini takbak cerita tentang tu nak cerita yang sekarang ni aku suka untuk mencuba masakan tak kira lah lauk ke dessert ke janji boleh dimakan.Kiranya ni sebagai satu ilmu dan KPI aku jugak dalam tempoh cuti belajar ni. So kebetulan balik di JB seminggu ni, aku pun nak cubalah buat Puding Roti sebab kat sini ada oven yang kalau aku balik je baru berasap. Memang puding ni adalah favorit aku kalau ke mana-mana majlis ke aku pasti akan cuba bread pudding ni. So bila aku google memang banyaklah resipi yang keluar, ada kukus, ada bakar rasanya dua teknik ni je kot so aku nak cubalah yang bakar. Sebab ada banyak resipi aku try untuk gabungkan semua resipi yang ada dan tambah sikit-sikit supaya konon-konon ujian ciptarasa mastercheflah.haha. Antara blog yang aku cedok Nabeel dan Farah Lee

BAHAN-BAHAN:

Bahan A (puding roti):
Roti gardenia-10 keping
Fresh Milk-2 cawan
Gula halus-4 sudu besar
Butter-4 sudu besar
Telur-1 biji
Esen Vanila-2 sudu teh
Air pandan-2 sudu besar
Kismis dan chocolate chip

Bahan B (Sos Kastard)
Gula halus- 2 sudu besar
Tepung Kastard-2 sudu besar
Air-1 cawan
Fresh Milk- 1 cawan

 CARA-CARA:

Untuk menyediakan puding roti menggunakan bahan A:

(1) carikkan roti ikut kreativiti dan masukkan ke dalam mangkuk dan kemudiiannya masukkan fresh milk tadi dan rendamkannye selama 20 minit dan asingkan ke tepi

(2) then, masukkan gula halus, telur dan butter (kalau dah dicairkan siap2 lagi baik) dan pukul sampai sebati. Aku terpaksa pukul sekuat hari sebab butter tu keras lagi kan..jadi tak cantik sikitlah. Then dah sebati masukkan esen vanila dan juga air pandan tujuan untuk hilangkan rasa hanyir telur dan juga beperisa malaysia..chewah hehe.

(3) lepas tu,masukkan roti yang dah direndam dengan susu tadi ke dalam campuran (2) dan gaulkannya hingga sebati dan rata biar roti tu dapat menyerap adunan tersebut then barulah masukkan chocolate chip dan kismis ikut kesesuaian hati. Biarkan kerak-kerak roti tu di atas supaya nanti lepas bakar nampak cantik sikit.





(4) jangan lupa sebelum bakar, make sure panaskan oven pada suhu 180celsius dulu nanti takdalah tunggu lama sangat. Lepas dah masuk dalam bekas bersesuaian bolehlah bakar dalam suhu 180celcius tadi. Aku tengok blog die kata dalam 30 minit so aku try 30 minit tapi bila bukak masih lembik dan belum cukup masak so aku tambah lagi dalam 40 minit sambil kejap2- kejap jengok dah masak ke belum. Then alhamdulillah lepas berapa ntah kalinya aku menjengok akhirnya masak jugak dan mengembang dengan jayanya hehe.



(5) biarkan sejuk di luar dulu sebelum aku masukkan dalam peti ais sebab aku lebih suka makan sejuk-sejuk

Bahan B:

(1) sos kastard ni pun sangat mudah, mula- mula masukkan air ke dalam periuk then gula, tepung kastard, aku tambahkan juga sedikit esen vanila dan air pandan dan seterusnya susu. Panaskan dalam api yang perlahan dan jangan lupa kacau sebab takut kalau kita tinggal nanti berketul-ketul. Nampak dah pekat bolehlah matikan api tapi depends kalau suka pekat bolehlah kurangkan air, kalau nak cair sikir boleh tambah susu or air

So, itulah saja resipi #ciptarasalean kali ini. Sangat mudah, simple dan sedap (perasanlah pulak). Selamat mencuba!




-Posted using BlogPress from my iPhone