Saturday 28 May 2011

Hadiah Perpisahan

Tengah kemas barang-barang yang baru sampai dari Labuan...so nilah hadiah-hadiah dari warga JPWP Labuan..pertama kali dapat banyak hadiah untuk perpisahan,semua sektor, semua unit di SKPP. Sekejap lagi baru nak buka semua hadiah. Sebenarnya hati ni masih rindu kat sana..:-( Terima kasih semua ya...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 27 May 2011

Music Review 1/2011

Dah lama rasanya tak beli CD ni..so berkesempatan membeli CD baru The Warblers from GLEE..kalau nak tau Warblers ni adalah rival kepada New Directions pada regionals..banyak lagu aku suka dalam ni cthnya When I Get You Alone, Bills,Bills,Bills , Animal,Raise your Glass dan banyak lagilah..most of the song ialah of coz dari Blaine kan..dan Kurt pun ada jugak..so sebab aku memang peminat Glee cam biaslah plak kan..hahah 4.5/5!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 26 May 2011

Review Filem 2/2011



Berkesempatan menonton filem Nur Kasih The Movie bersama-sama SENTAPZ di Alamanda Putrajaya. Nur Kasih The Movie arahan Kabir Bhatia, pengarah filem Sepi dan Cinta. Skrip pula ditulis oleh isterinya Mira Mustaffa. Lakonan Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Liza Othman dan banyak lagi. Filem ini sebenarnya adalah dari rantaian drama Nur Kasih yang dah siar kat TV3 yang menjadi fenomena sampai 19 juta orang menontonnya. Kisah antara Nur Amina, Aidil dan Adam. So, movie ini adalah rentetan dari kisah dalam drama, 6 tahun selepas itu. Aidil dah ada dua orang anak dan wife baru meninggal. Adam pula bahagia dengan Nur Amina. Namun pelbagai peristiwa yang menguji hidup mereka bertiga. Nur Amina keguguran, Aidil kematian isteri, pergi pula ke umrah dan Jordan, kemalangan keretapi, cincin hilang, Adam hilang, Aidil kena pukul, kematian dan banyak lagilah dugaan. Bagi aku, aku taklah menonton sangat drama sebab sibuk kan tapi adalah tengok sikit-sikit dan dalam fikiran ni dah bias dengan review pengkritik sebelum ni. Overall, ceritanya tak menghampakan namun bagi aku ceritanya agak kelam kabut sebab banyak sangat subplot yang nak dimasukkan, penat pulak tengok. Tak juga menyentuh jiwa seperti Cinta sebelum ni. Aku cari gak part yang sedih tu tapi tak jumpa. Sinematografi pun bagi aku cam tak best sangat seperti Cinta dan Sepi kecuali masa kat Petra. Tapi dari segi lakonan semua best especially Mia Sara yang pegang watak Mariam. Satu dialog yang best " Sakit sikit ke sakit banyak...nasib baik sakit sikit kalau tak dah meninggal..." Tapi sekurang-kurangya ada jugak variasi dalam movie melayu sebab dah banyak sangat cerita seram sekarang ni.. Looking forward untuk tengok Karak...Pirates..KungFuPanda...X Men..ishh banyaknye!huhuhu So untuk Nur Kasih The mOvie rating aku bagi 3/5...

Sunday 15 May 2011

JJCM:The Big Mouth USJ Subang Jaya



Semalam, 15 Mei 2011 (Ahad) berkesempatan meluangkan masa dengan member-member UTM dan Depikir kat Aman Heights Serdang. Plannya nak berguru dengan Dat bagi menyiapkan proposal HLP subjek Komunikasi Korporat dan di saat tangan ini menaip masih belum ada idea datang untuk siapkan proposal ni...so lepas berbincang, aku, Dat, Roy dan Tra keluar untuk dinner dan tempatnya adalah mengikut saranan en. Roy di The Big Mouth kat USJ Subang Jaya. Selepas survey dari blog eatlah.blogspot.com kami pun pergi. Makanan di Big Mouth ini berkonsepkan barat dan kafenya agak kecil hanya mampu memuatkan lebih kurang 30 orang pada satu-satu masa. Kafenya bersih namun servis agak lambat dan kalau datang jam 9.00 malam tu kebanyakan desert dah habis. Kafe tutup pada jam 11.00 malam. Aku dah mencuba Tower Chicken Burger iaitu Chef Specialty dan rasa quite okay. Untuk makluman Restoran ini juga ada tanda halal dari badan swasta.So, antara makanan yang dicuba ialah seperti di bawah:-


Stew marsala lamb shank Price:RM29.50


Ice blended monkey mocha Price:RM7.90


Tower chicken burger Price:RM9.50


Char-grilled rib eye Price:RM25.50


Char grilled chicken chop Price:RM11.50


Four season bruschetta Price:RM5.50

Saturday 14 May 2011

JJCM:Restoran Sharifah Seksyen 7 Bandar Baru Bangi


Kali ini JJCM bersiaran dari Bandar Baru Bangi, Seksyen 7. Hidangan dalam gambar ini dipanggil Nasi Goreng Sharifah iaitu specialty di Restoran ini. Kalau nak tau Restoran Sharifah ni ada 4 cawangan dan di seksyen 7 ni ialah yang terbaru. Nasi ini berharga RM7.00 dan dihidangkan bersama telur, sosej dan fries. Nasi memang sedap sebab banyak seafood dalamnya. Berbaloilah dengan harga yang ditawarkan. So, silalah cuba ya.

Majlis Penutupan Kursus Modul Wataniah PTD 2/2010




14 Mei 2011 (Sabtu) aku berkesempatan menghadiri majlis pertama aku since aku melapor diri di UDPA Intan. Majlis berlangsung di Kem Syed Sirajuddin Gemas negeri Sembilan dan dirasmikan sendiri oleh Y.Bhg Dato' Seri KPPA. Bertolak dari RnR Seremban jam 5.30 pagi dan perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Oleh kerana aku tidak terlibat dari awal, maka aku sedikit blur dengan majlis tersebut sebab tak dapat buku aturcara semua tapi aku sempat lah berkenalan dengan Tuan Shafie (PPK) dan Tuan Azizul (PPK) dan berjumpa buat kali pertama dengan my KP Tuan Halim. Antara aktiviti yang berlangsung ialah Demo Perang dan Kawad tapi bila aku tengok taklah segempak masa zaman-zaman di PULADA dulu. Majlis berakhir jam 12.00 then aku terus balik ke Bangi. Cuaca agak panas dan bahang tapi okay, nasib dah habis majlis baru hujan turun. Looking forward untuk majlis yang seterusnya walaupun dalam hati berdebar juga.

Wednesday 11 May 2011

JJCM:Restoran Yus Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi

Restoran Yus ni actually dah lama dah buka, so menu yang istimewa kalau sarapan tu ada Lempeng dan Soto.Kalau dinner tu macam-macam lah.Ada sate kajang, nasi goreng dan lain-lain.So, kali ni aku try Mee Bandung.Kuah yang agak pekat kira boleh tahanlah rasa die.Harga agak mahal RM5.50.Bolehlah cuba ya...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hari Terakhir






Pada 29 April 2011 merupakan the last day aku dan Rayner bertugas di Jabatan Pelajaran W.P Labuan. Aku akan bertukar ke INTAN Bukit Kiara manakala Rayner akan memulakan tugas baru di sebuah syarikat swasta di Tawau Sabah. Hari terakhir, pagi itu dimulakan dengan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Pengarah. Kemudian selepas solat jumaat aku berjumpa sebentar dengan SKPP untuk mempengerusikan Mesyuarat SKPP yang terakhir.Emosi mula tersentuh bila aku mempengerusikan mesyuarat ini. Semua kerja yang tertunggak telah aku bentangkan dan harap mereka terus melaksanakannya. Jam 3.00 petang berlangsungnya Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas. Bersama Pengarah, semua KS dan staf majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah (ucapan beliau sangat bermotivasi. satu pesan beliau,jangan jadikan umur kita sebagai penghalang menjadi bos yang baik lebih-lebih lagi subordinate kita yang lagi tua dari kita). Walaupun aku hanya sempat bersama beliau untuk beberapa bulan sahaja tapi aku sangat seronok bekerja dengan beliau. Pantas dan sistematik. Tiba waktu ucapan, aku seboleh-bolehnya tidak mahu menangis dan alhamdulillah aku berjaya walaupun ada sedikit rasa sedih ketika itu. Terakhirnya sesi bergambar dan kemudiannya staf SKPP membawa aku dan rayner mengelilingi semua sektor sambil dikompangkan dan untuk punch card terakhir.




Malam aku dan rayner disambut di Terumbu Warisan. Terima kasih kepada semua staf SKPP especially Cikgu Shahbudin (penaja tempat) dan geng yang merealisasikan majlis (Laidin, Kiko and the geng). Walaupun pada mulanya surprise tapi aku dah tau jugak...Aku rasa sangat bertuah kerana majlis ini juga turut dihadiri oleh Y.Bhg Pengarah dan semua KS. Aku memang sangat terharu dan impress dengan persiapan majlis, banyak acara seperti cabutan bertuah, karaoke, games...sangat menarik. Banyak juga hadiah yang aku dapat, dari semua sektor, dari semua unit...Tiba pada ucapan terakhir diiringi lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Selamat Tinggal (Dina), aku memang tak dapat menahan sebak. Aku tak tau kenapa rasa sedih sangat nak tinggalkan Jabatan ni. Tempat yang aku rasa paling banyak mengajar aku tentang kerja dan kehidupan...Terima kasih juga kepada Oden Bebeh, Cikgu Chris dan Cikgu Sahnuddin sebab meraikan di Manja Rasa pada esoknya.

Terima kasih kepada semua...majlis, hadiah dan yang paling penting kenangan yang korang tinggalkan untuk aku...kalau umur panjang kita pasti bertemu lagi...


Selamat Tinggal by Dina Nadzir feat Zizan


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Monday 9 May 2011

Kisah di Labuan: Bahagian Akhir Part II


Cepat sungguh part II muncul, tak sampai setahun kan...heheheh...apalagi aku nak cerita ya Kisah Di Labuan ni..sebenarnya banyak kenangan di Pulau ni walaupun tak sampai dua tahun aku kat sini...

KAWAN-KAWAN
Bagi aku,pada mulanya datang ke Labuan ni dengan satu perasaan skeptikal sebab sebelum ni rakan-rakan aku di JPN lain semuanya membangkitkan perasaan takut kerana perbezaan skim dan lain-lain. Tambahan pulak bekerja bukan di Semenanjung,takut kalau ada sentimen Sabahan dan sebagainya. Ternyata semua perkara itu meleset dan tidak benar kerana pokok pangkalnya adalah diri kita kerana kalau diri kita yang bermasalah pergi ke mana-mana sekalipun confirm akan bermasalah jugak. Sebenarnya, di saat aku menulis ni aku rindu benar sama rakan-rakan di Jabatan terutamanya di SKPP sendiri yang dah aku anggap macam keluarga aku sendiri. Selalu aku tekankan kepada mereka, kita bekerja sebagai satu keluarga, cubit paha kanan paha kiri terasa dan Alhamdulillah kalau dahulu jurang antara sesama sektor besar tapi sekarang ni nampaknya semua bertindak as one sektor. Aku sebenarnya rasa terharu dan bersyukur sangat kerana dapat rakan-rakan yang sangat-sangat baik dan menyokong. Walau kena suruh pada hujung minggu, walau kena marah tapi tetap diorang buat dengan baik. Pada masa mula aku datang merekalah yang beria untuk carikan rumah dan semuanya. Sebab tu aku bersyukur kerana dapat keluarga SKPP yang sangat memahami dan bekerjasama. Teruskan ye kelab SKPP kita tu...Nak tulis nama semuanya memanglah banyak tapi aku nak juga berterima kasih kepada beberapa individu yang aku rasa terlalu banyak bantu aku kat sana...CC Rainah- yang jadi mentor aku sepanjang aku di SKPP, banyak sangat ilmu yang aku dapat especially tentang tugas, jabatan dan semuanyalah. Terima kasih jugak sebab tahan dengan sikap aku yang kadang-kadang nak maklumat cepat...terima kasih juga sebab selalu dengar luahan masalah saya pasal opis...saya doakan CC terus berjaya dan bahagia...Laidin-yang jadi sumber pertolongan aku kalau bab-bab pembangunan kat ofis ni. Walaupun lagi tua dari aku dan ada ijazah tapi tetap sangat menghormati aku dan banyak membantu. Laidin ni dia memang glue dekat ofis...kalau die buat program mesti dapat sokongan yang best dari sume kawan-kawan die..banyak jugak tolong aku bukan saja pasal kejer tapi jugak pasal life kat Labuan, menjadi antara tempat aku luahkan masalah jugak...terima kasih din for everything...terima kasih pasal ambuyat yang kau buat tu...aku doakan kau dapat baby yang comel nanti...kemajuan kerjaya yang meningkat dan happy selalu din..teruskan jaga SKPP ya...Cikgu Sufri-yang jadi best friend aku di Jabatan, kawan bergosip..kalau bosan-bosan aku pergi bilik die berborak..thanx sufri sebab banyak tolong aku..banyak buat jamuan free kat rumah..heheh..first time aku naik bot laju ke menumbok untuk ke rumah dielah masa die nikah dulu...i pray for your happiness ye Q...Untuk housemate Ichwan-memang sangat banyak tolong aku dari mula sampai hinggalah masa aku balik ke KL semula, yang jemput aku masa kat airport first day sampai Labuan, yang pinjamkan aku kereta jabatan untuk ke ofis, yang tumpangkan rumah die dua minggu, jadi kawan dinner, bercerita...thanx wan for everything. Tahniah sebab dapat balik KL semula..keep in touch ya..Cikgu Ismail-KSPPK yang jadi cikgu aku jugak masa di Jabatan, tempat aku bertanya pandangan pasal kerja masalah dan lainnya. Terima kasih banyak cikgu. Jasa cikgu akan saya kenang sampai bila-bila.Hamiedy-juga yang jadi sumber pertolongan aku masa kat Labuan. Walaupun kontrak tapi tak kisah kerja lebih masa ke apa ke...aku doakan dia berjaya dapat kerja yang lebih baik pada masa hadapan...

Nak ucap untuk semua memanglah banyak dan tak terhitung. Apa yang paling penting bagi aku aku happy bekerja di Jabatan Pelajaran W.P Labuan kerana kerjanya yang mencabar, suasananya yang tenang, kawan-kawan yang baik. Walaupun ada segilintir yang kurang tapi bagi aku itu tak menjadi satu masalahpun.Terima kasih terutamanya kepada SKPP yang sangat membantu...dan juga sektor lain dan sekolah.

Terima kasih atas kenangan selama 1 tahun 11 bulan dan 10 hari..bak kata senior ku semasa di SDAR, kalau boleh kenangan itu aku kumpulkan dan masukkan dalam botol untuk jadi bahan tatapan. Perasaan sedih sememangnya bersarang dalam hati tatkala hendak meninggalkan Labuan. Masa datang aku menangis, masa balik pun aku menangis. Sesungguhnya terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat di Labuan. Semoga aku ketemu lagi mereka, semoga mereka semua tidak melupakan aku...

Terima kasih semuanya....mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa tersilap kata terguris rasa...ada waktu kita bertemu...saya sayang anda semua...

Kisah di Labuan: Bahagian Akhir Part I

Entry kali ni aku buat khas untuk merakamkan segala penghargaan pada sebuah Pulau tempat aku berkelana selama 1 tahun 11 bulan dan 10 hari. Kisah pertama telah aku paparkan dalam entry ini Kisah di Labuan dan tak sempat nak buat entry seterusnya tiba-tiba dah jadi part akhir pulak.

Aku melapor diri di Jabatan Pelajaran W.P Labuan pada 18 Mei 2009 (Isnin). Datang ke Labuan dengan penerbangan jam 6.45 petang hari sebelumnya dan masih ingat aku duduk bersebelahan dengan cikgu Awang Kalong, Guru Besar SK Pekan Dua pada ketika itu. Sampai je di Labuan aku disambut oleh saudara Ichwan Fiska Rimaya, Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri (MKN)yang juga merupakan rakan satu batch PTD denganku.Aku memang sangat berterima kasih kerana kalau tidak aku datang ke Labuan ni dengan sebatang kara saja. Walaupun ketika itu Ichwan sibuk dengan tugas menyelaras bencana kebakaran di Kampung Muslim sampaikan aku dibawa ke Dewan Kompleks Sukan untuk melihat sendiri keadaan di sana...sememangnya first impression ketika itu sangatlah "teruknya Labuan ni?". Ditambah dengan keadaan tiada bekalan air di kawasan Perumahan Taman Mutiara Sungai Bedaun maka lagilah aku merungut dalam hati sehinggakan ketika minggu pertama aku menghabiskan masa melayari laman web MAS untuk membeli tiket balik ke Kuala Lumpur.

KERJA
Hari pertama di Jabatan, aku disambut agak dingin dengan Y.Bhg Pengarah tapi aku rasa beliau sebenarnya ingin membuat ujian pertama atas personalitiku. Namun, sambutan mesra kakitangan membuatkan aku rasa lega sedikit walaupun minggu pertama agak sukar untuk aku menerima keadaan bahawa aku di Pulau Labuan yang kalau pusing keliling pun hanya ambil masa 1 jam saja. Dari sehari ke sehari aku semakin faham tugas di Jabatan Pelajaran walaupun pada awalnya agak sukar kerana Sektor yang aku jaga ni mempunyai banyak unit dan adalah core kepada Jabatan sendiri. Ditambah dengan banyaknya mesyuarat di luar terutamanya di Kuala Lumpur menyebabkan aku selalu berada di luar pejabat dan tidak benar-benar fokus apa yang berlaku dalam sektor sendiri.

Mungkin ada hikmah pada tahun 2010 dengan kekangan bajet maka aktiviti mesyuarat di luar dikurangkan dan lebih masa bagiku untuk menumpukan tugas di ofis dan alhamdulillah pada tahun ni banyak aktiviti yang dapat dijalankan dan dari sehari ke sehari perjalanan tugas menjadi semakin baik dan benar aku katakan aku sangat berterima kasih kepada Encik Khalid Abu Bakar, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM ketika itu kerana menghantar aku ke Labuan kerana di sini banyak ilmu yang aku perolehi. Ilmu tugas, ilmu kepimpinan dan sebagainya. Bayangkan di sektor ini aku menjaga Pentadbiran, Perkhidmatan, Naik Pangkat, tatatertib, Kewangan, Pembangunan dan Aset. Walaupun mungkin bukan pakar tapi at least aku tahu serba sedikit berkaitan tugas.Dan aku rasa selama hampir 2 tahun banyak perubahan yang kami bawa untuk kebaikan Jabatan sendiri.Mesyuarat JKPAK, 5S, Hari Penyemakan BRP, Audit Sekolah dan banyak lagi dan aku harap semua ini kita teruskan sampai bila-bila.

HIBURAN & MAKAN
Pulau Labuan kalau ikutkan memanglah satu pulau yang kecil, ada wayang tapi bukan GSC atau TGV, ada kedai kopi tapi bukanlah StarBucks atau Coffee Bean, yang ada hanya McDonald, Pizza Hut, KFC dan terbaru Old Town White Coffee. Janganlah berangan nak makan Nandos ke, Kenny Rogers ke apalagi Chillis. Namun yang pasti aku akan rindukan Singapore Chicken Rice, Soto Makasar, makan di depan UMS, di Taman Damai di Medan, Terumbu Warisan, Manja Rasa, Island Tomyam dan banyak lagi.Aku juga akan rindukan Burger sebelah family mart, Nasi Lemak Medan dan goreng pisang di Mutiara, Cendol di Kerupang. Terasa keenakan Butter Milk Crab resipi Cikgu Shahbudin di Terumbu Warisan. Sebut pasal Cikgu Shahbudin, terima kasih cikgu kerana banyak bantu saya di awal penempatan saya di Labuan dan terima kasih atas trip menjala di laut. Pertama kali mandi air laut Labuan..hehehe...Walaupun tak banyak hiburan di Labuan, tapi aku rasa duduk di Labuan sangat tenang, takda kesesakan, takda tol, 20 minit je sampai ofis, nak kemana-mana senang..itu yang akan aku rindukan sangat-sangat pasal Labuan...OOohh..sebut pasal Labuan ni jugak kalau siang tu macam sunyi tapi kalau malam memang bercambahlah hiburan, Pusat Karaoke, Disko dan sewaktu dengannya memang menjadi agenda utama Labuan ni..so janganlah risau kalau malam di Labuan walaupun kedai-kedai dah mula tutup jam 6.00. Kadang-kadang kalau bosan sangat hujung minggu selalunya aku akan ke Ujana lah selain itulah ofis itulah juga the only shopping complex yang ada di Labuan. Kadang-kadang juga berjogging di Taman Botani Labuan..

Bersambung ke Part II......

Melawat Intan Khaleelah

Semalam, 8 Mei 2011 (Ahad) aku, Lee dan penampilan istimewa Nizam bertandang ke rumah Kak Intan di Puchong untuk gathering Sentapz a.k.a melawat Kak Intan yang baru je melahirkan seorang baby girl yang cute namanya Intan Khaleelah. Gathering disertai juga dengan Yati dan Eishal,Chaer, Gme dan Kam. Aktiviti pot luck dibuat dengan ada KFC, murtabak dari Bandung yang sangat sedap (serious aku makan sampai 6 keping kot!)..hahaha...ada spagheti goreng ala melayu Lee yang pedas teramat..hehe..ada goreng pisang ngan murtabak kam dan macam-macam lagi. Selain melawat, perbincangan mengenai aktiviti trip ke Melbourne, Europe dan New York juga diadakan..gila kan nak kena start kumpul sampai RM20 ribu ni!hahaha...mintak-mintak semua aktiviti ni dapat dijalankan!Borak-borak sampai jam 8.30mlm...semua pun balik sebab esok pun keja...






-Intan Khaleelah yang comel-

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday 6 May 2011

ZOOM INDIA 2011: New Delhi













So, ini adalah edisi terakhir ZOOM INDIA 2011. Jumlah hari kesleuruhan perjalanan aku ialah 6 hari semuanya. So daripada last cerita tu aku sekarang berada di New Delhi, ibu negara India atau orang kata cam putrajayalah sebab menempatkan kompleks pentadbiran kerajaan kat sini. Delhi terbahagi kepada dua bahagian iaitu New Delhi dan Old DElhi. New Delhi ni bandar baru dan modenlah.Lebih tersusun dari aliran trafik tapi kalau Old Delhi, serupa kita tengok typical jalan di India yang bersimpang siur. Inilah ceritanya hari terakhir di India:-

20 April 2011 (Rabu)

Hari terakhir di India. Dimulakan dengan sarapan yang agak kurang sedap, air teh yang berkeladak. Nasib ada peti ais boleh minum jus yang sejuk!huhu. Kami dah siap packing dah semalam so easier untuk bergerak pagi ni. Kami bergerak seperti biasa seawal jam 8.00 pagi dimulakan dengan perjalanan ke JAMA MASJID iaitu masjid terbesar di India. Bentuk rekaan dan binaan sama seperti Fatehpur Sikri. Keadaan agak kotor dengan taik burung dan sebagainya so kami just ambil gambar je. Lepastu kami terus menaiki beca sebab nak mengelilingi bandar lama Delhi dan experienced the chaotic kat India ni. Memang sangat mendebarkan especially bile lalu jalan-jalan yang sempit tapi dalam masa sama teruja jugak dan satu pengalaman yang menarik.hehehe siap jumpa lagi dengan wayar-wayar yang berselirat semua. Kemudiannya kami singgah sebentar di RED FORT kat Delhi ni. Menurut guide yang bawak kami Red Fort ni lebih kurang macam Agra Fort cuma saiz agak kecil sedikit so kami tak masuklah just bergambar je di luar. Penat sebenarnya nak keluar masuk kubu ni..hahaha

Seterusnya kami ke RAJGHAT iaitu tempat pemakaman Mahatma Gandhi. Cuaca dah makin panas so agak kurang selesa. Kami kat sini sekejap je.Just tengok ambil gambar then terus pergi sebab kalau nak masuk makam tu kena buka kasut semua so malaslah...Lepas je ke Rajghat kami ke INDIA GATE, serupa macam dekat Mumbai haritu cuma kali ni berskal kecil lah..sempatlah ambil gambar dan beli air mineral untuk basahkan tekak sebab cuaca memang sangat terik dan kering. Guide tu cakap kalau travel bulan May-Julai cuaca boleh cecah sampai 41celcius. Bayangkanlah panasnya camna kan...Lepas saja bergambar kami terus ke PARLIAMENT HOUSEdan PRESIDENT PALACE. Konsep sama dengan Putrajaya je, agaknya Putrajaya pun ambil konsep ni. Just bergambar sebab tak boleh parking lama sangat kat sini.

Seterusnya, kami bergerak ke HUMAYUN'S TOMB. Di sini adalah makam Humayun yang dibina oleh isterinya. Kalau Taj Mahal dibina untuk wanita tapi kat sini dibina untuk lelaki dan konsepnya seakan-akan Taj Mahal. Dan seni binanya kuat pengaruh Mughal Empayar. Kawasan taklah besar sangat cuma sebab keadaan panas memaksa kami berjalan dengan lebih laju dan bergambar dengan lebih pantas. Lepas jek dari tu kami terus minta driver untuk makan tengahari sebab dah lapar sangat coz malam sebelumnya kan tak sempat dinner. Jadi diaorang pun bawak kami ke CAFE RENDEZVOUS. Sangat ekslusif dan halal dan sangat ramai orang sampaikan kena beratur untuk masuk. Macam biasalah makanan yang kami order ialah Briyani Ayam dan Kambing dengan Curry Masala dan Butter Naan. Sangat menyelerakan dan sangat sedap ye!Banyak pulak tu. Walaupun harga agak mahal tapi puas hatilah sebab sedap.

Lepas makan, kami semua bergerak ke airport dan dalam perjalanan sempat singgah sebentar ke LOTUS TEMPLE tapi just ambil gambar di luar jelah sebab basically ni temple untuk penganut Sikh kan. Pastu kami terus ke DILLI HAAT sebuah kedai menjual cenderamata dengan tujuan utamanya mencari fridge magnet dan kain sari. Best jugak pada awalnya masuk ke kedai ni sebab penjual die sangat baik dan peramah.Sempat juga membeli sepasang kain sari untuk mak. Pada asalnya ada satu kain tu sangat cantik tapi harga sampai RM1ribu! gila betul harga die..huhu..kemudian sempat membeli kasut untuk dipadankan dengan kurta. Kemudian singgah ke tempat fridge magnet. Punyalah mahal, kami tawar pun tak dapat last-last dengan muka bengang terus lari dan malas nak beli. Putuskan beli kat airport jek. Lepas 2 jam membeli-belah kat situ kami terus ke airport dan dalam perjalanan guide tu pun turun, kami hanya bagi US5 jek kat die...oklah tu...hehehehe. Perjalanan ke airport ambil masa 1 jam jugak dan kami sampai lebih kurang jam 5petang sebab flight hanya pada jam 9.55 malam. So sempatlah shopping lagi. Nasib ada fridge magnet dan harga lagi murah dari kat kedai tadi ye. Tak banyak sangat kedai kat Delhi airport ni. Just nicelah. Lepas solat semua, kami menunggu dan penerbangan tepat jam 9.55 malam. Seat tak dapat belakang tapi nasib baik seat kami hanya dua orang je so agak selesalah jugak. Lepas makan terus tidur dan sedar sampai Malaysia lebih kurang jam 5.30 pagi dan aku terus bergerak ke KLIA untuk naik flight ke Labuan pagi tu...

Keseimpulan untuk trip India ialah:-
1) Cuaca sangat panas -jangan travel April-Julai
2) Semuanya tentang duit -sediakan duit kecil siap-siap dan letak dalam smapul kalau nak bagi tips supaya kita boleh lari dulu sebelum dia bukak..hahahaha
3) Makanan yang dibeli tak banyak sangat dimakan sebab boleh lagi jumpa makanan halal
4) Beli air mineral dengan tajuk AQUAFINA, takut kang air yang telah direfill
5) Kalau kat Delhi tak payah ambil guide pun takpa sebab METRO die senang jugak dinaiki

So, pengalaman di India sangat best terutamanya dapat ke Taj Mahal tu sendiri (boleh tak konsep sekarang nak penuhkan7 wonders tu)..hahaha...cuma kena hati-hatilah bila travel di India ni...so far okay!next trip coming end of June, ntah boleh pergi ke idak!..huhuhu

ZOOM INDIA 2011: Agra (Day 2)



















Okay..dah part ke-5 dah ZOOM INDIA kali ni..sangat special kan?hahaha...ok so aku mulakan hari kelima di India:-

19 April 2011 (Selasa)
Pagi dimulakan dengan sangat excited seawal jam 6.00 pagi kami dah turun ke bawah kerana tak nak melepaskan saat melihat Taj Mahal pada waktu matahari terbit. Tiba di bawah kami disambut oleh driver dan seorang guide yang baru. Aku dan Lee rasa happy sebab dapat guide yang lain, muda, energetic dan paling penting tak sombong. Perjalanan dari hotel ke Taj Mahal sangat dekat kira-kira 20 minit je. Sampai di kawasan tu, kami perlu naik kenderaan lain kerana tidak dibenarkan sebarang kenderaan berenjin mendekati Taj Mahal. Sebenarnya banyak kenderaan nak bawak kami ke atas seperti kereta kuda, beca dan lain-lain tapi kami putuskan untuk naik kereta elektrik yang free iaitu government punya kenderaan. Lebih jimat dan selamat. Sampai je di pintu masuk memang dah ramai orang yang beratur dan pemeriksaan sangat ketat. Tidak dibenarkan membawa rokok, magnet dan macam-macam lagi. nasib kamera okay..hehehe..so masa nak limpas di scan tu lupa nak keluarkan HRC glass yang letak dalam beg kamera. Nasib baik tour guide tu ada dan die lah yang tolong bawakkan untuk simpan di luar.Lepas semua settle kami pun mulakan perjalanan ke Taj Mahal...

Untuk makluman yang tak tau (ada ke?) huhu...Taj Mahal ni adalah salah satu seven wonders of world . memang sangat teringin untuk jejakkan kai kat sini. Sebuah makam yang dibina atas rasa kasih dan sayang kepada isterinya Mumtaz.tak yahlah cerita panjang kan sejarahnya...tapi apa yang pasti masuk sahaja melalui pintu gerbang tu aku memang menghela nafas yang sangat panjang. Subhanallah, begitu cantik dan kagumnya aku kepada monumen ni. Bayangkan, guide tu siap cakap kalau sebelum masuk Taj ni pasangan suami isteri tengah bergaduh, masuk je terus rasa lega dan baik semula. Punyalah magicnya taj mahal ni. Untuk makluman kast sini tak dibenarkan mengambil video hanya kamera sahaja dibenarkan. Keistimewaan TAJ MAHAL ni terletak pada simetrinya. Dari pintu depan, kanan, kiri semuanya simetri yang sama. Kalau tak faham memang boleh sesat jugak.Masuk-masuk je jumpa taman yang sangat cantik dan dihiasi dengan air terjun. Semua konsep atau bilangan kubah ke apa ke ada maksud yang tersendiri. Contohnya, ada 22 buah kubah kecil kat pintu gate depan sebab melambangkan 22 tahun kerja-kerja membina Taj Mahal ni. Apalagi kan, setiap inci tempat yang kami pergi terus ambil gambarlah memang tak mahu dilepaskan setiap saat. Oleh kerana nak menjaga kebersihan Taj ni, maka masuk perlu buka kasut dan kami mengelilingilah setiap pelusuk Taj Mahal ni. Di kawasan tengah tedapat makam Mumtaz dan sebelahnya adalah Shah Jahan. Yang istimewanya Taj Mahal ni adalah keran ukirannya begitu details dan dibuat sepenuhnya dari marble. Ditambah pula dengan batu precious dan semi-precious stone menambahkan keistimewaan bangunan ni. Pendek kata, memang sangat cantik. Di belakang Taj Mahal ini ada sungai Yamuna dan seberang tu sepatutnya terbina Black Taj Mahal iaitu untuk Shah Jehan tu tapi tak sempat dibuat dah ditangkap oleh anaknya sendiri Aurangzeb dan dipenjarakan di Agra Fort.Kami kat Taj Mahal ni adalah lebih kurang 2 jam jugak sebab cuaca pun okay sebab masih pagi lagi kan. Lepas sahaja tu, kami keluar dan terus dikerumuni oleh penjaja luar, cuba untuk mencari fridge magnet tapi disebabkan terlalu banyak pilihan dan tawaran kami batalkan je dan balik ke hotel. Sempat bersarapan dan lepas tu kemas sikit dan check out. Selepas check out sebelum ke Agra Fort kami sempat singgah di kedai pembuatan marble asli dari Agra so kerana terpengaruh dengan daya pujukan tebeli jugak aku Taj Mahal punya monumen dengan candle holder...huhuhu

Selepas itu kami terus ke destinasi seterusnya iaitu di AGRA FORT. Cuaca dah makin panas namun kena habiskan perjalanan. Agra Fort ni lebih kurang macam Amber Fort lah tapi bangunannya berwarna merah dibuat dari batu-bata dan sangat besar. Konsep binaan sama dengan Amber Fort. Guide yang bawak kami tu ikut sekali ke dalam dan menerangkan semua aspek tempat.. Nasib juga dia ikut sebab kalau tak memang konpem jadi cam Amber Fort haritu...heheheh. Yang menarik di sini ialah kerana tempat penjaranya Shah Jahan terletak di sini dan istimewanya penjara beliau betul-betul mengadap Yamuna River dan Taj Mahal.Lepas puas berjalan, masa mengucapkan selamat tinggal kepada our guide. Sebab die punya perkhidmatan habis kat sini. Tips yang kami bagai adalah US10 yang rasa okay kot...heheheh...kami perlu meneruskan perjalanan ke Delhi dan sebelum tu sempat singgah ke satu lagi monumen menarik iaitu SIKANDRA. Sikandra ni adalah makam Akbar (yang bina Fatehpur Sikri). mula-mula ingat malas nak masuk sebab yang ni nak kena bayar entrance fee sendiri tapi sebab dah alang-alang, masuk jelah. Monumen atau binaan nya masih lebih kurang bercirikan Mughal Empayar dan sangat mewah dan besar. Keistimewaannya adalah sebab ada makam jelah di situ. Yang lain takdalah sangat tapi untuk ambil gambar memang menarik tempatnya. Kami di Sikandra ni lebih kurang 1 setengah jam je sebab perlu ke Delhi yang perjalannya lebih kurang 5 jam jugak.

Seterusnya kami ke Delhi, dan sampai pun dah jam 7.00 malam kami terus ke Hotel White House yang terletak berdekatan dengan stesyen Metro Karol Bagh. Pada mulanya nak mintak driver tolong bawakan kami ke HRC Delhi sebab tahu mesti nanti tak sempat kalau esok. Tapi dia kata jauh, kami pun malas nak cakap banyak. Keadaan bilik agak kurang memuaskan dan kotor. Ada semut lagi so kami tak suggestlah kalau traveller untuk duduk di sini. Lepas saja check in kami terus buat research sket, nasib baik hotel ada wi-fi untuk ke HRC. Nampak mudah sangat bila dah ada Metro ni. Hanya berapa stesyen dah sampai. Kami mula naik di Karol Bagh stesyen dan berhenti di stesyen Malviya Nagar dan dari situ jalan kaki melimpasi hospital dan sampailah ke shopping complex di mana Hard Rock nye di situ.Sebelum ke HRC sempat lagi memborong DVD Hindustan yang sangat banyak dan GLEE yang murah. Kemudian sempat shopping di HRC. Cam biasalah T-shirt, glass, bear dan ambil gambar lagi dengan salesgirl kat situ. Jam dah menunjukkan 10.30 mlm dengan bergegasnya kami berlari untuk dapatkan tuktuk ke stesyen Metro sebab diaorang kata last train jam 11.00 mlm. Alhamdulillah sempat sampai dan sampai kat hotel lebih kurang jam 12.00 malam. Dinner dengan maggi je kemudian packing sebab esok terus check out dan tidur...