Thursday, 5 May 2011
ZOOM INDIA 2011: Mumbai (Day 2)
ye...sampai ke entry no.2 untuk ZOOM INDIA 2011. Gila rajin kan aku update blog sekarang ni. Haha, actually sekarang ni banyak masa terluang sejak aku bertukar Kementerian..tapi bab tu aku rahsiakan dulula. Kita fokus dengan entry ini dulu:-
16 April 2011 (Sabtu)
So, hari kedua di Mumbai dimulakan dengan seawal jam 8.00 pagi. Tapi sebelum tu kami breakfast di Hotel dulu dengan toast dan ommelette. After breakfast, destinasi pertama yang kami tuju ialah di DHOBI GHAT iaitu kawasan, nak kata tempat menarik taklah tapi keunikannya ialah tempat ini adalah pusat dobi tradisional yang terbesar di India. Maknanya kita takkan nampak washing machine kat sini tapi dibasuh dengan tangan sampaikan kita pun rasa geli tengok air yang digunakan tu...hahaha tapi sangat kagum sebab dari pemerhatian jauh baju-baju yang dicuci tu sangat bersih. Kitaorang just ambil gambar jek dan tak berani nak turun sampai ke bawah. Kemudian, kami menuju ke highlighted place lah kalau ke Mumbai ni iaitu GATEWAY OF INDIA. Kalau nak tau kat sinilah scene Amir Khan tunggu Manisha Koirala masa dalam cerita Mann tu yang masa hari Valentines Day tu..sapa ingat?hahaha...sangat ramai orang dan cuaca ya sangatlah panas. Beli air mineral AquaFina kat situ then bergambar sakanlah macam biasa. Nampak juga HOTEL TAJ MAHAL yang kena bom bersebalahan dengan gateway ni.
Kemudian, kami terus ke MARINE DRIVE, iaitu kalau ikut konsep kat Malaysia ni macam Gurney Drive kat Penanglah. Just keluar ambil gambar sekejap jek. Ooohh lupa nak bagitau pada harini kami dibawa oleh driver yang sangat tidak tahu berbahasa Inggeris dan menyebabkan kesukaran lah jugak nak berinteraksi. Aku pun paham sikit-sikit jek Bahasa Urdu ni. Dan kami menaiki kereta berhawa dingin Tata Indigo iaitu kereta yang sangat terkenal di India sebab made in India. Selepas ke marine drive kami dibawa ke CHOWPATTY BEACH iaitu sebuah pantai yang agak terkenal di Mumbai, tapi lepas pergi dan lihat sendiri macam biasa je sebenarnya. Taklah ramai sangat orang dan agak kotorlah dan memang ini expectation kami bila ke India, berdebu+panas dan kotor. Setelah mengambil gambar berpuluh-puluh walaupun kata tak menarik kan..hehe, kami ke KAMLA NEHRU PARK atau lebih dikenali sebagai HANGING GARDEN. Tak tau kenapa dipanggil Hanging Garden ni mungkin disebabkan oleh keadaan garden ni yang terletak di tengah-tengah bandar. Menariknya garden ini adalah disebabkan lanskapnye yang menarik iaitu bunga-bungaan dan tanah merah disekeliling. Boleh buat video klip filem Hindustan lagi. Berjalan mengelilingi park ini dan mengambil gambar, itu saja aktiviti yang dibuat.
Setelah selesai melawat ke garden ini, kami diberitahu oleh driver yang lawatan dah habis, semua tempat dah pergi. So, memanglah rasa tak puas hati sebab aku sendiri tandakan or checklist mana tempat yang dah pergi, mana yang belum kan. Aku mintak die bawak kami ke MANI BHAVAN iaitu tempat kelahiran tokoh negara India yang terkenal iaitu Mahatma Ghandi. Rumah dan jalan di Mani Bhavan ini sangat menarik. Rumahnye kecil tapi kalau tak silap ada 4 tingkat dan kami dengan keadaan tergesa-gesa cuba untuk menikmati keadaan rumah tersebut. Banyak koleksi yang dipamerkan antaranya ialah buku yang pernah dibaca oleh Ghandi, perpustakaan, tempat tidur dan juga sejarah kelahiran hinggalah saat kematian beliau. Selepas ambil gambar seketika. Kami bergegas menuju semula ke driver dan kami minta untuk dibawa ke CRAWFORD STREET dengan tujuan untuk membeli belah namun hajat tak kesampaian sebab keadaan jalan yang sangat sesak dan kami nampak macam keadaan tak menarik sangat so kami just jalan jelah kat situ. Pada mulanya driver dah nak hantar kami balik ke airport tapi sebab jam pada waktu tu baru menunjukkan pukul 12tgh dan flight kami hanya pada 5.20 petang, kami paksa die ke BANDHRA iaitu untuk melihbat sendiri kawasan perumahan Shah Rukh Khan. Taklahbesar sangat rumah SRK ni tapi bestlah sebab mengadap pantai kan. Kawasan memanglah kawasan elit. Dengarnya rumah Rekha dan Salman Khan pun berhampiran namun taklh kami suruh dia membawa sebab die macam dah taknak layan sangat.
Selepas bergambar di hadapan rumah dan di sekitar kawasan, driver terus membawa kami ke lapangan terbang untuk mengejar flight Spice Jet ke Jaipur jam 5.20 petang. Taklah jauh sangat dari Mumbai ke airport, hanya lebih kurang 30 mint saja. Sampai di airport, driver tu mintak INR150,000 lagi tapi kami berkeras taknak bayar sebab semuanya dah kami settlekan dengan agen. Rasa tak puas hati mula-mula dah terbayang dah ni tapi sabar jelah, tengok the next destination macam mana. Sampai di airport terus ke kaunter Spice Jet untuk ambil tiket dan menempah makanan sebab dimaklumkan makanan dalam kapal ni adalah Halal. Then, terus masuk dalam dengan pemeriksaan yang sangat ketat. Sempat juga membeli belah poskad dan air mangga. Poskad tu sempat kami kirimkan ke Malaysia, azam baru kalau bercuti ke luar negara..hehehe..kemudian terus masuk dalam dan sangat kritikal ye imigrisen di India ni. tertekanlah jugak sebab banyak sangat kaunter pemeriksaan. Sampai kat dalam, just round tengok kedai dan solat Jamak di tengah-tengah tempat duduk. Yang aku suka about India ni die punya toilet agak bersih (toilet dalam airportlah) dan ada paip air kat dalam...tu yang paling penting tu. Flight bergerak tepat jam 5.20 petang dan kami dapati Spice Jet ni memang sama dengan Air Asia!kapal dia memang sebijik!haha...kami tempah makanan dalam tu sebagai lunch sebab seharian tak makan kan, so dapatlah roti dan kari ayam yang sangat sedap ya!Perjalanan mengambil masa selama 2 jam dan so far flight okaylah dan takda masalah. Sampai di Jaipur jam 7.05mlm. Lepas mengambil beg kami terus keluar dan mencari agen yang aku emel dari Malaysia, namanya Khan Singh. Keadaan luar airport Jaipur sangat macam Arab dengan pemandangan dan sekitar. Kami dibawa oleh Khan Singh dengan kereta Tata yang lebih besar dan nampak orangnya sangat peramah tapi kami mengadu jugaklah pasal kejadian di Mumbai tu. Kami terus dibawa ke hotel penginapan dengan nama Hotel Maya Niwas. Hotel ni walaupun kecil tapi sangat cantik dan dekorasi sangat menarik dan memang disyorkan untuk tinggal di sini. Lepas je check in, kami keluar kejap untuk membeli air mineral dan kami lihat keadaan dan mula gelap, kedai dah mula tutup terus kami balik dan makan dalam hotel sambil tempah chapati dengan harga INR20 yang sangat sedap dimakan dengan kari ayam YeOS yang dibawa dari Malaysia..so tulah perjalanan hari kedua di India.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment