Entry kali ni aku buat khas untuk merakamkan segala penghargaan pada sebuah Pulau tempat aku berkelana selama 1 tahun 11 bulan dan 10 hari. Kisah pertama telah aku paparkan dalam entry ini Kisah di Labuan dan tak sempat nak buat entry seterusnya tiba-tiba dah jadi part akhir pulak.
Aku melapor diri di Jabatan Pelajaran W.P Labuan pada 18 Mei 2009 (Isnin). Datang ke Labuan dengan penerbangan jam 6.45 petang hari sebelumnya dan masih ingat aku duduk bersebelahan dengan cikgu Awang Kalong, Guru Besar SK Pekan Dua pada ketika itu. Sampai je di Labuan aku disambut oleh saudara Ichwan Fiska Rimaya, Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri (MKN)yang juga merupakan rakan satu batch PTD denganku.Aku memang sangat berterima kasih kerana kalau tidak aku datang ke Labuan ni dengan sebatang kara saja. Walaupun ketika itu Ichwan sibuk dengan tugas menyelaras bencana kebakaran di Kampung Muslim sampaikan aku dibawa ke Dewan Kompleks Sukan untuk melihat sendiri keadaan di sana...sememangnya first impression ketika itu sangatlah "teruknya Labuan ni?". Ditambah dengan keadaan tiada bekalan air di kawasan Perumahan Taman Mutiara Sungai Bedaun maka lagilah aku merungut dalam hati sehinggakan ketika minggu pertama aku menghabiskan masa melayari laman web MAS untuk membeli tiket balik ke Kuala Lumpur.
KERJA
Hari pertama di Jabatan, aku disambut agak dingin dengan Y.Bhg Pengarah tapi aku rasa beliau sebenarnya ingin membuat ujian pertama atas personalitiku. Namun, sambutan mesra kakitangan membuatkan aku rasa lega sedikit walaupun minggu pertama agak sukar untuk aku menerima keadaan bahawa aku di Pulau Labuan yang kalau pusing keliling pun hanya ambil masa 1 jam saja. Dari sehari ke sehari aku semakin faham tugas di Jabatan Pelajaran walaupun pada awalnya agak sukar kerana Sektor yang aku jaga ni mempunyai banyak unit dan adalah core kepada Jabatan sendiri. Ditambah dengan banyaknya mesyuarat di luar terutamanya di Kuala Lumpur menyebabkan aku selalu berada di luar pejabat dan tidak benar-benar fokus apa yang berlaku dalam sektor sendiri.
Mungkin ada hikmah pada tahun 2010 dengan kekangan bajet maka aktiviti mesyuarat di luar dikurangkan dan lebih masa bagiku untuk menumpukan tugas di ofis dan alhamdulillah pada tahun ni banyak aktiviti yang dapat dijalankan dan dari sehari ke sehari perjalanan tugas menjadi semakin baik dan benar aku katakan aku sangat berterima kasih kepada Encik Khalid Abu Bakar, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM ketika itu kerana menghantar aku ke Labuan kerana di sini banyak ilmu yang aku perolehi. Ilmu tugas, ilmu kepimpinan dan sebagainya. Bayangkan di sektor ini aku menjaga Pentadbiran, Perkhidmatan, Naik Pangkat, tatatertib, Kewangan, Pembangunan dan Aset. Walaupun mungkin bukan pakar tapi at least aku tahu serba sedikit berkaitan tugas.Dan aku rasa selama hampir 2 tahun banyak perubahan yang kami bawa untuk kebaikan Jabatan sendiri.Mesyuarat JKPAK, 5S, Hari Penyemakan BRP, Audit Sekolah dan banyak lagi dan aku harap semua ini kita teruskan sampai bila-bila.
HIBURAN & MAKAN
Pulau Labuan kalau ikutkan memanglah satu pulau yang kecil, ada wayang tapi bukan GSC atau TGV, ada kedai kopi tapi bukanlah StarBucks atau Coffee Bean, yang ada hanya McDonald, Pizza Hut, KFC dan terbaru Old Town White Coffee. Janganlah berangan nak makan Nandos ke, Kenny Rogers ke apalagi Chillis. Namun yang pasti aku akan rindukan Singapore Chicken Rice, Soto Makasar, makan di depan UMS, di Taman Damai di Medan, Terumbu Warisan, Manja Rasa, Island Tomyam dan banyak lagi.Aku juga akan rindukan Burger sebelah family mart, Nasi Lemak Medan dan goreng pisang di Mutiara, Cendol di Kerupang. Terasa keenakan Butter Milk Crab resipi Cikgu Shahbudin di Terumbu Warisan. Sebut pasal Cikgu Shahbudin, terima kasih cikgu kerana banyak bantu saya di awal penempatan saya di Labuan dan terima kasih atas trip menjala di laut. Pertama kali mandi air laut Labuan..hehehe...Walaupun tak banyak hiburan di Labuan, tapi aku rasa duduk di Labuan sangat tenang, takda kesesakan, takda tol, 20 minit je sampai ofis, nak kemana-mana senang..itu yang akan aku rindukan sangat-sangat pasal Labuan...OOohh..sebut pasal Labuan ni jugak kalau siang tu macam sunyi tapi kalau malam memang bercambahlah hiburan, Pusat Karaoke, Disko dan sewaktu dengannya memang menjadi agenda utama Labuan ni..so janganlah risau kalau malam di Labuan walaupun kedai-kedai dah mula tutup jam 6.00. Kadang-kadang kalau bosan sangat hujung minggu selalunya aku akan ke Ujana lah selain itulah ofis itulah juga the only shopping complex yang ada di Labuan. Kadang-kadang juga berjogging di Taman Botani Labuan..
Bersambung ke Part II......
No comments:
Post a Comment