Thursday 13 February 2014

ZOOM INDONESIA 2014: Surabaya (Day 4)

Lama betul nak update hari ke-empat di Surabaya ni, ok so hari ke-empat dimulakan seawal jam 3.30 pagi. Actually aku dah kunci jam nak bangun pukul 2pagi sebab biasalah nak buang air semua kan tapi last-last pukul 3.15 jugak baru sedar dan kelam kabutlah bersiap. Nasib barang-barang nak bawak dah siapkan semalam. Kenapa awal sangat? Yalah kan nak tengok sunrise di kawasan pertanjakan 1 dengan pemandangan gunung Bromo dan sebagainya. Oleh kerana tempoh perjalanan akan ambil masa 1 jam so, memang sesuailah bergerak jam 3.30 pagi ni dan memang aku tak mandi lah sebab sangat sejuk ya. Bawaklah jaket tebal-tebal kalau ada. Tapi nasib baiklah cuaca ok lagi sebab aku just pakai sweater dua lapis sebab berangan taknak bawak jaket. Then kami naik jeep untuk ke kawasan pertanjakan. Sepanjang perjalanan sangat gelap tapi meriah dengan jeep dan speda yang nak naik ke atas. Jalan memang sangat berbukit dan bersimpang siur. Tahankan saja. Then, sampai kat satu kawasan ni kami punya jeep macam tersangkut-sangkut, cuba banyak kali tak boleh jugak last-last pemandu tu suruh keluar dan dia kata dah sampai. Kami pun dengan konfiden nya keluar dan mulai pendakian. Last-last kawan Tariq kata ni salah tempat sebab yang ini kawasan pertanjakan 2 so bukan main place sedangkan kami dijanjikan akan ke kawasan pertanjakan 1. Geram sangat jumpa balik driver tu dan dia kata kena tunggu satu jeep lagi. So terpaksalan tunggu dalam kereta dekat 30 minit jugaklah. Masa tu hari macam dah nak cerah, lepas naik jeep yang ke-2 kami terus ke kawasan pertanjakan 1 tapi tengok keadaan cuaca yang hujan dan berkabus memang tipislah harapan nak tengok sunrise. Dan paling menyedihkan sebab kami dah lambat jeep terpaksa parking agak jauh dan kami terpaksan berjalan dekat 2km jugak menaiki bukit untuk ke kawasan pertanjakan tu. Dalam perjalanan tu ada juga speda yang nak bawa tapi of course lah kena bayar tapi sanggup ni berjalan dengan harapan exercise pagi. Sampai kat atas memang dah ramai sangat orang dan masing-masing konfiden matahari akan muncul walaupun memang langsung tak nampak apa-apa. So, kami just menikmati udara pagi kat situ dan ambil gambar. Dalam 30 minit kami turun balik dan dalam perjalanan turun tu sempat membeli jagung panas dan memang heavenlah saat sejuk-sejuk makan jagung tu kan.


suasana pagi yang meriah di kawasan pertanjakan


yang nampak hanya kabus sahaja


dah naik penat-penat senyum jelah


orang ramai masih berharap akan ada sunrise


pintu gerbang pertanjakan 1


tanda dah sampai


jagung bakar yang heaven


Ok lepas tu kami turun semula ke bawah untuk menaiki jeep dan langsung ke Bromo. Sampai je di Bromo memang dah ramai orang tapi 1st thing nak cari toilet dulu, biasalah sejuk kan. So toilet hanya ada satu terpaksalah beratur tapi nak buat camna kan. Then, nak teruskan pendakian ke atas untuk tengok kawah dia. Oh ya untuk makluman dari tempat parking jeep tu kita akan didekati dengan orang-orang berkuda yang menawarkan untuk bawa kita dari situ hingga ke atas sebelum kawah. Tapi dengan rasa konfiden nya menolak lah sebab konpem boleh jalan ni. Tapi Tariq dengan kawan dia malas nak naik so aku ngan Lee je.Dan bile mulakan pendakian memang sangat penat ya dahlah berjalan tadi agak jauh nak naik pun bukit nya 90 degrees dengan orang yang ramai, taik kuda yang bersepah memang sangat mencabar. Tapi sebab dah sampai kan rasa rugi pulak tak naik. Jadi dengan berkat kesabaran akhirnya sampai juga dan part paling menguji ada 230 anak tangga nak kena daki sebelum sampai ke kawah tu. Orang punyalah ramai terpaksa juga beratur dengan cuaca yang agak gerimis memang sangat mencabar. So, kalau rasa tak larat berjalan better naik kuda je. At least nak naik tangga je sendiri, takkanlah kuda tu nak bawak sampai ke kawah kan. Hehe...Dekat tangga ni ada satu peristiwa berlaku, aku marah sorang minah Indon ni sebab suka-suka nak potong barisan lepastu dia marah aku balik. Sabar jelah dahlah penat kan. Oh ya kalau taknak ikut tangga pun boleh sebab ada je yang mendaki ikut tepi tapi tak berani lah kan so kita skema sikit ikut tangga. Sampai kat atas memang tersangat lah ramai orang yang tak reti nak turun. So, dapat lah tengok kawah Bromo dengan bau sulfur yang agak kuat kami tak lama pun kat atas ni. Sekadar ambil gambar then turun balik. Waktu turun ni okay sikit sebab turun bukit kan so laju jelah. Sampai bawah jumpa Tariq dan kawan die dan terus ke jeep untuk ke kawasan berikutnya. Untuk makluman dekat kawasan ni pun ada juga menjual souvenir seperti t shirt, fridge magnet tapi aku tak beli apa-apalah sebab rancang nak beli nanti di Surabaya.


satu-satunya toilet yang ada di kawasan Bromo


melompat dulu sebelum nak jalan jauh


haa nampak tak berapa jauhnya nak berjalan


berhadapan gunung Batok


beratur pulak nak naik tangga


nilah kawah Bromo


selesai mendaki masa untuk turun


nilah jeep yang membawa kami ke 4 tempat



Okay, sambung ke Part 2 pulak sebab harini memang sangat panjang dengan banyak tempat dan aktiviti....

Sunday 9 February 2014

ZOOM INDONESIA 2014: Surabaya (Day 3)

Okay, sampai kita ke hari ketiga di Surabaya. Alhamdulillah, bangun pagi rasa sihat sikit, badan pun dah sejuk so boleh mulakan hari dengan cergas. Hari ni kami akan tunggu Tariq dan kemudian ke Bromo. Pada asalnya tunggu di hotel tapi sebab jarak ke stesen bas lebih hampir dengan airport jadi kami akan gerak ke stesen bas untuk berjumpa Tariq di situ. Then masa check out tinggalkan beg di hotel sebab lepas ke Bromo akan check in balik hotel lagipun agak susah sikit sebab nak bawak beg troli dengan bas kan. Kami ambil teksi ke Stesen Bas Burungasih (Purabaya) dengan bayaran sebanyak Rp86,000. Untuk makluman kalau kita naik teksi melalui lebuhraya maka tiket tol akan dibayar penumpang ya dan juga tiket parking masuk ke stesen bas. Tol harga dalam Rp3,000 dan tiket parking Rp2,000. First time sampai di stesen bas Indonesia ni memang agak mencabar minda jugak. Dengan keadaan yang sedikit panas, dan ramai orang kemudian semua agen berkejare-kejar mencari pelanggan maka suasana sedikit hingar bingar. Kami mulakan pencarian Tariq sebab handphone masing-masing tak buat roaming jadi agak sukar sikit nak tau kat mana Tariq dan bila dia sampai. Lastly, kami ambil keputusan untuk tunggu di hadapan tempat berhenti bas dari Juanda Airport dan dalam masa sama bergilir mencari Tariq. Then, aku sempat ke kaunter pertanyaan sebab kat situ ada wi-fi free (bagus jugak Indon ni)...dan alhamdulillah akhirnya Tariq sampai jugak.


tempat berhenti bas dari Juanda Airport

Lepas Tariq sampai, pergi beli makanan (ada RotiBoy di setesen bas ni) bangga jap! Then, kami terus berkejar mendapatkan bas ke Probolinggo. Untuk makluman Bas dari Surabaya ke Probolinggo ni ada dua jenis. Satu bas Patas, iaitu bas ni adalah bas yang terus ke stesen bas Bayuanga di Probolinggo dan satu lagi bas sama jugak tapi berhenti-henti untuk ambil penumpang. Harga tiket pun tak jauh beza, iaitu bas Patas Rp27,000 dan bas berhenti ni Rp16,000. So, better ambil bas yang Patas sebab jimatkan masa kerana perjalanan ke Probolinggo kalau terus ambil masa 2 jam. Bayangkan kalau berhenti-henti. Bas sangat okay, aircon berfungsi dengan baik dan tak crowded sangat cuma uniknya naik bas di Indonesia ni meriah dengan penjual makanan, buku, pengamen di atas bas. Sepanjang perjalanan tu pun tiba-tiba akan ada orang naik untuk menjual. Betapa gigihnya mereka ni mencari rezeki. Bas hanya berhenti sebentar di stesen minyak untuk penumpang ke toilet dan membeli makanan. Tapi perjalanan sangat okay dilatari dengan pemandangan Surabaya dan jalan pun takdalah teruk sangat.


harga tiket bas


pemandangan dalam bas

Kami sampai di Stesen Bas Bayuanga pada jam 1 petang. Keadaan stesen bas di sini memang agak menyedihkan sikit dengan kotor dan panas, tapi that is the beauty kalau kita travel backpackers ni. Sambil tu kami tunggu kawan Tariq yang akan membawa kami ke atas iaitu Bromo. Then, lepas kawan dia sampai kami terus berjalan ke luar stesen bas untuk mendapatkan angkutan (van) untuk ke Bromo. Untuk makluman setiap angkutan ni akan mengambil penumpang sebanyak 15 orang satu angkutan so, kalau kita datang 4 orang maka terpaksalah tunggu sampai cukup 15 baru naik ke atas. So, kerana tak sanggup nak menunggu lagipun cuaca pun hujan maka kami putuskan untuk chartered angkutan tu dengan 4 orang sahaja dengan harga Rp450,000 bagi satu angkutan.


stesen bas Bayuanga


angkutan untuk ke Bromo

Perjalanan dari stesen bas Bayuanga ke Bromo mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 30 minit. Dengan keadaan angkutan yang agak usang dan jalan berbukit yang berbelok-belok maka agak pening juga sepanjang perjalanan. Rupa-rupanya hotel yang kami tempah pada mulanya iaitu Bromo Cottage terletak jauh dari tempat yang kami nak tuju ni sebab kalau kita nak ke Bromo ada beberapa jalan iaitu dari Probolinggo dan juga dari Malang. Bromo Cottage tu terletaknya di Malang. Nasib baiklah hanya tempah dari emel dan tidak bayar apa-apa. So, kami teruskan perjalanan hingga ke Lava View Cottage daln alhamdulillah sebab mungkin bukan Peak Season maka ada juga bilik yang tersedia. Untuk satu bilik harganya adalah Rp900,000, lebih murah dari Bromo Cottage. Dan untuk makluman juga kita juga perlu membayar yuran masuk ke Taman Negara Bromo ini dengan harga Rp75,000. Suasana di Lava View ini sangat damai dan nyaman dan paling best sekali adalah hotel ini terletak betul-betul mengadap pemandangan Gunung Batok dan Bromo. Bangun pagi itulah yang kita akan nampak dulu. Cuaca sangat berkabus dan sejuk. Lepas check in, kami berehat kejap sebab masing-masing keletihan tapi sebab cuaca sejuk perut pun rasa lapar. So, lepas solat dan berehat seketika kami keluar untuk mencari makan dengan berjalan keluar hingga ke Cafe Lava View Hostel yang terletak berhampiran pintu masuk. Di sini tak banyak restoran yang ada kerana menurut rakan Tariq, tidak dibenarkan sebarang pembangunan hotel lima bintang di sekitar kawasan ini dan juga tiada pelabur luar yang boleh masuk untuk menjaga eksklusiviti dan keadaan semulajadi Bromo ini. Makanan di Cafe ni agak sedap dan harga pun berpatutan. Lepas makan kami langsung ke tempat untuk menempah jeep bagi membawa kami ke Bromo pada keesokan harinya. Anda boleh juga menempah di hotel, tapi disebabkan dah habis ditempah maka kami hanya menempah dengan agen yang bertauliah di luar sahaja. jadi sementara menunggu agen itu sampai, kami berjalan di kawasan sekitar dan mengambil foto dengan pemandangan yang sangat menakjubkan.


Cafe Lava View Hostel


Hotel Lava View


Pemandangan di luar Hotel

Untuk makluman, perjalanan ke Bromo perlu menaiki Jeep yang disediakan. Ada beberapa pakej tawaran dari agen dan yang paling lengkap ada 4 tempat yang akan kita pergi. Iaitu yang pertama Pertanjakan iaitu kawasan untuk melihat matahari terbit dilatari dengan pemandangan gunung Bromo kemudian menuju ke Bromo, seterusnya Savannah iaitu gunung Teletubbies dan akhir sekali ialah Pasir Berbisik. Jadi kami ambil pakej penuh ini dengan harga Rp600,000 bagi satu jeep. Lepas menempah kami semua ke lobi hotel sekejap untuk menikmati welcoming drink coffee yang disediakan sambil mengupdate status di Insta kerana di lobi hotel ada menyediakan kemudahan wifi. Lepas tu semua balik ke bilik untuk tidur awal sebab esok kami kena bangun seawal jam 3.30 pagi untuk bergerak ke kawasan pertanjakan.


Kawasan pintu masuk ke Taman Negara Bromo

Nasi Goreng Istimewa Lava View

Thursday 6 February 2014

ZOOM INDONESIA 2014:Surabaya (Day 2)

Okay, masuk hari ke-dua di Surabaya. Oleh kerana Tariq hanya akan sampai pada hari Sabtu, maka hari ini akan digunakan sebaiknya untuk menjelajah bandar Surabaya. Dalam list dah ada beberapa tempat yang perlu dilawati sambil mencari cenderamata untuk dibawa balik. Dan untungnya tidak mengambil pakej maka kami taklah tergopoh gapah untuk bangun awal pagi kerana selalunya kalau ambil pakej tour pastinya akan mula pada jam 8pagi. So, pada jam 9pagi kami dah bersiap-siap untuk memulakan tour ke House of Saemporna yang terletak berdekatan dengan Hotel. Sarapan pagi hanya sekeping roti dan air susu kotak yang dibeli di kedai 24 jam yang berdekatan sebelum meneruskan perjalanan ke HOS. Jarak antara hotel ke HOS lebih kurang dalam 1km. Biasalah masa pergi rasa jauh jugak sebab tak tau sangat jalan kan. HOS ni sebenarnya satu muzium yang dibuat untuk menceritakan sejarah rokok Saemporna yang berasal dari negeri Surabaya ini. Rupa-rupanya baru tau bahawa pemilik rokok ini adalah berasal dari Fujian China. Muzium taklah besar sangat cuma ianya kemas, bersih dan cantik. Bangunan muzium ini juga merupakan bangunan asal kilang rokok Saemporna dan sehingga kini ianya masih dijadikan sebagai kilang tersebut. Malang sekali kami sebab tak dapat nak lihat suasana mereka bekerja kerana cuti Imlek (Tahun Baru Cina). Kami tak lama di sini, lebih kurang dalam 1 jam sahaja. Namun sebelum nak ke destinasi seterusnya aku dah mula rasa tak sedap badan, seram sejuk dan rasa badan memang sangat panas. Demam! First time travel aku demam. Namun itulah cubaan, apa yang kita rancangkan tak semestinya dapat dilaksana. So, kami ambil keputusan untuk lunch di KFC terlebih dahulu sebelum balik ke hotel dan rehat. Kami berjalan semula ke Pusat Grosir Jembatan Merah untuk menikmati lunch dengan makan KFC. Aku memilih Kombo Yakiniku iaitu nasi dan ayam yang dimasak dengan saus bijan. Waktu ni memang dah tak larat sangat-sangat tapi gagah jugak nak makan takut takda tenaga. Then, balik hotel dan lepas ambil panadol terus aku tidur. Rasa sangat-sangat rugi sebab yalah tak dapat nak habiskan semua tempat menarik di Surabaya ni seperti yang dibuat dalam itinerary.

Then, dalam jam 3petang, rasa dah baik sikit kami buat keputusan untuk ke Tunjungan Plaza mencari ubat dan juga CD sebab yang paling aku suka kalau datang ke Indonesia adalah disebabkan CDnya yang original adalah murah. So, dengan keadaan yang masih mamai kami ambil keputusan untuk jalan kaki ke Tunjungan Plaza ikut map yang ada. Memanglah dengan rasa demam nak jalan kaki lagi rasa jauh yang amat sangat, tapi nasiblah cuaca baik tak panas sangat. Dalam perjalanan tu, kami sempat singgah di Tugu Pahlawan yang menempatkan tugu untuk memperingati pejuang-pejuang Surabaya menentang Belanda suatu ketika dahulu. Pada mulanya tempat ini sebenarnya dah ditutup untuk orang awam, tapi nasib baik dengan ihsan penjaga mereka buka juga sebab ada sekumpulan pelancong Indonesia dari luar kota ingin masuk ke dalam. So kami tumpang lah sekali. Just ambil gambar dan teruskan perjalanan ke Tunjungan Plaza. Kami sempat juga mengambil gambar di depan Hotel Majapahit, sebuah bangunan bersejarah di Surabaya ini. Akhirnya, setelah berjalan hampir 6km kami sampai juga di Tunjungan Plaza. Untuk pengetahuan Plaza ini adalah plaza terbesar di Surabaya dengan Sogo sebagai main outlet yang ada. Memang tersangatlah besarnya sampai dibahagikan kepada beberapa seksyen. Ada seksyen yang menjual barangan feshen berjenama seperti Zara, Gap dan sebagainya. Dan seksyen Sogo dan Matahari dan juga barangan fesyen dari Indonesia. Kami terus mencari tujuan iaitu membeli CD, tapi hampa sebab tak banyak sangat CD yang dijual. Aku hanya sempat grab DVD Habibi dan Ainun je dengan harga Rp59,000. Kemudian terus mencari dinner. Kami makan di Ayam Penyet Ria nak merasa keenakan ayam penyet asli di Surabaya. Sebenarnya Ayam Penyet Ria ni pun ada kat Malaysia. Okay, saat ni aku dah rasa balik panas dan memang menggigil masa tunggu makanan. Ntahlah aku kalau demam masa maghrib memang menjadi-jadi demamnya. Dengan servis yang agak lambat, memang azab sikitlah. Tapi lepas makan dan makan panadol alhamdulillah rasa okay sikit dan pada mulanya macam nak balik terus sambung jalan dan nak beli sedikit ubatan di Guardian di aras bawah sekali dan juga makanan seperti biskut dan air mineral di pasar raya Hero di aras bawah juga. Kemudian berjalan lagi dan berhenti di pentas utama untuk saksikan persembahan kebudayaan Surabaya sempena Imlek. Orang memang agak ramai mungkin sebab hari libur kan. Kemudian lepas selesai semua, kami terus rasa nak balik ke hotel tapi takdalah nak jalan kaki lagi sebab jauh dan gelap. Kami putuskan untuk cari teksi berhadapan lobi (sebelah KFC). Dari Tunjungan Plaza ke Hotel dia kata Rp30,000 so kami terus setuju but bila dia bukak meter sampai hotel dalam Rp24,000 je sebenarnya. Malas nak argue sebab dah malam tapi kalau korang nak naik teksi better ambil Blue Bird sebab bagus dan ikut meter.

So, itu saja untuk hari kedua aku sambung lagi untuk next day lepas ni. Enjoy gambar-gambar kat bawah...

House of Saemporna (HOS)

House of Saemporna (HOS)

Tugu Pahlawan

Tugu Pahlawan

Hotel Majapahit

Tunjungan Plaza

Tunjungan Plaza

Wednesday 5 February 2014

ZOOM INDONESIA 2014: Surabaya (Day 1)

Sebagai kickstart 2014, aku memilih Surabaya, Indonesia sebagai destinasi pelancongan yang seterusnya. Sebenarnya perancangan bercuti ke Surabaya ini adalah pada saat-saat akhir. Itupun setelah dipujuk oleh Mr. Tariq yang beria-ia mengajak aku ke Bromo. So, dengan persiapan ala kadar segera aku membeli tiket Air Asia yang boleh dirasakan murah ke Surabaya pada 30 Januari 2014 (Khamis) dan baliknya aku membeli tiket Tiger Mandala pada 3 Februari 2014 (Isnin) kerana ingin mengikut Tariq. Namun last-last dapat email yang kata flight balik dianjak ke tarikh esoknya.Terpaksalah aku cancel, mintak refund dan beli tiket yang baru dari AirAsia. So, perjalanan ke Surabaya mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Aku bertolak dari LCCT pada jam 9.15 malam (delay 30 minit) dan sampai je di Surabaya pada jam 10.30 malam (waktu Surabaya awal sejam berbanding Kuala Lumpur). Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama aku ke Indonesia tanpa menggunakan apa-apa pakej. Kalau sebelum ni ke Jakarta, Bandung, Bali, Medan, Jogja semuanya menggunakan pakej tapi disebabkan Tariq ada kawan nanti yang akan membantu jadi kami ikut saja perancangannya. Sampai di Juanda Airport, aku dapati airportnya taklah besar sangat dan taklah kecil sangat berbanding airport di Jogja. Pengurusan Imigresen pun tidak mengambil masa yang lama. Keluar sahaja, seperti biasa ramai pengusaha teksi dah menunggu untuk mendapatkan penumpang. Aku just ignore mereka dan segera mencari teksi syarikat BlueBird. Sebelum ini aku dah buat sedikit research kalau dari Airport ke Hotel Ibis di Jembatan Merah harganya adalah lebih kurang Rp120,000. Alangkah hampa sebab teksi di Blue Bird dah habis. So, terpaksalah melilau sekejap di kawasan teksi yang ramai dan segera aku ambil teksi Koperasi Airport dengan harga Rp125,000. Sebab ianya pun dalam range harga aku ambil juga dan terus dibawa ke Hotel Ibis, Rajawali. Untuk ke Hotel ini boleh melalui jalan biasa dan jalan bertol dan kalau lalu jalan tol, penumpang kenalah bayar harga Tol tersebut. Untuk perjalanan ini harga tol ialah Rp11,000. Perjalanan ambil masa selama 40 minit dan sampai saja di Hotel Ibis, terus check in dan masuk bilik. Aku kini selesa untuk menginap di Hotel Ibis kerana bukan sahaja sebab aku ahli Accor Hotel tetapi juga dengan harga diskaun yang ditawarkan. Untuk pengetahuan aku dapat harga satu bilik ialah RM80 (diskaun 40%). Lokasi hotel ini berhadapan dengan Pusat Grosir Jembatan Merah dan berhampiran dengan attraction di Surabaya iaitu House of Saemporna, Masjid Sunan Ampel dan lain-lain. So, ini sahaja untuk hari pertama, aku akan sambung balik untuk hari esoknya.

selamat datang ke Juanda Airport

teksi Koperasi Airport

Lobi Hotel Ibis

Reception

Bilik Hotel

Lokasi Hotel