Sebagai kickstart 2014, aku memilih Surabaya, Indonesia sebagai destinasi pelancongan yang seterusnya. Sebenarnya perancangan bercuti ke Surabaya ini adalah pada saat-saat akhir. Itupun setelah dipujuk oleh Mr. Tariq yang beria-ia mengajak aku ke Bromo. So, dengan persiapan ala kadar segera aku membeli tiket Air Asia yang boleh dirasakan murah ke Surabaya pada 30 Januari 2014 (Khamis) dan baliknya aku membeli tiket Tiger Mandala pada 3 Februari 2014 (Isnin) kerana ingin mengikut Tariq. Namun last-last dapat email yang kata flight balik dianjak ke tarikh esoknya.Terpaksalah aku cancel, mintak refund dan beli tiket yang baru dari AirAsia. So, perjalanan ke Surabaya mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Aku bertolak dari LCCT pada jam 9.15 malam (delay 30 minit) dan sampai je di Surabaya pada jam 10.30 malam (waktu Surabaya awal sejam berbanding Kuala Lumpur). Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama aku ke Indonesia tanpa menggunakan apa-apa pakej. Kalau sebelum ni ke Jakarta, Bandung, Bali, Medan, Jogja semuanya menggunakan pakej tapi disebabkan Tariq ada kawan nanti yang akan membantu jadi kami ikut saja perancangannya. Sampai di Juanda Airport, aku dapati airportnya taklah besar sangat dan taklah kecil sangat berbanding airport di Jogja. Pengurusan Imigresen pun tidak mengambil masa yang lama. Keluar sahaja, seperti biasa ramai pengusaha teksi dah menunggu untuk mendapatkan penumpang. Aku just ignore mereka dan segera mencari teksi syarikat BlueBird. Sebelum ini aku dah buat sedikit research kalau dari Airport ke Hotel Ibis di Jembatan Merah harganya adalah lebih kurang Rp120,000. Alangkah hampa sebab teksi di Blue Bird dah habis. So, terpaksalah melilau sekejap di kawasan teksi yang ramai dan segera aku ambil teksi Koperasi Airport dengan harga Rp125,000. Sebab ianya pun dalam range harga aku ambil juga dan terus dibawa ke Hotel Ibis, Rajawali. Untuk ke Hotel ini boleh melalui jalan biasa dan jalan bertol dan kalau lalu jalan tol, penumpang kenalah bayar harga Tol tersebut. Untuk perjalanan ini harga tol ialah Rp11,000. Perjalanan ambil masa selama 40 minit dan sampai saja di Hotel Ibis, terus check in dan masuk bilik. Aku kini selesa untuk menginap di Hotel Ibis kerana bukan sahaja sebab aku ahli Accor Hotel tetapi juga dengan harga diskaun yang ditawarkan. Untuk pengetahuan aku dapat harga satu bilik ialah RM80 (diskaun 40%). Lokasi hotel ini berhadapan dengan Pusat Grosir Jembatan Merah dan berhampiran dengan attraction di Surabaya iaitu House of Saemporna, Masjid Sunan Ampel dan lain-lain. So, ini sahaja untuk hari pertama, aku akan sambung balik untuk hari esoknya.
selamat datang ke Juanda Airport
teksi Koperasi Airport
Lobi Hotel Ibis
Reception
Bilik Hotel
Lokasi Hotel
No comments:
Post a Comment