Sunday, 9 February 2014

ZOOM INDONESIA 2014: Surabaya (Day 3)

Okay, sampai kita ke hari ketiga di Surabaya. Alhamdulillah, bangun pagi rasa sihat sikit, badan pun dah sejuk so boleh mulakan hari dengan cergas. Hari ni kami akan tunggu Tariq dan kemudian ke Bromo. Pada asalnya tunggu di hotel tapi sebab jarak ke stesen bas lebih hampir dengan airport jadi kami akan gerak ke stesen bas untuk berjumpa Tariq di situ. Then masa check out tinggalkan beg di hotel sebab lepas ke Bromo akan check in balik hotel lagipun agak susah sikit sebab nak bawak beg troli dengan bas kan. Kami ambil teksi ke Stesen Bas Burungasih (Purabaya) dengan bayaran sebanyak Rp86,000. Untuk makluman kalau kita naik teksi melalui lebuhraya maka tiket tol akan dibayar penumpang ya dan juga tiket parking masuk ke stesen bas. Tol harga dalam Rp3,000 dan tiket parking Rp2,000. First time sampai di stesen bas Indonesia ni memang agak mencabar minda jugak. Dengan keadaan yang sedikit panas, dan ramai orang kemudian semua agen berkejare-kejar mencari pelanggan maka suasana sedikit hingar bingar. Kami mulakan pencarian Tariq sebab handphone masing-masing tak buat roaming jadi agak sukar sikit nak tau kat mana Tariq dan bila dia sampai. Lastly, kami ambil keputusan untuk tunggu di hadapan tempat berhenti bas dari Juanda Airport dan dalam masa sama bergilir mencari Tariq. Then, aku sempat ke kaunter pertanyaan sebab kat situ ada wi-fi free (bagus jugak Indon ni)...dan alhamdulillah akhirnya Tariq sampai jugak.


tempat berhenti bas dari Juanda Airport

Lepas Tariq sampai, pergi beli makanan (ada RotiBoy di setesen bas ni) bangga jap! Then, kami terus berkejar mendapatkan bas ke Probolinggo. Untuk makluman Bas dari Surabaya ke Probolinggo ni ada dua jenis. Satu bas Patas, iaitu bas ni adalah bas yang terus ke stesen bas Bayuanga di Probolinggo dan satu lagi bas sama jugak tapi berhenti-henti untuk ambil penumpang. Harga tiket pun tak jauh beza, iaitu bas Patas Rp27,000 dan bas berhenti ni Rp16,000. So, better ambil bas yang Patas sebab jimatkan masa kerana perjalanan ke Probolinggo kalau terus ambil masa 2 jam. Bayangkan kalau berhenti-henti. Bas sangat okay, aircon berfungsi dengan baik dan tak crowded sangat cuma uniknya naik bas di Indonesia ni meriah dengan penjual makanan, buku, pengamen di atas bas. Sepanjang perjalanan tu pun tiba-tiba akan ada orang naik untuk menjual. Betapa gigihnya mereka ni mencari rezeki. Bas hanya berhenti sebentar di stesen minyak untuk penumpang ke toilet dan membeli makanan. Tapi perjalanan sangat okay dilatari dengan pemandangan Surabaya dan jalan pun takdalah teruk sangat.


harga tiket bas


pemandangan dalam bas

Kami sampai di Stesen Bas Bayuanga pada jam 1 petang. Keadaan stesen bas di sini memang agak menyedihkan sikit dengan kotor dan panas, tapi that is the beauty kalau kita travel backpackers ni. Sambil tu kami tunggu kawan Tariq yang akan membawa kami ke atas iaitu Bromo. Then, lepas kawan dia sampai kami terus berjalan ke luar stesen bas untuk mendapatkan angkutan (van) untuk ke Bromo. Untuk makluman setiap angkutan ni akan mengambil penumpang sebanyak 15 orang satu angkutan so, kalau kita datang 4 orang maka terpaksalah tunggu sampai cukup 15 baru naik ke atas. So, kerana tak sanggup nak menunggu lagipun cuaca pun hujan maka kami putuskan untuk chartered angkutan tu dengan 4 orang sahaja dengan harga Rp450,000 bagi satu angkutan.


stesen bas Bayuanga


angkutan untuk ke Bromo

Perjalanan dari stesen bas Bayuanga ke Bromo mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 30 minit. Dengan keadaan angkutan yang agak usang dan jalan berbukit yang berbelok-belok maka agak pening juga sepanjang perjalanan. Rupa-rupanya hotel yang kami tempah pada mulanya iaitu Bromo Cottage terletak jauh dari tempat yang kami nak tuju ni sebab kalau kita nak ke Bromo ada beberapa jalan iaitu dari Probolinggo dan juga dari Malang. Bromo Cottage tu terletaknya di Malang. Nasib baiklah hanya tempah dari emel dan tidak bayar apa-apa. So, kami teruskan perjalanan hingga ke Lava View Cottage daln alhamdulillah sebab mungkin bukan Peak Season maka ada juga bilik yang tersedia. Untuk satu bilik harganya adalah Rp900,000, lebih murah dari Bromo Cottage. Dan untuk makluman juga kita juga perlu membayar yuran masuk ke Taman Negara Bromo ini dengan harga Rp75,000. Suasana di Lava View ini sangat damai dan nyaman dan paling best sekali adalah hotel ini terletak betul-betul mengadap pemandangan Gunung Batok dan Bromo. Bangun pagi itulah yang kita akan nampak dulu. Cuaca sangat berkabus dan sejuk. Lepas check in, kami berehat kejap sebab masing-masing keletihan tapi sebab cuaca sejuk perut pun rasa lapar. So, lepas solat dan berehat seketika kami keluar untuk mencari makan dengan berjalan keluar hingga ke Cafe Lava View Hostel yang terletak berhampiran pintu masuk. Di sini tak banyak restoran yang ada kerana menurut rakan Tariq, tidak dibenarkan sebarang pembangunan hotel lima bintang di sekitar kawasan ini dan juga tiada pelabur luar yang boleh masuk untuk menjaga eksklusiviti dan keadaan semulajadi Bromo ini. Makanan di Cafe ni agak sedap dan harga pun berpatutan. Lepas makan kami langsung ke tempat untuk menempah jeep bagi membawa kami ke Bromo pada keesokan harinya. Anda boleh juga menempah di hotel, tapi disebabkan dah habis ditempah maka kami hanya menempah dengan agen yang bertauliah di luar sahaja. jadi sementara menunggu agen itu sampai, kami berjalan di kawasan sekitar dan mengambil foto dengan pemandangan yang sangat menakjubkan.


Cafe Lava View Hostel


Hotel Lava View


Pemandangan di luar Hotel

Untuk makluman, perjalanan ke Bromo perlu menaiki Jeep yang disediakan. Ada beberapa pakej tawaran dari agen dan yang paling lengkap ada 4 tempat yang akan kita pergi. Iaitu yang pertama Pertanjakan iaitu kawasan untuk melihat matahari terbit dilatari dengan pemandangan gunung Bromo kemudian menuju ke Bromo, seterusnya Savannah iaitu gunung Teletubbies dan akhir sekali ialah Pasir Berbisik. Jadi kami ambil pakej penuh ini dengan harga Rp600,000 bagi satu jeep. Lepas menempah kami semua ke lobi hotel sekejap untuk menikmati welcoming drink coffee yang disediakan sambil mengupdate status di Insta kerana di lobi hotel ada menyediakan kemudahan wifi. Lepas tu semua balik ke bilik untuk tidur awal sebab esok kami kena bangun seawal jam 3.30 pagi untuk bergerak ke kawasan pertanjakan.


Kawasan pintu masuk ke Taman Negara Bromo

Nasi Goreng Istimewa Lava View

No comments:

Post a Comment