Sunday 27 March 2011

Menikmati Hujung Minggu di Labuan Part 2

Hujung minggu hari Ahad 27 Mac 2011 aku mulakan dengan pergi ke Majlis Perkahwinan Anak Cikgu Raiki (Guru Besar SK Pekan Satu) dan Cikgu Rahman di Dewan Perbadanan Labuan. Kalau kat Sabah, Labuan dan Sarawak ni majlis perkahwinan mula seawal 9.00 pagi dan akan habis jam 1.00 petang, bukan macam Semenanjung yang habis jam 5.00 petang. So jam 10.30 aku dan Samsuddin terus ke Dewan PL. Dengan tak sarapan pagi memang rasa lapar terus ambil makanan nasi minyak dan lauk cam biasalah. Suasana wedding kat Labuan ni memang beza sebab tak sediakan meja just kerusi panjang dan meja pun sedikit je. Kalau kat semenanjung mesti dah kena komplen..heheh..duduk kat meja dengan Cikgu Ismail dan Cikgu Sahar. Tepat jam 11.00 pagi pengantin pun bersanding. Majlis ringkas je cuma diserikan dengan tarian dari Artis Budaya Labuan. Aku dengan Din tunggu kejap sementara nak tunggu cikgu Chris, Cikgu Sahnuddin dan cikgu Amin habis makan.. so lepas tu terus gerak ke Pusat Kokurikulum






Lepas wedding, kami semua dengan kereta baru cikgu Chris ke Pusat Kokurikulum untuk menghadiri Majlis Penutupan Kem Kecemerlangan Akademik PMR dan SPM 2011 yang dirasmikan oleh Pengarah. Sampai di Pusat Ko murid semua dah berkumpul, tak tunggu lama then Pengarah sampai. Aku ingatkan kem ni disertai oleh murid yang cemerlang dan nak groom kan jadi calon 10 A dan 8 A rupa-rupanya murid bermasalah...hehe patutpun sangat agak kurang ajar bila time Pengarah berucap...lepas tu time makan..hehe melantak lagi nasi minyak yang best...So tu je aktiviti hujung minggu...cuba untuk menikmati sisa hujung minggu yang ada di Labuan kerana satu hari pasti akan merinduinya...



Menikmati Hujung Minggu di Labuan

Hujung minggu di Labuan datang lagi dan kali ni entah kenapa rasa sayu...so aku cuba memanfaatkan sisa masa yang ada untuk menyertai apa saja aktiviti yang diadakan. So,aktiviti pertama pada 26 Mac 2011 (Sabtu) ialah menyaksikan Pertandingan Tarian Tradisional Piala Pengetua kali 4/2011 yang dianjurkan oleh SMK Pantai. Yang pasti, penganjuran Pertandingan ni sangat meriah dan sekalung tahniah diucapkan kepada Cikgu Abdullah atau lebih mesra dengan nama Cikgu Dol yang memang menumpahkan segala keringat untuk pertandingan ni. Aku sangat impress dengan semangat setiap pelajar dari semua tingkatan, dengan rentak tari, dengan costume yang pelbagai memang sangat teruja. Sekalung tahniah kepada kumpulan Citra Budaya (Form 3) kerana berjaya menjadi Johan pertandingan. Sekalung tahniah juga buat Pasukan Harapan 2012 iaitu pasukan favorit aku Tandak Tradisi (Form 1) yang sangat-sangat cute dan seimbang. Aku harap sangat kumpulan ni menang..hehehe tapi ada 5 tahun lagi dan aku rasa Cikgu Dol memang bertuah sebab dapat murid yang berbakat. Congrats Cikgu Dol!








Lepas je tengok pertandingan tarian, aku pun ke ofis untuk selesaikan kerja-kerja yang tertangguh..banyaknye surat yang nak diminit semua dua kotak lagi!So lepas jam 4 aku pun selesaikan pembayaran bil dengan masukkan duit melancong kat Bank Islam..heheh lepas tu plannya aku nak cari goreng pisang. Tiba-tiba rasa teringin nak makan, sambil cari tu aku pun pusing satu Labuan saja jalan melihat keindahan laut yang mungkin tak boleh tengok lagi lepas ni. Then aku singgah kat Medan Selera depan UMS-KAL rancangnya untuk tapau Maggi Goreng tapi sebab nampak tak ramai sangat aku pun duduklah makan kat situ ditambah dengan air batu kacang special yang memang best!So, nilah aktiviti hujung minggu di Labuan..bersambung....


Tuesday 22 March 2011

Review Filem 1/2011





18 Mac 2011 (Jumaat) berkesempatan ke Mid Valley untuk menonton Filem Melayu terheba abad ini..katanya..Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusry KRU dan terbitan KRU. Antara pelakonnya ialah Stephen Rahman (merong), Ummi Nazeera (Embok), Gavin Stevenhouse (prince Rome) dan bamyak lagilah. Katanya, kos penerbitan sampai 16 juta.Aku sebenarnya tak teruja sangat nak tengok filem ni tapi sebab katanya Filem Terhebat dan nak melihat sendiri CGI yang dihasilkan so kenalah tengok. Sinopsis cerita ni tentang of course lah Merong yang dikatakan sejarahnya di Kerajaan Langkasuka tapi dalam cerita ni takdalah dicerita asal usulnya, terus jump kepada pertemuan Merong dengan putera Rom yang nak ke semenanjung emas bagi perkahwinan dengan puteri Cina. Bagi aku, cerita ni boleh dibanggakan sebab lain dari yang lain dan kita datang ke cinema kena set this is Malaysian movie dan tak bolehlah banding dengan Troy kan. Cuma bagi aku, kelemahan cerita ni dari aspek lakonannya especially hero dan puteri cina. Hero memang nampak hero tapi stail lakonan sangat tak natural. Skrip pun sangat melankolipk..Sampai ada part tertidur pulak..terpaksa tengok kat astro first!huhu...so rating yang aku boleh bagi 3.5/5...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tanjung Purun,Labuan,Malaysia

Saturday 12 March 2011

ZOOM KOREA SELATAN 2011

Dah sebulan berlalu tapi aku nak cerita jugak pengalaman menarik percutian ke Korea Selatan yang menjadi pembuka tirai percutian tahun 2011. Ini juga merupakan percutian pertama aku dan Lee bersama Sentapz. So kami iaitu aku, Lee, Kam, Kak Maz, Hadi, Gme, Chaer, Kak Int, Panda, Myra dan Anaqah adalah peserta rombongan kali ni. Memang meriah sangat-sangat sebab ramai dan memang sangat looking forward percutian kali ni especially sebab kami pergi masa winter time..apalagi sangat mendambakan snow lah kan.So macam biasa akmu akan ceritakan mengikut hari yang kami pergi:-

15 Februari 2011 ( Selasa)








Kami bertolak menaiki Penerbangan Air Asia D7 2682 . Ini merupakan pengalaman pertama menaiki Airbus Air Asia, maklumlah tahun lepas bercuti naik MAS so agak rasa tak teruja sangat menaiki Air Asia ni..hehe tapi sebab pergi dalam jumlah ramai rasa seronok tu mengaburi perasaan tak teruja menaiki Air Asia.Flight kami tepat jam 1.00pm dan kami semua dapat seat belakang dan dekat so memang best. rasanya Air Asia ni takdalah bad sangat. Boleh tahanlah cuma makanan dia memanglah sangat 'kenyang' tapi yalah buat alas perut je kan. Kami tiba di airport incheon pada jam 9.00 malam camtu. Rasa excited memang tak terkata sebab nak rasa betapa sejuknya -2celcius itu..hehe. Seterusnya kami disambut oleh Uncle Bill yg menyanyikan lagu Negaraku dalam coaster. Sangat-sangat mengagumkan dan lebih kagum rupa-rupanya dia diajar oleh Mokhtar Dahari pada 1982. Cuaca sangat-sangat sejuk, sampai mula-mula keluar di airport tu jakun sekejap sebab bila bercakap keluar asap dari mulut..haha.. Sampai di hotel, kami refresh dan makan sekejap dengan stok bekalan yang dibawa seperti ketupat adabi dan maggi. Kemudiannya masing-masing excited untuk turun ke bawah dan menikmati cuaca sejuk waktu malam. Membiasakan diri kaedahnya..haha walaupun semua kedai dah tutup tapi itu bukan halangan..hehe..posing kejap depan hotel, singgah di 711 tapi tak beli apa, kemudian berjalan balik ke hotel dan berehat untuk meneruskan hari esok...


16 Februari 2011 (Rabu)








Pagi dimulakan dengan sarapan pagi di hotel, kami makan roti dan cornflakes je yelar sebab yang lain tu kan tak halal..janji boleh alas perut ni. Destinasi pertama kami ialah Naminara Republik. Sepanjang perjalanan daripada Incheon, kelihatan salji memutih dan pemandangan memang sangat cantik dan jakun ya sebab first time tengok salji..huhu. Kami ke Nami Island, iaitu tempat penggambaran drama Winter Sonata yang sangat terkenal di Malaysia ni. Aku memang tak mengikuti pun cerita dia tapi Nami Island ni memang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan. Sangat cantik dan yang paling penting Sentapz as always sampai je terus posing, siap buat aksi baling salji lagi..haha sangat seronok. Pemandangan Nami Island ni memang the best, dengan pokok-pokok yang takda daun, pergununngan salji. tak dapat digambarkan betapa cantiknya pulau ni. Hampir 2 jam setengah di Nami Island kami bergerak ke Elysian Ski Resort. Sepanjang perjalanan ke situ, kelihatan salji bersepah di merata tempat, rasa nak turun ambil gambar.Sampai di ski resort kami sempat bergambar , dan main snow sikit-sikit sebab sebenarnya kawasan tu untuk penghuni resort dan pemain ski. Kalau kita tak sewa ski tu memang tak boleh masuk tapi takpalah at least dapat tengok, main dan paling penting bergambar!hehe

Dari ski resort kami ke Chungcheon Myeongdong. Katanya kawasan ini pun tempat penggambaran Winter Sonata. Aktiviti yang dibuat di sini, kami round pasar dan shopping complex bawah tanah. Hadi sempat beli strawberi, Lee sempat beli nasi kat 711, aku sempat beli glove dan souvenir, kak maz sempat beliu roti kat Paris Baguette. Lama jugak kami kat sini, rasa puaslah tapi harga barang agak mahal juga so beli apa yang patut je. Dalam jam 5pm kami bergerak ke Gapyeong Sorak. Jalan menghala ke hotel ini, kelihatan landskap dengan snow yang ada. Nampak macam terpencil hotel ni tapi yang best dikelilingi salji..hehe..So lepas check in, kami semua terus ke bilik Hadi+Gme dan Chaer sebab diorang jadi host bagi bilik terbuka. Seharian kami tak makan terus melantak maggi, nasi, ketupat dan segala macam makanan yang ada.Seterusnya bila dah kenyang,kami semua turun ke bawah balik dengan niat bermain salji yang ada sikit di tepi hotel. Myra dan anaqah sibuk buat snowman, walaupun kecik tapi sesuailah dengan konsep Korea. Lepastu apalagi semua berposing tak ingat, sambil ada jurufoto buat fake snow. Then masa untuk tidur...

17 Februari 2011 (Khamis)







Hari ketiga di Korea dan pagi ni kami akan bergerak ke Seoul. Namun, Tuhan memang Maha Mengetahui. Aku bukak je tingkap, nampak kawasan belakang hotel dipenuhi dengan salji dan ya, salji baru turun semalam. So, apalagi lepas brekfas sekejap di bilik, aku dan Lee pun turun untuk bermain dengan salji fresh!hehe. Sentapz pun memang semua dah ready kat bawah untuk posing. Memang fun dan syukur kepada Tuhan. After brekfes, before kami bertolak sekali lagi anugerah Tuhan salji turun renyai-renyai. memang tak tau nak kata apa, sebab impian tu dah tercapai.

Sampai di Seoul kelihatan salji takda sangat dah cuma cuacanya memang sangat berangion dan sejuk. Destinasi pertama ialah di area Presiden House dan sempat bergambar di situ. Kemudian kami ke The National Folk Museum Of Korea. Uncle Bill yang jadi tourist guide memang sangat membantu dengan bercerita dalam muzium sementelahan kami Sentapz tak habis-habis bergambar. Puas di muzium kami ke Kyongbok Palace. Sekali lagi, nice view dengan bangunan tradisional korea dan tasik beku dengan salji memang puas kami bergambar di sini. Seterusnya, kami bergerak pusing bandar ke sungai Cheongchean Stream.Dari sejarahnya, sungai ini katanya merupakan sungai paling tercemar di dunia tapi mereka dan refurbish balik sampailah jadi kawasan pelancongan dan tak berbau langsung bau busuknya. Lepas puas ambil gambar kami masuk semula dlm coaster dn terus ke Namsangol Hanok Village, satu poerkampungan tradisi Korea (lebih kurang macam Mini Malaysia lah).Sampai di sini, adalah deejay radio/wartawan sibuk menemuramah Uncle Bill, mengenai kedatangan pelancong Malaysia dan apalagi Sentapz yang memang artis sibuk bergambar masa interview tu. Kebetulan ada festival bulan penuh di Village no maka banyaklah aktiviti seperti menulis wish di kertas, bermain permainan tradisional bermain ala2 gelung dan jegi yang macam bulu ayam tu. Terus group kami menjadi perhatian. Kami seterusnya di bawa ke Han River Park untuk menaiki cruise. Sementara menunggu cruise, kami semua bergambar lagi di bawah jambatan yg masuk dalam video Boom Boom Fly To Seoul tu dan nampaklah bangunan 63 yg merupakan bangunan tertinggi di Korea.

Seterusnya setelah 1 jam menunggu, kami pun menaiki semua cruise tu dan memang sangat sejuk berada dalam kapal tu. Angin memang menusuk tapi tetap maintain duduk kat luar untuk menikmati pemandangan indah Seoul. Kami pun sempat buat aksi Poco-Poco sampai pelancong lain ambil gambar, memang sangat menarik.Lepas puas river cruise tu kami semua bergerak ke Dongdaemun. Satu yang aku perhatikan, di Korea ni memang sangat kota fesyen. Bayangkan kalau kedai jual topi tu semua jenis topi ada dan memang takda kat Malaysia ni. Lepas tu, puas kami pusing shopping complex Doota dan macam-macam pasaraya yg ada. Sempatlah jugak membeli souvenir untuk dicukupkan lagi.Kemudian kami terus kembali ke hotel di area Janganhapyeoung, hotel best dan tv memang besar gila..huhu..


18 Februari 2011 (Jumaat)








Pagi esoknya, kami dibawa ke Masjid di area Itaewon tapi untuk bergambar jelah. Di kawasan ni memang banyak makanan halal tapi banyak tak buka lagi. Seterusnya, kami berjalan di kawasan Itaewon ni, sempatlah singgah di Hard Rock Cafe yang dah tutup.Bangunan ada lagi tapi jadi butik lah pulak. Sempat juga singgah makan Mr kebab, dah lama tak makan daging kan. So harga satu kebab ayam adalah 5,000 won so sama dengan RM15 ya. Tapi okaylah,kebab dia besar dan yang penting kenyang. Takda apa yang menarik sangat kat sini, just ambil gambar je.Lepas tu, kami semua bergerak ke Muzium Perang. Konsep muzium ni open air, kapal perang, kereta kebal yang betul semua dipamerkan (bukan replika ye). Sentapz kalau dah sampai sini apalagi bukan nak menghayati sejarah tapi bergambar je kerjanya..hehe..Dari situ kami semua ke Miji Duty Free sebuah Kedai kosmetik yang harus dikunjungi. Aku sempat beli lotion peach yang sangat wangi ya. Aku tengok orang Korea ni memang obses dengan produk kecantikan dan semua model die lelaki ya. Seterusnya kami ke amethyst, sebuah kedai menjual produk barang kemas. Yang penting setiap kedai ni ada pemenang kalau pembeli terbanyak dan kat kedai ni dimenangi oleh kak intan dan produk kecantikan pula dimenangi oleh kak maz..haha..Berikutnya adalah kedai Ginseng. Kat sini, kami diberi penerangan mengenai ginseng dan sempatlah merasa minuman, gula-gula dan banyak barangan lain sebenarnya. Harga agak mahal dan berbaloilah sebab ginseng asli kan..Cabaran seterusnya kami ke School of Kimchi. Di sini, demo kimchi telah di tunjukkan dan seterusnya kami menjadi Chef dengan menyediakan kimchi masing-masing.Kimchi ni memang makanan tradisi korea dan sebenarnya ada beribu-ribu jenis kimchi tapi apa yang kami buat ialah basic kimchi iaitu sayur kobis yang dilapis dengan sambal. Memang seronok menjadi chef ni, heheh..lepas tu kami melantak kimchi tu dengan kimchi sotong macam makan tengahari padahal dia bagi sampel je..Seterusnya aktiviti diteruskan dengan upacara memakai Hangbok iaitu pakaian tradisional korea. memang excited dan apalagi kami semua bergambar tak ingat dah. Macam-macam posing keluar. Lepas puas di Kimchi school kami bergerak lagi ke kawasan shopping Nandaemun dan MyeongDong. Harga agak sama je, so kami sempat beli cawan, fridge magnet dan juga baju korea tu dengan harga yang murah. Sempat juga mengutip sampel produk kecantikan di setiap kedai yang kami masuk. Sampai jam 8pm kami semua bergerak semula ke hotel. Lepas mandi, jamuan perpisahan sempena malam terakhir di korea diadakan di bilik Gme, macam biasa makan tak ingat segala makanan yang ada cuba untuk dihabiskan. Aktiviti malam diteruskan dengan merayau sekitar hotel. Banyak kedai dah tutup, so kami just jalan-jalan je..


19 Disember 2011 (Sabtu)








Hari terakhir di Korea. Selepas bersiap, kami semua check out dan tinggalkan beg di hotel sebab pelannya nak ke Seoul Tower dan harini memang kena pergi sendiri sebab agen hanya urus untuk ke airport saja. Kami semua bergerak ke Chungmuro untuk ke Namsan Park di mana puncaknya ada N Seoul Tower. Lepas naik subway dan bas, kami semua tiba di bawah menara dan mendaki sikit untuk ke tower tersebut.
Seterusnya, kami mula dengan masuk ke muzium teddy bear. Muzium ni menceritakan zaman sejarah di Korea dengan menggunakan teddy bear. Sangat comel.Kemudiannya kami bergerak ke Observatory level N Seoul Tower tu dan dari situ, nampaklah kota raya Seoul yg besar itu dengan pemandangan yang cantik. Sempat juga bergambar di tempat padlock yang banyak tu (macam cerita Awan Dania).Kami seterusnya ke Korean House, sempat menyaksikan perkahwinan Orang Korea..bukan lakonan ye tapi betul-betul. Dari situ, kami ke Dongdaemun, menyaksikan area shopping ini buat kali terakhir. Dari situ, naik subway balik ke hotel. Sebelum bertolak ke Airport kami sempat makan di Paris Baguette. Sebelum sampai ke airport, uncle Bill sekali lagi bawa kami untuk last minutes shopping di area airport city,yang mana supermarket ni macam terpencil tempatnya. Tak beli apa-apa pun cuma sempat beli cherry coke yang tak penah jumpa..hehe. Seterusnya ke Incheon Airport dan urusan check in dibuat secara group.
Selamat tinggal kepada Uncle Bill atas layanan yang best walaupun banyak cakap..hehe..shopping complex kat airport ni tutup awal sangat, tak sempat nak menyinggah tapi sempatlah juga beli starbucks punya miniature cawan buat kenangan..flight kami bertolak balik jam 11.00pm dan sampai di Malaysia dengan selamatnya jam 6.00am.

So, trip kali ni memang agak berlainan sebab aku dan Lee pergi secara berkumpulan,tapi sangat seronok dengan Sentapz yang semuanya artis satu kepala. Yang penting pengalaman travel dalam waktu winter sangat menyeronokkan especially experience salji untuk pertama kali...so, tiga lagi trip menanti!

Wednesday 9 March 2011

Selamat Bersara Tuan Haji Ali Deros






Pada 4 Mac 2011 (Jumaat) jam 7.30 malam telah diadakan Majlis Meraikan Persaraan Tuan Haji Ali Bin Deros, mantan Pengetua SM Sains Labuan di Tiara Hotel. Ikutkan Tuan Haji Ali belumpun cecah umur 58 tahun tapi sebab beliau bersara pilihan jadi tarikh persaraan beliau ialah pada 28 Februari 2011. Majlis ni anjuran SPPK bersama-sama pegawai Jabatan, Guru Besar dan Pengetua. Makanan best dan karaoke juga best, lagu Maher Zain lagi.Petang tu sempat berkejaran lagi mencari cenderahati untuk beliau, maklumlah kat sini memang tak banyak pilihan. Apapun, selamat bersara diucapkan kepada Tuan Haji Ali, semoga terus berjaya dalam kehidupan beliau.

Hari Kraf Kebangsaan 2011











Pada 27 Februari 2011, aku dan Lee ke Hari Kraf Kebangsaan 2011 yang bermula pada 23 Februari 2011 hingga 7 Mac 2011, jam 10.00 pagi - 10.00 malam di Kompleks Kraf Jalan Conlay.Sampai je dari Labuan, terus ke Kompleks ni sebab plan sebenar nak cari souvenir untuk family angkat kat Jepun nanti. Sampai dalam jam 11.00 dah ramai orang so kami mula di booth yang menempatkan pelbagai kraf macam tembikar, gambar dan lain-lain. Ni first time pergi, so memang seronok rasa sebab banyak sangat barang yang dijual dan dipamerkan. Contohnya, macam baju batik yang banyak sangat kedai tapi design samalah cuma memang sangat berkenan dengan Noor Arfa jugak, then ada hiasan rumah macam kraf kayu. Then, ada demo membuat kain pua, songket yang pelbagai. Demo masakan dan banyak lagi. Memang acara yang patut dihadiri oleh masyarakat dan sangat sesuai dengan pelancong sebab memperkenalkan banyak barangan tempatan..