Monday 27 March 2006

Tips Hari Ini

-roti canai kat kedai mamak-

MAKAN SEBELUM TIDUR
Sikap mengambil makanan berat sebelum tidur sudah menjadi perkara biasa bagi lelaki bujang terutamanya mereka yang tinggal menyewa bersama-sama teman-teman. Makan lewat malam sebenarnya akan membuatkan kamu akan mengurangkan jangka masa tidur yang sempurna kerana makanan tidak hadam sepenuhnya. Ini akan menyebabkan kamu akan berasa letih keesokan paginya. Apa yang boleh kamu lakukan jika berasa lapar ialah mengambil makanan ringan sebagai pengalas perut.

sumber:
Remaja

Thursday 23 March 2006

Slip Gaji



Semalam buat pertama kalinya aku dapat slip gaji. Maknanya, lepas nie gaji aku terus masuk dalam bank..tak payahlah susah payah tunaikan check....

Tuesday 21 March 2006

Nicol Kalah Lagi!!

-Jangan Bersedih Lagi Nicol-

Nicol kalah lagi!!Agaknya inilah berita paling hangat dalam dunia sukan hari ini. Harapan Malaysia untuk meraih sebutir pingat emas Sukan Komanwel daripada Juara Dunia ini,tidak kesampaian. Nicol tewas kepada Natalie Grinham dalam peringkat separuh akhir. Kekecewaan ini berterusan kerana Nicol kalah pula kepada pemain rangking 14 Shelley Kitchen dariAustralia 9-5, 6-9,5-9, 2-9 yang tidah pernah menang dengan Nicol selama ini. Adakah prestasi Nicol benar-benar telah merudum setelah hanya baru beberapa bulan bergelar Juara Dunia. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa aku merasakan Nicol masih berada pada tahap antara pemain terbaik dunia. Mungkin disebabkan tekanan media, masyarakat yang terlalu mengharapkan sesuatu darinya membuatkan rentak permainannnya berlangsung dalam keadaan yang tidak selesa. Jangan kita terlalu menyalahkan Nicol akibat kekalahannya, sepertimana kita salahkan pemain badminton negara, Roslin Hashim. Nicol masih muda (22 tahun) dan dia mempunyai masa untuk memperbaiki dan mengekalkan prestasinya kerana dia seperti apa yang Pak Lah kata Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!!

Monday 20 March 2006

New Televisyen

-my new toshiba-

Ha..sekarang baru aku boleh tunjukkan pada korang semua my new television, jenama Toshiba, harga RM1199, saiz 29', beli kat Sen Heng Alamanda..apalagi erm tu jerlah, dah kejer nier kena kumpul harta sikit2. At least aku bleh nampak kemana duit aku dibelanjakan, daripada benda-benda yang tak berfaedah..tapi kena sacrifice sikitler, contohnya haa aku dah lama tak tengok wayang, beli cd, haa tu yang terus dapat tv nie.....

Futsal@959


-azfar dan kameranya-

-kat restoran seksyen 17-

Tanggal hari Sabtu,18 March 2006 telah diadakan satu Futsal@959 di Sport Planet Seksyen 16 Shah Alam. Aku bertolak dari rumah jam 9.15pm bersama-sama Nazren. Time nak g Shah Alam memang ok cuma adaler tersesat sket..tapi finaly dapat arrive jugak kat Shah Alam jam 10pm. Kira oklah sebab majlis pun start pukul 10pm but then kiteorg tersesat kat seksyen 15 tu nak cari Sport Planet sampai 1 jam. Bayangkan memula call Azfar dier cakap kat seksyen 19.haa apalgi mencariler kat seksyen 19 but then tak jumpa. Pastu call Azham and dier cakap kat seksyen 16, nak mencari seksyen 16 pun punyalah susah. Si Nazren pun konfiden dier penah pergi sana last-last tak jumpa. Then call Azfar suruh dia tunggu kat Shell seksyen 16 pastu barulah bertolak sama-sama. Finally we arrived jam 11.15pm. Aku memang dah fed up time tu tapi takperlah nasib baik sampai. Cam biasalah aku pergi just nak tengok orang main jer. adalah dalam lebih kurang 20 orang yang datang, azfar, boss, lid, lan, ijan, zafwad, yamin,ayie, roy, bulat, nordin, miji, buruj, tupar, shapiq, azham, nazren, ali, sotong, dan tu jerlah yang aku ingat datang...diorg main sampai pukul 12am..then after that kiteorg berkumpul kat sebuah restoran kat seksyen 17 baru, makan2 kat situ..sampai sana jumpa si kodeng n bohjan..borak2 suma sampailah pukul 2am..anyway it was a good activities yelar memandangkan ramai yang dah duduk kat kl ni so bolehlah buat gath sesamer but tak taulah aku cam terkilan sket sebab ade beberapa yang cam tak 'mesra pelanggan', tak tauler sebab apa, masa first time jumpa senyum pun cam nak taknak..tapi yelar manusia ni rambut sama hitam hati lain-lain, aku pun tak kisah kalau dieorg taknak tegur ker aper ker aku pun lantaklah, tak mati nyer aku nier...haha anyway looking forward untuk aktiviti cam nier lagi....

Friday 17 March 2006

Semangat Baru

Hari ni aku start balik nak rancakkan blog aku nier...dulu macam semangat nak tulis tapi biasalah dah lama tinggalkan dunia penulisan jadi macam takder semangat nak tulis, lagipun aku dah ada blog kat friendster so blog ni tak update ler tapi aku try update kedua-duanya...wajah baru semangat baru.....

Welcome to Palace Of Justice



Hari ini genap seminggu aku berada di Palace Of Justice a.k.a Istana Keadilan. Akhirnya aku ditempatkan di Cawangan Perancangan & Pembangunan Mahkamah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM. Kerjer pun tak banyak lagi tapi dah kena arrange meeting tapi still lagik time main internet lebih banyak daripada buat kerja. Kat sini ok, aku ader blek walaupun berkongsi bersama-sama 2 orang lagik tapi oklah sebab kedua-dua teman sebilik nier memang baik. Sorang PTD senior name Sheena and sorang lagik pegawai Sistem Maklumat, Zul. Zul nie pun orang baru jugak so aku taklah rasa terpinggir sangat. Boss, kakitangan bawahan semuanya okay cuma aku masih lagik rasa nervous nak start kejer sebab tak tau lagik skop kerja camna I hope semuanya akan bertambah baik......

pERSONA nAN gRATA



Sinopsis:

Kisah cinta diantara seorang gadis yang berusaha untuk mengingati semalamnya dan seorang pemuda yang berusaha melupakan masa silamnya.
Hey dan Ben bertemu didalam suasana yang paling tidak romantik di Kotaraya Bangkok dan Hey langsung tidak dapat mengingati detik tersebut serta segala-gala tentang dirinya sebelum saat Ben kejutkannya.
Hey bangkit didalam sebuah hidup baru bertemankan Ben, lelaki yang paling tidak romantik yang hidupnya bergelumang denga seribu rahsia dan kemurungan.
Apabila Edward muncul di hadapan rumah Ben barulah Hey dapat melihat jalan yang dapat membantunya keluar daripada kegelapan yang menyelubunginya. Namun peluang yang muncul di hadapan Hey tiba-tiba disambut dengan kegelisahan oleh Ben.
Kegelisahan yang akhirnya memaksa Ben membongkar perasaanya terhadap Hey. Lalu berputiklah cinta diantara mereka. Ben membuat keputusan untuk memilih jalan hidup yang baru demi kerana perasaannya terhadap Hey. Malangnya ini mengundang petaka buatnya. Sedang Hey cuba membantu Hey, tiba-tiba dia mula mengingati beberapa insiden yang menemukan dia dan Ben. Insiden yang akhirnya mendesak Hey memisahkan dirinya dari Ben.
Edward muncul semula dan kali ini bersama A’em yang mengakui mengenali Hey. Dengan bantuan A’em, Hey akhirnya menemui kembali kehidupan lampaunya. Kehidupan lampau yang akhirnya menyedarkannya bahawa satu waktu dulu, dia pernah lari dari kehidupan tersebut. Penemuan yang memaksa dia lari sekali lagi ke Bangkok.

- Kenapa perlu tengok movie ni:-
1. Dah lama Erra Fazira tak jadik heroin (last rasanya masa Hingga Hujung Nyawa 2003)
2. Gandingan semula Hans n Erra setelah 8 tahun (last Gemilang)
3. Shoot buat kat Thailand
4. Jalan cerita yang berbeza -Erra tak solek sangat cam movie dier sebelum ni
-so apalagi nantikan tayangan Persona Non Grata on 9 Mac

Harga Minyak Naik Lagi!!

Kejutan untuk semua, tiba-tiba hari ni harga minyak naik!!Aku petik kenyataan Berita Harian:

'Berikutan pengumuman itu, harga baru seliter petrol RON 97, petrol RON 92 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing kepada RM1.92, RM1.88 dan RM1.58.1, berbanding harga pada 1 Februari iaitu RM1.62, RM1.58 dan RM1.28.1. Harga baru petrol di Sabah, masing-masing RM1.90, RM1.88 dan diesel RM1.58.4, manakala di Sarawak masing-masing kepada RM1.91, RM1.88 dan RM1.57.8'

Wow!!naik 30 sen terus..menyesal tak refill minyak semalam. Aku isi RM40 tadi rasa macam sikit jer...apapun kehidupan harus diteruskan..hahahah...takper memintak elaun COLA naik lagik tahun depan!!

tERKENANG sAAT lAMA


Pagi2 ni aku terbaca satu artikel kat Harian Metro :

SDAR dominasi MSSNS
Oleh Mohd Amin Jalil
SEKOLAH Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban kembali mengulangi kejayaan apabila muncul juara Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) 2006, selepas mengenepikan SM King George V (SMKG) Seremban, 47-0 di padang SMS Tuanku Jaafar Kuala Pilah, semalam.Tempat ketiga menjadi milik SMK Tuanku Muhamad Kuala Pilah manakala juara bertahan SMK Zaaba Kuala Pilah hanya bertahan di suku akhir dalam kejohanan yang disertai 22 sekolah menengah seluruh negeri.Pengetua SDAR, Azam Md Atan, menyifatkan kejayaan itu hasil komitmen pemain dan jurulatih Bishuktri Mat Arop, yang berusaha gigih menyediakan pasukan mantap bagi menghadapi kejohanan berkenaan.Menurutnya, pihaknya berbangga dengan kejayaan itu selepas dua tahun SDAR kehilangan mahkota berkenaan dan kini berjaya merampas kembali tahta yang diidamkan semua pasukan.“Saya amat bangga pencapaian pemain sekolah ini dengan meletakkan kembali SDAR sebagai jaguh ragbi Negeri Sembilan menerusi kemenangan yang dicapai kali ini.“Kejayaan ini pasti dapat menyuntik semangat pemain untuk merealisasikan harapan SDAR mencatat kejayaan lebih cemerlang pada Kejohanan Ragbi Premier 2006 yang membabitkan penyertaan sekolah menengah berasrama penuh,” katanya selepas perlawanan berkenaan, semalam.Sementara itu, Bishukri berkata seramai 10 pemain ragbi dari SDAR dipilih mewakili MSSNS ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang pada 10-17 Mac ini.Dia yang juga jurulatih ragbi MSSNS, sudah bersedia membentuk pasukan mantap melalui gandingan pemain berbakat dalam misi meletakkan MSSNS terus gah di persada sukan ragbi kebangsaan.

- Tahniah kepada SDAR!!Tetiba terus flash back memori lama masa sekolah2 dulu, masa cheer rugby team sdar.dari form one smpailah form five tak lekang lagu cheer dari mulut kitaorang. tapi memang masa time aku team rugby sdar memang power. dari form five aku sampailah ker batch aku semuanya terror! yang paling aku ingat skali masa cheer SDAR vs MCKK kat padang SDAR..ishh menang 15-14 rasanya, memang happening giler!! lagi satu masa final premier kat Ipoh, SDAR vs KSAH ven sdar kalah masa tu tapi kenangan reramai gie Ipoh..ishhh..happening bangat, kalau dapat diputarkan masa..time tu takder nak fikir apa2 enjoy sangat!! anyway good luck kat SDAR for premier...

Sesi Data Cleaning n TV Baru

Untuk tiga hari berturut-turut nier, start 13/3/06 - 15/3/06 aku kena pergi sesi data cleaning kat Bangunan B8 JPM. Ha apa tu Sesi Data Cleaning?? Sebenarnya sesi tu untuk kita key in data memuktamadkan segala perbelanjaan about projek yang kita laksanakan sepanjang RMK8 sebab kan end of this month RMK9 dah nak mula so terpaksalah kemaskini semua data for almost 5 years tapi takpa aku kan boss!! Haha!! so aku pergi ngan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) aku, Ariff ngan dua kerani aku, Naja n Wati so dieorangler yang banyak tolong key in data semua sebab yelar aku kan baru, banyak maklumat semua aku tak tahu so dieorangler yang banyak menolong, aku datang pun nak belajar tengok camna proses dier semua, at least aku boleh tahu. Dan yang paling penting untuk 3 hari ni aku dapat makan free, dari sarapan, lunch sampai tea tapi sebab aku tak stay sampai petang so tak dapatler tea, haa jimat duit...yelar kalau nak ikutkan gaji pun akan kuar next week tapi memintakler dapat terus dalam bank, malas betul nak pergi bank deposit kan cek, lagi satu memintakler dapat claim pun awal, aku malas betul kalau terpaksa and asyik buat follow up ngan unit kewangan. Lebih-lebih lagi aku dah beli tv baru sekarang ni..haa semalam aku n zul PSM pergi alamanda..ntahlah memula ingatkan nak beli tv TOSHIBA 21' jer tapi fikir2 balik alang-alang aku beli jer 29'. harga RM1199..kira oklah..daripada duit tu abis ntah ke mana lebih baik aku beli benda yang aku boleh nampak.takper muda lagik...sempat lagik nak kumpul duit nak kahwin nier...hehehe...