Thursday 31 December 2009

Selamat Tahun Baru 2010!



Sedar tak sedar dah setahun berlalu dan Tahun Baru datang lagi..sedar tak sedar 10 tahun dah berlalu dalam dekad tahun 2000 ni, banyak benda suka dan duka berlaku yang kalau nak dicerita tak termuat dalam blog ni antaranya:-

i) dapat posting baru ke Labuan pada Mei 2009 (sangat asing bagi aku)
ii) first time ke oversea Indonesia pada Jun 2009 (excited sangat)
iii)dapat beli rumah di Kajang

Apa yang aku harap kedatangan tahun 2010 akan membawa semua kebaikan dalam hidup ini, kerjaya, jodoh dan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.SELAMAT TAHUN BARU 2010!!

ZOOM SINGAPURA 2009







25 - 27 Disember 2009 : aku dan Lee ke Singapura bagi merealisasikan hasrat 'memenuhkan' cop di pasport yang ada 32 muka surat lagi!hehehe so antara destinasi luar negara yang paling terdekat ialah Singapura. kami ke singapura dengan kereta sebab lagi mudah walaupun masing-masing tak tau jalan sebenarnya tapi bak kata Nadia AF7: Redah je..alhamdulillah tiada masalah sepanjang percutian. Kami stay di Hotel 81; Palace yang terletak di Jalan Geylang dengan harga RM236 selama 2 hari. Keadaan hotel okay,bersih cuma agak sempit jelah tapi overall okay, dekat ngan kedai mamak halal yang menjadi tempat kami sarapan selama 3 hari berturut2!Antara tempat yang kami pergi seperti The Merlion, Fullerton Hotel (Kawasan bandar), Kampung Glam, Arab Street, Sentosa Island, Underwater World, Botanic Garden dan yang paling best shoppinglah kat ION Orchard, The Paragon, Vivo City, Bugis Street, Hard Rock dan lain-lain. Sebenarnya banyak tempat yang x dapat pergi lagi..next time lah kan..tapi apa yang menarik kat singapura ni sistem MRT dia yang efisin dan integrated..aku pujilah cuma ramainya orang kat sana, especially shopping complex yang memang semuanya penuh!!Next trip..BALI!!

Wednesday 9 December 2009

Teater Natrah




5 Disember 2009 (Sabtu)

Berkesempatan menonton teater Natrah arahan Eirma Fatima di Istana Budaya. Aku memang minat cerita biografi camni, especially bila tengok senarai pelakon hebat apalagi...beli tiket 53inggit dapat seat tiga dari depan, ditambah dengan takda orkestra makanya memang jelas betullah...Kesimpulan yang aku dapat bagi melalui teater ni...

Part paling suka
i. Masa 3 watak natrah, Che Aminah ngan Adeline bermonolog berselang seli, kita tak boleh salahkan adeline untuk tuntut hak dia sebagai ibu, dalam masa yang sama kita jugak simpati dengan che aminah yang takut natrah akan kembali ke kristian

ii. babak di Mahkamah memang menaikkan semangat

iii. Watak harun yang sangat kiut!

Part biasa

i. masa mansor adabi dengan natrah tengah bercinta..agak meleret sikit

ii. Remy Ishak macam biasa ja..

iii. Macam tak sesuai maya bawak natrah walaupun lakonan ok..

So, kesimpulan akhir Natrah worth to watch dan REMARKABLE!so u guys have to go untuk tengok cita ni....