Friday 22 January 2010

JPWPL: Berjumpa Ahli Parlimen Labuan


-gambar courtesy of kssppklabuan.blogspot.com - Thanx Cikgu Labuan!:-)

Pada 18 Januari 2009, aku berpeluang ke perjumpaan bersama YB Parlimen Labuan Y.B. Kol (K) Datuk Hj Yussof Bin Hj Mahal di pejabatnya di patau-Patau. Pengarah, semua ketua sektor dan beberapa ketua unit ada. Perbincangan berlangsung selama lebih kurang 1 jam khusus membincangkan mengenai isu-isu terkini JPWP Labuan...yang paling penting, aku dapat peluang buat pembentangan pada hari tu dan alhamdulillah ok jek semua, walaupun dalam hati tuhan je yang tahu...semoga dengan perjumpaan ni, hasrat kami semua dalam memastikan JPWP Labuan menjadi sebuah jabatan yang cemerlang tercapai..aminn walaupun aku bukan orang Labuan, tapi dah 7 bulan berada di sini, semangat Labuan tu sikit demi sikit dah meresap...

Tuesday 12 January 2010

Happy 28th Birthday



11 Januari 2010 - Happy Birthday Le'an...28 tahun dah menempuh hidup, ada suka ada duka, ada jaya ada kecewa, ada pengalaman ada kenangan, ada benci ada cinta, ada kehidupan ada kematian, yang pasti hidup harus diteruskan, ditempuh dengan kesabaran, semoga dilimpahi kejayaan, terima kasih kawan-kawan atas ingatan...
birthday wish: PSP GO!!hahaha

Monday 11 January 2010

JPWP: Gotong Royong SKPP



Pada 9 Januari 2010 (Sabtu) SKPP telah menganjurkan aktiviti gotong royong Stor Jabatan di Bukit Kalam. Aktiviti ini memang dah lama dirancang namun sering tergendala. Seiring dengan teguran Y.Bhg Pengarah Pelajaran yang hanya memberikan markah 20% sahaja dengan keadaan stor maka inisiatif aktiviti ini telah diambil..Aktiviti bermula jam 9.00 pagi dan alhamdulillah ramai staf memberikan kerjasama dan bersemangat untuk membuat aktiviti ini walaupun ianya dirancang pada hari Sabtu. Beberapa kumpulan telah dibuat iaitu:-
1) stor utama
2) Bilik Fail Kewangan
3) Bilik Fail Perkhidmatan
4) Peralatan Meja dan Kerusi dari Sekolah
Aktiviti ini turut dibantu oleh Sektor Pengurusan Maklumat (Thanx en din and the team)dan alhamdulillah sehingga jam 3.00petang keadaan stor dan bilik fail dah berubah dan insyaallah diharap Y.Bhg Pengarah akan berpuas hati dengan keadaannya cuma masih ada lagi sisa-sisa yang masih perlu dibersihkan..THANX kepada semua dari SKPP!

Saturday 2 January 2010

ZOOM Malaysia: Taman Orkid Kuala Lumpur & Muzium Kesenian Islam

2 Jan 2010

Taman Orkid Kuala Lumpur





Aku dan Lee berkesempatan pada cuti hujung minggu ke Taman Orkid Kuala Lumpur. Taman ni bersebelahan dengan Taman Burung Kuala Lumpur dan terletak bersama-sama Taman Bunga Raya Kuala Lumpur. Tiket untuk masuk pada hujung minggu ialah RM1.00. Kawasan taman ni sebenarnya tak berapa luas sangat tapi penatlah jugak berjalan. Banyak spesies orkid yang ditanam dan suasananya memang indah. Intensi awal sebab Lee nak beli spesies orkid kat kedai di situ, end up beli dua pokok kat kama Nursery. Thanx to kakak yang jual tu yang memang ramah. website dia www.kamanursery.com.my kalau ada sesiapa yang berminat nak beli orkid.

Muzium Kesenian Islam



Kemudian kami ke Muzium Kesenian Islam yang terletak bersebelahan dengan Masjid Negara. Harga tiket masuk RM12.00. Muzium tak besar sangat macam muzium negara tapi banyak jugak bahan yang dipamerkan. Antaranya struktur masjid di dunia seperti masjidil haram, masjid madinah, masjid tengkera Melaka an lain-lain, artifak India, Cina dan Melayu dan banyak lagilah. Yang paling best ada pameran Route To Mecca yang menceritakan perjalanan sejarah perjalanan orang dulu-dulu ke Mekah. Apapun satu tempat menarik untuk dikunjungi.

Review Filem 1/2010

1 Jan 2010

Sherlock Holmes



Aku dan lee tengok cerita Sherlock Holmes lakonan Robert Downey Junior, Jude Law dengan Rachel McAdams.Basically movie berkisar tentang detektif name as Sherlock Holmes yang nak selesaikan kes black magic, nampak cerita biasa tapi seriously best!aku suka gila chemistry between robert as sherlock ngan jude as Dr. Watson, Full of action + comedy +twist dan sherlock memang briliiant + genius + psycho..hahah overall 5 star to this movie

2 Jan 2010

Cirque De Freak: The Vampire Assistant



Hari kedua tahun baru 2010 diisi dengan aktiviti menonton wayang. Filem kedua yang kami tengok Cirque De Freak: The Vampire Assistant di cineleisure damansara. Antara pelakon Josh Hutcherson (Zathura), Salma Hayek, hero dia cam tak berapa kenal sangat..tapi ringkasnya movie ni tentang good vs evil, hero ni ditukar jadi separa vampire kerana taruhan dia untuk selamatkan best friend dia dari mati dan jadi assistant kepada seorang lagi vampire name krepsley..overall cerita dia biasa ja sebab aku tengok trailer macam best tu yang aku pergi tengok...so 4 star untuk movie ni.