Monday 11 January 2010

JPWP: Gotong Royong SKPP



Pada 9 Januari 2010 (Sabtu) SKPP telah menganjurkan aktiviti gotong royong Stor Jabatan di Bukit Kalam. Aktiviti ini memang dah lama dirancang namun sering tergendala. Seiring dengan teguran Y.Bhg Pengarah Pelajaran yang hanya memberikan markah 20% sahaja dengan keadaan stor maka inisiatif aktiviti ini telah diambil..Aktiviti bermula jam 9.00 pagi dan alhamdulillah ramai staf memberikan kerjasama dan bersemangat untuk membuat aktiviti ini walaupun ianya dirancang pada hari Sabtu. Beberapa kumpulan telah dibuat iaitu:-
1) stor utama
2) Bilik Fail Kewangan
3) Bilik Fail Perkhidmatan
4) Peralatan Meja dan Kerusi dari Sekolah
Aktiviti ini turut dibantu oleh Sektor Pengurusan Maklumat (Thanx en din and the team)dan alhamdulillah sehingga jam 3.00petang keadaan stor dan bilik fail dah berubah dan insyaallah diharap Y.Bhg Pengarah akan berpuas hati dengan keadaannya cuma masih ada lagi sisa-sisa yang masih perlu dibersihkan..THANX kepada semua dari SKPP!

2 comments:

  1. wah...KS angkat kotak tue....

    ReplyDelete
  2. hmm...bagus gitu...boleh buat selalu bah..Tahniah anyway...stor dah kemas..berseni pastinya..:)

    ReplyDelete