Thursday 11 October 2012

Sehari di OBS

Sekarang ni, Sidang C DPA Bil.1/2012 sedang mengikuti Modul OBS di Lumut. Tidak seperti sebelum ini, modul kali ini telah diubahsuai dengan tidak memasukkan aktiviti water based dan lasak. So takdalah kayak, whaler dll.Digantikan dengan jungle trekking dan tele-match...memang kuranglah dari sudut cabarannya...

Wednesday 10 October 2012

Bertemu Semula....

lama tak mencoret....janggal..buat masa ini aku masih bergelar seorang KPP di UDPA.. dalam perjalanan ke Lumut membuat pemantauan Modul OBS bagi Kursus DPA...nantikan coretan seterusnya...

Thursday 3 May 2012

Dua Versi

Baru dapat buku Doktor Umum Memoir Tun Dr.Mahathir Mohamad. Beli secara online dari MPH.com siap dapat diskaun lagi. Harga RM 50.95. Actually dah ada dah versi English nya siap dapat sign Tun lagi!Just nak buat collection dan tak sabar nak khatamkan!

Tuesday 1 May 2012

Shopping Spree @JPO

30/4/2012- Last Monday sempat ke Johor Premium Outlet (JPO. Rancangnya untuk beli beg travel sebab dengarnya kat Fossil murah tapi macam biasalah kalau dah ke JPO ni memang menggamit mata. Semuanya nak beli, so end up aku terbeli beberapa item yang rasanya menarik sangat sebab harga + design. Jumpa jugak beg Coach yang aku rasa agak murah tapi tahankan lah dulu.
PDI - dua kemeja (RM24+RM39) + satu vest (RM59) + satu jeans (RM24)
AX - 2 sweater (RM376)
COTTON ON - 2 shirt (RM30) + 1 pants (RM30) So Jumlah dalam RM700++..tengoklah satu hari jek boleh abis camni kan....kita terapi dulu dengan ini

Tuesday 7 February 2012

Exam Statistik

esok ada exam untuk kursus QA dan examnya adalah exam statistik yang ditunggu-tunggu.cuti 3 hari ni memang pulun study dah lama tak rasa suasana macam ni. Apapun wish me luck, nak tidur dulu....

Sunday 29 January 2012

Kursus QA

wow...lamanya tak menjengah blog ni...azam baru nak penuhkan blog..tahun-tahun azam camtu.Anyway,sedikit update sedang Kursus QA di INTAN for my master..Insyaallah will update later..