Tuesday 27 January 2009

Koleksi Vokal


Aku memang minat menyanyi dari dulu lagi. Kalau nak ikutkan, sejak dari zaman tadika lagik aku dah masuk pertandingan menyanyi. Ingatlagi masa tu aku nyanyi lagu Adrian (lupa tajuk dia), pastu Untukmu Ibu (Exist), Bukan Aku Tak Cinta (Iklim)-No.4 okay, Suci Dalam Debu (Iklim)-No.4 jugak, Sangkar Emas (Endang S. Taurina) heheheh- peringkat SDAR, lepas keluar SDAR aku pun stop menyanyi, kurang berkeyakinan pulak. Tapi masa kat DPA aku saja test suara balik, nampak macam okay..heheh then last year aku pun masuk BHEUU Idol, pertandingan nyanyi inter-BHEUU lah. Nak dijadikan cerita menang pulak!!heheheh. so sajalah aku nak kongsi koleksi vokal aku yang tak seberapa ni....enjoy!!

Barbie Mariposa




Korang penah dengar tak barbie mariposa?Ala, barbie yang ada sayap macam rama-rama tu. Haritu, anak sedara aku, Elis telefon aku mintak dibelikan Baju Mariposa sempena harijadinya yang ke lima tahun. Jenuh jugak aku mencarinya kat Midvalley, Pergi Toys'R'Us, takda. Last-last pergi Teddy Tales dapatlah jugak kombinasi bajunya. So, korang tengoklah sendiri hasilnya..heheheh

Sunday 25 January 2009

CD-Part II


david archuleta


Lentera Timur-Siti Nurhaliza


Celine Dion

Haritu aku ada post tentang CD yang aku beli kan, tapi tak sempat nak review lagi. Bukan apa kalau nak review ni kena dengar banyak kali kan. akperlah aku post jek lah dulu picture CD yang aku beli ek. nanti ada masa aku review. Tapi one thing:-
1.David Archuleta- Sumer lagu best bleh jadi single!
2.Celine Dion- Aku memang minat sumer lagu dier pun!
3.Siti Nurhaliza (Lentera Timur)-Agak kurang aslinya tapi tetap best!

Saturday 24 January 2009

Rumah Limas







Semalam, aku, mak, kak na, kak wah and family, kak ha and famili ke Rumah Limas di Danga Bay untuk dinner ramai-ramai. Kepada yang tak tau Rumah Limas ni, rumah Limas ni macam replika rumah-rumah tradisional yang ada di Johor nilah. Konsep macam Mini Malaysia kat Melaka. Kalau dulu Rumah Limas ni just perhiasan jek tapi dah ditukar konsep jadi restoran/tempat makan. So kitaorang makan kat Rumah Pontian, keadaan agak sempitlah biasalah hujung-hujung minggu ni memang ramai orang. Di samping sambut birthday family bulan Januari, aktiviti ni dapatlah mengeratkan silaturahim. Hehehe!So banyak gak makanan yang diorder. Antaranya, kerang bakar, ikan siakap tiga rasa, ayam kunyit, lala (masak apa aku pun tak tau), sayur campur. Hmm..memang kenyang. pastu ditambah dengan kek secret recipe untuk birthday bulan Januari. Kak Ha (6th), Aku (11th), Mazlan (13th), Elis(13th), Kak Wah (16th), Yaya(17th), and Raid (18th). Aku tak sempat snap gambar makanan untuk dipromote.Just enjoy this pictures ye..

Imbau

Aku just balik dari city square tadi, dan lama rasanya aku tak jalan-jalan kat jb ni tapi sebab nak cari makan punya pasal aku pergi jugaklah.Datang ke city square ni buat aku imbau balik time dulu-dulu masa kat utm,tengok wayang sorang-sorang,tengok cite spiderman 2 kul 2 pagi ngan bebudak depikir, hmm...memang seronok gile!aku rindu zaman tu.So ended aku makan kat old town white coffee, makan nasi lemak,coffee ngan tuna sandwich.

Tuesday 13 January 2009

CD



Haritu aku memborong CD sebab lama sangat tak membeli belah CD ni..heheh aku tunjuk jeklah dulu CD apa yang aku beli nanti aku review album dier ek..

Happy Birthday To Me

11 Januari 2009- Happy 27th birthday untuk aku.Emm rasa dah tua bangat tapi syukurlah dipanjangkan umur dan alhamdulillah sentiasa dimurahkan rezeki. Thanx to everyone yang wish Happy Birthday untuk aku. Antaranya (mengikut susunan sapa wish dulu)heheh:-

lee
shima
naja
slimer
0196226651 (tak tau saper)
kak su
MAK
kak nor
ariff (happy birthday kat arip jugak)
budu
kiki
kak intan
faezah
kak na
kak ha
kamrul
azmal
nazren

dan kawan-kawan lain yang wish verbal, facebook, friendster dan lain-lain. Thanx sangat2. Kepada kak wah and anak sedara aku yang dua orang (yaya and ida) thanx sebab bagi hadiah yang comel. Aku harap tahun ni akan lebih berjaya buat aku dalam mengharungi hidup ni..Thanx U guys. Appreciate it!!

Thursday 1 January 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Sedar tak sedar, tahun baru menjelma lagi. Tahun 2009, tandanya..aku dah 27 tahun, dah 3 tahun alam servis, 3 tahun bapak takder, hmmm..kalau nak dihitung banyak perkara yang terjadi. Aku harap tahun 2009 menjanjikan suatu yang bahagia buat aku. Azam?hmmm..typical kalau aku cakap azam bekerja dengan cemerlang, because benda tu memang perlu pun, tak payah tunggu tahun baru cuma ada beberapa perkara yang aku nak buat untuk tahun ni:-



i) Bercuti di luar negara