Saturday, 24 January 2009
Rumah Limas
Semalam, aku, mak, kak na, kak wah and family, kak ha and famili ke Rumah Limas di Danga Bay untuk dinner ramai-ramai. Kepada yang tak tau Rumah Limas ni, rumah Limas ni macam replika rumah-rumah tradisional yang ada di Johor nilah. Konsep macam Mini Malaysia kat Melaka. Kalau dulu Rumah Limas ni just perhiasan jek tapi dah ditukar konsep jadi restoran/tempat makan. So kitaorang makan kat Rumah Pontian, keadaan agak sempitlah biasalah hujung-hujung minggu ni memang ramai orang. Di samping sambut birthday family bulan Januari, aktiviti ni dapatlah mengeratkan silaturahim. Hehehe!So banyak gak makanan yang diorder. Antaranya, kerang bakar, ikan siakap tiga rasa, ayam kunyit, lala (masak apa aku pun tak tau), sayur campur. Hmm..memang kenyang. pastu ditambah dengan kek secret recipe untuk birthday bulan Januari. Kak Ha (6th), Aku (11th), Mazlan (13th), Elis(13th), Kak Wah (16th), Yaya(17th), and Raid (18th). Aku tak sempat snap gambar makanan untuk dipromote.Just enjoy this pictures ye..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment