Thursday 26 January 2006

Selamat Tahun Baru Islam &Happy Chinese New Year

Yes!!!!Hari ni aku start cuti seminggu untuk cuti Tahun Baru Cina, Awal Muharam and hari Wilayah and aku amik cuti hari Jumaat 3/2 yelar alang-alang cuti ada 30 hari kenaler manfaatkan sepenuhnya..anyway rasa tak sabar nak balik nier.Aku balik pas kejer nie tumpang nani ngan Savvy barunya. Sebab dier nak balik Pontian so aku maybe berenti kat Tol Simpang Renggamler and then parents aku akan amik kat sana. Emm..just a thought kan, skarang nie cam musim Chinese New Year sampai kenkadang orang Islam sendiri yang sibuk nak sambut sampai lupa kita juga akan sambut Tahun Baru Islam. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun, semoga pada tahun baru ini kita semua akan dapat keberkatan....Jumpa lagi pas nier...

Tuesday 10 January 2006

Happy Birthday Le'an

Happy Birthday To You Le'an yang ke 24, Alhamdulillah aku masih mampu menghirup udara pemberian Allah sehingga kini, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya...thanks to Rozi, Kamrul, Pakdat, Kinah, Huda, Amran, Yanie,Ayuni, Budu, Nazren, Shahir,Sham, Pakdat, my sisters kak wah, kak ha and kak na and my mom for ur wishes...hanya Allah dapat membalas ingatan kalian to me and today jugak i got the new posting. Pukul 8.30 pagi dah menunggu kat ofis Encik Haris..and pukul 9.00 baru dapat jumpa dier and aarghhhh!!!! aku dapat JPM, jabatan yang aku taknak!! tapi nak wat camner..so this is the rest G8:

yati -reserach JPM

murali-kem ksihatan

bibi-mecd

shamini &inas-kem plancongan

mi-INTAN

kak azmah-JKR

aku-JPM

aku berlalu dari JPA dengan hati yang sedih,yelar dah sronok nak start kejer nier kat kkdn tapi disentaplak dgn tragedi nier..ishh..kiteorg gie alamanda dulu lunch kat situ b4 lapor iri kat jabatan baru...hope to see u guys again later...

Tuesday 3 January 2006

Impian dan Kesedihan 2006

Dah lama rasanya aku tak tulis blog nier..maklumlah perasaan malas nie asyik wujud dalam diri aku, now dah 4 hari dalam tahun 2006 berlalu..aku dah memulakan khidmat aku sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Putrajaya. Aku pun tak tau nak kata gembira yelar inilah impian aku selama ni yang aku dok gebang kat semua orang "aku nak sangat" kerja di Putrajaya tapi dalam masa yang sama aku rasa kosong, meybe sebab takder kejer lagik or what tapi tak taulah hati ni rasa sayu sangat. Sekarang ni aku selalu doa agar aku ditempatkan balik ke Johor Bahru..aminn..kalian yang baca blog nie tolonglah doakan skalik yek, tak tauler rasenye parents aku dah tua, kenkadang aku fikir macam-macam benda, aku nak sangat melihat hari-hari akhir dieorang and i don't want to regret anything lepas nie....aku dah cam nak sebak nier..anyway seven days to my 24th birthday...ader lagik resolutions aku yang belum tercapai lagik......