Friday 16 August 2013

Kek Batik-first attempt




Ini adalah hobi aku yang baru mencuba resipi-resipi mudah untuk dibuat sambil mengisi masa lapang. So, semalam setelah menggunakan teknik pakcik google, aku pun googlelah pasal resipi kek batik ni dan memang banyak sangat cara untk buatnya.Apalahi nampak
Macam senang terus ke kedai beli barang dan start buat.Actually hanya guna milo, biskut marie, serbuk koko,susu pekat, esen vanila. Masakkan bahan-bahan dan masuk dalam
Bekas dan sejukkan.Biar tunggu 4 jam dan makan.Alhamdulillah rasanya okay sampai tetamu malam tu tambahlah kek ni. Next nak cuba kalau letak cheese plak....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Padi Ria 17,Taman Tasek,Malaysia

Wednesday 14 August 2013

Selamat Hari Raya 2013

Selamat Hari Raya 2013 dan maaf zahir dan batin.Raya tahun di disambut dengan sederhana sahaja.Sejak arwah bapak takda pada tahun 2006 memang rasa nak raya tu dah kurang dah.Cuma semangat untuk tolong mak tu saja. Kali ni abang dari sungai petani juga beraya kat rumah so dapatlah ambil gambar 7 orang adik beradik yang jarang dapat diambil.Selamat Hari Raya sekali lagi.....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Padi Ria 18,Taman Tasek,Malaysia

Friday 1 February 2013

ZOOM FILIPINA 2013:Cebu (Day 1)

Seperti biasa, ayat mula aku adalah dah lamanya tak menulis di Prasasti Seni ni dan seperti biasa jugalah azam baru adalah untuk aktif semula menulis blog tapi kadang-kadang azam hanya tinggal azam...Untuk itu, aku mulakan tahun 2013 ini dengan catatan pengembaraan aku ke Filipina bermula 24 Januari -28 Januari 2013.Mengambil kira cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam, tiket bagi pengembaraan ini dah aku beli lebih kurang bulan April 2012 dengan harga RM256 pergi dan balik (exclude makan dan beg-RM100). Sebenarnya tak banyak masa aku buat research mengenai Filipina ni,hanya melalui pembacaan blog dan website yang bagi aku sangat berguna antaranya adalah Blog Kaki Berangan, Blog Anna dan Faizal dan of course Trip Advisor.

24 Januari 2013 (Khamis)
Penerbangan ke Clark pada jam 8.55malam di LCCT. Kali ni, tak seperti biasa nya aku selalu park di LCCT aku menggunakan ERL dan shuttle bus ke LCCT. Harga sangat berpatutan iaitu RM5.50 dan aku park di ERL Putrajaya. Bertolak jam 6ptg dari ERL aku sampai di LCCT lebih kurang jam 7ptg. Tak perlu terkejar-kejar kerana hanya perlu check in luggage sahaja kerana kalau sekarang ni kalau tak check in web perlu bayar RM10. Penerbangan ke Clark mengambil masa selama hampir 3 jam 30 minit. Alhamdulillah perjalanan lancar dan sampai di Clark awal 20 minit dalam jam 12.30pagi. Sampai je, perlu beratur untuk pemeriksaan imigresen yang memakan masa selama 1 jam 30 minit ya....memang pengalaman paling worst setakat ni lah. Last-last pukul 2pagi baru selesai semuanya, nak keluar pun kena check lagi dan jam 2.30 pagi baru dapat naik teksi ke Tune Hotel. Harga teksi ke Tune 500 pesos walaupun jarak sekangkang kera je tapi nak buat camna. Sampai je Tune terus refresh dan tido sebab esok flight pagi ke Cebu.

25 Januari 2013 (Jumaat)
Bangun jam 4.00 pagi nak bersiap ke airport semula. Terus naik teksi ke airport dengan harga 350pesos tapi sebab duit yang ada duit besar bile aku bgi 1000pesos dia pulang 600pesos je. Memang kena bersedia lah kalau ke Filipina ni. Tips,overcharged.So penerbangan aku ke Cebu jam 7.05pagi menaiki penerbangan AirPhil Express share code dengan Phillipines Airlines. Basically sama macam Air Asia walaupun flight ni ada free 10kg baggage tapi tetap kena bayar excess baggage 150pesos per kilo.Dan jangan lupa ada terminal fee 150pesos sorang kalau domestik flight. Penerbangan ke Cebu ambil masa 1 jam 20 minit dan aku sampai dalam jam 8.30pagi. Terus cari kaunter Phillipines Airlines sebab nak check in bag terus.Mula-mula tu kami diapproach oleh sorang travel agent menakut-nakutkan kalau check in awal bag hilanglah, tak boleh check in lah. Mula-mula ingat nak tolong rupanya suruh beli pakej die 3000pesos nak jalan-jalan kat Cebu 1 hari. Last-last aku cakap kat dia takpalah then pergi kaunter nasib boleh check in dan yang best free 20kg baggage.Lepas check in kami terus ambil teksi di luar airport untuk ke Cebu City. Kat airport ni ada dua teksi iaitu yellow cab (teksi airport kalau ke cebu city dalam 400-500pesos) dan satu lagi teksi kat luar departure hall white taxi (dalam 200-350 pesos). So kami try white taxi dan sampai di Cebu City dalam 45 minit dengan harga 200pesos. Kalau kat Filipina kita kena pastikan yang teksi tu bukak meter kalau tak memang overcharged lah!So, sampai kat Cebu City aku ikut itinerary sepertimana yang aku rancang. First stop ialah Magellan Cross yang mana tempat ini adalah Kebetulan pula hari aku datang ni macam ada satu perayaan+sembahyang masayarakat beragama Kristian so memang ramailah. Then, aku terus masuk ke dalam kawasan Basil Del Sana Nino. Memang tersangat ramai dan meriah. Kebetulan paderi dia tengah baca khutbah ketika tu so aku hanya snap gambar dan terus keluar. Nampak bangunan-bangunan di sekitar kawasan ni kuat dengan pengaruh Sepanyol sama seperti Macau. Tak berapa jauh dari Basil Del Santa Nina ni adalah Fort Pedro. Tiket masuk adalah sebanyak 30pesos sorang. Kawasan fort ni takdalah besar sangat cuma yang menarik ada beberapa sudut yang mempamerkan gambar-ambar dan sejarah terbentuknya negara Filipina terutamanya zaman awal. Dikatakan bahawa Frank Magellan dari Sepanyol adalah yng bertanggungjawab membuka Filipina. Dah puas bergambar di setiap sudut dan bucu Fort ni, aku dan Lee berbincang untuk pergi ke tempat-tempat menarik lain dengan hanya berjalan kaki sahaja mengikut peta yang ada. Tujuannya adalah ke Museo dan seterusnya ke Ayala untuk mencari Starbucks dan Lunch.So dalam perjalanan sempat bergambar di Cebu Central Post Office, Cebu Port, City Hall. Kalau souvenir kat Cebu ni aku cadangkan beli je di Island Shop.Design menarik dan boleh customized tshirthya. Finally setelah melalu jalan yangagak kotor kami sampai di Museo. Tiket masuk ke Museo ini kalau local 30pesos tapi kalau orang luar 75pesos. Museo ini dibahagi kepada 6 seksyen dan antara yang menarik adalah of course sejarah Filipina-perang-sehinggalah merdeka pada tahun 1946. Selain itu ada juga pameran
Walaupun museo ni kecik tapi banyak lah jugak info dan gambar menarik.Aku dan Lee meneruskan kembara berjalan menuju ke Ayala. Pada mulanya dinasihatkan untuk ambil jeepney tapi dah tengok jarak dalam peta macam dekat so kami decide untuk jalan dan nasiblah jalanna senang dan agak dekat. Sepanjang berjalan nampak banak sangat ragam masyarakat di sini.Yang pasti aku bersyukur jadi rakyat Malaysia. Tiba kat Ayala memang situasi yang sangat lain sebab di kawasan ni cam moden sikit, lebih bersih dan tersusun.Dengan segera kami terus ke Ayala Centre Mall dengan niat di hati nak cari makan sepertimana telah aku google dulu ada makanan halal di sini. Mula-mula sampai agak kecewa jugak sebab nampak macam takda tapi alhamdulillah jumpa jugak. Nama restoran dia adalah Persian Palate menghidangkan makanan Arab. lokasi tingkat 3 . Aku order Nasi Kabsya dan murtabak.Ingat sama dengan Malaysia sekali lain tapi nak buat camna makan jelah. Harga dua orang makan 605000pesos. Then nak habiskan masa sebelum terbang ke Manila berjalan-jalan lah dalam Mall ni, not bad juga kedainya. Then lepas solat kat taman mall, singgah Starbucks kejap untuk beli souvenir dan minum. Jam 6.00petang aku bergerak semula ke airport untuk fly ke Manila jam 10.00malam. Teksi harga 205pesos.Sampai di airport,terus masuk departe hall dan menunggu sampai jam 10malam. Flight lancar dan sampai kat Nino Aquino International Airport (NAIA) Manila dalam jam 11.30 malam.Lepas keluar, aku terus cari signboard airport teksi tapi tak sempat mencari aku diapproach sorang mamat ni cakap yang teksi airport dah takda. Tanya dia berapa harga ke hotel, then dia jawab 1160 peso atau RM80. Aku memang terkejut jugak tapi sebab masa tu dah pukul 11 dan berkira-kira gak, aku ambil je dan tiba-tiba bila dah bayar dan masa tunggu kereta sampai, cantik je tengok ada teksi kuning kat luar.TIPS:Jangan tertipu ya dengan pujuk rayu ni. Dengan hati geram kami naik jga teksi ni dan paling membara rupanya Hotel Kimberly ni dekat je ya dengan airport. Tak sampai 30 minit dah sampai dan bila aku tanya reception rupanya harga teksi sepatutnya dalam 350 peso je. Lepas check in semua aku terus tidur sebab esok nak mulakan hari pagi-pagi.