Thursday, 6 February 2014

ZOOM INDONESIA 2014:Surabaya (Day 2)

Okay, masuk hari ke-dua di Surabaya. Oleh kerana Tariq hanya akan sampai pada hari Sabtu, maka hari ini akan digunakan sebaiknya untuk menjelajah bandar Surabaya. Dalam list dah ada beberapa tempat yang perlu dilawati sambil mencari cenderamata untuk dibawa balik. Dan untungnya tidak mengambil pakej maka kami taklah tergopoh gapah untuk bangun awal pagi kerana selalunya kalau ambil pakej tour pastinya akan mula pada jam 8pagi. So, pada jam 9pagi kami dah bersiap-siap untuk memulakan tour ke House of Saemporna yang terletak berdekatan dengan Hotel. Sarapan pagi hanya sekeping roti dan air susu kotak yang dibeli di kedai 24 jam yang berdekatan sebelum meneruskan perjalanan ke HOS. Jarak antara hotel ke HOS lebih kurang dalam 1km. Biasalah masa pergi rasa jauh jugak sebab tak tau sangat jalan kan. HOS ni sebenarnya satu muzium yang dibuat untuk menceritakan sejarah rokok Saemporna yang berasal dari negeri Surabaya ini. Rupa-rupanya baru tau bahawa pemilik rokok ini adalah berasal dari Fujian China. Muzium taklah besar sangat cuma ianya kemas, bersih dan cantik. Bangunan muzium ini juga merupakan bangunan asal kilang rokok Saemporna dan sehingga kini ianya masih dijadikan sebagai kilang tersebut. Malang sekali kami sebab tak dapat nak lihat suasana mereka bekerja kerana cuti Imlek (Tahun Baru Cina). Kami tak lama di sini, lebih kurang dalam 1 jam sahaja. Namun sebelum nak ke destinasi seterusnya aku dah mula rasa tak sedap badan, seram sejuk dan rasa badan memang sangat panas. Demam! First time travel aku demam. Namun itulah cubaan, apa yang kita rancangkan tak semestinya dapat dilaksana. So, kami ambil keputusan untuk lunch di KFC terlebih dahulu sebelum balik ke hotel dan rehat. Kami berjalan semula ke Pusat Grosir Jembatan Merah untuk menikmati lunch dengan makan KFC. Aku memilih Kombo Yakiniku iaitu nasi dan ayam yang dimasak dengan saus bijan. Waktu ni memang dah tak larat sangat-sangat tapi gagah jugak nak makan takut takda tenaga. Then, balik hotel dan lepas ambil panadol terus aku tidur. Rasa sangat-sangat rugi sebab yalah tak dapat nak habiskan semua tempat menarik di Surabaya ni seperti yang dibuat dalam itinerary.

Then, dalam jam 3petang, rasa dah baik sikit kami buat keputusan untuk ke Tunjungan Plaza mencari ubat dan juga CD sebab yang paling aku suka kalau datang ke Indonesia adalah disebabkan CDnya yang original adalah murah. So, dengan keadaan yang masih mamai kami ambil keputusan untuk jalan kaki ke Tunjungan Plaza ikut map yang ada. Memanglah dengan rasa demam nak jalan kaki lagi rasa jauh yang amat sangat, tapi nasiblah cuaca baik tak panas sangat. Dalam perjalanan tu, kami sempat singgah di Tugu Pahlawan yang menempatkan tugu untuk memperingati pejuang-pejuang Surabaya menentang Belanda suatu ketika dahulu. Pada mulanya tempat ini sebenarnya dah ditutup untuk orang awam, tapi nasib baik dengan ihsan penjaga mereka buka juga sebab ada sekumpulan pelancong Indonesia dari luar kota ingin masuk ke dalam. So kami tumpang lah sekali. Just ambil gambar dan teruskan perjalanan ke Tunjungan Plaza. Kami sempat juga mengambil gambar di depan Hotel Majapahit, sebuah bangunan bersejarah di Surabaya ini. Akhirnya, setelah berjalan hampir 6km kami sampai juga di Tunjungan Plaza. Untuk pengetahuan Plaza ini adalah plaza terbesar di Surabaya dengan Sogo sebagai main outlet yang ada. Memang tersangatlah besarnya sampai dibahagikan kepada beberapa seksyen. Ada seksyen yang menjual barangan feshen berjenama seperti Zara, Gap dan sebagainya. Dan seksyen Sogo dan Matahari dan juga barangan fesyen dari Indonesia. Kami terus mencari tujuan iaitu membeli CD, tapi hampa sebab tak banyak sangat CD yang dijual. Aku hanya sempat grab DVD Habibi dan Ainun je dengan harga Rp59,000. Kemudian terus mencari dinner. Kami makan di Ayam Penyet Ria nak merasa keenakan ayam penyet asli di Surabaya. Sebenarnya Ayam Penyet Ria ni pun ada kat Malaysia. Okay, saat ni aku dah rasa balik panas dan memang menggigil masa tunggu makanan. Ntahlah aku kalau demam masa maghrib memang menjadi-jadi demamnya. Dengan servis yang agak lambat, memang azab sikitlah. Tapi lepas makan dan makan panadol alhamdulillah rasa okay sikit dan pada mulanya macam nak balik terus sambung jalan dan nak beli sedikit ubatan di Guardian di aras bawah sekali dan juga makanan seperti biskut dan air mineral di pasar raya Hero di aras bawah juga. Kemudian berjalan lagi dan berhenti di pentas utama untuk saksikan persembahan kebudayaan Surabaya sempena Imlek. Orang memang agak ramai mungkin sebab hari libur kan. Kemudian lepas selesai semua, kami terus rasa nak balik ke hotel tapi takdalah nak jalan kaki lagi sebab jauh dan gelap. Kami putuskan untuk cari teksi berhadapan lobi (sebelah KFC). Dari Tunjungan Plaza ke Hotel dia kata Rp30,000 so kami terus setuju but bila dia bukak meter sampai hotel dalam Rp24,000 je sebenarnya. Malas nak argue sebab dah malam tapi kalau korang nak naik teksi better ambil Blue Bird sebab bagus dan ikut meter.

So, itu saja untuk hari kedua aku sambung lagi untuk next day lepas ni. Enjoy gambar-gambar kat bawah...

House of Saemporna (HOS)

House of Saemporna (HOS)

Tugu Pahlawan

Tugu Pahlawan

Hotel Majapahit

Tunjungan Plaza

Tunjungan Plaza

No comments:

Post a Comment