Thursday, 5 May 2011
ZOOM INDIA 2011: Jaipur
Berjumpa lagi untuk entry ke-3 ZOOM INDIA 2011 ni tapi macam tak tunggu lama kan entry ni. Gila sangat rajin aku mengupdate blog ni!hahaha...so kalau masih ingat lagi last adalah mumbai kan so kali ni adalah hari ketiga di India:-
17 April 2011 (Ahad)
Hari ini kami mulakan seawal macam biasa jam 6.30 dah bangun, mandi dan jam 7.30 pagi terus bersarapan di dalam bilik hotel je. Sarapan yang sangat menyelerakan iaitu Roti Paratha dan Roti Puri yang best!Kari sangat-sangat kaww!Kami diambil sendiri oleh Encik Khan Singh, tuan punya Rajashtan Visit Tour ni. Tempat pertama yang kami pergi adalah HAWA MAHAL atau lebih dikenali sebagai Palace Of Winds. Ini merupakan antara Gateway yang terkenal lah di Jaipur ni dan sangat-sangat cantik. Kalau korang nak tau Jaipur juga dikenali sebagai Pink City sebab kebanyakan bangunan-bangunan lama dicat dengan warna merah jambu dan ianya sangat simetri. Kami dibawa ke tempat yang istimewa iaitu di atas bagi meninjau keadaan yang lebih puas dan of course bergambar dengan lebih cantik.hehehe..cuma agak bahaya sebab banyak penjual jalanan yang akan mengejar anda di sekitar kawasan tersebut. So kena berhati-hatilah sedikit. Sebelum sampai tu, lupa nak cerita kami telah dibelanja oleh En. Khan dengan LASSI dalam gelas berbentuk tembikar yang hmmm...sangat sedap!Mulanya taknak minum sebab tengok keadaan kedai kan tapi last-last minum juga sebab best!haha...kemudian,kami terus ke AMBER FORT, tempat wajib dikunjungi oleh pelancong yang hendak ke Jaipur.Binaan Amber Fort ni sangat besar dan kalau diperhatikan bentuk macam The Great Wall Of China je...kami ke atas menaiki gajah dan sebelum itu beratur dengan sangat panjang dan panas ye. Perjalanan ke atas sangat menarik dengan menaiki gajah sambil menynayi lagu-lagu Hum Saath Saath Hain, Mann dan sebagainya..heheh...sangat mengujakan!Sampai je di atas, sebab kami dah tengok No Tips so kami tak bagilah tips kepada pemandu tu, last-last kena maki sebab tak bagi apa-apa. Kami buat dunno jelah..hahaha. Terus ke pintu masuk utama mengambil audio guide then kami mula penjelajahan di Amber Fort ni.Keadaan Amber Fort ni sangatlah besar ya amat dan keadaan cuaca yang sangat pans menyebabkan aku sangat-sangat letih dan tak larat. Banyak pintu yang nak dimasuk, banyak kawasan yang nak diteroka tapi sangat menarik dan best sebenarnya. Siap aku sampai sakit perut lagi kat situ dan nasib tandas best!hahahah...amber fort ni ialah kubu kan dan dalam kubutu ada entrance, garden yang sangat cantik dan pelbagai lagi. Kami menjelajah kat sini sampai 4 jam dan Mr Khan tu terpaksa naik 2-3 kali cari kami..hahaha..
Lepas je habis melawat di Amber Fort kami meneruskan perjalanan ke, lupa nama tempat die tapi ada satu bangunan di tengah-tengah tasik. Kami stop by je sebab nak ambil gambar kat tepi die. Lepas tu kami dibawa pulak ke SANGHAM JEWELERRY & GEM FACTORY, actually aku takdalah niat nak membeli saja nak tengok-tengok tapi last-last terbeli jugak sebentuk cincin silver. Pada asal harganya mencecah INR3000, dan aku bagitau aku taknak beli, pastu tawar menawar sampai penjual tu dah marah aku beli jugak dengan harga INR1500 walaupun terasa agak mahal jugak tapi takpalah. Dia panggil magic ring!hahaha...Kemudian kami dibawa ke sebuah kedai textiles. Sampai je, aku terus ke part kain ingat nak cari kain sari untuk mak tapi last-last terbeli untuk diri sendiri. Aku tempah sepasang kurta dengan harga INR1800 je..sangat cantik material die dan yang paling penting datang dari India!hehehe..sempat juga beli shawl dan alas meja. Tu yang susah kalau bawak kat kedai, asalnya taknak beli tapi kalau dah bawa terpaksalah beli kan...
Kemudiannya kami dibawa ke JANTAR MANTAR, iaitu sebuah tempat astrologi yang dibina oleh Raja Jaipur yang juga pakar dalam bidang ini. Bangunan ini terletak berhampiran dengan CITY PALACE namun kami tak dapat masuk ke kawasan tu sebab Raja di Jaipur baru mangkat dan atas penghormatan Palace tu ditutup so rasa ralatlah jugak. Berbalik kepada Jantar Mantar, kami dibawa oleh seorng guide yang dah tua dan sangat baik. Kami dibawa mengelilingi kawasan ini yang dipenuhi dengan alat-alat astrologi lama seperti alat pengukuran waktu, bintang dan lain-lain. Keadaan pun pada mulanya hujan, tapi nasib sekajap je panas balik. Lebih kurang 1 jam berada di situ kami terus keluar dan dibawa ke ALBERT HALL. Kat sini kami just ambil gamba je dari luar dan persekitaran jalan di Jaipur.Seterusnya, Mr Khan membawa kami ke pejabat a.k.a rumahnya untuk menyelesaikan baki bayaran guide ni. Untuk makluman bayaran untuk guide keseluruhan excluded makan adalah sebanyak US899 bagi dua orang. Aku dah buat research dan aku tengok inilah yang paling murah dan details itinerarynya. Sampai di rumah Mr Khan, bertemu dengan seorang pembantunya bernama Avinash yang juga peramah. Ternampak juga gambar Mr Khan bersama Amir Khan ketia Amir menjalani penggambaran filem Mela. Kami juga dibawa untuk menjamu sedikit maruku dan air dan dibawa bergambar bersama ahli keluarganya. Puas hati jugalah layanan mereka dan terubat kepedihan semasa ke Mumbai tempoh hari.
Terus balik ke hotel dan kami bersiap-siap sebab malam ni sebenarnya plan untuk makan di rumah Mr Khan tapi disebabkan belian non-Muslim jadi kami takut jugak so Mr Khan kata makan di RESTORAN BISMILLAH dan dia akan bayar esok. Kami naik tuk tuk di Jaipur dan pemandunya bernama Ali. Kami bercerita sepanjang naik tuk tuk dan kagum dengan kepandaian Ali berbahasa Inggeris dan kesungguhannya mencari rezeki. Sampai di restoran kami agak skeptikal dengan keadaan restoran yang agak berada di tempat kotor dan dalam hati..inilah experience India!..hahah kami order nasi briyani ayam dan kambing, tandoori dan butter naan. Tapi lepas makan briyani terus kenyang dan kami minta bungkus roti naan, ayam tandoori dan order kari untuk dimakan di bilik. Sambil tu melihat juga pemandangan orang fakir yang diberi makan oleh tuan punya restoran di tepi jalan. Ali masih menunggu kami dan kami bayar teksi dengan harga INR150 dan tambahan tips sebanyak INR20 sebab kesian sangat dengan cerita dan keadaan die. Sampai je di bilik Lee terus nak makan sebab aku macam dah kenyang sangat. Lee jelah sorang yang nak perabihkan makanan tu tapi die pun tak larat, last-last bungkus balik bagi bellboy kat bawah...hahahaha...so habis hari ketiga di India..bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment