Thursday, 5 May 2011
ZOOM INDIA 2011: Mumbai
Kali ini saya bersiaran dari India pulak untuk menjayakan ZOOM INDIA 2011 iaitu trip kedua untuk tahun 2011. So, kali ni percutian hanya bersama dengan Lee cam biasalah kawan setravel...Kami ke India menaiki pesawat Air Asia, bertolak pada 15 April 2011 jam 9.20 pagi. Flight ialah dari KUL-Mumbai. Actually sebenarnya tujuan utama ke India nak melawat Taj Mahal sekali tersalah beli ke Mumbai tapi nak buat camna kan...hehehe. Macam biasalah saya akan ceritakan mengikut kronologi supaya kepada mana-mana traveller yang nak ikut jejak langkah tu bolehlah ikut itinerary ni.Sebelum tu, entry ni akan dipecahkan ikut hari ya supaya banyak gambar yang boleh dimasukkan sekali..hehehe:-
15 April 2011 (Jumaat)
Kami bertolak dari rumah Lee selepas solat subuh jam 6.00 pagi sebab takut terlewat dan ambil keputusan untuk parking di kawasan LCCT sebab dengarnya ada parking free dan alhamdulillah dapat juga parking walaupun penuh..lepas check in yang teramatlah panjang barisan dan tidak sistematik kami bergegas menaiki flight sambil membeli air mineral+100 plus+twister yang sangat banyak dengan harga RM23...terkejutlah jugak hehe. Alhamdulillah dapat seat di belakang walaupun tengah tapi sebab sebelah kosong so rasa luaslah. Kami hanya bersarapan dalam flight dengan lasagna ayam dan nasi beriani yang agak sedap. Perjalanan ambil masa lebih kurang 5 jam sebenarnya iaitu sampai di India jam 12.00 tgh disebabkan perbezaan waktu iaitu di India awal 2 jam dari Malaysia. Sampai je di airport, lepas pemeriksaan imigresen kami menuju ke luar untuk mendapatkan driver yang sedang menunggu. Oh ye, kami ke India menggunakan pakej yang diambil dari India sendiri iaitu Rajashtan Visit and Tour yang berpangkalan di Jaipur. Ke hotel kami menaiki van yang sangat buruk dan tiada aircond. Terkejut jugak mula-mula tapi sabar jelah...dengan keadaan yang sangat panas memang memeningkan kepala. Hotel yang kami duduk ialah Arma Galaxy dan tidak jauh dari airport. Hotel 3 bintang ni agak bersih dan okay. lepas je bersihkan diri, kami buat research sedikit untuk ke HARD ROCK CAFE MUMBAI sebab takut esok tak berpeluang ke sana. masalahnya di Malaysia kedua-dua kami tak sempat sangat buat research pun sebab kesuntukan masa. So, dengan bantuan wi-fi free dari hotel kami pun buatlah detail sikit-sikit dan untuk ke HRC kami perlu naik bas dan train yang sangat teruja mendengarnya..heheh.. So kami mulakan aktiviti dengan berjalan kaki menuju ke stesyen bas. Namun seebelum tu sempat menikmati lunch jam 4 petang di CAFE MAROL sebuah restoran makanan halal berdekatan tempat tu. Selesai makan, kami pun naik bas yang tersangatlah padat+panas tapi seronok jugak sebab masing-masing melihat kami dengan wajah kehairanan tiba-tiba pelancong datang dan naik bas kan..heheh...Kami berhenti di stesyen keretapi GHATKOPAR STATION. berkejar-kejaran mencari ruang membeli tiket kerana stesyen keretapi di sini sangat panjang ye...kami beli tiket ke Titwala Station dan perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Yang pelik dah beli tiket tapi takda konduktor pun check dan biasalah seprti menonton filem hindustan masing-masing berebut nak naik dan sangat penuh. Sampai di Titwala kami kehairanan sebab macam asing je tempat die, kami pergi ke sebarang untuk mencari Information Counter dan ternyata telahan kami tepat iaitu kami dah salah jalan dan terpaksa patah balik all the way back pergi ke stesyen Dadar..haishh memang sangat tertekan ketika itu. Nasiblah ada polis dan bantuan yang sangat membantu walaupun pada asalnya menyangka itu adalah orang-orang yang ingin dapatkan tips. rasa bersalah pulak sebenarnya..heheh..So,kami berpatah balik dan macam biasa dengan keadaan yang sesak dan mengantuk penat sungguh rasa. Sampai di Dadar kami menaiki teksi dengan harga INR120, kira agak murahlah untuk ke HRC. Yang paling best driver pun tak tau kat mana. Nasiblah ada iPad dan google map yang sangat membantu. Sampai je di HRC kami terus shopping baju, bear dan glass pastu terus panggil teksi balik sebab jam dah menunjukkan jam 10 malam. Takut pulak kalau sampai jam 12.oo kan sebab India ni tak macam Hong Kong ke Korea ke. Punyalah baik hati tokey HRC tu panggilkan teksi dan kami terus menuju balik dengan harga teksi sebanyak INR300.Yang penting kat India ni kena siapkan tips jek banyak-banyak sebab sume benda yang kita mintak or die willing untuk buat sebenarnya untuk duit..huhu..tulah Tips kalau nak datang India, sediakan change banyak-banyak...After sampai di Hotel, kami pun berehat sebab esok nak mula seawal jam 8.00 pagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment