Wednesday, 8 June 2011
Review Filem 3/2011
Semalam (Rabu) sempat menonton wayang filem Karak bersama Lee dan Nizam di GSC Alamanda. Dah lama sebenarnya nak tengok tapi takda masa so semalam terus beli tiket online tapi punyalah kelam kabut sebab balik dari Intan jam 8malam then KL pulak jam teruk, sampai kat Alamanda jam 9.20 malam. Terlepas lah jugak preview filem baru. So, bukan tu yang aku nak cerita, aku nak review sikit filem Karak ni. Okay, filem ini adalah arahan Yusry KRU dan ini adalah filem pertama dari KRU yang bergenrekan seram sebab selama ni KRU produce filem aksi dan musical. So, ekspetasi aku memang sangat tinggi terhadapa filem ni sebab dari trailernya yang sangat menarik dan scary. Filem ni dibintangi oleh pelakon baru, ada Shahir AF 8, Sheera Ayob, Kilafairy dan Azfendy. Storyline dia mudah, empat sekawan ni nak pulang ke kolej kat Kuantan lalu highway Karak then bile dah jam mereka tukar ikut jalan lama yang perlu lalu kat pekan Karak dan ceritanya bermula kat situlah. Bagi aku, 30 minit awal filem ni memang mendebarkan dengan kejadian hantu ataupun cerita yang memang dekat dengan kita dan kita pernah dengar benda tu. Contohnya, hantu perempuan yang nak tumpang diorang balik, hantu budak yang cari mak dia dan masa kejadian kat tepi jalan bila husband nak cari pertolongan baiki kenderaan pastu rupa-rupanya dah kena bunuh. Masa volkswagen kuning yang memotong dua kali tu juga sangat mendebarkan. Tapi lepas mereka jatuh gaung momentum cerita ni dah makin jauh daripada tajuk asal 'Karak'. Sebab fokus selepas itu adalah kat rumah Tok Malam dan hantu belaan bekas isterinya. Tapi aku taknaklah cerita habis sebab nanti akan bagi spoiler pulak sebab cerita ni banyak twist di akhirnya.
Menarik:
1) Hantu CGI yang lain (takdalah rambut panjang cam Ju-On)
2) Part 30 minit tu memang seriau takut..."cik boleh tumpang cik"...huh!
3) Lain lah dari filem seram Ahmad Idham..hahaha
4) Twist yang menarik walaupun dijangka
Tak Menarik:
1) Lakonan yang biasa-biasa je
2) Lepas jatuh gaung dah macam tak seram sangat sebab terlalu 'hollywood' pulak
3) Muzik yang tak berapa mendebarkan jantung
Bagi pandangan aku, filem ni okay dan different cuma mungkin Yusry boleh fokuskan kat Highway tu sendiri dan mungkin sepanjang jalan tu diaorang jumpa macam-macam..maybe kliche tapi rasanya tulah penonton nak, cerita-cerita yang biasa mereka dengar dan nak terjemah dalam bentuk movie. Apapun 4 dari 5 bintang untuk Karak!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semua pun 4/5 bintang, tade yg bintang sikit2 ke. Hehe
ReplyDelete