Thursday, 27 January 2011

Gotong Royong 5S SKPP

5S?mesti ramai tertanya-tanya apa tu 5S kan?Konsep yang diperkenalkan dari Jepun ni memang sebenarnya baru lagi nak diterapkan di negara kita. Penerangan sikit tentang 5S:-

SEIRI – SISIH – SORT
Sisih barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan buangkannya secara sistematik.

SEITON – SUSUN – SET IN ORDER
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

SEISO – SAPU – SHINE
Bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan.

SEIKETSU – SERAGAM – STANDARDISE
Pastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan.

SHITSUKE – SENTIASA AMAL – SUSTAIN
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya organisasi.

Begitulah serba sedikit konsep 5S ni.Walaupun jabatan lain dah banyak buat 5S ni tapi aku rasa masih tak ketinggalan aku nak implement kat Jabatan. Antara sebab yang utama sebab aku sendiri memang orang pengemas (gila puji diri sendiri!haha) dan especially bila tengok sektor aku tu kadang-kadang rasa cam rimas bile tgk bersepah barang ke fail ke dahlah tempat kecik!So, bermula tahun 2011 ni perancangan aku untuk mengaplikasikan konsep 5S ni di Jabatan tapi secara rintisnya di SKPP dulu.Yelar nak tengok keberkesanan dan hasilnya dulu baru sebarluaskan.En. Laidin dari unit pembangunan kami lantik jadi ketua sebab kepercayaan aku tengok decoration rumah die melayakkan die dipilih jadi ketua..haha..kami dah jugak buat lawatan ke AG dan memang sangat kemas hasilnya dan memang excited untuk mulakan 5S.

First thing to do adalah dengan menyusun semula kedudukan mengikut unit, sebab selama ni unit-unit ni cam terpecah so bila dah satukan senanglah sikit proses kerja tu. Kami bahagikan ikut zon ada hijau,merah,oren ngan kuning. So first aktiviti ialah gotong royong yang kami buat pada 22 Januari 2011 (Sabtu) dan alhamdulillah semua semangat nak mulakan konsep ni sebab dah janji kat diaorang setiap bulan akan ada pertandingan ikut zon, mana yang menang akan dapat piala pusingan dan hadiah-hadiah lain seperti baucar makanan di Terumbu Warisan!hehehe...adalah hadiah-hadiah lain yang akan disponsor oleh Ketua Sektor!hahaha..insyaallah...so pelannya pindah dah buat sekarang ialah proses pelabelan ikut warna zon lah.Then 14 Februari 2011 baru bermula penilaian untuk semua kawasan.













-komitmen seorang ibu-hehe












-zon hijau-












-sibuk berkemas-

Aku sangat teruja nak tengok hasilnya ni sebab selain dapat mencantikkan sektor ianya juga salah satu matlamat dalam PS Jabatan 2011-2015 dan dengan semangat dan kerjasama semua Insyaallah projek ni boleh berjaya!



- Posted using BlogPress from my iPad



Location:Lebuh Perdana Timur,Putrajaya,Malaysia

No comments:

Post a Comment