Friday 3 July 2009

Kisah di Labuan

Lebih kurang sebulan sudah aku tak update blog ni..bukan sebab sudah tak minat menulis , bukan jugak sebab merajuk (perlu ke?) tapi sebab kesibukan yang amat sangat (walaupun biasa-biasa ja) bertugas di tempat baru. Untuk pengetahuan kawan-kawan yang masih belum tahu lagi aku kini telah ditempatkan di Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Labuan sebagai Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan menggantikan Puan Wan Nor Syamsida yang telah bertukar ke Bahagian Kewangan dengan gred M48.Pada mulanya aku dapat posting ni memang rasa TERKILAN, MARAH, BENCI, TAK SUKA..sebab:-
1) aku masih baru di BPSM, Kementerian Pelajaran (tak sampai setahun).
2) banyak benda lagi yang aku baru nak belajar
3) aku telah dijanjikan kalau pindah pun di JPN Selangor
4) dan why di LABUAN!!
Namun, arahan tetap aku uat walaupun dengan tak rela hati dan terpaksa yang amat sangat. Aku bukan apa, it just aku dah selesa berada di Putrajaya, keluarga ada, kawan-kawan, suasana dan semuanya lah tetiba dapat transfer di tempat yang paling asing sekali dan inilah satu-satunya tempat yang aku tak pernah pergi. So, aku lapor diri pada 18 Mei 2009 dan dah dekat sebulan lebih jugak aku di Labuan ni. Masa mula-mula sampai, thanks to Ichwan Fiska, my batchmate kerana sudi menolong aku dari segi rumah, transport dan sebagainya walaupun di saat-saat kau sibuk menguruskan bencana kebakaran di Kampung Muslim. Namun, sekarang aku dah menetap di rumah sewa lain, di kawasan yang sama jugak dengan kadar sewa RM500 (agak mahal ya!). Kalau nak diperhatikan kos hidup di Labuan ni memang agak mahal walaupun rata-rata kawan aku bertanya apa ada di Labuan kan. Makan soto je dah RM5.00, sewa rumah di bandar minimum RM1000, bayangkanlah..dan yang menarik dan murah di Labuan ialah:-
a) Coklat
b) Arak
3) Rokok
4) KERETA
semua orang tanya glah beli kereta sebab Accord 2.4 je pun baru RM100,000!Honda CIty pun bayar bulan-bulan RM500 jek..tapi takpalah aku lebih selesa memandu Wira JeJaRi ku yang mereka anggap hanya layak untuk tukang kebun di sini je...Bagi aku Labuan tak macam Langkawi, tempat menariknya pun tak banyak sebab dalam satu jam je aku dah boleh keliling Pulau ni, cuma mungkinlah murah untuk ke Sabah dan Brunei. Cukuplah versi pertama di Labuan ni..nanti aku sambung balik....

4 comments:

  1. Dulu, aku jugak ada kisah di Labuan...

    :)

    ReplyDelete
  2. dah lama aku tak ke Labuan. nanti boleh aku buat day trip ke Labuan

    ReplyDelete
  3. brpe lme da keja kat labuan?
    Labuan mmg mahal pun,act skrg pun harga rokok,coklat n sekian2 da naik da skrg nie..sy keje kat labuan dulu dlm 2 tahun,tapi da transfer kat melaka..so far,labuan x la teruk sgt,but stil ok klu dpt dkt borneo or semenanjung..
    gud luck.

    ReplyDelete
  4. Saya punn dipindahkan ke Labuan..since November 2008. Mmg takde yg menarikpun di labuan but terpaksa relakan hati bila dah tiba maksud ARAHAN. Anyway gud luck dalam menyusuri hidup di labuan. I hampir setiap minggu akan berusaha utk tinggalkan labuan khususnya ke KK untuk mencari dunia yang lebih happening.

    ReplyDelete