Assalamualaikum,
Sebelum memulakan cerita bagi post ini, aku just nak inform yang blog ni dah bertukar nama dan wajah sedikit sebab blog dahulu ada masalah teknikal dengan spam yang pelbagai dan post yang mengarut. Aku tak tau macam mana nak buang semua post tu jadi last aku ambil keputusan untuk delete blog tu dan tukar kepada akaun baru dan nama baru. Nasiblah ada teknik untuk selamatkan post-post lama dalam blog ni.
Semangat sebenarnya bila baca blog orang lain pasal travel, sebab tulah aku cuba untuk lebih semangat menyambung idea dalam dunia penulisan blog terutamanya part travel kerana bagi aku ia dapat membantu orang ramai terutamanya mereka yang minat melancong. lagipun sayang kalau tak dikongsi pengalaman.
So, untuk post kali ni aku nak kongsi sedikit pengalaman ke Bangkok pada 20-24 Ogos 2014. Actually ini adalah trip so call last minute sebab bila aku tengok website MAS, harga tiket untuk perjalanan return adalah sebanyak RM300 untuk sorang. Bagi aku, dah murah sangat dah ni then terus klik dan beli. Lagipun baki cuti semester ada lagi 3 minggu, sayang kalau tak digunakan sebaiknya hehe. Then dalam masa seminggu sempat aku buat research sikit pasal Bangkok dengan baca blog orang lain, dan juga tanya kepada member aku di Thailand keadaan di sana macam mana sebab sebelum ni aku sering dengar yang keadaan Bangkok macam kurang selamat. Tapi bila dia kata okay je aku terus semangat lagi nak pergi. Kenapa Bangkok? Sebabnya ia adalah antara bandar di Asean yang aku masih belum jejak lagi. Yalah Yangon dah sampai tapi Bangkok yang dekat ni pun tak sampai lagi.
Okay, aku nak cerita perjalanan untuk trip kali ini. Flight ke BKK pada jam 20 Ogos 2014 (Rabu), jam 6.50 petang. Sampai di KLIA pukul 4.30petang kemudian terus ke lounge untuk lunch dan mentekedarah. Alhamdulillah flight tak delay, namun yang tak best takda entertainment pun walaupun ke oversea huhu. Tapi takpalah sebab flight pun 1 jam 50 minit kalau tengok cerita hindustan pun memang tak habis. Tepat jam 8.00 malam (local time), sampai di Suvarnabhumi Airport iaitu airport utama Bangkok. Sebab kalau Air Asia atau Malindo Air akan turun di Don Mueang yang aku pun tak tau kat mana. Airport Suvarnabhumi ni agak besar lah berbanding KLIA. Lepas je pemeriksaan imigresen dan bagasi terus menuju ke Airport Link kat tingkat paling bawah sekali (B) untuk ambil tr ain ke hotel. Untuk makluman Airport Link ni ada dua iaitu Airport Link-City dan Airport Link-Express. Beza dia yang City akan berhenti kat semua stesen (Konsep KLIA ERL Transit) dan Express ialah untuk stesen tertentu so lebih cepatlah (Konsep KLIA Express). Oleh kerana aku tak mengejar waktu dan memang nak menuju ke hotel je, aku ambil Airport Link-City dari Suvarnabhumi-Makassan dengan harga 35baht seorang (RM3.50). Berbanding naik Express harga ialah 150baht seorang (RM15). Kan dah jimat tu!
 |
Stesen Makassan |
 |
Suvarnabhumi-Makassan |
Perjalanan ambil masa dalam 20-30 minit je, dan tren sangat selesa dan bersih. Hotel yang aku duduk ialah Hotel Link Makassan di Phetchaburi Road. Harga untuk 3 malam ialah RM240 menerusi Booking.com. Memang murahlah dan yang paling penting sangat dekat dengan Aiport Link dan juga MRT untuk ke mana-mana. Lagipun ianya disyorkan oleh kawan aku Syahir yang memang selalu ke Bangkok. Mula-mula teringin jugak nak duduk di Ibis sebab kalau ikutkan memang aku ni kira loyal ngan brand ni, tapi disebabkan ini pun trip last minute memang cari yang paling murahlah. Aku sampai di hotel dalam sekitar jam 10.00 malam. Check in mudah dan dapat bilik di tingkat 4. Keadaan hotel agak bersih cuma sedikit mengecewakan sebab wi-fi hanya boleh dapat di lobi saja. Agak geram juga sebab aku dah komplen untuk baiki tapi disebabkan stafnya yang sangat limited English, tupun dia tak faham tapi bagus juga sebenarnya takdalah bercuti pun nak berinternet 24jam kan. Lepas masukkan barang, turun bawah semula untuk ke 7E yang betul-betul di bawah hotel ni untuk beli makanan sikit dan kemudian tidur untuk memulakan hari esok seawal pagi.
 |
Hotel Link Makassan |
 |
Lobi Hotel |
 |
Ruang Dalam (Mini Bar, Kettle) |
|
|
 |
Toilet (yang penting ada biget) |
No comments:
Post a Comment