Assalamualaikum,
Bersiaran pula untuk hari ketiga pada 22 Ogos 2014 (Jumaat) seawal jam 6.20 pagi. Pelannya pada hari ini, pagi akan ada half day tour ke pasar terapung atau floating market yang sangat terkenal di Bangkok ini. Tapi tempatnya bukan di Central Bangkok tetapi memakan masa selama 2 jam perjalanan sebab itulah kena bermula seawal pagi. Untuk pakej ke Damnoen Saduak Floating Market ni, aku telah buat awal- awal di Malaysia. Pada mulanya susah jugak nak cari pakej yang murah dan bagus sebab kebanyakan blog yang aku baca, ada ramai yang kena tipu dan harganya berbeza-beza. Ada yang sampai 1000baht per person ditambah dengan bot di sana sebanyak 600baht pulak, dan macam-macam lagi. Kawan aku cakap jugak maksimum yang boleh dipercayai 990baht seorang. Tapi lastly aku jumpa dengan satu tour company di Bangkok ni dan mendapat review yang sangat bagus di Trip Advisor iaitu Wandee Tours dengan harga pakej selama setengah hari ke pasar ini 600 baht (RM60), so aku tak menunggu panjang terus saja emel kepada tuan punya syarikat dan hanya sedikit berbalas emel aku terus setuju dan membayar secara online menggunakan PayPal. Wandee ni sangat responsif dan bagus tapi aku ambil join tour lah bukan private tour sebab setengah hari je pun.
Tepat jam 6.20 pagi setelah bersarapan ala kadar dengan roti dan jem yang dibeli semalam, tour guide pun dan ada kat lobi hotel maka perjalanan diteruskan dengan mengambil penumpang lain di sekitar Bangkok. Kena fahamlah sebab ni join tour kan so dah penuh barulah kami bergerak ke pasar tersebut. Perjalanan mengambil masa 1 jam 50 minit sebenarnya dan dalam perjalanan tu, tour guide bernama Pam adalah sikit memberi penerangan apa yang bakal berlaku di pasar itu nanti. Dia beritahu kalau nak datang kena datang awal pagi sebab pasar tu hanya tutup pada jam 11.00 pagi dan kalau lambat sikit memang akan crowdedlah.
 |
Tour Guide yang Peramah - Pam |
Sampai je di jeti utama, kami perlu menaiki long tailed boat untuk ke sana sebab kat kawasan ini masib belum lagi nampak pasarnya. Inilah yang orang kata kalau kita tak tau boleh kena scam dengan mereka akan charge 600-1000 baht seorang untuk boat ni. So, memang kita kena buat research betul-betul dengan tour kompeni sebelum datang ke sini. Dalam tempoh lebih kurang 15-20 minit, kami pun sampai ke DAMNOEN SADUAK floating market. Suasana ketika ni masih pagi tapi dah ramai pun yang berniaga. Kami dihentikan di satu sudut sebab kemudian diberi pilihan sama ada untuk menaiki sampan atau 'gondola' atau berjalan kaki menikmati kemeriahan pasar ini. Tapi dengan harga hanya 150baht (RM15) aku pun cubalah merasai pengalaman ber'gondola' di pasar ni, yalah dulu ke Venice tak mampu nak naik sebab harga pun 80 euro kan. Suasana memang cukup meriah dengan teriakan dan tawaran daripada peniaga ke pelancong membeli barangan mereka. pelabagai jenis barang ada seperti cenderahati, makanan, baju, malah bergambar dengan ular pun ada. Untungnya jadi pelancong yang raut muka sama dengan penduduk sana ni mereka tak kacau sangat sebab mereka lebih tertumpu atau menjual barangan mereka ke pelancong mat saleh yang sama bot dengan aku. So, rasa lebih tenang sikitlah..hehe. Perjalanan dalam sampan ni ambil masa selama 45 minit - 1 jam jugak tapi sepanjang tu memang aku tak beli apa-apa sebab dah plan dah nak beli souvenir kat Chatuchak Market nanti dan lagipun makanan memang takda yang halal tapi kalau nak cuba air kelapa, pisang bakar boleh je pun cuma aku yang tak berminat.
Lepas habis keliling menggunakan sampan aku ada masa lagi 30 minit untuk mengelilingi pasar ini dengan berjalan kaki sebab kami diberi masa oleh guide selama 1 jam 20 minit di sini sebelum berkumpul semula. Bagi aku, pasar ini biasa saja tapi kalau dah datang Bangkok kenalah pergi just untuk melihat sendiri dan merasai pengalaman di sini. Sebab tak semua tempat ada konsep floating market yang unik ni.
 |
Jeti Utama |
 |
Long Tailed Boat |
 |
Sampan (150 baht) |
 |
kegigihan makcik ni mengayuh |
 |
Pelbagai jenis makanan |
 |
suasana dah ramai dan meriah |
 |
Mango Sticky Rice yang terkenal |
 |
Pintu Gerbang Damnoen Saduak |
 |
Kedai Cenderahati |
Selepas berkumpul semula kami dibawa pula ke ELEPHANT VILLAGE yang berhampiran dengan pasar ini. Aku ingatkan besar sangat rupanya kawasan kecil je. pelancong terdapat dua pilihan iaitu memberi makan gajah di situ dengan satu bakul pisang berharga 100 baht dan juga riding kalau tak silap untuk adult sebanyak 250 baht. Tapi aku just tengok je, sejak dapat naik gajah kat Jaipur, India dulu memang dah tak rasa dah nak cuba. Jadi, kami tunggu jelah pelancong lain siap riding sebelum bertolak ke tempat lain.
 |
Feeding the Elephant |
 |
Riding the Elephant |
 |
Gambar dari kejauhan je |
 |
Jarak Riding dalam 25 minit je |
Seterusnya kami ke SNAKE TEMPLE, satu
tempat pertunjukan ular dengan terdapat 5 pertunjukan dengan harga
sebanyak 250 baht seorang. Ini pun kami tak masuk sebab tak berminat.
Tapi kawasan sekitarnya sangat unik dengan perabot dan barangan lama
yang menjadi deko di sini. Sekitar 30 minit seterusnya kami dibawa ke
destinasti terakhir iaitu kawasan kraf kayu sebelum berpecah kerana ada
kumpulan yang akan ke tempat lain manakala kumpulan yang membuat half
day tour akan dibawa semula ke Bangkok.
 |
Pintu Masuk |
 |
Ada resort dalam ni |
 |
Pelbagai Deko yang antik |
Sampai semula di hotel lebih kurang jam 2.00 petang, ambil peluang untuk solat Jamak dulu dan makan maggi yang dibawa untuk alas perut sebelum keluar semula mencari lunch. Dalam jam 4.00 petang aku keluar menuju ke MAE VAREE shop. Kenapa kedai ini? Sebab aku baca dari blog yang kedai ni menjual Mango Sticky Rice yang paling sedap kat Bangkok. Cara nak ke sana, dari MRT Phetchaburi - Sukhumvit then tukar ke BTS Asok - Thong Lo, ambil Exit 6 turun bawah jelan terus dan kemudian belok ke kiri kedai dia betul kat corner dan ada satu mangga besar kat depan. harga untuk 1 ialah 120 baht (RM12). Dah beli, kemudian meneruskan perjalanan menuju ke Usman Thai Restaurant, sebuah kedai halal untuk makan sebenarnya. Nak ke sini ambil semula BTS Thong Lo-Phrom Phong dan kemudian ambil exit menuju ke Imperial Queen's Park Hote, melalui Taman Benjasiri di sebelahnya dan restoran ini betul-betul di lorong bersebelahan hotel. Namun alangkah malangnya sebab keadaan yang lapar masa tu tetapi berakhir dengan kekecewaan sebab kedai tutup kerana hari Jumaat. Memang frust sangat sebab dah terbayang dah nak rasa tom yam lagi..huhu.
 |
Mangga Besar tu trademark kedai |
 |
Manggo Sticky Rice |
 |
Usman Thai (sebelah Imperial Park Hotel) |
Kemudian aku terpaksa mencari alternatif, ingat nak makan semula di Yana Restaurant tapi rasa nak cuba tempat lain. Jadi aku pun menuju ke sebuah lagi restoran iaitu Mak Yah Restoran dengan ambil BTS dari Phrom Phong-Ratchathewi, untuk sampai ke restoran ini kami perlu melintas di sebuah fly over dan kecewa sekali lagi sebab restoran ni pun tutup tapi nasib baik sebab ada lagi satu restoran kat sebelah iaitu Farida Fatornee yang buka. Tiada pilihan lain, aku pun menuju ke sini sebab review yang aku baca restoran ni agak kurang sedikit. Jadi terus order Nasi Goreng Tomyam dan Sirap Limau Soda. Selain goreng, ada juga dihidangkan nasi berlauk sebagai pilihan. rasa biasa jelah cuma dah nama Thailand memang penuh rencah tomyam dalam nasi tu.
 |
Mak Yah Restaurant (tutup hari Jumaat) |
 |
Farida Fatornee Restaurant |
|
|
|
 |
Nasi Goreng Tomyam (80 baht) |
Habis je makan, then aku berjalan kaki nak mencari Siam Centre, Siam Paragon dan Hard Rock Cafe. Rupanya tak jauh sangat pun berjalan dari restoran ke sini.Tak sampai 2km, dah boleh nampak MBK Centre dan kemudian di sebelahnya adalah SIAM CENTRE dan SIAM PARAGON yang sangat terkenal di Bangkok. Siam Paragon ni merupakan salah satu pusat membeli belah terkenal di Asia dan Siam Paragon ni adalah tempat the most Instagrammed place on the planet sebab tulah terkenal!Tapi memang sangat besar lah dua-dua mall ni. Untuk pengetahuan jugak Madam Tussaud yang terkenal tu berada di tingkat paling atas di Siam Centre ni tapi tak masuk lah just ambil gambar dengan Leonardo je kat depan tu, lagipun masa kat Hong Kong memang dah puas masuk dan tengok. Kalau nak pergi disarankan beli tiket online sebab boleh dapat kurang hampir 50-60% terutama kalau kita nak melawat sebelum jam 12 tengah hari. Sempat juga beli sepasang Crocs kat sini sebab ada diskaun sampai 30%. Kemudian, menuju pula ke Siam Paragon berbanding Siam Centre ni konsep Siam Paragon seperti Pavilion di Malaysia dipenuhi dengan butik-butik mewah sampaikan kedai kereta mewah pun ada ya di sini. Tapi just jalan jelah nak tengok keunikan tempat ni.
 |
MBK Centre |
 |
Madam Tussaud |
 |
Siam Paragon |
 |
Siam Centre |
|
Selepas itu, keluar dari Mall dan menuju ke Hard Rock Cafe yang terletak bertentangan tapi pada mulanya susah jugak nak cari sebab kena pergi ke lorong bertentangan baru nampak simbol HRC ni. Sebagai frequent traveller HRC memang jadi tempat wajib bagi aku sebab memang kumpul barangan shot glass, tshirt, magnet. Dulu kumpul bear tapi sebab susah nak bawak masa kat Europe terus stop kumpul. Sebagai member jugak, ada diskaun USD15 yang boleh guna. So, sign in je for free dan kumpul point dari point tu kita akan dapat diskaun. Sangat senang. Dah habis shopping seterusnya nak melihat sendiri kemeriahan Night Market di Bangkok iaitu di PATPONG NIGHT MARKET. Dari stesen BTS Siam - Sala Daeng dan turun saja kat bawah dan nampak kemeriahan night market sebelum ke satu lorong yang panjang iaitu Patpong ni. Memang sangat meriah dengan deretan kedai menjual pelbagai jenis souvenir tapi ambil peluang untuk lalu je dan tengok barangan yang ada sebab kebanyakan souvenir adalah sama je walaupun masa ku ke Chiang Mai sebelum ni. Cuma Patpong ni untuk makluman terkenal sebagai 'red light district' Bangkok. Kalau masa aku kat Amsterdam, memang betul ada red light district kerana kat sana industri pelacuran/seks ni merupakan industri yang dibenarkan, seperti juga di Thailand. Memang sepanjang jalan tu, ada je yang menawarkan untuk menonton 'show' dan juga deretan kelab yang kalau lalu sebelah pun boleh nampak apa kat dalam...hehehe Tapi lalu jelah kan. Dalam 1 jam dah keliling pasar ni ambil keputusan untuk balik semula hotel sebab badan pun dah penat. Sampai hotel sekali lagi makan maggi sebab perut pun lapar dan nak menghabiskan stok sebab esok pun dah nak check out.
 |
HRC |
 |
Pat Pong Night Market |
 |
Pat Pong Night Market |
No comments:
Post a Comment