Wednesday, 27 August 2014

ZOOM THAILAND 2014: Bangkok (Day 4)

Assalamualaikum,

Jumpa lagi di hari terakhir di Bangkok. So hari ni plannya sangat panjang lepas hari ni juga terpaksa check out dan lepas tu terus ke lapangan terbang. Jadi memang harini keluar dari hotel agak lewat sebab ada satu je tempat nak dituju. Sarapan pagi dan menghabiskan makanan roti yang dibeli, packing pun dah selesai semalam. Jam 10.30 pagi siap dah semuanya, terus keluar untuk check out hotel dan menuju ke Chatuchak Weekend Market. Pasar ni memang sangat terkenal di Bangkok dan kalau anda ke Bangkok memang tak sah kalau tak ke sana dan untuk makluman pasar ini hanya dibuka pada Sabtu dan Ahad sahaja ya. Untuk ke CHATUCAK WEEKEND MARKET ni, sangat mudah kerana ianya boleh dicapai menggunakan MRT/BTS. Oleh kerana aku duduk berdekatan dengan MRT Phetchaburi jadi jalan yang mudah menaiki MRT dari Phetchaburi-Kamphaeng Phat. Atau kalau anda menaiki BTS berhenti di Mo Chit (Sukhumvit Line).

Stesen MRT Kamphaeng Phat ni memang betul-betul berhenti di pasar Chatuchak ni. Keluar je dari MRT anda belok kiri terus dah masuk dalam market. Masuk je pasar ni, rasa sangat teruja sebab terasa panjang dan sangat besar ya. Pertamanya, aku masuk ke seksyen menjual pakaian/clothing line dari brand local iaitu dari designer-designer Thailand. Sangat menarik seksyen ni sebab banyak baju/tshirt yang mempunyai design yang unik, menarik dan trendy. Mula-mula je dah shopping baju dua helai dan harga juga berpatutan bermula dengan 150 baht (RM15). Kemudian, terus meneroka pasar  ini yang terlalu besar dan meriah. Seksyen terbahagi kepada beberapa bahagian seperti local designer, pakaian, jeans/rock, lukisan, cenderamata, kedai makanan dan banyak lagi. Tumpuan aku tentunya di bahagian local designer dan cenderahati. Anda juga boleh dapatkan map Pasar ini jika anda masuk di pintu masuk utama pasar atau boleh dimuat turun di sini.

Sesyen Local Designer

Seksyen Souvenir

Kucing/Puppy pun ada dijual

Cuaca mula membahang
Show Cute dari budak Comel ni

Aku tak target pun nak cari cenderahati yang banyak cuma biasalah nak cari fridge magnet yang merupakan benda wajib kalau setiap kali ke luar negara. harga biasa fridge magnet kat sini ialah 45baht (RM4.50) untuk satu. Tapi ada juga yang mencapai 95baht. Punyalah mahal. Last-last aku dapat juga beli dengan harga 27baht untuk satu lepas tawar menawar. Itupun sebab malas dah nak survey lagi dengan cuaca yang makin panas terus je beli sebab kebanyakan harganya sama. Badan dah penat, perut dah lapar terus nak cari makan. Aku memang dah target nak makan kat satu restoran halal kat sini iaitu Kak Jak Restaurant hasil kajian dari blog yang sangat berguna ni iaitu Lynn. Sebab ada beberapa restoran halal kat Chatuchak ni tapi mengikut review harga kat sini agak murah berbanding dengan lain. Sampai je, terjumpa pulak dengan Montel yang aku twit sebelum datang ke sini. Rezeki pulak nak jumpa dia so makan sekali lah. Aku order Nasi Goreng Kari Hijau dengan Pad Thai Shrimp dan Teh Ais Thailand yang terkenal. Rasa memang terbaik walaupun agak lambat servisnya sebab mungkin ramai orang. Kemudian berkenalan pulak dengan husband and wife dari Malaysia yang datang beli barang berniaga so memang borak sakanlah sebab dia pun peramah. Memang agak kagum dengan dia orang sebab dah  lama rupanya dia orang travel dan macam-macam pengalaman.

Menu Kak Jak
Montel
Nasi Goreng Kari Hijau
Pad Thai Shrimp
Habis je makan, pergi solat jamak di kawasan pasar. Pendek kata memang tak susah kalau Muslim di sini dengan kemudahan yang disediakan. Oh ya, untuk musalla ni betul-betul berhampiran Gate 1 dan jika anda ternampak TMB Bank lalu lorong sebelahnya dan akan jumpa dengan surau tersebut. Habis je solat, then terus sambung berjalan dan last sampai 7 tshirt aku beli sebab rambang mata sangat. Sampaikan bila dah turun MRT naik balik kedai sebab rasa cam rugi tak beli...hehe. Penangan sungguh pasar ni.

Orange Blended
Gerai Halal
Then lepas ke pasar ada banyak masa lagi ni sebab target untuk ke airport pada jam 9.00 malam. Aku terus menuju ke satu lagi mall yang terkenal iaitu TERMINAL 21. Untuk ke sini, hanya perlu naik semula MRT dan berhenti di stesen Sukhumvit. Mall ini betul-betul bersambung dengan stesen jadi sangat mudah diakses. Kenapa Terminal 21? Sebab dari review memang mall ni sangat unik kerana di setiap tingkat mempunyai tema yang berbeza. Masuk je memang sangat unik sebab konsep yang dibawa seperti lapangan terbang dengan ada area arrival dan departure. Kemudian di setiap tingkat ada tema berbeza seperti London, Istanbul, Tokyo, Rome, San Fransisco, Carribean dan pelbagai. Memang terasa seperti di negara tersebut. Contohnya, kalau kat London siap ada underground dan kalau di San Fransisco siap ada Golden Gate. Kat sini pun aku tershopping jugak membeli dua tracksuit...huhu.

Terminal 21
Istanbul
Paris
San Fransisco

London
Tokyo
Rome
Balik semula ke hotel, kemas barang dan refresh kan diri sebelum naik Airport Link dari Makassan-Suvarnabhumi. Sampai je, terus ke kaunter M untuk check in tapi diberitahu kaunter hanya dibuka pada jam 3.00 pagi. Turun semula ke Level 1 ke Food court untuk mencari makanan halal. Alhamdulillah, ada satu kedai makanan halal. Konsep food court ni anda kena beli kupon dahulu sebelum membuat pembelian tapi jangan risau sebab boleh refund semula kalau tak habis. Aku makan nasi with chicken curry tapi rasa biasa jelah tapi nak buat camna memang takda pilihan dan perut pun memang lapar nak tunggu beberapa jam lagi. Habis je makan terus ke Level 3 untuk ke Muslim Prayer Room untuk solat Jamak Isyak dan Alhamdulillah tandas berhampiran dengan Musalla ni mesra Muslim. Kenapa mesra muslim? sebab dalam tandasnya ada biget. Habis solat, tunggu kat dalam musalla sementara tunggu waktu check in. Nasib ada wi-fi free kat Suvarnabhumi ni.

Halal at Level 1 Suvarnabhumi
Jam 3.00 pagi terus ke kaunter check in dan alhamdulillah masih tak ramai orang lai. Lepas habis urusan check in terus je masuk dalam boarding area sebab malas nak beratur panjang di imigresen dan pemeriksaan beg. Memang sangat kosong airport masa ni, kedai pun tak bukak lagi. Pandangan aku, airport ni sangat besar dari Pintu A sampailah E. So, aku jalan dari hujung ke hujung sambil jamu mata dengan masuk ke kedai yang mula bukak. Untuk makluman dalam area ni pun ada makanan halal dan muslim prayer room. Sempat solat subuh sebelum ke boarding area. Alhamdulillah flight pun tak penuh dan tak delay. Jam 6.00pagi (local time), bertolak dari Bangkok dan sampai di KLIA pada jam 9.10 pagi. Berakhir ZOOM 2014 di Bangkok. Pandangan aku, aku akan datang lagi ke sini sebab kemudahan pengangkutan yang mudah dan paling penting antara best place untuk shopping baju-baju yang unik dan trendy.

Kaunter Check In
Boarding Area

Muslim Prayer Room Level 3
Insyaallah bersedia dengan next trip pada Oktober ini...ke mana?Nantikan....

No comments:

Post a Comment