Saturday 6 September 2014

ZOOM THAILAND 2014: Chiang Mai (Day 2)

Assalamualaikum,

Okay tanpa melengahkan masa terus sampai ke hari ke-2 di Chiang Mai. Harini, rakan-rakan yang lain akan sampai jam 9 pagi jadi kami check out hotel seawal jam 8.00 pagi untuk berjalan kaki ke STAR HOTEL, Chiang Mai. Jarak antara Lanna Thai ke hotel taklah jauh sangat tapi kesian jugaklah kat kakak-kakak yang lain kalau aku alhamdulillah dah biasa dah berjalan..hehe. Kebetulan pula, sampai je rombongan yang lain pun baru sampai. Apa lagi, kami jadi penyambut tetamu lah dengan beri buku program sekali.
Bilik Besar
Kemudian, terus check in untuk hotel ni Aku dapat sebilik dengan Haniff. Aktiviti seterusnya hanya akan bermula pada jam 12.00 tengah hari jadi ada masalah untuk berehat kat bilik kejap sebelum bertolak. Jam 12.00 tepat menaiki bas kami akan ke Universiti Chiang Mai. Namun sebelum tu, stop untuk makan tengah hari di RESTORAN RUAMMIT 1. Untuk makluman bermula hari ini perjalanan akan diuruskan oleh pakej yang telah ditempah semasa di Malaysia dengan bayaran RM600/seorang. Pakej termasuklah makan, hotel dan pengangkutan. jadi bawak duit untuk shopping jelah. Sekali lagi, makan makanan Thailand dengan Tomyam dan special ada kerabu Mangga harini. Memang sedap berbanding restoran yang semalam kami pergi. 

Ruammit Restoran 1
Pad Thai
Wefie sebelum makan

Habis je makan, kami bergerak ke MASJID HADAYATUL ISLAM BANHAW di Halal Street Hilal Town untuk solat Jamak Zohor dan Asar. Masjid ini rupanya dekat je dengan hotel yang kami duduk dan sangat besar serta menempatkan sekolah di kawasan atas. Selesai solat, cuaca pun sangat terik dan panas. 

Halal Street Hilal Town
Ruang Solat
Perkarangan Masjid
Kami bergerak ke UNIVERSITI CHIANG MAI untuk melawat Fakulti Komunikasi Massa mereka. Kehadiran kami disambut oleh Dekan serta pegawai dan kakitangan fakulti. Seterusnya kami dibawa ke bilik mesyuarat berkonsepkan terbuka untuk sesi taklimat dan tayangan video korporat. Fakulti ini menawarkan pelbagai kos berkaitan seperti journalism and printed media, broadcasting, new media, dramatic communication dan public relation. Apa yang menarik video yang ditayangkan adalah hasil kreativiti pelajar-pelajar multimedia di fakulti tersebut. Seterusnya kami dibawa untuk melawat ke green screen studio, stesen radio dan bilik berita fakulti.

Sesi Taklimat
Bilik Mesyuarat
Bilik Berita
Stesen Radio
Konti

Stesen Radio
Lanskap
Pintu Masuk Fakulti
Green Screen
Kemudian, kami dibawa untuk melawat ke kawasan sekitar Universiti Chiang Mai menaiki bas elektrik yang juga sebagai pengangkutan utama pelajar dalam kampus. Satu konsep yang menarik untuk membawa pelawat yang datang ke universiti serta mesra alam sekitar. Pemandu pelancong pula ialah kakitangan dari Language Institute yang fasih berbahasa Inggeris. Kawasan sekitar universiti agak besar dengan jumlah fakulti sebanyak 26 buah. Arca berbentuk gajah menjadi tarikan utama di sekitar kawasan universiti ini yang menjadi simbol dan logo bagi Universiti Chiang Mai. Pelbagai kemudahan disediakan kepada para pelajar di sini seperti kemudahan asas seperti hostel, bank, kedai makan berkonsepkan food court dan lain-lain lagi. Yang menariknya mereka sangat menekankan kepada aspek pembangunan sukan dengan menyediakan designated area untuk pelbagai jenis sukan seperti sepak takraw, bola tampar dan kemudahan gim yang sangat besar berhadapan dengan kompleks sukan universiti. 

Selain itu, seperti diceritakan oleh pemandu pelancong kami universiti ini juga sebenarnya menjadi tarikan para penggiat industri drama dan filem untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran. Baru-baru ini, ramai pelancong dari negara China yang datang untuk menyaksikan sendiri kawasan universiti yang telah dijadikan lokasi filem popular negara China berjudul Lost in Thailand. Antara tarikan yang telah kami lawati ialah sebuah tasik (reservoir) yang mempunyai pemandangan yang cantik, Sala Ang Kaew ( King’s Pagoda) dan Sala Dham Wall. Kami juga dimaklumkan bahawa sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah juga telah dibina di kawasan universiti khusus untuk pelajar-pelajar dari Fakulti pendidikan membuat praktikal di sini.
Student Centre
Kereta Elektrik
Tasik
Akhir sekali, kami dibawa ke Perpustakaan Utama universiti. Perpustakaan setinggi  5 tingkat ini mempunyai konsep yang menarik yang mungkin boleh diterapkan di universiti tempatan. Konsep CafĂ© dalam Perpustakaan antara contoh konsep yang sangat menarik di mana menjadikan perpustakaan bukan tempat yang bosan kepada pelajar. Pelajar boleh menelaah pelajaran atau mempunyai group discussion dalam bentuk yang lebih santai. Selain itu, pandangan pertama apabila melangkah ke perpustakaan ini adalah ia sangat mesra pelajar dan lari daripada konsep menjadikan perpustakaan itu sebagai tempat yang bosan. Ini kerana kaunter perkhidmatan pelanggannya yang sangat moden, mempunyai konsep pelajar boleh duduk belajar secara bersila, mempunyai bilik menonton seperti pawagam, bilik yang menempatkan koleksi khas buku-buku bekas pengarah universiti, koleksi DVD yang boleh disewa pelajar serta galeri artifak yang hanya dipamerkan secara terbuka di tingkat 5 menjadikan pelajar lebih mudah untuk mengaksesnya. 

Pintu Masuk Library
Cafe at Library
Pameran Songkhla
Ruang rehat di Cafe
Library
Bilik Audio
Buku The Malays History
Student dari Fakulti Bahasa Inggeris
King Pagoda
Selesai di Universiti Chiang Mai, masing-masing semua dah penat terus balik ke hotel untuk mandi dan solat sebelum turun semula untuk makan malam. Kali ini kami makan di sebuah restoran makanan india yang halal iaitu RESTORAN LE SPICE. Macam biasa, ada tom yam, ikan dan paling mencuri perhatian ialah green curry yang marvellous dan juga begedil!Memang terbaik restoran ni. Habis makan, dah kumpul tenaga kami terus keluar untuk shopping dan fokus kali ini adalah di Kalare Night Bazaar. Sempatlah jugak aku beli 'pelikat pants' dengan harga 2000 baht je. Memang murah dan cantik tapi lain-lain aku simpan dulu tunggulah hari last nanti baru beli. Lagi satu, kat Chiang Mai ni juga terkenal dengan jus buah aslinya. Apa lagi aku try Jus Mangga yang memang pure mangga ye dan sekali lagi Rotee Banana Coklat pulak..hehe. Esok hari yang panjang sebab akan ke Chiang Rai untuk tour sebab esok Hari Buruh kan public holiday!  

Pelbagai Jenis Jus Buahan
Mango Juice
Juadah Le Spice
Restoran Le Spice
WeFie first
Kalare Night Market
Banana Chocolate

No comments:

Post a Comment