Assalamualaikum,
Beralih ke hari ke-3 di Indonesia, kali ini masih bersiaran dari Bandung. Aktiviti hari ini cuma satu je iaitu shopping di PASAR BARU merangkap tujuan utama datang ke Indonesia iaitu membeli telekung untuk mak. Alasan sangat kan nak cari telekung sampai ke Indon padahal kat Malaysia pun berlambak je. Pagi dimulakan dengan menikmati sarapan pagi di restoran hotel. Memang meriah dengan makanan dan pelbagai jenis. Alhamdulillah, tak salah pilih Ibis ni cuma beberapa kemudahan masih belum dibuka kerana hotel ini sebenarnya baru je dibuka bulan Mac 2014. Nanti akan ada kemudahan seperti gym dan swimming pool. Jadi lepas je sarapan aku terus bergerak ke Pasar Baru. Untuk makluman, Pasar Baru merupakan gedung membeli-belah yang sangat terkenal di Bandung terutamanya orang Malaysia kerana menawarkan pelbagai barangan terutamanya kain ela, telekung dan sebagainya.
|
Hotel ke Pasar Baru |
|
Masjid Agung Bandung |
Aku ambil keputusan untuk jalan kaki saja ke Pasar Baru kerana berdasarkan peta jalannya dekat je. Untuk ke Pasar Baru, aku melalui juga MASJID AGUNG Bandung. Aku bertolak jam 9 pagi dan sampai di Pasar Baru lebih kurang jam 9.20 pagi. Dekat je pun. Bila sampai masih banyak kedai yang belum dibuka dan suasananya pun kurang sesak sangat. Memang dinasihatkan kalau nak datang ke Pasar Baru ni lebih baik datang di awal pagi sebab orang tak ramai sangat jadi kita boleh beli belah dengan selesa. Pasar Baru ni sangat besar dan kalau tak betul-betul boleh sesat juga sebab banyak Lantai (Tingkat). Perkara pertama yang aku buat ialah cari money changer sebab dari penceritaan blog tukar duit kat Indonesia ni lagi untung dari Malaysia jadi aku pun tak tukar banyak sangat lah di Malaysia. Tapi jangan lah percaya sangat blog tu sebab mahal ye tukar kat sini. Lebih baik tukar kat Malaysia je siap-siap cuma kalau terdesak bolehlah tukar kat Pasar Baru.
Cuma, sekarang ni kalau di Pasar Baru banyak kedai dah boleh guna kredit kad jadi takda masalah sangat sebab aku pun takut jugak nak bawak duit tunai banyak-banyak. Sampai di Pasar Baru ni sebenarnya rambang mata dan aku pun bukan jenis suka sangat shopping kat kawasan macam ni sebab? Aku ni memang jenis yang tak pandai untuk tawar menawar harga sebab tu aku cakap berkena je terus beli. Niat nak cari telekung sampai pula kat kedai jual kain ela. Aku nampak kedai tu letak kat patung sangatlah cantik. Terus beli beberapa helai untuk semua adik beradik perempuan dan anak saudara termasuklah mak. Harga dalam satu pasang RM30-40. Memang murah lah jugak dan pekedai tu kata kain jenis baru, so aku pun percaya dan terus beli. Kebetulan pulak, adik tu nak bawak kedai kawan dia jual telekong so memang aku terus tuju kat situ jelah. Rupa-rupanya memang kedai yang aku dah tengok sebelum tu. Malas nak fikir panjang terus je sambar untuk mak aku dua pasang dan lain-lain. Memang murahlah kalau kat Malaysia kain bagus ni dapat dalam RM90 tapi kat sini separuh harga. Fikir-fikir balik memang untung kalau buat business ni. Niat hati nak shopping kejap tapi bila dah tengok barang ralit sampai tengok jam dah pukul 11.00pagi. Memang kami terpaksa balik dengan lajunya sebab belum checkout lagi. Alhamdulillah sempat sampai sebelum jam 12 tengah hari dan hotel pula baik sebab bagi jam 1.00 baru check out so sempatlah packing barang yang beli tadi dan solat jamak dulu sebab senang nanti dah tunaikan kewajipan.
|
Kain Ela yang aku Beli |
|
Ni ha kedai telekung dengan harga berpatutan |
|
Suasana makin meriah |
Checkout jam 1.00 petang terus ke Stasiun dengan berjalan kaki. Rasa dekat pulak kalini sebab baru tau ada jalan dalam mall so tak lah panas sangat. Rancangannya untuk tinggal beg kat stasiun sebab train jam 4.15 petang dan ada masa sikit naklah ke pasar baru sekali lagi. Sekali, sampai di stasiun katanya khidmat simpan bagasi dah takda memang frust habislah sebab nak kena usung beg balik ke Pasar Baru yang sesak tu. Tapi sebab masih ada barang yang belum dibeli, gagah jugaklah ke sana. Sempat juga aku sambar 10 helai tudung untuk mak last-last minute punya shopping. Sebelum bertolak balik, singgah sekejap kat KARTIKA SARI untuk beli brownies yang terkenal tu. Lee pulak sempat beli mousse yang sangat murah dan juga pisang keju sebab orang kata kalau datang Indon tak sah tak makan benda ni.
|
Kartika Sari |
|
Deko dalam yang cantik |
|
Food court ada di atas |
|
Luas dan selesa |
|
Bersih |
|
Pisang Keju |
Train kami memang on time. Belum jam 4 dah sampai, sebab tak lunch maka kami pun order lah makanan dalam train saja nak cuba. Not bad jugaklah, harga pun standard je taklah mahal sangat. Sedap pulak tu. Aku pesan Nasi Goreng Ayam je. Dalam train, badan pun penat jadi lepas makan terus lelap tapi bagi aku train Argo ni okay dan bersih. Tandas pun okay jadi takda masalah kalau nak travel di Indon naik train.
|
Pramutraini |
|
Nasi Ayam Goreng |
|
Jembatan Merah |
Sampai kat Stasiun Gambir dalam jam 7.00 malam dan terus ambil teksi ke HARD ROCK CAFE Jakarta yang dah berpindah ke Jalan Jenderal Sudirman. Walaupun tak jauh sangat dari Stasiun Gambir tapi disebabkan macet kami hanya sampai ke HRC pada jam 9.30 malam ya! Dua jam ambil masa ditambah dengan driver teksi tu tak tau kat mana arahnya. Sampai je HRC terus beli barang yang dikehendaki, ambil gambar dan ke mall sebelahnya yang dah nak tutup. Kemudian satu lagi perkara haru yang jadi, masa nak balik ke hotel ambil teksi kena beratur panjang sangat dan lama ya. Bayangkan beratur jam 10.30 malam nak ambil teksi, dah dekat jam 12.00 malam baru dapat!Memang sangat tertekan masa tu dahlah baru sampai dari Bandung segala. Lepas sampai je hotel, turun bawah kat kedai makan maggi sekejap sebelum naik atas balik dan tidur.
|
Peta HRC |
|
HRC |
|
HRC |
|
HRC lagi |
|
Pacific Place Mall |
|
Pacific Place Mall |
|
Galeries Lafayette pun ada |
No comments:
Post a Comment