Assalamualaikum,
Okay tanpa melengahkan masa terus sampai ke hari ke-2 di Chiang Mai. Harini, rakan-rakan yang lain akan sampai jam 9 pagi jadi kami check out hotel seawal jam 8.00 pagi untuk berjalan kaki ke STAR HOTEL, Chiang Mai. Jarak antara Lanna Thai ke hotel taklah jauh sangat tapi kesian jugaklah kat kakak-kakak yang lain kalau aku alhamdulillah dah biasa dah berjalan..hehe. Kebetulan pula, sampai je rombongan yang lain pun baru sampai. Apa lagi, kami jadi penyambut tetamu lah dengan beri buku program sekali.
|
Bilik Besar |
Kemudian, terus check in untuk hotel ni Aku dapat sebilik dengan Haniff. Aktiviti seterusnya hanya akan bermula pada jam 12.00 tengah hari jadi ada masalah untuk berehat kat bilik kejap sebelum bertolak. Jam 12.00 tepat menaiki bas kami akan ke Universiti Chiang Mai. Namun sebelum tu, stop untuk makan tengah hari di RESTORAN RUAMMIT 1. Untuk makluman bermula hari ini perjalanan akan diuruskan oleh pakej yang telah ditempah semasa di Malaysia dengan bayaran RM600/seorang. Pakej termasuklah makan, hotel dan pengangkutan. jadi bawak duit untuk shopping jelah. Sekali lagi, makan makanan Thailand dengan Tomyam dan special ada kerabu Mangga harini. Memang sedap berbanding restoran yang semalam kami pergi.
|
Ruammit Restoran 1 |
|
Pad Thai |
|
Wefie sebelum makan |
Habis je makan, kami bergerak ke MASJID HADAYATUL ISLAM BANHAW di Halal Street Hilal Town untuk solat Jamak Zohor dan Asar. Masjid ini rupanya dekat je dengan hotel yang kami duduk dan sangat besar serta menempatkan sekolah di kawasan atas. Selesai solat, cuaca pun sangat terik dan panas.
|
Halal Street Hilal Town |
|
Ruang Solat |
|
Perkarangan Masjid |
Kami bergerak ke UNIVERSITI CHIANG MAI untuk melawat Fakulti Komunikasi Massa mereka. Kehadiran
kami disambut oleh Dekan serta pegawai dan kakitangan fakulti. Seterusnya kami
dibawa ke bilik mesyuarat berkonsepkan terbuka untuk sesi taklimat dan tayangan
video korporat. Fakulti ini menawarkan pelbagai kos berkaitan seperti journalism
and printed media, broadcasting, new media, dramatic
communication dan public relation. Apa yang menarik video yang
ditayangkan adalah hasil kreativiti pelajar-pelajar multimedia di fakulti
tersebut. Seterusnya kami dibawa untuk melawat ke green screen studio, stesen
radio dan bilik berita fakulti.
|
Sesi Taklimat |
|
Bilik Mesyuarat |
|
Bilik Berita |
|
Stesen Radio |
|
Konti |
|
Stesen Radio |
|
Lanskap |
|
Pintu Masuk Fakulti |
|
Green Screen |
Kemudian, kami dibawa untuk melawat ke kawasan sekitar
Universiti Chiang Mai menaiki bas elektrik yang juga sebagai pengangkutan utama
pelajar dalam kampus. Satu konsep yang menarik untuk membawa pelawat yang
datang ke universiti serta mesra alam sekitar. Pemandu pelancong pula ialah
kakitangan dari Language Institute yang fasih berbahasa Inggeris. Kawasan
sekitar universiti agak besar dengan jumlah fakulti sebanyak 26 buah. Arca
berbentuk gajah menjadi tarikan utama di sekitar kawasan universiti ini yang
menjadi simbol dan logo bagi Universiti Chiang Mai. Pelbagai kemudahan
disediakan kepada para pelajar di sini seperti kemudahan asas seperti hostel,
bank, kedai makan berkonsepkan food court dan lain-lain lagi. Yang
menariknya mereka sangat menekankan kepada aspek pembangunan sukan dengan
menyediakan designated area untuk pelbagai jenis sukan seperti sepak
takraw, bola tampar dan kemudahan gim yang sangat besar berhadapan dengan
kompleks sukan universiti.
Selain itu, seperti diceritakan oleh pemandu pelancong
kami universiti ini juga sebenarnya menjadi tarikan para penggiat industri
drama dan filem untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran. Baru-baru ini,
ramai pelancong dari negara China yang datang untuk menyaksikan sendiri kawasan
universiti yang telah dijadikan lokasi filem popular negara China berjudul Lost
in Thailand. Antara tarikan yang telah kami lawati ialah sebuah tasik
(reservoir) yang mempunyai pemandangan yang cantik, Sala Ang Kaew ( King’s
Pagoda) dan Sala Dham Wall. Kami juga dimaklumkan bahawa sebuah sekolah rendah
dan sekolah menengah juga telah dibina di kawasan universiti khusus untuk
pelajar-pelajar dari Fakulti pendidikan membuat praktikal di sini.
|
Student Centre |
|
Kereta Elektrik |
|
Tasik |
Akhir sekali, kami dibawa ke Perpustakaan Utama
universiti. Perpustakaan setinggi 5
tingkat ini mempunyai konsep yang menarik yang mungkin boleh diterapkan di
universiti tempatan. Konsep Café dalam Perpustakaan antara contoh konsep yang
sangat menarik di mana menjadikan perpustakaan bukan tempat yang bosan kepada
pelajar. Pelajar boleh menelaah pelajaran atau mempunyai group discussion
dalam bentuk yang lebih santai. Selain itu, pandangan pertama apabila melangkah
ke perpustakaan ini adalah ia sangat mesra pelajar dan lari daripada konsep
menjadikan perpustakaan itu sebagai tempat yang bosan. Ini kerana kaunter
perkhidmatan pelanggannya yang sangat moden, mempunyai konsep pelajar boleh
duduk belajar secara bersila, mempunyai bilik menonton seperti pawagam, bilik
yang menempatkan koleksi khas buku-buku bekas pengarah universiti, koleksi DVD
yang boleh disewa pelajar serta galeri artifak yang hanya dipamerkan secara
terbuka di tingkat 5 menjadikan pelajar lebih mudah untuk mengaksesnya.
|
Pintu Masuk Library |
|
Cafe at Library |
|
Pameran Songkhla |
|
Ruang rehat di Cafe |
|
Library |
|
Bilik Audio |
|
Buku The Malays History |
|
Student dari Fakulti Bahasa Inggeris |
|
King Pagoda |
Selesai di Universiti Chiang Mai, masing-masing semua dah penat terus balik ke hotel untuk mandi dan solat sebelum turun semula untuk makan malam. Kali ini kami makan di sebuah restoran makanan india yang halal iaitu RESTORAN LE SPICE. Macam biasa, ada tom yam, ikan dan paling mencuri perhatian ialah green curry yang marvellous dan juga begedil!Memang terbaik restoran ni. Habis makan, dah kumpul tenaga kami terus keluar untuk shopping dan fokus kali ini adalah di Kalare Night Bazaar. Sempatlah jugak aku beli 'pelikat pants' dengan harga 2000 baht je. Memang murah dan cantik tapi lain-lain aku simpan dulu tunggulah hari last nanti baru beli. Lagi satu, kat Chiang Mai ni juga terkenal dengan jus buah aslinya. Apa lagi aku try Jus Mangga yang memang pure mangga ye dan sekali lagi Rotee Banana Coklat pulak..hehe. Esok hari yang panjang sebab akan ke Chiang Rai untuk tour sebab esok Hari Buruh kan public holiday!
|
Pelbagai Jenis Jus Buahan |
|
Mango Juice |
|
Juadah Le Spice |
|
Restoran Le Spice |
|
WeFie first |
|
Kalare Night Market |
|
Banana Chocolate |