Saturday, 6 September 2014

ZOOM THAILAND 2014: Chiang Mai (Day 2)

Assalamualaikum,

Okay tanpa melengahkan masa terus sampai ke hari ke-2 di Chiang Mai. Harini, rakan-rakan yang lain akan sampai jam 9 pagi jadi kami check out hotel seawal jam 8.00 pagi untuk berjalan kaki ke STAR HOTEL, Chiang Mai. Jarak antara Lanna Thai ke hotel taklah jauh sangat tapi kesian jugaklah kat kakak-kakak yang lain kalau aku alhamdulillah dah biasa dah berjalan..hehe. Kebetulan pula, sampai je rombongan yang lain pun baru sampai. Apa lagi, kami jadi penyambut tetamu lah dengan beri buku program sekali.
Bilik Besar
Kemudian, terus check in untuk hotel ni Aku dapat sebilik dengan Haniff. Aktiviti seterusnya hanya akan bermula pada jam 12.00 tengah hari jadi ada masalah untuk berehat kat bilik kejap sebelum bertolak. Jam 12.00 tepat menaiki bas kami akan ke Universiti Chiang Mai. Namun sebelum tu, stop untuk makan tengah hari di RESTORAN RUAMMIT 1. Untuk makluman bermula hari ini perjalanan akan diuruskan oleh pakej yang telah ditempah semasa di Malaysia dengan bayaran RM600/seorang. Pakej termasuklah makan, hotel dan pengangkutan. jadi bawak duit untuk shopping jelah. Sekali lagi, makan makanan Thailand dengan Tomyam dan special ada kerabu Mangga harini. Memang sedap berbanding restoran yang semalam kami pergi. 

Ruammit Restoran 1
Pad Thai
Wefie sebelum makan

Habis je makan, kami bergerak ke MASJID HADAYATUL ISLAM BANHAW di Halal Street Hilal Town untuk solat Jamak Zohor dan Asar. Masjid ini rupanya dekat je dengan hotel yang kami duduk dan sangat besar serta menempatkan sekolah di kawasan atas. Selesai solat, cuaca pun sangat terik dan panas. 

Halal Street Hilal Town
Ruang Solat
Perkarangan Masjid
Kami bergerak ke UNIVERSITI CHIANG MAI untuk melawat Fakulti Komunikasi Massa mereka. Kehadiran kami disambut oleh Dekan serta pegawai dan kakitangan fakulti. Seterusnya kami dibawa ke bilik mesyuarat berkonsepkan terbuka untuk sesi taklimat dan tayangan video korporat. Fakulti ini menawarkan pelbagai kos berkaitan seperti journalism and printed media, broadcasting, new media, dramatic communication dan public relation. Apa yang menarik video yang ditayangkan adalah hasil kreativiti pelajar-pelajar multimedia di fakulti tersebut. Seterusnya kami dibawa untuk melawat ke green screen studio, stesen radio dan bilik berita fakulti.

Sesi Taklimat
Bilik Mesyuarat
Bilik Berita
Stesen Radio
Konti

Stesen Radio
Lanskap
Pintu Masuk Fakulti
Green Screen
Kemudian, kami dibawa untuk melawat ke kawasan sekitar Universiti Chiang Mai menaiki bas elektrik yang juga sebagai pengangkutan utama pelajar dalam kampus. Satu konsep yang menarik untuk membawa pelawat yang datang ke universiti serta mesra alam sekitar. Pemandu pelancong pula ialah kakitangan dari Language Institute yang fasih berbahasa Inggeris. Kawasan sekitar universiti agak besar dengan jumlah fakulti sebanyak 26 buah. Arca berbentuk gajah menjadi tarikan utama di sekitar kawasan universiti ini yang menjadi simbol dan logo bagi Universiti Chiang Mai. Pelbagai kemudahan disediakan kepada para pelajar di sini seperti kemudahan asas seperti hostel, bank, kedai makan berkonsepkan food court dan lain-lain lagi. Yang menariknya mereka sangat menekankan kepada aspek pembangunan sukan dengan menyediakan designated area untuk pelbagai jenis sukan seperti sepak takraw, bola tampar dan kemudahan gim yang sangat besar berhadapan dengan kompleks sukan universiti. 

Selain itu, seperti diceritakan oleh pemandu pelancong kami universiti ini juga sebenarnya menjadi tarikan para penggiat industri drama dan filem untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran. Baru-baru ini, ramai pelancong dari negara China yang datang untuk menyaksikan sendiri kawasan universiti yang telah dijadikan lokasi filem popular negara China berjudul Lost in Thailand. Antara tarikan yang telah kami lawati ialah sebuah tasik (reservoir) yang mempunyai pemandangan yang cantik, Sala Ang Kaew ( King’s Pagoda) dan Sala Dham Wall. Kami juga dimaklumkan bahawa sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah juga telah dibina di kawasan universiti khusus untuk pelajar-pelajar dari Fakulti pendidikan membuat praktikal di sini.
Student Centre
Kereta Elektrik
Tasik
Akhir sekali, kami dibawa ke Perpustakaan Utama universiti. Perpustakaan setinggi  5 tingkat ini mempunyai konsep yang menarik yang mungkin boleh diterapkan di universiti tempatan. Konsep Café dalam Perpustakaan antara contoh konsep yang sangat menarik di mana menjadikan perpustakaan bukan tempat yang bosan kepada pelajar. Pelajar boleh menelaah pelajaran atau mempunyai group discussion dalam bentuk yang lebih santai. Selain itu, pandangan pertama apabila melangkah ke perpustakaan ini adalah ia sangat mesra pelajar dan lari daripada konsep menjadikan perpustakaan itu sebagai tempat yang bosan. Ini kerana kaunter perkhidmatan pelanggannya yang sangat moden, mempunyai konsep pelajar boleh duduk belajar secara bersila, mempunyai bilik menonton seperti pawagam, bilik yang menempatkan koleksi khas buku-buku bekas pengarah universiti, koleksi DVD yang boleh disewa pelajar serta galeri artifak yang hanya dipamerkan secara terbuka di tingkat 5 menjadikan pelajar lebih mudah untuk mengaksesnya. 

Pintu Masuk Library
Cafe at Library
Pameran Songkhla
Ruang rehat di Cafe
Library
Bilik Audio
Buku The Malays History
Student dari Fakulti Bahasa Inggeris
King Pagoda
Selesai di Universiti Chiang Mai, masing-masing semua dah penat terus balik ke hotel untuk mandi dan solat sebelum turun semula untuk makan malam. Kali ini kami makan di sebuah restoran makanan india yang halal iaitu RESTORAN LE SPICE. Macam biasa, ada tom yam, ikan dan paling mencuri perhatian ialah green curry yang marvellous dan juga begedil!Memang terbaik restoran ni. Habis makan, dah kumpul tenaga kami terus keluar untuk shopping dan fokus kali ini adalah di Kalare Night Bazaar. Sempatlah jugak aku beli 'pelikat pants' dengan harga 2000 baht je. Memang murah dan cantik tapi lain-lain aku simpan dulu tunggulah hari last nanti baru beli. Lagi satu, kat Chiang Mai ni juga terkenal dengan jus buah aslinya. Apa lagi aku try Jus Mangga yang memang pure mangga ye dan sekali lagi Rotee Banana Coklat pulak..hehe. Esok hari yang panjang sebab akan ke Chiang Rai untuk tour sebab esok Hari Buruh kan public holiday!  

Pelbagai Jenis Jus Buahan
Mango Juice
Juadah Le Spice
Restoran Le Spice
WeFie first
Kalare Night Market
Banana Chocolate

ZOOM THAILAND 2014: Chiang Mai (Day 1)

Assalamualaikum,

Nampak tak kegigihan aku mengupdate post-post tertunggak ni. Haha....tak tau bile dapat habiskan post ni tapi aku cuba sebaik mungkin. Untuk kali ni, nak ceritakan sikit tentang trip aku ke Chiang Mai pada 29 April-3 Mei 2014. Sebenarnya, ini merupakan trip universiti iaitu Lawatan ke Universiti di Chiang Mai dalam Subjek Komunikasi Pembangunan. Tapi, biasalah takkan nak melawat Uni je sepanjang masa kan, mestilah ada waktu untuk melawat tempat menarik di Chiang Mai ni.

Sebenarnya, trip patut bermula pada 30 April 2014 tapi disebabkan nak kejar flight murah maka aku, Kak Ayu, Kak Ira dan Reen ambil flight pada 29 April iaitu sehari sebelumnya. Menaiki Air Asia pada jam 2.50 petang sebab Air Asia je flight direct ke Chiang Mai ni. Penerbangan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam dan kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai pada jam 4.25 petang (local time). Oleh kerana aku je yang dah biasa travel ni maka dah jadi tugas aku untuk aku buat research sedikit pasal Chiang Mai terutamanya untuk hari pertama ni sebab untuk hari ni kami kena urus pengangkutan dan hotel sendiri.

Penjaga 3 Dara
Kad Imigresen

Taxi Stand
Selepas je kaunter imigresen aku terus cari teksi di kaunter hadapan untuk ke LANNA THAI GUEST HOUSE. Dapat driver taksi yang baik (aku dah lupa nama dia). Dia offer untuk bawak kami trip pada mulanya pada hari lusa dengan bayaran yang bagus jugak, seorang dalam 1000baht (RM 100). Kami pun setuju untuk ambil dia siap dia tak ambil pun bayaran teksi tu sebab kami dah janji nak pergi dengan dia. Hotel ni bersebelahan dengan ANUSARN MARKET iaitu Pasar Malam yang sangat terkenal di Chiang Mai dan juga banyak makanan halal. Jadi lepas je sampai hotel, bersihkan diri dan solat kami keluar semula untuk ke Night Market di Chiang Mai. Night Market Chiang Mai merupakan tarikan utama di sini kerana ianya dibuka bermula pada jam 6.00 petang dan pada setiap hari. Kawasan memang luas dan panjang, paling penting pelbagai barangan dijual seperti kraftangan, tshirt, souvenirs, makanan dan pelbagai lagi tarikan.

Bilik yang besar di Lanna Thai

Kawasan Hadapan
Pintu Masuk
Keluar sikit dah sampai night market
Anusarn Market
Pintu Gerbang Anusarn Market
Aku sempat singgah membeli Banana Rotee kat sebuah gerai di sekitar Night Market. Kedai ni halal ya. Rasa macam roti canai kita tapi yalah bila makan kat negara lain, sedap pulak rasanya. 

Petang dah bukak
Banana Rotee
Hari pertama dihabiskan dengan survey apa yang nak beli sebab ada 4 hari lagi kat sini tapi kakak-kakak tu semua dah ada pun membeli takut terlupa nanti kedai mana. Aku memang asal niat bukan nak shopping pun sebab duit pun tak tukar banyak. Memang kami jalan je sampai KALAREE NIGHT BAZAAR, Main street dan pelbagai. Kaki pun dah penat kami cari restoran untuk makan. Aku ada baca review kat satu blog tentang ROUMMIT RESTORAN 2 ni. Katanya, food bagus dan rasa Siam dia lah. Jadi kami ambil keputusan untuk makan kat sini dengan of course main dish adalah Tom Yam, Telur dadar, Kailan ikan masin, sotong, ayam gajus dan nasi. rasa?Boleh tahanlah sebab perut pun dah lapar dan halal kan. Dijamu juga dengan pemandangan di hadapan restoran rupanya ada kelab 'paper doll' kat depan restoran ni. Memang meriahlah dengan aksi-aksi mereka. 


Kalaree Night Bazaar
The Plaza
Roummit 2 Restaurant
Tomyam
Kailan Ikan Masin
Ayam Gajus
Perut Dah Lapar
Telur Dadar

Sotong Kunyit
Habis je makan kemudian teman kakak-kakak ni untuk mengurut kaki. Untuk makluman di Chiang Mai ni memang sangat terkenal dengan massage dan sangat murah. Bayangkan kalau nak urut kaki dalam 150 baht (RM15) untuk 30 minit. Mana nak dapat kat Malaysia kan?. Cuma aku tak mengurut lah sebab memang tak suka..haha. Tengok jam dah pukul 12.00 tengah malam rupanya. Ambil keputusan untuk balik hotel sebab esok nak kena bangun awal dan checkout sebelum jumpa dengan geng yang lain di hotel yang lain pula.

Night Market semakin meriah
Urut Kaki Dulu