15.12.2007
Tanpa aku sedar setahun telah berlalu, arwah ayah meninggalkan kami. Rasa rindu sentiasa menebal, rindu dengan suara yang sentiasa mendoakan anaknya, rindu dengan wajah yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, rindu pada senyuman yang sentiasa terukir biar dilanda masalah, rindu dengan segala-galanya. Setahun juga melihat mak yang di luarnya senyuman, di dalamnya tangisan, aku tahu dia rindu namun hidup harus diteruskan. Ya Allah, amankanlah bapak di dalam liangnya, tidurkanlah dia, tempatkan dia di dalam syurgamu Ya Allah.Amin.Melewati setahun lagi tanpa seorang insan bergelar bapak.Al Fatihah.
Dance With My Father
Back when I was a child
Before Life removed all the innocence
My father would lift me high
And dance with my mother and me and then
Spin me around till I fell asleep
Then up the stairs he would carry me
And I knew for sure
I was loved
If I could get another chance
Another walk, another dance with him
I'd play a song that would never, ever end
How I'd love, love, love to dance with my father again
Ooh, ooh
When I and my mother would disagree
To get my way I would run from her to him
He'd make me laugh just to comfort me, yeah, yeah
Then finally make me do just what my mama said
Later that night when I was asleep
He left a dollar under my sheet
Never dreamed that he
Would be gone from me
If I could steal one final glance
One final step, one final dance with him
I'd play a song that would never, ever end
'Cause I'd love, love, love to dance with my father
again
Sometimes I'd listen outside her door
And I'd hear how momma would cry for him
I pray for her even more than me
I pray for her even more than me
Tuesday, 13 November 2007
Sunday, 4 November 2007
P Ramlee The Musicale:Tanda Aras Teater Melayu
Sudah lama aku beli tiket untuk menonton P Ramlee The Musical ni, rasa-rasanya masa a month before teater ni bermula sebab aku tau mesti sold out punya kalau beli lambat and betul kata aku, nasib baik aku dapat 3 tiket, aku, kak maz and lee. Kitaorang beli tiket RM80 sebab nak duduk depan sket, yelar barulah berbaloi kan, ala-ala beli RM50 duduk atas, tambah RM30 lagi dah boleh duduk bawah. So, kami bertolak dari Seri Kembangan jam 6.00pm, sampai kat Sungai Besi punyalah jam, aku pun tak tau sebab apa yelar jam 7.00pm kat sungai besi lagi, teater tu start jam 8.30pm. Tapi Alhamdulillah, sempat sampai Istana Budaya kul 7.45pm, solat dulu then jam 8.15 terus masuk dewansari walaupun perut masing-masing tengah lapar giler.So tempat duduk kitaorang H14,H15,H16 dan seperti yang ku jangka, tempat duduk memang happening, tengah-tengah dan depan, boleh rasa gegaran orkestra punya muzik dari situ.Lagi satu, sebab harini final show aku expect satu persembahan hebat dari semua sebab yelar last kan kena all out!!So persembahan bermula tepat 8.30 malam. Persembahan dimulakan dengan segmen prolog P Ramlee menikmati hari-hari terakhirnya bersama-sama Saloma di Kuala Lumpur sambil beliau mencipta lagu Air Mata di Kuala Lumpur. Seterusnya segmen kedua ketika zaman P Ramlee kanak-kanak di Pulau Pinang, P Ramlee(Syafie a.k.a Mukhsin), Sukardi (Emer My Starz LG) dan Azizah. Aku cukup terhibur dengan segmen ni, dengan propsnya yang hebat, lagu-lagu baru yang segar, kareografinya. Memang satu permulaan yang baik. Tak sangka Emer yang nampak penakut di Konsert My Starz dapat memberikan lakonan yang baik. Seterusnya segmen Fun Fair, pertama kali P Ramlee (Sean Ghazi)menyanyikan lagu Azizah dan kemunculan pertama Datin Seri Siti Nurhaliza sebagai Azizah. Lagu Azizah diguba mengikut style baru namun tetap segar dan yang bestnya lagu Mulanya Cinta nyanyian Siti!!Walaupun orang cakap lakonan Siti kaku tapi bagi aku ia adalah satu permulaan yang baik bagi Siti. Kemunculan Azizah walaupun sekejap tapi tetap memberi kesan. Jangan dilupa kemunculan watak B.S Rajhan pemilik Malay Filim Production ketika segmen di Fun Fair!!lagu yang dinyanyikan memang best!!Seterusnya segmen yang paling gempak!!Tiba-tiba keretapi lama muncul di DewanSari!!memang happening. Segmen menceritakan PRamlee akhirnya terpaksa ke Singapura bagi mengejar cita-citanya dan meninggalkan Azizah. Seterusnya segmen di Studio Jalan Ampas, menyaksikan bagaimana P Ramlee bermula sebagai clapper boy saja pada awalnya sebelum menjadi bintang terkenal di seluruh nusantara. Kemunculan Junaidah (Atilia), Junainah (Zeqhty Audition) dan bapaknya amat menarik!! Berkahwin dengan Junaidah atas bukan dasar cinta menyebabkan perkahwinan PRamlee goyah ditambah dengan rasa cemburu Junaidah tatkala PRamlee sedang menempuh zaman kemasyurannya menyebabkan mereka bercerai. Aku suka sangat dengan lagu Junaidah!!Seterusnya zaman beralih ke Shaw Brothers menyaksikan kemunculan Norizan (Melissa Saila) seorang permaisuri yang sanggup meninggalkan istana kerana cintanya kepada PRamlee. Memang berkesan lakonan Melissa Saila!!Dengan gaya orang kaya, memang nampak Norizan lonely kerana sering ditinggalkan P Ramle yang sibuk mengejar kerjayanya. Walaupun vokal Melissa agak kasar tapi sesuai dengan lagu yang dinyanyikannya. Seterusnya segmen P Ramlee bersama-sama Saloma (Liza Hanim). Bagi aku, Liza Hanim memang sangat sesuai menjadi Saloma and dialah yang paling best antara yang lain. Dengan suara yang merdu dan lakonan yang menjadi!!Liza You Rocks!!Aku paling suka masa segmen diaorang nyanyi lagu Gelora masa scene Seniman Bujang Lapok. memang kelakar and tak sangka Sean Ghazi pun boleh buat lawak!!Kemudian segmen perpisahan Singapura dengan Malaysia menyebabkan Shaw Brothers ditutup dan P Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur. Segmen terakhir melihat kembali P Ramlee dan Saloma di hari-hari terakhirnya, P Ramlee a.k.a Remy bertanya kepada Saloma adakah orang akan mengingatinya jika dia sudah tiada....yang pasti jawapannya ya, semua orang tak kira tua, muda semua mengagumi karya-karya hasil Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Akhirnya aku puas dengan teater ini. Satu lagi hasil hebat Enfiniti Productions. teater ini meletakkan satu lagi aras kepada teater melayu. Enfiniti juga menyebabkan masyarakat Malaysia yang satu ketika dulu memandang rendah kepada teater kembali untuk menyukai teater ini. Antara perkara yang aku kagum mengenai tetaer ini:
1) Propsnyer!!Tahniah Raja Malik!!Dengan keretapi, set di studio Jalan Ampas, Kereta milik P Ramlee, Studio Shaw Brothers dan The New World Hotel memang mengagumkan!!
2) Segmen P Ramlee menonton filemnya pertamanya Penarik Bheca di mana menyaksikan dua wanita dalam hidup P Ramlee Norizan dan Saloma saling berkonfrontasi dengan diri mereka.
3) Segmen P Ramlee mendapatkan inspirasinya dengan nama Azizah dalam hatinya.
4) Jangan dilupa kemunculan Infinatez sebagai paparazzi juga cool!!Aku suka lagunya
Teater yang best!!Aku menunggu kemunculan teater bermutu dari Istana Budaya lagi!!

Wednesday, 13 June 2007
Ladder 49-Satu Penghargaan buat mereka
Semalam baru ada kesempatan untuk aku menonton dvd-dvd yang berselerakan di bilik. Selama ni macam takder masa nak tengok, yelar balik keja dah penat then tengok-tengok selalu tak sempat setengah cerita aku dah terlelap. So, aku tonton cerita Ladder 49 lakonan John Travolta dan Joaquin Phoenix. Walaupun cerita ni dah lama and released 2004 , tapi well it's worth watching it. Cerita dia mudah, just nak tunjuk keberanian, pengorbanan ahli bomba dekat US sambil menyelami kehidupan dieorang sebagai normal people and fokus tentulah kepada Joaquin Phoenix. Actually i don't really like cerita yang berbentuk action ni, tapi Ladder 49 ni special sikit, maybe yalah masa kat DPA seminggu menyelami aktiviti Bomba then bila tengok cerita ni ianya seolah-olah close to me. Kenangan masa bomba pakai BA, pegang nozzle betul-betul membuai perasaan dan i learn a lot from this movie, tentang friendship, family and yang paling penting tentang career. Orang selalu kurang pandang kepada ahli bomba ni compare to police and army. Tengoklah bila gaji naik hanya untuk polis dan tentera saja tapi bukan untuk bomba. Tapi bila kita dah selami kerja bomba ni, seharusnya kita beri penghargaan kepada mereka. Mereka bertarung nyawa untuk selamatkan people yang terperangkap dalam kebakaran. Bukan saja masa kebakaran tapi accident ker, orang lemas ker kita panggil bomba jugak. Mereka akan buat apa sahaja kerana yang paling penting bagi mereka ianya berbaloi kerana berjaya selamatkan orang
Thursday, 7 June 2007
Al fatihah-Abdul Salam Abdul Rahman
Armed men attack guests at wedding do (Keratan berita dari The Star, 4 Jun 2007)
By FARIK ZOLKEPLI
JOHOR BARU: It was supposed to be a happy occasion for guests attending a wedding ceremony in Permas Jaya here but instead 20 of them ended up being injured when they were attacked by a group of men armed with parangs and steel rods.
The commotion started when a man in his 20s, believed to be the ex-boyfriend of the bride, created a ruckus as he arrived at the reception in Jalan Permas 2 on Saturday.
Suddenly 14 men armed with parangs and steel rods arrived in three cars and started attacking the guests outside the house. The bride, groom and their family members managed to dash into the house.
The attackers left after 15 minutes.
Johor Baru (South) OCPD Asst Comm Shafie Ismail said the guests only suffered minor cuts and bruises.
He also said three hours later, a group of men in two cars from the bride's party, went to a house in Jalan Permas 8 – believed to be the home of one of the attackers and broke windows and other structures.
ACP Shafie said these men also set a Proton Wira ablaze and broke the windows of another vehicle at a house nearby.
“We have identified the people involved in both incidents,” he said.
Meanwhile, in an unrelated incident, police discovered the body of a 56-year-old man in Pantai Lido yesterday.
ACP Shafie said the body of Abdul Salam Abdul Rahman was discovered by police at about 12.30pm in front of Sultanah Aminah Hospital.
“Initial investigations revealed that he had a stroke two days ago,” he said.
He urged anyone with information to contact the police hotline at 07-2212999 or the nearest police station.
Terkejut!memang terkejut!Abang ipar aku (suami kakak aku yang sulung) meninggal dunia pada 3 Jun 2007 seminggu selepas meraikan perkahwinan anaknya yang sulung (anak sedara aku). Aku menerima panggilan telefon dari mak pada hari kejadian. Ketika itu aku berada di Penang atas hal kerja. mak aku dengan teresak-esak menangis memberitahuku abang iparku sudah tiada. Aku memang terkejut.Walaupun aku tahu yang arwah telah dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung dua hari sebelum tu, namun aku tidak menyangka pemergiannya kerana arwah pergi bukan disebabkan oleh penyakitnya. Rasa sedih memang bersarang kerana tidak sampai seminggu aku bertemu dengan arwah dan melihat arwah gembira sekali atas perkahwinan anaknya yang sulung. Dan belum pun setahun kakak aku kehilangan ayahnya dan kini terpaksa menerima hakikat bahawa dia kehilangan pula suaminya. Ujian dari Allah memang berat namun kita perlu menghadapinya. takziah buat kakakku dan anak saudaraku. Kita bersama-sama hadapi kehidupan ini dengan lebih tabah. Al fatihah buat Arwah Abdul Salam bin Abdul Rahman.
P5270821_4
kakak kakak aku, anak saudara aku dan isteri, arwah abang ipar aku ketika Majlis Perkahwinan anak saudara aku (27 Mei 2007)

Monday, 26 February 2007
Dugaan itu sememangnya berat.....
Aku tidak tahu kepada siapa ingin aku adu, aku tidak mahu dikatakan menagih simpati tapi inilah hakikatnya. Aku perlu meluah rasa agar segala yang terbuku dapat dicurahkan. Kepada siapa hanya diri ini yang memahami segala. Hari khamis yang lepas aku pulang ke Johor buat pertama kalinya selepas ketiadaan bapak.Tanpa sedar sudah hampir 40 hari bapak tiada. Sepanjang perjalanan balik, aku asyik mengelamun. Rasa sedih mula bersarang memikirkan bapak benar-benar telah tiada. Siapa yang ingin mengambil aku lagi di perhentian Bandar Baru Uda. Jika sebelum ini kereta Wira WGV 8448 lah yang sentiasa setia menunggu anak bongsunya ini pulang tapi kini tiada lagi. Sampai di rumah mak telah menunggu. Kali ini dia keseorangan. Aku tak mampu menatap wajah mak. Biarpun dia cuba untuk menyembunyikan kesedihannya tetapi jelas tergambar kesunyian. Jika dulu bapak setia menemani kini emak benar-benar keseorangan. Aku benar-benar tidak percaya yang kami hanya tinggal berdua pada malam itu. Air mata ini dengan mudah mengalir. Keesokan hari merupakan kenduri arwah bapak, jadi pagi-pagi lagi aku menemani mak untuk membeli barang keperluan. Hati benar-benar runtun melihat kenangan bapak yang tersimpan. Jika dulu segalanya dilakukan bapak tapi…Syukurlah ada hamba Allah yang bermurah hati untuk menaja hidangan makanan bagi kenduri malam itu. Selepas solat jumaat, aku dan mak pergi menziarah ‘rumah’ bapak. “Pak ae, aku datang dengan anak mu lanang” (Pak, aku datang dengan anak lelakimu) Hati aku benar-benar tersentuh mendengar kata-kata mak apalagi dengan nadanya yang sebak. Pak, le’an datang dengan mak ni. Le’an sedih pak mak tinggal sorang-sorang. Kalaulah bapak boleh mendengar di ‘rumahnya’. Aku dan mak bersama-sama membacakan yasin dan tahlil buat bapak. Semoga bapak sentiasa tenang di sisiNya. Selepas itu aku dan mak terus ke rumah abangku untuk melawat anak-anak saudara yang sememangnya aku rindui. Melihat wajah Aiman, Imran dan Irfan segera terbayang wajah bapak. Kalau dulu bapaklah yang akan mengambil dan menghantar mereka ke sekolah. Kini sudah tidak lagi malah mereka jarang-jarang menjengah rumah di Uda.Air mata aku seka, biarpun di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kenduri pada malam itu berlangsung dengan sempurna. Namun ianya sudah tidak sama. Melihat wajah mak dan adik beradik yang lain, semuanya kosong dan bila kenduri tamat, hanya tinggal aku, mak dan kak Na yang mengemas segalanya. Benar-benar aku rasakan bapak sudah tidak ada. Hari Ahad, aku ingin pulang semula ke Kuala Lumpur biar hati ini terlalu berat untuk meninggalkan mak namun tuntutan kerja aku terpaksa. Kalau dulu mak dan bapak yang akan menghantar aku ke stesyen bas tapi kini....sekali lagi hati aku sedih. Air mata sudah tidak mampu aku bendung. Melihat rumah yang akan aku tinggalkan, rumah ini memang benar-benar sunyi. Aku tinggalkan mak dengan seribu rasa kesedihan. Kenangan bapak terlalu banyak.Tak tahu sampai bila aku akan terus begini. Rasanya bapak masih ada bersama. Rasanya sudah tidak mampu untuk meneruskan hidup ini tapi aku perlu tabah demi mak. Bapak le’an janji le’an akan jaga mak, le’an akan tabah demi mak, le’an rindu sangat-sangat dengan bapak, le’an sedih pak mak tinggal sorang-sorang, sapa nak ambik le’an lagi pak, sapa nak betulkan kereta le’an kalau rosak nanti.... Ya Allah dugaanMU itu sememangnya amat berat.........Al Fatihah untuk Haji Othman Bin Saiman.
Tuesday, 23 January 2007
ANUGERAH JUARA LAGU KE 21: SURATAN ATAU KEBETULAN?
Anugerah Juara Lagu ke-21 baru sahaja melabuhkan tiranya menjadi majlis anugerah pertama yang diadakan pada tahun ini. Terasa gatal tangan ini untuk mengulas sesuatu tentangnya. Sebelum itu, inilah keputusannya:
Juara Lagu 21
Lagu: Terlalu Istimewa
Penyanyi: Adibah Noor
Komposer: Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik: Adibah Noor
Terlaluistimewa
Juara Irama Malaysia & Etnik Kreatif
Lagu: Warkah Buat Laila
Penyanyi : Zahid
Komposer : Ayob Ibrahim
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Warkahbuatlaila
Juara Pop Rock
Lagu: Juwita Citra Terindah
Penyanyi : M Nasir
Komposer : M Nasir
Penulis Lirik : M Nasir
Juwitacitraterindah
Juara Balada
Lagu : Terlalu Istimewa
Penyanyi: Adibah Noor
Komposer: Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik: Adibah Noor
Terlaluistimewa
Vokal Terbaik
Lagu : Terlalu Istimewa
Penyanyi : Adibah Noor
Terlaluistimewa
Persembahan Terbaik
Lagu : Mungkir Bahagia
Penyanyi : Hazami
Mungkirbahagia
Secara keseluruhannya, keputusan kali ini ‘menyenangkan’ semua. Ramai penganalisis dan peminat meramalkan Terlalu Istimewa akan menang besar biarpun menerima saingan daripada lagu Warkah Buat laila kerana lagu runut bunyi filem Qaisy dan Laila ini pernah memenangi Lagu Terbaik AIM 2006 dan Lagu Tema Terbaik Festival Filem Asia Pasifik. Bagi aku, sedikit kecewa bila Warkah Buat Laila tidak menggondol anugerah Juara Lagu ke-21. Naskhah lagu ini agak sempurna. Dengan iramanya yang fusion ditambah lirik yang baik sememangnya lagu ini merupakan pakej yang lengkap untuk memenangi anugerah ini. Terlalu Istimewa juga lagu yang baik cuma bagi aku ianya adalah lagu balada yang tipikal. Berbeza dengan Warkah Buat Laila yang iramanya adalah satu irama yang agak berlainan dan rasanya ia menepati tema rentak Dunia, Rentak Kita yang diperkenalkan. Menurut juri lagu ini dipilih kerana ianya pakej yang lengkap kerana penyampaian penyanyinya. Bagi aku Zahid juga tidak kurang hebatnya. Lenggok etniknya sememangnya berbeza daripada apa yang disajikan Zahid dalam lagu Wo dan Milikmu. Versatiliti Zahid ini agaknya tidak dipandang oleh juri. Kehadiran juri dari Media Prima@TV3 agak mengelirukan. Mungkin TV3 ingin melihat artis mereka diangkat. Bukankah Adibah Noor artis yang selalu berlakon dalam iklan TV3? Dan Zahid? Artis Akademi Fantasia 2, terbitan Astro dan pesaing kuat TV3. Penyertaan Senario dalam AJL juga boleh dipertikaikan sedangkan banyak lagi lagu Irama Malaysia yang baik dalam separuh akhir lalu. Begitu juga pada tahun lepas kemenangan Jacyln Victor yang kontroversi. Jac juga artis keluaran Media Prima menerusi rancangan Malaysian Idol dimana pada AJL kali itu ramai pihak meramalkan Aduh Saliha nyanyian Mawi artis Astro akan menang. Anugerah Skrin yang dianjurkan TV3 pula melihat filem Buli Balik terbitan Grand Brilliance, anak syarikat TV3 menjadi Filem Terbaik. Mungkinkah ini suratan atau kebetulan? Kategori persembahan terbaik pula memang sudah dijangka. Hazami sekali lagi membawa anak-anak didiknya untuk memeriahkan pentas AJL dan sememangnya berbaloi. Siapa kata lagu balada tidak boleh menang persembahan terbaik. Persembahan pantomin yang dibawa ditambah penghayatan Hazami menyanyikan Mungkir Bahagia sememangnya amat baik. Bagi kategori Pop Rock aku tidak mempunyai masalah kerana M Nasir memang layak untuk menang, jika tidak Juwita Lagu Jiwa Lagu Cinta juga karya yang baik. Vokal terbaik pula tidak boleh dipertikaikan. Kredibiliti Adibah dalam membawakan lagu Terlalu Istimewa membuka mata semua pihak. AJL 21 telah berlalu dan semoga industri muzik Malaysia akan terus bertambah maju.

Thursday, 11 January 2007
Ayah
Sudah lama rasanya tangan ini tidak menulis sesuatu di 'prasasti seni' ini...selama 6 bulan berkelana di Intan Bukit Kiara, terlalu banyak peristiwa suka, duka, pahit manis disimpan. Perjalanan kursus Diploma Pengurusan Awam bermula 10 Julai 2006 sehingga 5 Januari 2007 akan menjadi satu catatan sejarah yang akan dikenang sehingga akhirnya. Perjalanan kursus yang membawa pelbagai kisah. Namun apa yang lebih penting bagaimana aku mengharunginya. Alhamdulillah biar segala cabaran melanda diri ini tidak pernah goyah biar satu ketika hampir pasrah dengan kehendak Takdir. Aku tidak pernah ingin menolak kehendakNya namun pernah terfikir kenapa secepat itu. Kenapa ianya terjadi tatkala aku terlalu sibuk dengan pelbagai modul dalam kursus ini. Kenapa ianya terjadi tatkala aku baru ingin memberikan kesenangan kepadanya. Tarikh 15 Disember 2006 akan aku kenang sampai bila-bila. Ayahanda kesayanganku Haji Othman Bin Hj Saima telah kembali ke rahmatullah tatkala aku sedang sibuk menyiapkan tugasan kampungku. Namun, Alhamdulillah Tuhan ingin mengerakkan segalanya, aku sempat menatap wajah bapak ketika saat-saat akhirnya. Walaupun diri terlalu sebak namun aku gagahkan jua, saat-saat akhirnya hampir pasti, tak mungkin aku ingin melepaskannya walau sesaat. Kesedihan aku bertambah melihat wajah mak yang senantiasa setia menjaga bapak, makan, minum, segalanya diurus oleh mak biar bapak sudah tidak mampu untuk menyuapkan sesuatu. Seminggu sebelum kehilangannya aku sempat untuk pulang ke rumah. memang terasa mungkin ini minggu terakhir aku dapat berjumpa dengan bapak. Cuti hanya selama 3 hari memang tidak sempat untuk bersama-samanya ketika saat akhir itu namun apakan daya aku terpaksa balik ke Intan kembali meneruskan perjalanan kursus namun panggilan dari kakak di Bangi pada hari Rabu jam 11.00 malam memang tidak dapat aku tolak. Hati makin sebak, mendengar kata-kata kakak 'bapak dah nazak'. sepanjang perjalanan ke Johor hati aku diselubungi pertanyaan, bagaimana keadaannya kalau bapak dah takda? dalam masa yang sama aku masih berdoa agar bapak akan sembuh. baru 24 tahun aku bersamanya, rasanya masih tidak puas. Namun takdir penentu segala, tepat jam 2.20 pagi 15 Disember 2006, hari Jumaat penghulu segala hari bapak telah kembali ke rahmatullah. Aku yang tertidur sebelum itu tiba-tiba terjaga dan diberitahu 'bapak dah takda'. Alhamdulillah aku dapat menerimanya dengan redha biarpun air mata terus laju membasahi. tidak sanggup melihat wajah mak dan adik-beradikku yang lain. Alhamdulillah penantian selama 3 hari berakhir, tidak sanggup melihat bapak dalam keadaan begitu. Allah teramat sayang kepadanya. Alhamdulillah aku dan abang menjadi anak lelaki yang menguruskannya dari urusan mandi, sembahyang sehingalah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif. Cuaca yang tiba-tiba redup sewaktu urusan pengebumian menguatkan hati aku yang kepergiannya perlu diredhai. Satu episod duka telah aku lalui, tak aku sangka angan-anganku untuk bersama-sama mak dan bapak selepas ini hanya tinggal kenangan. Biar bapak tidak banyak bercakap namun dialah pengurus segalanya sehingga kereta rosak pun aku panggil bapak dan dialah yang akan menyelesaikan segala biar telah dimamah usia, bapak tetap kuat demi anak-anaknya. Kenangan bersama bapak terlalu banyak dan akan aku abadikan dalam sudut hati. hanya doa dan kiriman al-fatihah akan sentiasa aku berikan buat bapak. Aku harap mak akan tabah dalam mengharungi hidup yang bakal mendatang. Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan salam takziah kepadaku. Aku tau mereka tak ingin melihat aku bersedih. Terima kasih terutamanya kepada rakan-rakan DPA ku terutamanya rakan sebilikku, Lee dan Nizam yang sentiasa memberikan sokongan. Kehadiran kalian mengubati sedikit duka dalam hati ini. Terima kasih semua. Al Fatihah untuk Hj Othman Bin Hj Saiman.....
Subscribe to:
Posts (Atom)