Wednesday 6 July 2011

Review Filem 7/2011

Untuk filem seterusnya adalah filem yang sangat ditunggu-tunggu untuk ditonton iaitu X-Men: First Class. Kali ni kami tengok di GSC One Utama jam 12.00tghari hari Sabtu. Gigih jugak lepas berkejar dari Mont Kiara membeli JR Pass. Nasib tak terlepas walau seminit pun ceritanya..heheheh...



X Men: First Class ni adalah prekuel kepada movie X Men sebelum ni. Ianya mengisahkan tentang dua watak utama iaitu Professor X iaitu Charles dan Magneto atau Erik. Bagaimana Charles jadi lumpuh, bagaimana Charles kenal Erik, bagaimana Erik jadi sangat jahat, sejarahnya di samping watak-watak mutan lain seperti Mystique, Beast dan macam-macam lagi. Sedikit sinopsis dari www.iawani.com:-

Sebelum kedua-duanya bermusuhan (juga sebelum Professor X menjadi botak) Professor X dan Magneto pernah menjadi kawan rapat ketika di usia muda mereka. Nama sebenar Professor X adalah Charles Xavier manakala nama sebenar Magneto adalah Erik Lehnsherr. Perbalahan mula bercetus apabila kedua-dua mereka bertelagah ketika sedang berusaha menyelamatkan bumi dari serangan bom nuklear yang menyerang bumi.

Bom nuklear tercetus angkara perbuatan jahat Hellfire Club, iaitu musuh kepada Charles Xavier, Erik Lehnsherr serta rakan-rakan mutan mereka. Pada usia muda, kedua-dua mereka sudah menjalin persahabatan dengan beberapa orang mutan lain yang turut mempunyai kuasa luar biasa. Setelah berbalah, Charles Xavier menubuhkan X-Men manakala Erik Lehnsherr menubuhkan Broterhood Of Mutants lalu menukar namanya kepada Magneto.

Bermula dari situlah, X-Men dan Brotherhood Of Mutants saling berbalah antara satu-sama lain. Pantang berjumpa, confirm bergaduh!


Bagi aku, movie ni sangat BEST compare to any other X-Men movies yang lain. Sebab dari segi jalan cerita, CGI dan pelakon-pelakon yang best!Pendek kata tengok movie ni tak sedar waktu berlalu sebab nak fokus on how sejarah Prof X dan Magneto tu. Bab CGI yang best masa Magneto tarik kapal selam penjahat yang sangat real!Antara movie musim panas yang perlu ditonton! Rating 5/5 bintang!

No comments:

Post a Comment