Wednesday 6 July 2011

Review Filem 6/2011

Okay..lama tak update..huhu...sibuk sangat 3 minggu kebelakangan ni, dengan penempatan kampung dan projek ZOOM yang akan diceritakan nanti. Sebelum tu sempat lagi buat aktiviti tengok wayang ni, so akan diceritakan dulu review untuk movie yang seterusnya iaitu SUPER 8... kalau tak tau ni haa poster cerita die.



Sebab apa saya tengok movie ni..1. Pengarah die adalah JJ. Abrams iaitu pengarah cerita CloverField, Star Trek, Mission Impossible 3 dan siri Alias. 2. Penerbit bersama adalah Steven Spielberg yang tak perlu introduce lagi 3. Trailer movie ni sangat menarik

So, dengan Lee dan Nizam kami pun tengok movie ni di Alamanda. Basically cerita mengisahkan tentang:-

"Super 8 bukanlah filem mengenai 8 orang super hero, sebaliknya Super 8 adalah sebuah filem mengisahkan kejadian pelik pada tahun 1979 yang dirakam secara tidak sengaja oleh dua orang remaja menggunakan kamera lama dilengkapi filem plastik dari jenis Super 8. Filem kamera jenis Super 8 adalah gulungan filem plastik untuk kamera kecil ala-ala handycam zaman dulu-dulu. Kamera jenis ini popular pada zaman 90-an sebelum kemunculan handycam digital.

Dua remaja itu adalah Jackson Lamb dan Alice Dainard. Tatkala sedang seronok membikin filem sendiri untuk koleksi peribadi mereka, Jackson dan Alice terkejut menyaksikan pelanggaran dua buah keretapi yang bertembung di sebuah landasan berhampiran tempat mereka berada ketika itu. Terfana oleh kejadian tersebut, kedua-dua mereka menghampiri tempat kejadian sambil merakamkan kesemua yang dilihat oleh mereka.

Selepas kejadian pelanggaran kedua-dua keretapi yang disaksikan oleh Jackson dan Alice, pelbagai peristiwa pelik muncul satu-persatu, termasuklah kehilangan beberapa orang penduduk yang menetap di tempat tinggal mereka. Setelah disiasat, kehilangan penduduk kini dikaitkan pula dengan aktiviti penculikan oleh makhluk asing dan kehadiran makhluk asing tersebut di kawasan berdekatan." (sinopsis diambil dari www.iawani.com)

Basically, cerita die macam lebih kurang ET + War of The Worlds + Cloverfield. Agak scary sebab dia sembunyikan wajah Alien tu dan yang menarik adalah sebab pelakon kanak-kanak die yang memberikan lakonan yang best menjadikan cerita ni lebih berbentuk action-comedy. Walaupun boleh dijangka penyudahnya, Super 8 adalah typikal Hollywood-Alien filem namun tetap best untuk ditonton. rating 3.5/5 bintang!

No comments:

Post a Comment