Thursday, 31 December 2009

Selamat Tahun Baru 2010!



Sedar tak sedar dah setahun berlalu dan Tahun Baru datang lagi..sedar tak sedar 10 tahun dah berlalu dalam dekad tahun 2000 ni, banyak benda suka dan duka berlaku yang kalau nak dicerita tak termuat dalam blog ni antaranya:-

i) dapat posting baru ke Labuan pada Mei 2009 (sangat asing bagi aku)
ii) first time ke oversea Indonesia pada Jun 2009 (excited sangat)
iii)dapat beli rumah di Kajang

Apa yang aku harap kedatangan tahun 2010 akan membawa semua kebaikan dalam hidup ini, kerjaya, jodoh dan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.SELAMAT TAHUN BARU 2010!!

ZOOM SINGAPURA 2009







25 - 27 Disember 2009 : aku dan Lee ke Singapura bagi merealisasikan hasrat 'memenuhkan' cop di pasport yang ada 32 muka surat lagi!hehehe so antara destinasi luar negara yang paling terdekat ialah Singapura. kami ke singapura dengan kereta sebab lagi mudah walaupun masing-masing tak tau jalan sebenarnya tapi bak kata Nadia AF7: Redah je..alhamdulillah tiada masalah sepanjang percutian. Kami stay di Hotel 81; Palace yang terletak di Jalan Geylang dengan harga RM236 selama 2 hari. Keadaan hotel okay,bersih cuma agak sempit jelah tapi overall okay, dekat ngan kedai mamak halal yang menjadi tempat kami sarapan selama 3 hari berturut2!Antara tempat yang kami pergi seperti The Merlion, Fullerton Hotel (Kawasan bandar), Kampung Glam, Arab Street, Sentosa Island, Underwater World, Botanic Garden dan yang paling best shoppinglah kat ION Orchard, The Paragon, Vivo City, Bugis Street, Hard Rock dan lain-lain. Sebenarnya banyak tempat yang x dapat pergi lagi..next time lah kan..tapi apa yang menarik kat singapura ni sistem MRT dia yang efisin dan integrated..aku pujilah cuma ramainya orang kat sana, especially shopping complex yang memang semuanya penuh!!Next trip..BALI!!

Wednesday, 9 December 2009

Teater Natrah




5 Disember 2009 (Sabtu)

Berkesempatan menonton teater Natrah arahan Eirma Fatima di Istana Budaya. Aku memang minat cerita biografi camni, especially bila tengok senarai pelakon hebat apalagi...beli tiket 53inggit dapat seat tiga dari depan, ditambah dengan takda orkestra makanya memang jelas betullah...Kesimpulan yang aku dapat bagi melalui teater ni...

Part paling suka
i. Masa 3 watak natrah, Che Aminah ngan Adeline bermonolog berselang seli, kita tak boleh salahkan adeline untuk tuntut hak dia sebagai ibu, dalam masa yang sama kita jugak simpati dengan che aminah yang takut natrah akan kembali ke kristian

ii. babak di Mahkamah memang menaikkan semangat

iii. Watak harun yang sangat kiut!

Part biasa

i. masa mansor adabi dengan natrah tengah bercinta..agak meleret sikit

ii. Remy Ishak macam biasa ja..

iii. Macam tak sesuai maya bawak natrah walaupun lakonan ok..

So, kesimpulan akhir Natrah worth to watch dan REMARKABLE!so u guys have to go untuk tengok cita ni....

Saturday, 28 November 2009

Mas Hazra Wedding




10-11 Oktober 2009

Anak sedara aku selamat melansungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya,Redzuan... Majlis pernikahan berlangsung di Johor Bahru

24 Oktober 2009

Majlis persandingan sebelah lelaki di Gadong, Rembau Negeri Sembilan

31 Oktober 2009

Persandingan di Dewan Sivik MBPJ...

ZOOM Malaysia:Sabah Vol 1






20-22 November 2009 aku+Lee berkesempetan melawat sekitar Sabah..

20.11.09 - Kota Kinabalu + Tamparuli + Kundasang + Ranau + Kinabalu Park

tapi jalan agak berkabus sebab hujan tapi pemandangan sangat indah..Subhanallah

21.11.09 - Pulau Mamutik + Pulau Sapi + Pulau Manukan

Memang cantik snorkeling di pulau-pulau ni especially Pulau Sapi..dapat jumpa nemo!hehehe...ke Mabul pulaklah pas ni..

22.11.09 - Kota Kinabalu

Singgah sebentar di Jamilah Enterprise yang jual mutiara...

Friday, 28 August 2009

ZOOM INDONESIA 2009: Jakarta & Bandung

Hmm....lamanya tak menhapdate blog ni,maklumlah sibuk dengan keja..berjalan..tunggu flight..heheh so sementara nak menunggu flight balik ke JB ni, aku nak kongsi kisah percutian aku ke Indonesia pada 31 Julai 2009-4 Ogos 2009 haritu. Aku pergi ngan Lee, beli tiket dari Februari lagi dapat harga yang berpatutan, RM249 returns!!Naik MAS lagik ohkay!!heheh..pastu kitaorang cari package di Matta Fair dapat RM800 untuk hotel,makan,tips semua sekalilah untuk 5 hari 4 malam so memang takkan pikir apa kecuali duit untuk shopping jek.. so aku mula dengan hari pertamalah..

31/7/09 (Jumaat)

Aku sampai ke KL sejak hari Selasa coz ada Kursus Manual Aset kat PD so kebetulan habis hari Khamis terus stay di KL. Flight ke Jakarta jam 8.40pm..menyesal tak ambil awal lagik, dah rugi satu hari tapi pagi tu sempat ke PC Fair kat KLCC dan aku sempat terbeli kamera SLR Canon kat situ (huhuhu)..then pas ke PC Fair kami bertolak ke airport lebih kurang jam 4.00 naik ERL coz international flight kan kena 2 jam..(first time nak ke obersea ni!!)..sampai di airport terus check in dan flight kami rupanya di G jek..so tak dapatlah naik aerotrain!dengan gigih sementara nak tunggu flight lagi 2 jam kami pun ke Blok C untuk berlagak konon nak pergi jauh..sempatlah shopping (beli minyak wangi lah pulok) dengan dinner di Burger King...flight delay jam 9 lebey baru bertolak.Perjalanan ke Jakarta hanya ambil masa satu jam jek, so sampai lebih kurang dalam jam 10pm.Sampai jek kami punya supir dan tourist guide dah menunggu. Nama supir Pak Tammy dan tourist guide namanya Alice. Kami terus dibawa ke Hotel untuk check in. Hotel kat Jakarta, newly open hotel namanya Triniti Hotel. Memang lawa hotel ni, moden style. First day takda apa-apa aktiviti so terus tidur untuk ke hari kedua.





1/8/09 (Sabtu)-Jakarta + Puncak

Bangun seawal jam 6.00 pagi sebab dah janji ngan alice jam 8.00 pagi nak bergerak ke Kota Jakarta. Sarapan di hotel (best jugak makanan dia), then terus bergerak ke Kota Lama Jakarta, banyak bangunan-bangunan menarik kat situ tapi untuk ambil gambar jelah. Ada Bangunan Pos Indonesia, Muzium dan etc..snappy gambar kat situ then terus bergerak ke Monas atau Monumen Nasional Indonesia..sama jugak, ambil-ambil gambar dan sempat melawat muzium di situ mengenai penubuhan Indonesia. Lepas tu terus bergerak ke bandar sebab kitaorang nak tengok Hotel JW Marriot ngan Ritz Carlton yang kena bom tu!!Masa time kitaorang pergi hotel tu dah dibuka semula setelah dua minggu ditutup akibat bom..Memang kawasan elit tapi tulah bawak kereta kat Jakarta ni memang kena berani sebab dengan 'macet' nye, dengan banyaknya rang berniaga tengah-tengah jalan tapi nasib kami dapat supir yang memang best!!then terus ke Mini Indonesia, kawasan yang menempatkan rumah-rumah di setiap daerah di Indonesia. Tak sempat melawat semua pun, kami cuma ke Rumah Jawa, Rumah Bali, Jogja, then Kemudian kami terus bergerak ke Puncak untuk ke Taman Safari. Bilang Alice kalau lambat nanti takut 'macet'. Perjalanan ke Puncak ambil masa selama 2 jam jugak so dalam perjalanan kmi lunch di sebuah restoran dengan Makanan Padang (lupa nama restoran tu)..aku tak pernah makanan padang ni tapi banyak betul lauk dia, then dia hidang dengan teh o tanpa gula..agak sedap jugak tapi aku tak trylah semua makanan dia. aku makan ayam jek..lepas lunch kami terus bergerak ke Taman Safari Indonesia!Memang tempat ni best..bayangkanlah, sambil bawa kereta tu kita boleh bagi makanan kat binatang-binatang kat luar..dan banyak betul binatang dia yang aku tak jumpa di Zoo Taiping!!hehehe...cuma kat kawasan Harimau ngan Singa kitaorang takdalah bukak tingkap..heheh..so lama jugak kat Taman tu, kami tengok persembahan Gajah, ke Baby Zoo then beli souvenir..pastu terus bergerak lagi menuju ke Hotel di Puncak. Suasana memang sejuk sangat. kami dinner di sebuah restoran, malam ni kami dihidangkan dengan sate pulak cecah kuah kacang. Sekali lagi, dinner memang best. Kira takda komplen lagilah kitaorang punya guide ni...pastu terus menuju ke hotel, bukanlah hotel sangat tapi macam cottage..memang sejuk, nak carilah suis aircond kan rupa-rupanya memang aircond semulajadi..so itulah 2nd day di Indonesia..tidur sebab nak ke Bandung pulak esok!!





2/8/09 (Ahad) - Bandung

Bangun seawal jam 6.00 jugak sebab bersemangat nak ke Bandung ni. Lepas sarapan dengan air teh nya yang memang best!!kami terus bergerak ke Bandung, sambil tu menikmati pemandangan di sekitar kawasan Puncak..memang breathtaking dengan ladang tehnya, dengan kawasan perumahannya yang asli..memang cantik. Sempat jugak ke toko kueh di situ untuk beli kerepek segala...Then kami terus ke Bandung melalui lebuhraya.Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam lebeh..sampai di Bandung kami terus ke tempat pertama untuk dilawati iaitu Tangkuban Perahu, sebelum tu lunch di satu restoran di atas bukit, makan Ikan Gurame..memang best!!Memang kami bersyukur gila dapat tour guide yang bawak tempat makan yang sedap, variasi dan yang penting bersih!Terus ke Tangkuban Perahu, memang cantik, Subhanallah...Orang kata nilah trademark datang ke Bandung selain daripada shopping kan..heheh..Lama jugak kami kat sini, berjalan sampai hujung, cari souvenir (aku beli 7 tshirt) huhuhu...then sempat beli strawberry lagik..memang segar dan manis..pastu kami ke Ciatur Hot Water Spring, memang ramai tourist..semuanya bawak family mandi kat situ. Kami cecah-cecah kaki jek..tapi aku tak berapa suka sangat sebab orang-orang yang mandi ni cam kotor sket..sesuka hati spit dalam air tu!..sempat gak beli donut cheese yang sedap kat situ!!Pastu terus ke Bandar Bandung untuk aktiviti Shopping!!heheheh..selama ni aku dengar orang bercerita..Bandung murah syurga shopping semua...finally dapat aku rasa sendiri. First outlet kami pergi Grande!memang murah dan macam-macam ada..aku terus sambar jaket hannah montana untuk anak sedara aku..banyak gak aku borong walhal berpuluh lagi FO yang nak pergi ni..alice bagi masa sampai jam 8.00mlm aso aku nagn Lee terus menjelajah sendiri setiap FO kat situ..ada jetstar, donatella..dan macam-macam lagi aku pun tak ingat nama dia..tapi takdalah sakan sangat sebab besok ada lagi nak pergi kan...so after that kami dinner di Karamba Restoran..kali ni makan Nasi Lewat..sekali lagi memang best!!Pandai dieorang pilih...pas makan terus check in Hotel di Nalendra Hotel, Bandung..hotel dia ok..best!!





3/8/09 (Isnin) - Bandung

Hari ni kami lewat sikit, kul 9.00pagi baru keluar hotel sebab dah ada kat Bandung kan dan aktiviti pada harini adalah shopping dan shopping jek...First tempat yang kami pergi ialah Butik Danor Hadi yang jual batik, memang cantik Batik Indon ni jugak..aku habis agak banyak kat sini sebab beli untuk mak ngan kakak aku...pastu terus ke beberapa lagi FO yang ada kat sini such as Heritage..For Men..dan macam-macam lagilah, tapi takda sangat yang menarik hati aku lah..sebab aku rasa Grande lagi banyak yang menarik...then kami lunch di restoran Simpang Raya, kali ni makan Nasi Padang lagi..tapi memang tengah lapar kan semua lauk jadi best...pas lunch kami terus ke Pasar Baru sebab dioarang kata tempat ni memang best kalau nak beli telekung. Tapi tulah kat Pasar Baru ni banyaknya Kain Ela dengan Telekung dengan bajulah, Aku cari telekung sutera..penat berjalan dan dah tak larat terus beli jek...tapi murah jugaklah..telekung sutera tu baru RM40 lebih..Lee sempat jugak cari kain pelekat dan aku ada gak beli souvenir sket kat sini. Pastu, kami terus ke Toko Tiga untuk cari jenas..tapi bila tengok harga sama jek macam kat Malaysia terus tak jadik..heheh..pastu kami terus ke Rumah Mode antara tempat shopping yang paling glemer kat sini...aku macam dah penat tapi untuk barang sendiri tak beli lagi so berjalan kat sekitar tu kejap..aku ambil keputusan cari jek di Rumah Mode tu...banyak gaklah yang aku habis..pas tu singgah balik kat Grande sebab Lee tak jumpa jeans yang dia nak..nasib kat situ ada...pastu terus dinner di D Cost Seafood Restoran, malam ni makan seafood pulaak..dengan hidangan nugget ikan yang memang superb!!pas makan terus balik hotel..





4/8/09 (Selasa) -Bandung + Jakarta

Hari terakhir di Indonesia..rasa macam taknak balik jek sebab best giler g bercuti sebenarnya, bangun pagi tak payah pikir apa.berjalan jek...kami bertolak jam 9.00pagi sebab nak singgah di Jakarta dulu sebelum balik...sebelum tu ke Kartika Sari yang jual kek lapis indonesia yang glamer tu..dengan brownies...dah beli kat situ kami pun bertolak ke jakarta..tiba-tiba kat highway baru tersedar Lee tertinggal satu beg kat hotel, beg tu dahlah penuh dengan souvenir pulak tu...trpaksa patah balik..nasib drebar ohkay!!heheh...pastu kami bertolak semula ke Jakarta. Perjalanan ambil masa lebih kurang 3 jam. Sampai di Jakarta jam 2.00 petang terus ke Mangga Dua nak cari DVD jek sebenarnya. Sampai di Mangga dua terus pusing, tapi aku tak suka sangat kat sini sebab too crowded..then beli dvd 20 keping..mana nak dapat satu dvd RM1.50 heheheh....aku borong gak cd audio original Afghan, Rossa, Kris Dayanti ngan Agnes sebab kalau compare harga memang murah kat sana..Pastu kami cari beg untuk letak barang shopping then terus bergerak ke airport..sebab hari ni memang takda lunch kami lunch di airport jek...lepas check in terus makan AnW untuk alas perut..sambil tunggu flight jam 6.30pm..sempatlah jalan-jalan di sekitar airport tapi still tak leh lawan KLIA...sampai di Malaysia jam 9.00pm...





So,aku rasa first trip to obersea ni memang best!!Makan best, hotel best, supir best, tourist guide best...pendek kata sepanjang perjalanan tu takdalah benda yang tak memuaskan hati ni... Looking Forward untuk ke next trip..mungkin Jogja...atau UK..hehe sapa tau kan..insyaallah...

Tuesday, 21 July 2009

Yazid Kahwin






Pada 27 Jun 2009 (Sabtu), seorang lagik sepupu aku telah selamat melangsungkan perkahwinan. Aku yang sebelum ni jarang mahu mengikut wedding ni, tetiba rasa nak pergi menemankan mak.Bertolak dengan kak long, aku, mak ngan kak long jek..then terus ke Kota Tinggi,lupa Felda apa..bertunda dengan Paman Ambiah, Cik Tam then berhenti dulu dekat Masjid atas bukit sebab jangkanya nikah jam 11.00 tapi kitaorang sampai pukul 9.30. Then jam 10.30 bergerak ke rumah pengantin perempuan sebab Majlis Akad nye di rumah.Akad dilafaz dua kali sebab yazid gabra kot..tak sabar-sabar, imam tak habis sebut dier dah lafaz. Then after nikah jam 1.00 majlis sanding. Punyalah banyak tol, tak pernah ada tol sampai 5 tempat sebelum pelamin. Tol pulak tu dengan budak-budak sekali...majlis habis jam 4.00 petang then terus balik rumah...

Monday, 20 July 2009

ZOOM MALAYSIA: Sabah - Pulau Sipadan






Lama tak update..alasan cliche, sibuk walaupun..so 1-3 Julai haritu aku berpeluang ke Tawau, Sabah untuk Mesyuarat Ketua Sektor, first meeting yang aku pergi setelah menjawat jawatan Ketua Sektor ni..heheh so kalini JPN Sabah jadik tuan rumah dan Tawau dipilih dan tempat penginapan di Hotel Marco Polo, Tawau. Tapi aku tulis ni bukan nak cerita pasal keputusan Mesyuarat tapi aktiviti yang dibuat sepanjang meeting berlangsung.So hari terakhir aku berpeluang untuk melawat Pulau Mabul dan Pulau Sipadan, Sabah walaupun aktiviti ni takda dalam jadual. So kami bertolak jam 7.00pagi 3Julai 2009 naik bas sekolah ke jeti di Tawau untuk naik Bot TLDM!Ada dua bot, satu bot dipenuhi ke'tua' sektor dan satu lagi golongan-golongan muda..heheh. Memang best naik bot TLDM ni, terasa macam nak berperang pulak..tetiba tengah jalan hujan, terpaksa masuk dalam kabin dia. Perjalanan ke Pulau Mabul ambil masa 1 setengah jam, sampai di Mabul lebih kurang jam 10.00. Terus turun dan aku kagum melihat keindahan Pulau ni, dengan airnya yang jernih, boleh nampak tapak sulaiman dalam tu. Actually ke Pulau Mabul ni sebab nak melihat sendiri projek solar hybrid di SK Mabul. Sempat melawat kawasan sekitar, memang cantik sangat. Ada beberapa chalet atas air di situ, rupa-rupanya kat sinilah penggambaran cerita Duyung tu..SK Mabul ni agak kecil, hanya ada beberapa kelas. Masa aku sampai ntah tak tau cikgu takda, budak-budak pun tak belajar..tak tau kenapa tapi agak sedih bila tengok classroom dia..After that naik balik bot sebab nak menuju ke Pulau Sipadan, perjalanan ambil masa dalam 30 minit. Bot tek boleh berhenti dekat pulau tu so kami naik bot yang lebih kecil barulah berhenti kat Pulau Sipadan. Apa yang aku nak cakap, Sipadan memang syurga untuk diver..memang cantik, airnya hijau..jernih dan boleh nampak hidupan laut walaupun dekat jeti je...sempatlah bergambar di papan tanda Pulau Sipadan tu...supaya bolehlah kata kat orang 'aku dah pernah pergi sipadan' heheh...so kat sipadan hanya 30 minit je sebab masing-masing nak catch flight jam 2.40pm...so tu jelah serba sedikit tentang Mabul dan Sipadan...korang kena pergi sendiri untuk menghayati keistimewaan anugerah Tuhan ni, orang kata janji jejak kan...

Friday, 3 July 2009

Kisah di Labuan

Lebih kurang sebulan sudah aku tak update blog ni..bukan sebab sudah tak minat menulis , bukan jugak sebab merajuk (perlu ke?) tapi sebab kesibukan yang amat sangat (walaupun biasa-biasa ja) bertugas di tempat baru. Untuk pengetahuan kawan-kawan yang masih belum tahu lagi aku kini telah ditempatkan di Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Labuan sebagai Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan menggantikan Puan Wan Nor Syamsida yang telah bertukar ke Bahagian Kewangan dengan gred M48.Pada mulanya aku dapat posting ni memang rasa TERKILAN, MARAH, BENCI, TAK SUKA..sebab:-
1) aku masih baru di BPSM, Kementerian Pelajaran (tak sampai setahun).
2) banyak benda lagi yang aku baru nak belajar
3) aku telah dijanjikan kalau pindah pun di JPN Selangor
4) dan why di LABUAN!!
Namun, arahan tetap aku uat walaupun dengan tak rela hati dan terpaksa yang amat sangat. Aku bukan apa, it just aku dah selesa berada di Putrajaya, keluarga ada, kawan-kawan, suasana dan semuanya lah tetiba dapat transfer di tempat yang paling asing sekali dan inilah satu-satunya tempat yang aku tak pernah pergi. So, aku lapor diri pada 18 Mei 2009 dan dah dekat sebulan lebih jugak aku di Labuan ni. Masa mula-mula sampai, thanks to Ichwan Fiska, my batchmate kerana sudi menolong aku dari segi rumah, transport dan sebagainya walaupun di saat-saat kau sibuk menguruskan bencana kebakaran di Kampung Muslim. Namun, sekarang aku dah menetap di rumah sewa lain, di kawasan yang sama jugak dengan kadar sewa RM500 (agak mahal ya!). Kalau nak diperhatikan kos hidup di Labuan ni memang agak mahal walaupun rata-rata kawan aku bertanya apa ada di Labuan kan. Makan soto je dah RM5.00, sewa rumah di bandar minimum RM1000, bayangkanlah..dan yang menarik dan murah di Labuan ialah:-
a) Coklat
b) Arak
3) Rokok
4) KERETA
semua orang tanya glah beli kereta sebab Accord 2.4 je pun baru RM100,000!Honda CIty pun bayar bulan-bulan RM500 jek..tapi takpalah aku lebih selesa memandu Wira JeJaRi ku yang mereka anggap hanya layak untuk tukang kebun di sini je...Bagi aku Labuan tak macam Langkawi, tempat menariknya pun tak banyak sebab dalam satu jam je aku dah boleh keliling Pulau ni, cuma mungkinlah murah untuk ke Sabah dan Brunei. Cukuplah versi pertama di Labuan ni..nanti aku sambung balik....

Wednesday, 27 May 2009

JOM Balik Kampung 959

Finally, setelah bertungkus lumus sebagai Pengarah Program majlis Jom Balik Kampung 959 akhirnya berjaya diadakan. Korang mungkin tak paham kan program apakah ini?Sebenarnya program ni ialah Reunion our Batch, ikut tradisinya lepas 10 tahun ada reunion so kitaorang pun mengikutlah tradisi tu. Thanx to azfar yang menjadi 'pencetus' kepada segala-galanya..heheh. So program berlangsung selama 3 hari start 8-10 Mei 2009 di Sdar baru and SDAR lama....

8 Mei 2009 (Jumaat)

Aku bertolak ke Seremban jam 7mlm, budu datang rumah aku then amek nazren kat teras jernang pastu terus bergerak ke SDAR, sampai kat SDAR lebih kurang 8.30mlm sebab tak tau kenapa banyak sungguh kereta kat highway. Sampai, cikgu Mat dah ada dah menyambut kitaorang tapi bebudak lain masih belum muncul lagik, aku ngan budu dah takut dah kalau-kalau program ni tak dapat sambutan walaupun ramai yang dah setuju nak hadir. Bebudak SDAR pun dah berkumpul dalam dewan untuk mendengar aktivit pertama kitaorang. Bila jam 8.45mlm barulah bebudak muncul sikit demi sikit, buruj,zafwad,basit ayie,pure,slimer, bohjan,boss,sad,buyut dan lain-lain...kami pun masuk dewan untuk memulakan aktiviti CAREER TALK. Aktiviti ni pada mulanya secara santai je untuk berkongsi pengalaman bersama-sama bebudak junior SDAR tentang pengalaman abang-abang dieorang ni. Namun sambutan diberi memang meriah, kami disambut dengan tepukan dan persembahan silat oleh bebudak junior ni.Thanx for welcoming us!!Adalah lebih kurang 20 orang 959 yang datang malam tu tapi kitaorang pun paham sebab harini Jumaat and ramai yang kerja so diorang plan untuk datang esok. So, aktiviti bermula dengan sesi pengenalan diri oleh BUDU dan memperkenalkan rakan-rakan lain.Then Mayat pulak take place untuk cerita pengalaman di luar SDAR dan dalam SDAR pastu barulah pecah kepada beberapa kumpulan seperti Engineer, Business, Doctors,IT and also Films (Bohjan punya part dan dapat sambutan hangat!) PTD pun kena pecah jugak tapi tak ramai yang berminat nak ambil tahu pasal PTD ni..hahah tak glamer...Aktiviti habis around jam 11.00malam dan kitaorang pun bergerak ke tempat makan di Ampangan!Then berulah bebudak Johor sampai (Chemax,Noni and Tompel). Pas makan terus balik ke SDAR sebab kitaorang tumpang asrama dieorang. Thanx kepada cikgu Sahak kerana bilik-bilik ni walaupun pelbagai halangan berlaku!Pas mandi, flashback semula dengan rakan-rakan yang lain....habis hari pertama..






9 Mei 2009 (Sabtu)

Sebab semalam tidur lambat, bangun pun masing-masing jam 9 lebih. Pas mandi, kami terus turun bawah ke dewan untuk menyambut rakan-rakan yang lain. Pagi memang takda aktiviti sebab mulanya rancang untuk buat aktiviti sukan tapi disebabkan junior ada bengkel kami tangguhkan ke petang, so first aktiviti yang dibuat ialah LUNCH DI DINING HALL. Pukul 12.00 lepas semua berkumpul, kami bergerak ke dining hall untuk makan tengah hari. Walaupun tak makan kat tray tapi yelar mengimbau lah jugak memori-memori lama ni walaupun ianya bukan dining hall sdar lama. Pas makan, kami buat meeting jap untuk dinner malam ni dan bincang apa agenda seterusnya yang patut dibuat oleh 959 dan sesi bergambar dalam dining. Pastu aku, budu dan slimer terus gerak ke seremban 2 jusco untuk beli hadiah cikgu for dinner. Setelah puas bertekak, kami sepakat membeli vase kristal untuk cenderamata cikgu cikgu yang akan datang malam ni. Bertekak jugak pasal ribbon dan budu akhirnya menang dengan ribbon warna pinknya walaupun ditentang oleh slimer!hahaha..balik ke sekolah balik terus ke padang sebab sport tengah berlangsung. Masa tu game rugby dan aku rasa lega sebab tengok makin ramai 959 dah datang, tak kosong dewan dalam tu nanti.Kitaorang buat dua sukan ragbi ngan football dan berlangsung dnegan happeningnya. Masing-Masing walaupun telah 'berumur' tapi tetap maintain power!!Sukan habis kul 6.45 pastu kelam kabut aku, nazren and slimer ke hotel untuk aktiviti JOM BALIK KAMPUNG DINNER kat Allson Klana Resort kat seremban, dengan jalan yang jam semua aku sampai dah dekat pukul 8.00, lepas check in dengan tak mandi terus salin baju and turun bawah balik coz HM, Tuan Haji Azam dah sampai dan majlis nak mula, aku kenalah turun awal sebab jadik MC, Walaupun aku sorang jek ikut tema warna malam tu tapi takperlah. Aku lega tengok ramai kawan-kawan yang dah lama tak jumpa seperti emon, arif farimin, lanun, abuya, bulat,ekah dan ramai lagilah yang datang walaupun sibuk kan. Cikgu-cikgu pun supportive untuk datang. Thanx to cikgu Zainah, cikgu Sahak, cikgu Azlan Rahmat,cikgu Salehuddin, cikgu Mat and also Cikgu Mat Azalan walaupun terlewat. Dinner berlangsung dengan best!Especially congrats to Bohjan yang berjaya menghasilkan video yang amat touching. Rasa sebak pulak!Seriously best die punya video!!Makan pun best walaupun ada orang 'kutuk' aku aku tak pilih international buffet kan...last-last dia yang tambah banyak kali kata daging tu sedap!!hahahaPas dinner ada sesi bergambar and so much fun, segala kenangan semua flashback balik. Ikut kelas masa form 4-5 ler masa form 1-3 lah, ikut rumah sukan lah, form4 barulah dan macam-macam lagilah!Pas dinner habis semua check in bilik then aku,nazren,jawa g keluar kat seremban untuk g karoks tapi pergi-pergi je dah tutup!Ntah apa-apa jek, makan kat mamak then kul 2.00 baru balik. Singgah bilik Chemax borak-borak sampailah kul 4.00.






10 Mei 2009 (Ahad)

Hari terakhir kat seremban. Masing-masing bangun lambat. Kami punyalah rushing bangun sampai tak sempat sarapan, last-last tengok masih ramai lagi yan tak bangun. Kul 11.00 masih lagik tak ramai kitaorang gerak dulu ke SASER sebab nak melawat SDAR lama kan..mengimbau kenangan. Takda banyak aktiviti kat sini, cuma lawatan jek, ke blok D, Dining Hall, Kelas-kelas lama tu jek..tapi rasa sebak jugak tengok yelah 5 tahun kat situ kan, susah senang, pahit manis dengan kawan-kawan...lawatan habis kul 2.00ptg dan lepas sesi bergambar kami terus bergerak balik but sebelum tu sempat singgah makan kat Hj Samuri kat N. SEmbilan ni..then terus bergerak balik....





Thanx to Budu, Nazren, Boss, Azfar, Chuen, Slimer yang sama-sama mengerakkan Program ni, kepada rakan-rakan 959 yang lain, terima kasih atas sokongan, kepada Cikgu-Cikgu Sdar especially cikgu Sahak, cikgu Mat and cikgu Hazman a.k.a Kayu thanx atas bantuan dan sokongan. Semoga kita berjumpa lagi 959....

EDISI BUMPER!!

Lama benar aku tak mengupdate Blog ni sebab dalam tempoh beberapa minggu ni a lot of things happen, ada yang sedih ada yang suka, sampai aku tak tau nak mula dari mana..tapi nantikan ya bumper issue ni...

Monday, 11 May 2009

Budaya Membaca


4 Mei 2009 (Isnin), sementara tunggu Lee datang untuk fetch aku balik kerja, sempat singgah Alamanda. Sampai sana tiba-tiba jumpa Khamrul dengan Azizul. Tengok diorang main boling, pastu aku pergi MPH, nak beli magazine tapi tiba-tiba rasa nak beli buku pulak. Aku cari buku Surat Daripada Dr Mahathir tulisan Zainuddin Maidin tapi takda stok, aku minta diorang book kan buku tu kat MPH MidValley. Tapi aku tetap beli buku jugak iaitu buku Saya Pun Melayu karya Datuk Zaid Ibrahim dengan Blog Merentas Halangan karya Dr Mahathir Mohamad. Sambil tu aku buat jugak Kad MPH tu setelah sekian lama nak buat. So sekarang, aku baru mula baca Saya Pun Melayu tu…Insyaallah baru nak pupuk balik minat membeli dan membaca buku ni.Hehehe….

Selamat Pengantin Baru Anisah + Faizal


2 Mei 2009 (Sabtu), aku, huda, kamrul, tra, pakdat, roy, din dan azizul ke Majlis Perkahwinan seorang lagi ahli Kelab De’Pikir, Anisah dan pasangannya Faizal. Lebih istimewa kedua-dua mempelai ni disatukan melalui Kelab De’Pikir, pendek kata kitaorang ni antara saksilah permulaan percintaan diaorang ni. Kami bertolak selepas zohor sebab tunggu pakdat dari rumah kawan dia. Bertolak dengan kereta aku, sama dengan huda, kamrul dan tra, tunggu pakdat di RnR Seremban. Sampai kat Melaka tunggu pulak Salehudin dan terus ke Umbai. Masing-masing takda map jadi adalah sesat jugak.Sampai jek kat rumah pengantin dalam jam 4.30petang. Khemah semua dah kemas, nasib baik ada makanan lagi!Dahlah tak lunch!hehehe..sampai makan dulu sambil tunggu pengantin yang keluar tangkap gambar. Dalam jam 5.00 pengantin sampai, tangkap gambar then terus bertolak balik. Selamat Pengantin Baru Anisah dan faizal. Semoga kekal hingga ke akhir hayat!

Saturday, 18 April 2009

Zuhri Kawin





Hari Ahad (13 April 2009) yang lepas aku dan geng bas sekolah depikir, pakdat,kamrul,budu,kinah,huda,yani dan penampilan istimewa azizul berkumpul untuk ke kenduri adik zuhri (abang ipar dia NC UTM yek!) kat Melaka. Dah lama rasanya tak kumpul sama-sama ngan depikir ni.Thanx to kakak kamrul yang meminjamkan kereta naza rianya!bertolak ke melaka jam 10.30 pagi, dengan kelajuan kereta yang mencecah 140km/sejam sampai kat melaka punyalah kejap.Tapi tak rasa sebab asyik dok borak dalam kereta dengan cerita-cerita azizul yang sensasi. habis teringat samapi sekarang ohkay!Sampai di melaka, pergi ambil yani kat pekan alor gajah then terus ke rumah zuhri.Tak sukar mencari sebab azizul orang melaka,rumah zuhri dekat ngan tanjung bidara so kami sampai dekat jam 12.30tengah hari memang time makan.lauk punyalah banyak dan best!cuma sebab banyak orang dah komplen aku gemuk so terpaksalah diet..masa tengah makan kebetulan time bersanding, zuhri segak baju melayu warna turqoise!dah kawin adik sorang ni..lepas jalan-jalan tepi pantai dengan aksi-aksi menarik, amik gambar ngan pengantin kitaorang pun balik.hujan masa jalan balik, sempat singgah umah azizul makan keropok ngan kopi time hujan!memang menyelerakan!pasni konvoi ke umah anisah pulak yek!