Sunday, 14 September 2008
Dunia Baru- Satu Beban
Dah berkurun rasanya aku tidak mengupdate blog yang satu ni. Banyak benda yang hendak diluahkan tapi cuma tak tau nak mula dari mana. Untuk pengetahuan korang, 8 September 2008 haritu bermula satu detik baru bagi aku. Aku sekarang telah bertukar ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Unit Pentadbiran Kewangan dengan jawatan M41 (KUP M44). Dah seminggu berlalu namun hmm...aku tak tau nak mula dari mana. Yang penting, rasa 'bheuusick' masih menebal dalam diri ni. Aku rindukan suasana di ofis lama, kawan-kawan, travelling memantau projek, kumpulan koir dan segala-galanya. Pada mulanya aku ingat mudah apabila bertukar namun bukan semudah yang disangka. Aku rasa macam malas nak datang kerja sekarang, rasa terbeban, tak tau sampai bila aku akan berada dalam keadaan begini dan sehingga sekarang pun aku sentiasa berdoa agar aku ditempatkan semula di BHEUU. Aku pohon kepada Allah sempena keberkatan bulan Ramadan ni, agar doaku dikabulkan...Aminn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment