Saturday, 4 October 2008




Raya 2008: Sudah masuk dua tahun raya tidak disambut dengan bapak, pendek kata sekarang ni memang aku dah tak excited sangat nak sambut raya, perasaan tu biasa-biasa je cuma aku tunggu sebab nak makan masakan emak, lagipun dua hari sebelum raya nenek aku (tok sarah) telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit tua, then raya tahun ni hanya biasa saja. Sehari sebelum raya aku dan mak dah ke kubur bapak, sebab taknak pergi first raya sebab akan sesak luar biasa jadi ambil keputusan untuk pergi sehari sebelum. Bapak, rindu sangat dengan bapak.... Raya pertama aku sambut di rumah tunggu kedatangan semua adik beradik yang lain then raya kedua baru bali kampung konvoi ke rumah saudara mara yang lain. So raya tahun ni hmmm tak tau nak describe cuma aku rindu kemeriahan dulu...SALAM HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday, 18 September 2008

Memori Ramadan






Tiba-tiba terkenang zaman2 puasa di DPA 2006. Ingat lagi, masa nak first day puasa, semalamnya baru balik dari modul tentera. Memang penat tak ingat, tapi yerlah kena puasa jugak. Teringat, tiap-tiap hari sahur makan cornflakes/koko krunch sebab malas nak naik ke dining hall lagipun makan memang tak sedap cuma Lee jerlah rajin g amek nasi sebab tak boleh katanya kalau tak makan nasi.Tapi yang bestnya, masa tiba nak buka kitaorang akan tukar-tukar Param, Seksyen 17, Seksyen 14, TTDI, Bangsar, Shah Alam pun pernah pergi jugak. Buka puasa pun dekat Ikea, Zainul nasi Kandar (sebab ikut roommate Penang!!), Little Penang dan banyak lagilah. teringat gak escape buka puasa anjuran Biro Agama. hahah boleh lepak bilik dalam gelap jek!! Kalau nak cerita memang banyak. Yang penting seronok sangat masa tu. Kalau boleh diundur masa....

Wednesday, 17 September 2008

Harapan Ramadan

Masuk hari ni dah masuk hari ke-17 berpuasa. Sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas.Lagi seminggu dah nak beraya. Bagi aku keadaan puasa dan hari raya sudah tak sama macam dulu. Kalau dulu buka puasa, hidangan mak dah tersiap atas meja tapi sekarang, terpaksa cari juadah dulu kat Pasar Ramadan (Param). Aku sekarang dah jadi regular customer kat Param Bangi (Sebelah Kompleks PKNS).Antara juadah yang selalu aku beli macam Roti Bom, Murtabak Jala, Wantan, Kuih onde-onde, Puteri Ayu, Nasi Ambang, Nasi Beriani..tu jelah. Sampai skarang ni aku rasa dah bosan dah, tak tau nak makan apa lagi. Rindu sangat kat masakan mak. Tapi yerlah, terpaksa jugak telan walaupun menu sama je. Tapi kalau pergi Param pun makanan nyer semua sama je macam roti john, murtabak, takda menu lain agaknya. Bila tiba bulan ramadan ni, teringat banyak kenangan especially masa Kursus DPA kat Intan. Macam-macam Param pergi, macam-macam tempat try. Param Seksyen 14, seksyen 17, Taman Tun, shah Alam pun boleh pergi pastu makan tepi tasik ngan kak maz, kak Su, Kak Intan, Lee and Nizam (hehe) romantik sungguh!Buka kat Ikea, Little Penang kat MidValley, Ayam golek kat Pantai Dalam. Haa banyak betul..seronok sungguh masa tu..apapun yang penting dah akhir-akhir Ramadan ini Insyallah nak try banyakkan ibadah, tarawih terutamanya 10 malam terakhir..Insyaallah

Dunia Baru II - Semakin Terbeban

AAarghhhhhhhhh!Dah hampir dua minggu berlalu aku di ofis baru tapi hati aku masih tak tenang. Kalau dulu aku rasa semangat pagi nak datang kerja, tapi sekarang ntahlah rasa layu, buntu, macam-macam perasaan ada. Yang penting aku tak seronok. Tapi orang kata, sabarlah baru dua minggu, tunggu lama sikit nanti seronoklah.Hmm..aku cuba juga mengambil nasihat-nasihat itu tapi aku tak berjaya. Perasaan tak suka tu masih menebal. Ditambah dengan keadaan sekeliling yang tak membantu, sistem yang ntah apa-apa, aku rasa macam tertekan sangat walaupun semangat belajar tu tinggi. Aku rasa nak nekad untuk emel JPA menceritakan masalah aku ni tapi ntahlah, mungkin bukan aku sorang jer yang bermasalah dan agak-agaknya masalah aku ni masalah-masalah terpencil jek.Kepada mereka yang membaca blog ni, apa pendapat kalian?Terima kasih krana membantu ya. Ya Allah, bantulah hambamu ini mencari kekuatan..

Sunday, 14 September 2008

Dunia Baru- Satu Beban

Dah berkurun rasanya aku tidak mengupdate blog yang satu ni. Banyak benda yang hendak diluahkan tapi cuma tak tau nak mula dari mana. Untuk pengetahuan korang, 8 September 2008 haritu bermula satu detik baru bagi aku. Aku sekarang telah bertukar ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Unit Pentadbiran Kewangan dengan jawatan M41 (KUP M44). Dah seminggu berlalu namun hmm...aku tak tau nak mula dari mana. Yang penting, rasa 'bheuusick' masih menebal dalam diri ni. Aku rindukan suasana di ofis lama, kawan-kawan, travelling memantau projek, kumpulan koir dan segala-galanya. Pada mulanya aku ingat mudah apabila bertukar namun bukan semudah yang disangka. Aku rasa macam malas nak datang kerja sekarang, rasa terbeban, tak tau sampai bila aku akan berada dalam keadaan begini dan sehingga sekarang pun aku sentiasa berdoa agar aku ditempatkan semula di BHEUU. Aku pohon kepada Allah sempena keberkatan bulan Ramadan ni, agar doaku dikabulkan...Aminn

Wednesday, 30 July 2008

Great Day!



En Mohd Salekhan Bin Othman dipilih sebagai Pekerja Contoh BHEUU bagi Bulan Jun 2008

Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Salekhan Bin Othman Penolong Pengarah di Cawangan Perancangan dan Pembangunan Mahkamah BHEUU kerana telah dipilih sebagai Pekerja Contoh BHEUU bagi Bulan Jun 2008. Semoga dengan Anugerah ini akan dapat lebih menyuntik semangat dan meningkatkan motivasi serta produktiviti kerja di kalangan semua warga BHEUU secara amnya.